Bismillah..
Maaf sangat tak dapat nak update blog ni. Bukannye, takde masa, tapi takde cerita. Hujung minggu pun duk melangut je kat Leicester. Hujung minggu ni cadang nak keluaq, tapi tak pasti nak pergi mana. Nak ambik dulu kamera yang tertinggal kat rumah kawan, lepas tu baru boleh jalan-jalan. Oklah, habi aku sejak bulan november yang lalu ialah mencari projektor. Memang pendek kata gila projektor la. Aku ingat, kadang-kadang tu men beli je tanpa fikir panjang. Entah nak gune ke tak, aku pun tak tahu.
Projektor boleh dikatakan benda yang sangat digunapakai oleh orang yang bawak usrah ataupun yang suka buat program keagamaan. Yang sedihnya, setiap kali nak buat aktiviti, mesti duk tercari-cari projektor ni sebab sangat jarang orang ada. Aku sendiri pun dulu ada mindset yang projector adalah benda mahal yang tak mampu dibeli oleh student. Hinggalah, pencarian aku november lalu, barulah aku tau murah je sebenarnya projektor second hand kat UK ni.
Gambar-gambar di atas ni ialah antara projektor yang aku baru beli. Kegilaan aku akhirnya aku tukarkan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat. Aku mula jual projektor yang bila aku fikir balik, takdela aku guna sangat banyak2. Aku mula jual bulan satu hari tu kat kawan2 terdekat. Lepas tu aku mula simpan azam, nak bekalkan kat mereka-mereka yang selalu buat program agama dan guna untuk mengajar(bakal guru). Setakat ni, aku dah berjaya jual 4 bijik.
Baru-baru, aku tingkatkan promosi dekat kawan-kawan terdekat. Tak sangka sampai Malaysia beritanya tersebar dan diorang pun nak. Yelah, projektor kat Malaysia mahal giler2, yang ade kat aku semua bawah RM500. Sekarang ni, aku dah dapat lebih kurang 6 orang yang duk tanye2 dan tempah. Aku takdela nak berniaga sangat, tapi nak galakkan diorang ade bende2 macamni supaya senang nak buat aktiviti diorang. Memang murah sangat aku jual. Sape2 nak, bagitahu jela aku, aku try carikan. Sambil jual, dapat sikit pahala.
Mari bertolong-tolong di atas perkara maaruf.
Sekian dari syuib0809
Salam, sy berminat nak beli lcd. Kat malaysia mahal2, x sangka bleh dpt bawah rm500. Bleh x explain pada sy cara nak beli, nak buat bayarannya macam mana. Kalo sy order this week, agak2 sampai ke malaysia berapa lama ye?
ReplyDeleteAssalam, sy pun berminat utk beli lcd projektor, mmg mahal sgt kat Malaysia ni, tak mampu lah, nak guna utk tujuan mengajar, ada jual lg x? please reply me at sha_32111@yahoo.com...tq
ReplyDelete