Saturday, 4 June 2011

Leicester Riverside Festival

Bismillah..

Untuk pengetahuan, sekarang ni bukan sahaja di Malaysia sedang cuti sekolah, malahan di UK juga kanak-kanaknya sedang sakan bercuti. Kalau selalunya jarang nampak kanak2 pada waktu siang, sepanjang minggu ni memang sangat mudah nak nampak kanak2 berbasikal dan bersiar-siar. Cuaca sekarang juga boleh aku katakan hampir sama dengan Malaysia. Bahang mataharinya semakin terasa. Dalam kesibukan membuat persediaan untuk paper yang terakhir aku sempat ke satu Festival berdekatan rumah aku hari ni.

Hujung minggu di Leicester kali ni dimeriahkan dengan Riverside Festival di Bede Island. Nama je bede Island, tapi bukan pulau pun, cuma sebab ianya dikelilingi dua sungai, mgkin sebab tu dinamakan bede Island. Kalau orang Malaysia panggil kawasan Gelongsor yang besar. Memang besar pun. Sebaik sahaja meluangkan sedikit masa di Library, aku menuju terus ke Festival ni yang tak sampai 5 minit pun kalau naik basikal. Memang ramaila gak orang.. Banyak sampan yang dihias dan ade juga persembahan.

Macam-macam aktiviti air ada..

Mini konsert, tak meriah pun

Kalau dibandingkan dengan Malaysia, aku rasa Festival ni xdela apa sangat, Orang Malaysia lagi kuat berhibur rasanya. Malah gerai yang dibuka di sini juga tidak semeriah di Malaysia. Aku ingat waktu sureheboh dulu, Ramai gile orang Malaysia walopun panas2. Cuma yang teruknya di sini, orang tengah exam memang tak boleh pergi tempat2 macam ni. Orang Putih punye baju bile time2 panas ni memang dahsyat. Kulit putih pun masih panas lagi. Aduih.. Bayangkan waktu exam pun diorg pakai punye teruk.. Oklah, sebenarnya banyak la gak bende ada kat Festival ni.

Ni macam gerai kraftangan..

Library bergerak yang agak kurg mendapat sambutan

Semangat sungguh budak ni..

Aku jalan sorang2 je, jadi susah nak tangkap gambaq sendiri..

Aku singgah kejap je x smpai 20 minit, sebab nak pergi beli ayam untuk masak makan tengah hari. Sini nak nasi bungkuih memang takdela. Cukupla update cerita untuk minggu ni ye. Tunggu abih exam dan melancong, kite dengaq sikit cerita-cerita menarik InshaAllah..
Amsterdam mari..


Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment