Bismillah..
Lama sungguh tak merasa hujung minggu di Leicester. Tambah plak hari ni dapat main bola dengan kawan-kawan dekat court Futsal. Lama gila aku tak main bola dengan diorang ni sebab time aku ade diorang tak main dan time diorang main mesti aku takde. Sabar jela. Minggu ni takde projek apa-apa sangat. Aktiviti yang besar pun ialah perlawanan All England yang aku malas giler nak keluarkan duit untuk bende macam tu. Tapi memang ramai gila orang Malaysia yang pegi Birmingham untuk tengok match tu..
Nak habiskan duit utk bende macam tu memang sayang sangat rasanya..
Gambar-gambar di atas ialah kawasan bunga yang terletak di Amsterdam. Dan nama tempat ni ialah keukenhof. Kalau sape-sapa yang pernah baca buku "AKU ANAK TIMUR", mungkin inilah tempat bunga tulip yg sering digambarkan dalam novel tu. Waktu tu fom 1, memang tergila-gila la membayangkan kecantikan taman ni. Aku dah tengok tiket flight, tiket bus dan tiket masuk taman ni. Kalau datang dua hari satu malam, memakan cost sekitar 100pound. Boleh dikatakan berbaloi. Tapi masalahnya...
Aku ade duit, tapi aku kena juga simpan duit untuk balik.
Dah mula kena pikir pasal nak beli keta, rumah, motor dan kereta. Kahwin?
Banyak lagi program lebih penting yang aku kena pergi sebagai pelaburan akhirat
Paling penting, aku akan ke turkey easter ni dan kebarangkalian untuk 6 hari akan habiskan 300pound..
Wow!!
Itulah kehidupan. Penuh dengan opportunity cost. Nakkan sesuatu maka perlu korbankan sesuatu. Tinggal 4 bulan je lagi kat UK, macamne agaknya nak gunakan duit dan wang kita. Aku sebenarnya masih fikirkan sama ada nak lawat Keukenhof ni atau tak. Memang boleh dikatakan peluang seumur hidup. Kalau nak pergi, memang bahaya gila sebab nak pi turkey bagai. Dan aku mungkin takkan ade duit simpanan kalau laksanakan idea ni. Hehe..
Apepun, yang mana perlu dikorbankan agaknya? Ceng3x..
Oh ye, ni gambar ziarah aku di cardiff. Tengah breakfast kat rumah aziz
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment