Tuesday, 14 June 2011

Pengembaraan Rutland water park..

Bismillah..

Ahad baru ni, Leicester punye Malaysian Society buat sedikit aktiviti di Rutland water Park berhampiran dengan Leicester. Sebenarnya, nak cakap dekat dengan Leicester pun tak boleh la gak, sebab memang jauh pun. Acara akhir sem ni dibuat sebab nak habiskan bajet LUMS untuk sesi lepas. Boleh dikatakan sedikit jamuan perpisahan sebelum semua pelajar balik ke tanah air sama ada untuk bercuti atau memang dah abih terus. Lebih kurang 40 orang gak lah yang join aktiviti di Rutland ni. Diorg pergi naik bas.

Bas yang membawa pelajar Malaysia

Aku tak ikut rombongan diorang menaiki bas. Tapi aku pergi ke sana dengan menaiki train jam 12.15 ke Oakham dan bawak basikal dalam keretapi. Dari train station Oakham ke Rutland Water, aku mengayuh basikal aku yang kelabu tu. Ditakdirkan Allah, hujan pulak hari tu. Walopun tak selebat Malaysia, tapi memang lenjun gak la aku yang mengayuh basikal selama 40 minit ke tasik tu. Agak pancit di hujung2 sebab kene naik bukit yang agak tinggi. Dah la sorg2, memang pancit. Sekitar jam 1.30, akhirnya aku sampai. Agak lawa gak Rutland ni. Tasik yang macam laut. Bukan tasik yang pinggirnye dah dalam.

Ade macam konvoi/pertunjukan vespa dan skuter kat situ

Ni lah rutland, ade kayak, sailing,dan macam2 lagi. Rock climbing pun ada

Sampai2, tengok budak Malaysia semua ada dalam bas. Kesian diorang sebab banyak aktiviti tergendala disebabkan Hujan. Acara makan pun terpaksa diawalkan. Jadi diorang dah makan dulu waktu aku sampai tu. Sementara diorang main beberapa permainan dalam bas, aku pergi ke belakang bas dan makan tengah hari. Banyak lagi makanan yang tinggal. Ayam yang sepatutnya di BBQ sudahpun dimasak terlebih dahulu di rumah. Lepas makan, aku naik semula ke bas dan tunggu diorg habis main sbb nak sembhyg zohor. Kawasan rutland yang diorg berkelah ni namanya whitwell(nnt tengok peta)

Selepas solat Zuhur bersama syahir(imam), bad dan apek, dengan muslimat len, aku pun bergegas menaiki basikal aku untuk bersiar-siar sekitar tasik tu. Pada awalnya, aku join bob dan rakan-rakan jalan-jalan dekat area tasik tu. Aku sebenarnya mencari sebuah gereja yang menjadi mercu tanda di Rutland ni. Ingatkan dekat, rupenye teramatlah jauh. Tapi naik basikal takdelah jauh sangat. Yang bestnya, pemandangan die lawa sebab lalu macam empangan kat situ.

Muzium church yang dimaksudkan. Dah tak hidup dah pun

Kamera berkabus bersama basikal yang dicampak

Oleh kerana aku ingat dah jauh sangat nak patah balik, maka aku cadang nak habiskan jeh pusingan pusing tasik tu. Kayuh punye kayuh tak jumpe penghujung. Adela tempat sailing, area fishing semua. Jadi, aku pun tengoklah peta yang aku ambik kat kaunter tadi. Rupe-rupenye, jarak dari Whitwell ke Gereja tu baru satu per empat dari besar sebenar tasik tu. Sampai di pertengahan jalan, terserempak dengan rombongan kak qilah, kak azhreen, syazwan dan rakan-rakan yang juga berbasikal. Diorang sebenarnya dah mulakan berbasikal lebih awal dr aku sebab aku solat dulu. Tengok2 tengah rehat kat situ. Lepas bertegur sapa, aku pun meneruskan kayuhan aku.

Nampak whitwell tu? Church tadi bertentangan dengan whitwell tu. Tengok skali skala peta tu. Nak paham cerite seterunya bolehla besarkaan peta

Aku rasa inilah cabaran berbasikal paling dahsyat buat aku. Kayuh sorang2, hujan dengan lecah yang masyaAllah. Lalu hutan, ladang kambing, sorang diri. Kalau mati memang takde sorang pun tahu. Ditakdirkan Allah ketika smpai di Lyndon(dekat dengan manton bay) Cek peta belah kiri bawah, rantai basikal aku tersekat kat tayar. Memang frust giler waktu ni. Dahla sorang2.. Lepas 10 minit, baru aku sedar tayar basikal aku tak perlu dibuka dengan menggunakan spana semua. Sbb basikal ni basikal racing, die ada macam pemulas die kat tepi tu, Alhamdulillah terselamat aku. Sedar tak sedar dah 2 jam 15 minit aku berbasikal dari whitwell tadi.

Sampai di persimpangan Okham, aku membuat keputusan untuk tidak patah balik ke whitwell dan terus ke Okham train station. Kayuhan aku yang bermula jam 3 petang dr whitwell, akhirnya tamat di stesen keretapi tersebut jam 5.30 petang. Ni pun sebab aku tak rehat. Kalau rehat mesti lagi lama. Habis seluar, beg, baju penuh dengan lecah..

Basikal yang menempuh hari2 mencabar. Tayar tercabut waktu 3/4 dari perjalanan.


Sedar tak sedar lebih 13 kilometer aku kayuh hari ahad tu. Letihnya teramatlah sangat. Walopun aku smpai train station kul 5.30, pukul 6.20petang baru train aku berangkat menuju ke Leicester. Alhamdulillah semuanya selamat. Rombongan kak Azhreen pula smpai di whitwell 5.45petang. Kirenye hampir 3 jam diorg mengayuh, cuma diorg banyak rehat sikit.

Mintak-mintaklah tak demam. Dah 2 hari main hujan..

Ada sorang budak sheffield jumpe aku. Abang ni Postgrad ke? Haha

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment