Bismillah..
Cuti semakin lama terasa semakin banyak. Setelah cuba mencari kerja, aku terasa aku memang fail sungguh bab-bab cari kerja ni. Dengan muke tak malu pergi ke kedai2 mencari kerja, tapi muke aku memang x laku. Aduih.. Bile fikir balik, kerja juga mungkin akan beri masalah sebab aku asyik jalan bercuti je sepanjang cuti summer ni. Bayangkan cuti yang sungguh panjang ni, aku sendiri tak tahu nak buat apa sangat. Rakan-rakan juga sudah ramai yang pulang dan akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi...
Pi mai Pi Mai tang tu merupakan cerita jenaka yang sangat aku suka waktu kecik-kecik dulu. Aku sendiri dah lupe bila waktu tayangannya, tapi memang ayah aku suka giler cerita ni. Watak-watak dan kisah-kisahnya begitu banyak memberi pengajaran dalam hidup. Tidak seperti raja lawak, aku rasa hanya kumpulan Sepah sahaja yang masih mengekalkan budaya melayu seperti juga pi mai pimai Tang tu.. Tu pun baru je beberapa bulan aku kenal kumpulan sepah ni.
Sepanjang cuti ni, kehidupan aku boleh dikatakan pi mai pi Mai tang tu la gak. Setiap hari mengalami rutin yang hampir sama. Bangun pagi, dhuha kalau masih sempat, keluar beli barang dapur, solat zuhur, masak makan tengah hari, layan pi mai pi mai tang tu, Baca surat khabar online, main game FIFA, pegi plak solat asar, masak makan malam, sedia plak solat maghrib dan biasanya layan kuliyah Ustaz Idrus malam-malam. Setiap hari, FIFA, pi mai pi mai tang tu dan Kuliyah Ustaz Azhar IDrus memang menjadi tontonan aku setiap hari. Ustaz Azhar idrus ni memang mantap..
Sedar tak sedar dah 8 hari berlalu sejak aku abis exam. Masih tak nampak sebarang Faedah yang aku berikan kepada manusia. Aku masih mahu melihat bagaimana hari-hari aku akan berlalu. Benarkah ianya akan begitu bosan dan tidak berintikan apa-apa. Aku masih mahu kuatkan semangat untuk terus stay di sini sepanjang cuti summer. Makhluk mana lah yang tak rindu nak balik kampung halaman. InshaAllah minggu depan akan ke York-Newcastle-Amsterdam-Sheffield..
Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya..
Sekian dari syuib0809...
No comments:
Post a Comment