Thursday, 2 June 2011
Tinggal Lagi satu
Bismillah..
Seminggu ni masa aku banyak abis di library sahaja. Bilik bukan lagi tempat yang sesuai untuk belajar seperti mana linear statistical model dulu. Tak taulah kenapa, tapi subjek vector calculus ni mgkin memerlukan berfikir, jadi menyebabkan aku suka buat bende lain bile aku malas nak fikir. Aduih.. Maka, melepak la aku kat library petang dan malam. Oleh kerana masa sebelum ni aku banyak study Fundamental Maths II, jadi baki masa yang ada selama beberapa hari diantara paper hari tu dan Paper vector Calculus ni aku banyak fokus kepada subjek ni..
Pagi tadi, paper aku pun bermula jam 9.30pagi. Bertempat di Charles Wilson Sports Hall, yang memang dah kerap sangat peperiksaan aku di situ. Apepun, lagi baguih dari buat kat church hari tu. Alhamdulillah, seperti yang dijangka, paper Statistic dan paper vector Calculus tidak sebegitu merisaukan buat aku. Bukan berlagak, sombong atau riak dan bla3x, tapi memang aku rasa ramai rakan2 juga tidak mempunyai masalah yang begitu besar untuk dua subjek ni. Memang dari awal sem, paper yang paling digeruni ialah paper terakhir kami.
Fundamental Maths II akan mengambil tempat pada hari selasa depan. Nak tak nak, memang paper ni tak boleh nak bawak main2 lansung. Tersilap langkah, memang boleh jadi gagal. Subjek ni pening sebab sukar untuk dibayangkan di dunia relaliti. Mungkin sebab kami masih tak masuk dalam alam kajian agaknya. Tapi memang takde kene mngene dengan career sebagai cikgu. Apepun, semoga aku lepas paper Fundamental Maths II ni.. Aamin..
Satu video untuk semua. Forum politik yang paling akademik, paling beradab pernah aku lihat di Malaysia. Penonton pun baguih, panel pun tidak emosi dan moderator yang sangat mantap. Tengah2 sedia nak exam aritu pun aku leh tengok smpai tengah malam. Memang best.
Aku sangat harap forum-forum macam ni dapat ditayangkan di kaca-kaca TV Malaysia. Dah menyampah banyak sangat program hiburan yang menyebabkan remaja makin lalai dan kurang berfikir. Atau aku yang skema?
Sekian dari syuib0809..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment