Friday, 10 June 2011

Tiga hari tamatnya exam

Bismillah

Alhamdulillah. Sudah 3 hari exam terakhir aku habis. Memang paper terakhir ni agak melemahkan semangat aku. Soalan takdela banyak sangat, tapi markah punyela banyak. Mintak2 lah lepas InshaAllah. Sebaik sahaja abih exam, aku duk je dalam bilik. Takde nak jalan mana2 pun. Keluar pun pergi beli barang2 rumah, pi masjid, tu je ulang alik hari-hari. Tengah-tengah lapang ni, aku berhajat nak bagi solat jemaah 4 kali sehari. Nak pergi subuh memang payah la kul 4 pagi. Tengokla mcmne nnt. Sekarg ni pun dah ada tanda-tanda kemalasan yang ketara.

Keesokan harinya selepas tamat exam, tiba giliran aku memasak. Rumah aku semakin sunyi sebab Naufal dan Izwan outblock selama 7 minggu. Maksudnye memang takde di leicester selama 7 minggu kecuali sabtu ahad. Jadi, rabu tu aku balunla buat chicken chop jap. Lama sungguh tak buat, sebab bahan die mahal sikit. Maka, inilah Hasilnya:



Izwan dan Naufal dah pun berangkat semalam. Semalam gak aku terima berita yang mengejutkan. Seorang cikgu aku di Semesti meninggal dunia dalam usia yang begitu muda. Walaupun tak pernah mengajar aku, tapi arwah pernah jadi fasi aku dalam kem pelajar elit di nur lembah lenggong. Memang sungguh baik orangnya. Meninggal dunia sebab penyakit TB azizan kata. Aku sendiri tak tahu maklumat lanjut sebab takde facebook. Semoga beroleh syurga cikgu Wan zul azmi.

Aku sebenarnya baru balik dari main bola hujan-hujan ni. Memang lebat plak hujan hari ni. Lama sungguh dah tak main bola waktu hujan-hujan. Teringat waktu kat sekolah dulu, hujan lebat petir macamne sekalipun, memang nak gak main bola. Ade sekali tu, tengah syok main bola, tetibe semua orang yang ade kat padang berlari lintang pukang macam kene tsunami. Memang pertama kali dalam hidup aku tengok dekat 100 orang lari macam tu. Rupenye Ustaz Jamatullail datang ke asrama laki.

Sekarang dah takde orang nak marah... Tapi kesan disiplin di sekolah masih terkesan dalam hidup aku. Itulah disiplin, sesuatu yang kita terpaksa lakukan sama ada suka atau tidak semata-mata untuk mendapat kebaikannya pada masa akan datang..

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment