Thursday, 30 June 2011

Ziarah Newcastle, United Kingdom

Bismillah..

Dari pelabuhan Tyne, kami menaiki bas menuju semula ke Newcastle, United Kingdom. Sekitar jam 10.30 pagi, kami akhirnya sampai Stesyen Keretapi Newcastle. Dari situ, orang pertama yang terpaksa berpisah dengan kami ialah Faiz Abdul Rahman, yang terus menuju ke Nottingham dengan menaiki bas. Syakir Sheffield pula akan pulang sekitar jam 12.30 tgh hari dan syahir Warwick pula pada pukul 1.30 macam tu. Rombongan Yorke dan rakan-rakan akan pulang sekitar jam 3.15 manakala aku pulak akan bertolak ke Sheffield pada pukul 5 petang. Oleh kerana ramai diantara kami yang masih belum pernah pusing2 di Newcastle ni, jadi masa yg ade kami gunekan untuk pusing2 bandar ni..

Dihadapan replika bandar Newcastle kot.

Selepas Faiz pulang, kami menunggu ketibaan seorang rakan bernama Zainal yang belajar dan menetap di Newcastle. Ramai rakan-rakan sekolej aku sudah pulang bercuti di Malaysia. Tidak lama pun menunggu, Zainal akhirnya sampai dengan menaiki basikal. Tempat pertama yang memang menjadi kemestian untuk pergi sudah tentulah University of Newcastle. Afif yang datang dari Malaysia pun perlu lakukan survey kat university tu bagi menyambung pengajian beliau dalam bidang architecture. Tak sangka lawa gak University Of Newcastle ni. Bukan apa, sebab memang banyak bangunan lama-lama kat sini..

Perjalanan masuk menuju ke University of Newcastle

Di hadapan bangunan architecture. Afif kanan sekali.

Selepas bersiar-siar di University, kami singgah pula di Stadium Rasmi pasukan Newcastle iaitu St James' Park. Tak jauh pun dari University, malah sangat dekat dengan Fakulti Business uni tersebut. Kami tak lama pun kat stadium tu, sebab xde pun peminat Newcastle antara kami. Dari situ, kami dibawa oleh Zainal menuju ke kedai makan. Memang semua dah lapar sebab dari pagi tak berapa makan sangat. Aku pagi tadi pun pening. Lepas beberapa minit, kami akhirnya sampai kat kedai tu. Sayangnya syakir terpaksa bertolak semula Rail Station sebab tak sempat kalau nak makan. Lagi-lagi buffet plak tu..

Nak tangkap gambar satu stadium memang tak muat.

Di hadapan stadium Newcastle. Kecik je logo die

Di restaurant FLAVOUR. Ni baru buffet pinggan pertama

Banyak makanan ye. Dah la murah. Lepas discount student semua dapat 6pound..

Selepas makan, kami menghantar syahir pulak ke rail station sebab die akan berangkat tak lama lagi. Kami yang tinggal iaitu yorke, afif, idil, ridhuan dan aku pula meneruskan ziarah bersama Zainal. Kali ni, kami menuju ke Tyne Bridge dan juga millenium Bridge yang menjadi mercu tanda bagi Newcastle ni. Kalo Search kat google memang gambar ni la yang selalu keluar. Sepanjang perjalanan, banyak bangunan-bangunan lama menghiasi bandar Newcastle yang kini sudah sangat-sangat maju. Cuma penat sikitlah sebab Necastle ni berbukit-bukau. Kami memang tak sempat nak pergi Castle die..

Antara bangunan-bangunan lama yang menghiasi bandar kota baru ni

Aku tak pasti ni bangunan apa, berkilau-kilau dari jauh


Di belakang kami ialah Tyne bridge dan di belakangnya banyak lagi jambatan. Aku rasa yang menariknya sebab jambatan diorang seolah2 menggabungkan dua bukit.

Millineum bridge, malam2 baru lawa. Nilah zainal yang bawak kami jalan-jalan di sini. Jzkk brother.

Kami tamat mengelilingi Newcastle sekitar jam 2 petang manakala Zainal terpaksa pulang untuk menunaikan Solat Jumaat. Sementara menunggu ketibaan keretapi, kami lepak-lepak berehat di Train Station Newcastle. Sekitar jam 2.45 petang, rombongan Yorke pulak berpisah dengan aku. Oleh kerana masih banyak lagi masa, aku kembali bersiar-siar di bandar Newcastle sebab nak cari air minum. Akhirnya, tibalah pulak giliran aku meninggalkan bumi Newcastle. Memang cantik cume agak jauh kalau nak pergi selalu. Tunggu Zul ada mungkin boleh datang bermalam.

Aku meninggalkan Newcastle tetap jam 4.58 petang menuju ke Sheffield.


Selamat Tinggal Newcastle..
Bersambung....

Tuesday, 28 June 2011

Anak Melayu di Bumi Belanda

Bismillah

Kami keluar dari kapal sekitar jam 9.45 pagi. Di bahagian emigresin, kumpulan cina di hadapan kami berdepan dengan masalah menyebabkan kami agak sedikit tergendala. Sebaik sahaja urusan di situ selesai, kami terus keluar dari port dan menuju ke bas yang akan membawa kami bersiar-siar mengelilingi bandar Amsterdam. Bus Sightseeing bukanlah satu pilihan yang bagus untuk orang yang ingin melancong. Mungkin sesuai bagi orang yang mempunyai masa yang sedikit. Sepanjang kami berada dalam bas, hujan turun membasahi bumi Amsterdam.

Gambar kincir angin yang kebasahan dek kerana Hujan..

Kami memang tidak punyai masa yang panjang. Hanya ada lebih kurang 5 jam untuk pusing-pusing di Amsterdam sebelum kami masuk semula di atas kapal. Selepas turun sahaja dari bas tadi, kami terus menyewa basikal. Ditakdirkan Allah, Hujan sudahpun berhenti sebaik sahaja kami turun dari bas tadi. Menariknya bandar Amsterdam ni ialah, basikal merupakan salah satu pengangkutan utama dan bersepah-sepah basikal kat seluruh bandar Amsterdam ni. Malah kat jalan raya diorang pun banyak menyediakan laluan untuk berbasikal.. Harga sehari kalau sewa basikal lebih kurang 12euro.. Kalo 3 jam 8 euro.

Dihadapan kedai sewa basikal, yellow bike. berat gile basikal..

Kanan sekali laluan Khas untuk basikal. Kadang-kadang jalan basikal, tram dan kereta semua diorg balun sekali. Memang kengkadang sibuk dan bahaya..

Sekali lagi abang kaca mata hitam. Orang kata dalam sungai ni penuh dengan basikal..

Bagi mereka yang selalu dengar pasal belanda, mesti akan fikir tentang Kincir Angin, Bunga Tulip dan barangkali juga DutchLady. Tapi sayangnya, Amsterdam bukanlah tempat yang penuh dengan benda-benda tu. Ditambah lagi musim bunga yang telah tamat, memang susahla nak jumpe bunge tulip. Kami berbasikal ke kawasan-kawasan tertentu sahaja kerana kesuntukan masa. Antaranya Istana di Amsterdam yang tak berapa lawa. Banyak gak masa habis sebab beli makanan..

Dihadapan sebuah Istana di AMsterdam.. Belakang tu penuh orang

Madame Tussaud ni tempat patung lilin. Tapi kami tak masuk sebab ianya akan ambik masa yang panjang..

Beli makanan dah dekat setengah jam. mana taknya kami semua ada 8 orang. Sorang beli dua sebab nak makan tengah hari dan bawak naik ferri satu utk makan malam.

Meneruskan perjalanan. Aku pun tak tau ape menara jam ni.

Sebaik sahaja selesai membeli makanan, kami menuju ke mercu tanda Amsterdam, atau lebih tepat lagi ialah kawasan yang menjadi kemestian untuk bergambar iaitu replika I AMSTERDAM. Dekat sini gak ada banyak bangunan yang cantik-cantik. Selepas parking basikal, kami bergambar di kawasan sekitar dan makan tengah hari di situ. Yang tak syoknya, ada seekor anjing bulldog terhidu bau makanan kami dan cuba memujuk kami. Terpaksa la kami berlari2 anak menyelamatkan makanan. Dalam kesibukan menyelamatkan makanan, tetibe yorke terlupa angkat beg die. Habis dijilat oleh cik anjing.

Cantik kan? Ke tak cantik?

Ramai sungguh orang bergambar kat sini. Cuma tak berapa nampak gambar orang la..

Menikmati makanan di tepi kolam air I AMSTerDAM..

Bangunan ni pulak terletak di bahagian depan replika tadi. Cuma aku tak pasti apa nama die..

Amsterdam sebenarnya bukanlah bandar yang bagus untuk dijadikan tempat melancong. Bandar ni boleh dikatakan tempat yang sangat teruk kerana menghalalkan begitu banyak perkara yang haram. Kami sendiri tidak dibenarkan meminum kopi di sini kerana kebanyakan coffee akan dicampur dengan dadah dan ianya memang dibenarkan. Di sini juga, pelacuran dibenarkan dan bebas begitu sahaja. Wanita-wanita akan diletakkan di dalam cermin tepi jalan sambil berbogel atau berbikini untuk dijual. kawasan-kawasan sebegini dikenali sebagai Red Light District.

Alhamdulillah, masa yang sedikit menyebabkan kami terkecuali dari singgah di kawasan tersebut. Sebaik sahaja memulangkan basikal, kami terus ke kedai cenderamata dan kemudian kembali ke tempat berkumpul untuk menaiki bas pulang ke kapal.


Sekitar jam 5 petang, Kapal milik DFDS Seaway bergerak meninggalkan pelabuhan belanda. Kelihatan juga kapal dari Malaysia yang jelas dari kelang turut berada di perairan Belanda itu. Tak sangka aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi Belanda yang pernah menguasai beberapa negeri di Tanah Melayu ni. Malam tu, kami tidak banyak berbuat apa-apa. Paling best pun main game tapi aku tak main sebab x nak la habiskan duit kat bende merepek tu. Kalo free okla gak. Malam tu gak kat kapal tu ada parti untuk orang muda. Tapi kami takdela pergi. Menghabiskan sisa-sisa masa berada di atas kapal sambil menikmati cahaya matahari yang terbenam. Memang tak boleh dibicarakan dengan gambar.

Bersemnagat gila budak-budak ni. Mentang-mentang tak ramai orang.

Sepatutnya belakang tu ada sunset. Tapi kepala sapa ntah tutup.. Sunset kecik je

Keesokan paginya, kami sampai semula di pelabuhan Newcastle jam 9 pagi. Masing-masing rasanya belum puas menghabiskan masa di Amsterdam. Terlampau suntuk masa yang diperuntukkan. Apepun, alhamdulillah segalanya selamat..


Saksikan pula perjalanan di bumi Newcastle..
Bersambung....

Monday, 27 June 2011

Kembara North Sea menuju Belanda

Bismillah..

Dari York, aku berseorangan menuju ke Newcastle yang hanya mengambil masa sekitar 1 jam dengan menaiki train. Sampai kat situ, syahir dan syakir sudahpun berada kat stesyen Newcastle tersebut menunggu ketibaan Faiz dan rombongan yorke.. Cukup je semua, kami terus menaiki bas menuju ke pelabuhan Newcastle yang bernama Port of Tyne International jam 2.45 petang. Lebih kurang 45 minit gak ke pelabuhan tu. Lepas tu kami pun terus masuk ke terminal sebab malas nak tunggu-tunggu lagi..

Sementara menanti di terminal.. Masing-masing pegang passport.. Yorke yg berbaju merah merupakan ketua perjalanan ni.

Walaupun dah 3 kali naik Ferri yang berlainan di UK ni, aku masih belum merasa duduk dan tidur di dalam cabin mana-mana kapal mahupun Ferri. Aku sendiri memang tak dapat nak bayangkan macam mana la agaknya bentuk cabin yang akan kami diami nanti. Tak sangka kapal yang dimiliki DFDS SEAWAYS ni teramatlah besar. Nak cerita besarnya kapal ni smpaikan die ade 11 tingkat, siap ade lift lagi. Dalam ada banyak kedai makan, cinema, tempat permainan, dan bilik yang kalau ikut nombor memang beratus-ratus.. Memang mewah dan besar ferri ni, tapi kami bayar murah je..

Bergambar bersama kapal yang membawa kami..

Lebih kurang macam nila kapalnya..

Ruang makan di tingkat 7 kalau x silap aku.. Ni baru satu.

Masuk je kapal, kami teus menuju ke cabin masing-masing. Aku berkongsi dengan syakir, Idil dengan Afif, Yorke pula duduk di cabin yang memuatkan 4 orang bersama Ridhuan, Faiz dan Syahir. Oleh kerana aku tidak mendapat tidur yang betul semenjak di York, manakala syakir pulak x tidur malam manunggu basnya ke Newcastle, jadi kami masing-masing dalam keadaan yang sangat meletihkan. Lepas mengisi perut sikit, kami terus terbaring kat atas katil. Sedap rupanya tidur atas kapal ni, rasa macam dalam buaian.

Laluan menuju ke cabin..

Macam nilah bilik yang kami dapat. Ni bilik idil dan Afif

Tandas satu cabin dapat satu. Siap tempat mandi lagi

Acara makan selepas bangun tidor di cabin aku.. Banyak diorang bawak makanan.

Kami sebenarnya dah bersetuju untuk kumpul di Bilik yorke jam 5.30 petang untuk solat Asar. Oleh kerana aku dan syakir masing-masing terlupa apa nombor cabin diorang, jadi tak bolehlah kami ke sana. Mana ade line dalam kapal. Dalm pukul 6 lebih, yorke dan ahli cabin die pun bertandang ke bilik kitorang. Oleh kerana syakir bawak banyak makanan, jadi kami pun makan malam je kat situ.

Lepas makan dan solat, kami pun pusing-pusing satu kapal tu. Perjalanan selama 13 jam dari Newcastle ke Amsterdam sememangnya perjalanan yang sangat lama. Sebelum-sebelum ni paling lama pun aku naik dalam 5 jam dah smpai mana-mana destinasi. Tapi memang Ferri ni sangat murah sebab dapat Offer. Setiap orang kena bayar GBP46.50 yang kalau diconvert tak smpai RM250 sorang. Aku sebenarnya x berniat pun pergi Amsterdam. Tapi lepas abih exam, elaun masuk terus join diorg. Memang promosi syarikat ni dan kalau x ambik memang akan mahal.

Kanak-kanak yang sangat riang ria.. Faiz paling kiri sekali.

Berada di bahagian dataran kapal paling atas..

Afif paling kiri sekali merupakan junior dari KYUEM yang datang sebab nak survey University. Kemudian yorke bawak die sekali.

Ni syahir seMUSCOM dengan aku. Bukan main bergaya lagi.

Kincir angin di tengah-tengah Laut.. Penjana kuasa elektrik untuk Belanda.

Lepak-lepak di Bahagian depan kapal. Boleh dikatakan banyak orang tua yang naik kapal ni. Mungkin sebab bukan cuti sekolah kot.

Memang agak bosan gak duk dalam kapal tu. Sesuai untuk orang yang berbulan madu je sebenarnya naik kapal ni. Baik naik kapal terbang lagi laju. Dalam pukul 11 malam, kami sembhyang maghrib Isyak berjemaah. Atas kapal tu Lengang je takde orang. Mungkin semua dah tidur kot. Aku pun pulang semula ke bilik bersama syakir dan tidur. Bangun sekitar jam 4 pagi untuk solat subuh sambil badan dibuai ombak laut. Jam 9.30 pagi, kapal yang membawa kami ini akhirnya sampai di pelabuhan Amsterdam..


Selamat datang ke Holland..

Bersambung............

Saturday, 25 June 2011

Bandar bersejarah York

Bismillah..

Hari ni aku akhirnya pulang ke Leicester setelah hampir 5 hari pengembaraan. Pengembaraan yang menarik dan alhamdulillah banyak pengalaman yang ditimba. Kisah aku bermula hari selasa yang lepas, bersamaan 21 Jun 2011. Dari Leicester, aku menaiki train sekitar jam 9.30 malam menuju ke York. Perjalanan yang agak panjang dan memenatkan sebab kena tukar train smpai dua kali. Leicester ke Notts, Notts ke Newark Northgate dan akhirnya ke York. Aku smpai dalam pukul 12.10 tengah malam di stesyen York dan berniat untuk bermalam di situ sahaja.

Mula2 aku duduk dekat kerusi luar sahaja. Tetibe pak guard kat situ sapa aku dan cadangkan untuk aku masuk ke ruang menunggu yang tertutup dan lebih panas. Maka bermalamlah aku kat situ..

Yang ni berlakon je. Sebenarnya aku baring teruih atas kerusi tu..

Sekitar jam 3.30 pagi, aku bangun semula dari tidur yang sememangnya tidak selesa. Memang ini lumrah bermusafir. Dengan berbekalkan air botol yg dibawa, aku kemudiannya menunaikan solat subuh di train station tersebut. Musim panas sememangnya musim yang baik untuk bercuti sebab siangnya yang teramatlah panjang. Jam 4.10 pagi, aku sudah mula keluar berjalan-jalan di York. Tempat pertama yang aku tujui ialah York Minster. Memang tak sangka, bandar York ini bandar yang sangat cantik.

Selamat datang ke York

Dihadapan York Minster

Ni gambar penuh yorkminster yg aku dapat dari Internet.. Besar kan?

York Minster merupakan Gothic Cathedral yang sangat besar. Dibina sekitar tahun 650 Masihi dan pernah terbakar beberapa ratus tahun kemudian. Dibina semula dan macam-macam lagila kisahnya. Pagi tu memang bandar York ni sangat kosong. Aku ke York sebab kawan aku arif ismail dan rombongan juga berada di situ sebelum bertolak ke Newcastle. Tapi susah plak nak jumpe diorang. Jam masih menunjukkan jam 4.30 pagi, dan aku pula meneruskan perjalanan mengelilingi bandar bersejarah York tersebut.

Untuk mereka-mereka yang tak percaya. Jam tu menunjukkan kul 4.40 pagi..

Yang ni namanya Clifford Tower. Aku pun x tau ape bendanya..

Aku suka gambar ni. rasa macam kat perantauan. Dah la pakai baju melayu

Depan Muzium yang sunyi sepi

Dekat kawasan Clifford Towers ni macam-macam ade. dan Antaranya sudah tentulah muzium yang bersepah-sepah. Dan juga dekat dengan rumah hantu diorng. Tengah-tengah pagi tu gak aku terserempak dengan dua org bangladesh yang bersiar-siar di situ. Dalm pukul 5.30 pagi macam tu, hujan renyai-renyai mula turun. Aku tumpang berteduh di perhentian bas sambil menikmati burger yang aku bawak dari rumah sebagai sarapan. Sambil tu tengok la itik2 yang teramatlah banyak sekitar Clifford tower tu.

Aku meneruskan perjalanan bersiar-siar di Bandar Yorkbuat beberapa ketika. Namun agak keletihan dan berehat sebentar di hadapan pasar York. seronok melihat para peniaga yang bertungkus lumus mempersiapkan kedai masing2. Tak sangka pasar yang selalunya bermula pukul 10 pagi, sudah mula memulakan persiapan sekitar jam 7 pagi. Dalm keletihan yang teramat sangat, aku akhirnya kembali semula ke train station sebab nak gune tandas. Lebih kurang setengah jam gak la kat situ.

Newgate Market. Lama gile aku tengok orang kedai bunga ni siapkan gerai die

Dalm kul 9.30 pagi, aku kembali semula ke town sebab nak beli beberapa barang sebagai bekalan untuk ke Amsterdam. Dalam perjalanan pulang dari town, aku singgah sebentar di Castle Garden yang juga menempatkan Yorkshire Museum. Perjalanan di York akhirnya tamat dan aku pun menaiki keretapi aku jam 11.58 menuju ke Newcastle..

Di castle Garden

bersambung........