Bismillah..
Hujung minggu aku beberapa hari lepas alhamdulillah berisi dengan baik. Seronok walaupun ianya bukanlah di Leicester. Jumaat lepas, aku berkunjung ke Nottingham yang dekat je dengan Leicester ni. Melawat Firdaus Rahim dan Cha yang baru sahaja tiba dari Malaysia. Cuti sebulan mereka penuhkan di tanah air setelah daus sudah 4 tahun tidak pulang manakal cha lebih kurang dua tahun. Ternyata memang Daus agak seronok bercerita tentang saat beliau menghabiskan keseluruhan cutinya hanya di Kedah. Kami berbual dari jam 1 pagi sehinggalah kul 3 pagi sementara menunggu subuh.
Keesokan harinya daus ajak aku ke Hari Keluarga NMC(Nottingham Malaysian Society).. Segan sungguh nak pergi sebab aktivti ni khusu utk golongan postgrad dan keluarga je sebenarnya. CUme diorg jemput lebih kurg 20 org je Undergrade untuk memeriahkan lagi. Tapi pasal aku pun bosan, maka aku pun ikut daus dan Faiz ke sana. memang tak kenal sangat sapa2 kat sana. Tapi ALhamdulillah dari pagi smpai petang duk sana, adelah berkenalan sikit2 dengan golongan org berumur di sana.
Oleh kerana aku orang luar, masa aku dari pagi sampai petang banyak dihabiskan di tempat BBQ.. Yela, orang sibuk nak bersukaneka, sapa nak jaga BBQ.. Dah la banyak gile kena bakar. Ada ayam, kambing, ikan, jagung, sosej yang teramatlah banyak untuk dibakaq. Memang muka aku setia giler kat situ smpai orang pun dah muak. Habis program, aku salam2 dengan orang2 NMC.. Beberapa org bergurau dgn aku "ni la orang kuat bakar2 tadi".. Alhamdulillah, memang seronok sediakan makanan untuk orang ni..
Hari ahad, aku kembali semula ke Leicester manakala daus dan rakan2 berkunjung ke Carboot. Ikutkan Hati, mahu juga aku ikut pergi ke Carboot, tapi nak ke sana ulang alik sahaja memerlukan lebih 6 pound. habis duit macam tu je tak beli apa2. Jadi lebih kurang kul 10.20 pagi aku pun berangkat ke Train Station. Kali ni aku bawak basikal naik train station. Jimat dan mudah. Sampai rumah sekitar jam 12 tgh hari, kelihatan barang yang dibeli dari Ebay sudah tiba di rumah.. Bukan ape bende pun, sekadar wayar TV..
Sepanjang berada di UK, aku memang bukan orang yang kaki TV.. Tetibe baru2 ni aku teringat yang dalam stor rumah aku ade satu lagi tV yang tak digunakan. Jadi, aku pun ambik dan pasang kat bilik aku. Wayar sepanjang 10 meter yang aku beli di ebay aku cucuk di box virgin. maka menengoklah aku TV sambil2 baca buku. Cewah.. Macam biasa la, berlakulah adegan TV yang tengok kite malam2. Dah lama aku tak tertido depan TV.. Seronok plak..
Esok akan memulakan perjalanan ke Amsterdam.. Semoga dipermudahkan..
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment