Sunday, 28 June 2020

Gubah 3

Bismillah.

Sebaik sahaja aku beroleh kunci rumah ini, gubah pertama aku banyak berfokus kepada perkara asas. Syiling yang bocor dan berlubang. Membuka semula saluran air dan kumbahan, membina kabinet kecil dapur yang kosong takde apa2 serta "mengemas" kawasan lapang yang dulunya "hutan".
Mengubah sesuatu yang bermula seperti ini.


Akhir-akhir ini, aku baru sedar kebanyakan proses renovate/gubah akan berlaku sejurus selepas rumah ini menerima kunjungan family sendiri. Haha. Aku baru perasan, bila family datang, mesti banyak "cadangan" yang mereka kemukakan. Hakikatnya, bukan aku tak nak renovate, tetapi duit yang sedikit itu menyebabkan hati ragu2 selalu.

So, bila family datang, dia jd mcm proses menggalakkan , atau mem"benar"kan kau untuk renovate semua kelemahan yang kau sendiri memang dah nampak. Dan akhirnya akulah yang kering poket. Haha

Seingat aku, antara benda yang aku gubah selepas menerima kritikan family sendiri ialah mozek ruang tamu, kemudian tembok dan pagar, kemudian atap parking, next pagar tepi dan macam2 lagilah. Haha. Dan daripada Gubah 2 ke Gubah 3 ini ambil masa 1 tahun. Walaupun ada je renovate kecil2 aku buat.

Gubah 3.

Fokus Gubah 3 kali ini ialah kawasan luar rumah. Sebelum PKP bermula, family datang rumah dan macam2lah komen untuk membina. Haha. So, lepas diorg balik, sepanjang PKP pikirlah idea dan merancang apa yg perlu digubah. Kawasan "padang" corner lot tersebut memang semak pun.

"Semak"

Ni waktu tebang dahan pokok. Lagilah


So panggil pak kardi untuk kira. Bajet pertama ialah kawasan tepi parking yang aku tambak batu concrete sebab xde duit dulu. Dulu dalam RM180 je kosnya. So kali ni aku simenkan sahaja dgn total harga RM1000 iaitu RM450 upah dan RM550 utk barang. Agak berbaloi sebab kawasannya seluas 350 kaki persegi. Ni waktu bulan puasa.

Dulu, waktu nak elak rumput naik. Bubuh la batu2 ni. Sekali daun suka melekat kat situ. N then rumput naik sikit2 kat celah. Lagilah penat nak cabut

Sekarang kemas sikit. Tembok tu nampak kotor sebab waktu siram pokok, tanah tu tempias. Haha. Ye faham x cantik. Dia kena bubuh tile/mozek baru nice. Sabo, x penting lagi. Cukuplah muat 3 kereta.


Next mula buat "border" supaya boleh berjalan dari depan ke belakang dan nampak kemas kawasan padang.

Keadaan sebelum ada border. Kat belakang dekat dgn dapur lagilah semak. Lupa tangkap gambar.


Selepas raya, mula buat border kiri, saluran longkang baru dan juga simen kawasan belakang rumah. Sebab utama ialah longkang terlampau cetek, pecah, senang tumbuh rumput, dan tanah dari "padang" selalu masuk longkang. Kawasan belakang plak disimen sebab macam2 pokok dan tumbuh disebalik timbunan besi. Lagi satu elak anai2 bina sarang.

Simen belakang. Keadaan asal dia memang mashaAllah sebab byk pokok pelik2 tumbuh sebalik besi.

Ni paling ambik masa lama sebab idea berubah2. Last2 pi kedai jubin, cari yang jubin tinggal sikit2/clearence, so dapatlah half price dlm 3-4 ringgit sekeping.

Pakcik tu buatkan longkang sekali

Border belakang. 3 border ni, simen dapur belakang, saluran longkang baru, kawasan longkang bertile kos semuanya RM1200. Tile aku beli sendiri dalam rm200. Agak murah sebenarnya. Org lain tak mungkin dpt harga gini.


Dua minggu kebelakangan ni, family datang lagi sebab menguruskan adik bongsu yang punya banyak barang di unimap. Kali ini komen diorang byk berfokus di kawasan dapur belakang. Manakala adik lelaki plak komen pasal atap parking yg nampak "semak". Aku memang sedar nampak semak, cuma tak banyak kenal org welding/awning.

Minggu ni terjumpa pakcik welding yang sangat baik. Rupanya banyak dia buatkan pensyarah matriks punya rumah. So, trylah. Akan pasang ceiling besi untuk tutup kecacatan dapur extend dan bumbung parking. Nanti minggu depan dah siap kita tunjuk hasilnya. Huhu..

Keadaan asal

Siap pada 3 julai. Hari jumaat. Next dapur ni kita tile dinding bagi lawa. Huhu

Keadaan asal parking

Besi biru tu hmmm. Akan diputihkan nnt.




Aku sebenarnya tak banyak duit pun. Cuma aku tak banyak "bernafsu" berbelanja dalam kehidupan harian. Aku makan sehari pun dalam 12-15 ringgit. Baju memang setahun sekali beli. Yg paling aku bernafsu pun barangan PA. Itupun beli sebab tau boleh jadi aset untuk dijual. So, Gubah kali ini, selain duit simpanan, minta "sponsor", aku juga mencairkan semua aset2 PA sistem supaya ada cash nak tampung perbelanjaan gubah 3 ni.

Cuba mencairkan dua benda ni. Sebab dah ada 4 biji. Sapa berminat boleh bagitahu. Haha.

Oleh kerana xde event di kolej dan dari ANC, rasa semak je nak simpan benda ni. Haha. 


Hujung bulan xde duit, kita ikat perut. Haha. Tapi Allah bagi rezeki, sempit macam mana pun mesti cukup makan dan sebagainya. Kita sahaja yang selalu risau miskinnya beroleh rezeki dari Tuhan yang Maha Kaya.

Keadaan selepas bubuh "border" 4 penjuru. Nak tengok betapa besarnya perubahan, bolehlah tengok gambar pertama paling atas sekali tadi. 2 tahun lebih prosesnya.

Banyak lagi rancangannya lepas ini. Tile, rumput carpet, cabin dan lain-lain. Tapi cukuplah untuk gubah 3 kali ini. Kering poket den. Haha. Kita sambung tahun depan plak.

Teringin nak buat kenduri dengan student2 kat tanah lapang ni. Dapat pasang 2 khemah, muat 5 generasi ni. BBq. Perghhh..

Sekian dari Syuib0809

Tuesday, 9 June 2020

UKCI: Isteri Nabi vs Isteri Firaun

Bismillah
Ahad lepas, berusrah dengan anak2 dara.


Poster asal, tapi fatin amirahnya takde, yang conduct si izzati. Amani pula ajak si iman teman bg pengisian. Diorg bagi dulu, dalam 10.15 barulah aku ambik.

Pengisian.

Dimulakan dengan terjemahan surah At-Tahrim, ayat 10-12.

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): “Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)”.
Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: “Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.

Allah cerita perumpaan org2 yg bersama dan dijaga oleh orang2 soleh, tetapi menjadi kafir dengan pengkhianatan mereka. Iaitu isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth. Maka, dicampakkan mereka ke dalam api neraka.

Bagaimana mereka khianat kepada nabi? iaitu suami mereka sendiri. Adapun isteri nabi Nuh, di saat semua orang mengatakan nabi nuh "gila" kerana membina kapal di atas bukit, dia yang sudah lama bersama nabi nuh, melihat kenabian dan sifat baiknya sepatutnya sokong suami, tetapi dia pulak yang membenarkan "gosip" nabi Nuh gila. Manakala isteri nabi Luth memberi "signal" apabila nabi luth menerima tetamu.

Ayat 11, bercerita tentang isteri org yang sangat kejam iaitu firaun. Dalam ayat ini juga, Allah rakamkan doa asiyah agar dilepaskan dr kezaliman dan beroleh rumah di syurga, persis yg selalu kita dengar dalam nasyid nertajuk ratu syahadah. Nabi bagitahu 4 wanita utama di syurga ialah khadijah, fatimah, asiyah dan maryam.

Jika diberi pilihan, isteri mana yang kita mahu jadi. Tak sempat bawa asbabun nuzul surah ni sbb masa suntuk.

Seterusnya, dibawakan kelayakan yang sangat mudah untuk wanita beroleh syurga iaitu:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”

Berbicara juga tentang jihad bagi wanita.

Tetapi kenapa tiba2 nabi kata ramai yang menghuni neraka?

Banyak lagi, tapi tak larat nak menulis.

Dewasa

Ada banyak emosi kau tak boleh tafsir dan cari sebabnya.

Bila aku ber"online" bersama mereka, automatik jd gembira, senyum je.. sebab? Entahlah.

Banyak wajah yang lama tak jumpa. Yang kau kenal dulu bising dengan perangai budak2nya. Yang disebalik tudung labuh mereka dan imej malu mereka, engkau shj pernah nampak kenakalan, bebelan dan panas baran mereka. Dan kerana kau tahu mereka sama sahaja sifatnya seperti gadis biasa, bertambahlah kerisauan kau.

Menanti masing2 menjadi lebih dewasa dari aku. Bila mereka kelak berbicara tentang anak2 sendiri, tetapi aku masih berbicara tentang dan seperti budak2. Hatta ego kau bertambah memikirkan perkara2 dewasa, aku akan kekal melayan kau seperti anak2 tanpa malu.

Berlayarlah dgn ego dewasa kau kelak. Aku akan kekal beri apa yang kau perlu bila kita bertemu. Bila tiba masa dewasa, aku sahaja yg akan nampak, engkau terlalu sibuk menjadi apa yang musuh kau mahukan.

Senyum..

Gambar wajip simpan. Yang hadir 30 orang lebih. Tapi screen muat dalam 16 kot. Harapan besar aku, bila mereka dah berkeluarga dan bekerja, mereka boleh kembali berbakti di kolej. Aku ada impian, lihat mereka buat usrah online setahun 2 kali dgn adik2, supaya adik2 nampak betapa panjangnya rantai tarbiyah yang mereka pilih. Doakan.


Kalau lah budak sekolah perempuan satu batch tengok macam mana aku layan pelajar perempuan aku, mungkin diorg akan geleng kepala. Aku tak pernah jadi seperti ini dulu. Haha



Sekian dari Syuib0809

Friday, 22 May 2020

Ramadhan Covid19

Bismillah

Mencatat sedikit diari sempena Ramadhan istimewa tahun ini ditemani covid 19, dikurung dengan PKP dan PKPB, ia pengalaman yang sangat menarik sepanjang tahun 2020. Atau mungkin sepanjang hidup ini.

Oleh kerana tidak boleh merentas negeri, aku memulakan puasa seorang diri di rumah.

Catatan 10 hari pertama.

Awal Ramadhan, yang menjadi kerisauan aku ialah makanan. Nak masak satu lauk mampu lagi. Cuma nak berbuka dgn satu benda sahaja nampak agak mencabar. Alhamdulillah, banyak kedai di kepala batas buka. Sekurang2nya boleh capai kuih untuk memaniskan mulut.

Sejak sekolah, aku memang jenis bangun sahur. Kalau di sekolah, aku memang selalu jadi orang pertama sampai dewan makan sbb lepas tu nak tidur. Haha. Ramadhan kali ini, bangun pukul 5 dan mesti masak nasi goreng. Resepinya ringkas, bawang, cili, telur, ayam goreng potong kecik2 dan perasa hilal. Bagi mengelakkan ngantuk, pasanglah variety show bertajuk knowing bros. Oleh kerana nak elak tidur betul2 lepas subuh buatlah mcm2. 7.30 barulah tidur sebab dah xde benda nak buat sorang2.

Ni kalau bubuh kicap.

Best sbb semua lelaki. Aku malas melayan drama cintan-cintun bagai. Dan lawak diorg ganas. Haha. Bahan member mcm tu je.

Tengah hari bangun siram pokok, cabut apa yg patut. Sejak berjinak2 dengan hobi menanam ni, seronok lah plak rasa.

Aku mula menanam pokok kari, limau purut, limau kasturi, pokok cili dan juga kunyit. Masalahnya bukan nak makan kunyit, yang pakai daunnya je. 


Dalam pukul 4 lebih dah mula beli juadah berbuka. Beli lauk dari kedai hawa, biasanya ambik ayam masak merah, ayam goreng(utk sahur) dan masakan berlemak. Beli kuih 2 jenis dan roti john. Air plak, hampir setiap hari buat air bandung.

Terawikh seorang diri di ruang tamu. Buat 10 rakaat. Sebelum witir baca Quran dan tutup dgn witir. Seronok pkp ini, lepas solat boleh baca Quran sebab takde apa nak buat. Aku dah start awal sebelum Ramadhan. Habis terawikh, buka ceramah di utube sambil main game. Haha. Jangan ikut na.

Beginilah pemandangannya. Selalu buka ustaz tuan ibrahim tuan man, ustaz kazim elias dan ustaz wadi anuar. Dalam 11.15 baru habis dengar.

10 pertengahan Ramadhan.

Sahur aku tidak berubah banyak. Namun untuk berbuka puasa sangat banyak yg berubah. Orang Taman ni baik2 dan pemurah semua. Hampir setiap hari ada sahaja orang sedekah menu berbuka puasa. Akhirnya aku sendiri takut sebab nasi putih yang dimasak selalu tak berusik. Hanya guna untuk sahur. Berhenti beli lauk kedai hawa sebab dah kena beratur panjang. Nak beli lauk yg sedikit mcm tak berbaloi je beratur panjang. Aku ganti dengan beli nasi ayam di pongsu seribu. Kadang2 di pokok sena. Kadang2 ayam golek.

Pertengahan Ramadhan ini juga, aku mula terawikh pakai mikrofon supaya tak rasa bosan. Tak perlu susah setup sebab mixer memang dah ada di ruang tamu. Kelebihan lain, rumah sebelah takde jiran. So, tak kacau. Lepas terawikh masih sama jadualnya.

Haha. Semangat. Baca kuat2 ni baru senang detect bacaan mana yang selalu was2.

Power mixer memang connect terus dgn komputer dan ipad. Bunyi takyah cerita.


Sepanjang Ramadhan ini juga, aku susah tidur malam sebab tak letih dan banyak tidur pagi. Maka antara pukul 12-1 pagi membaca buku yang sudah lama tak disentuh. Minggu pertama banyak baca pdf bagaimana menyentuh hati. Minggu kedua sambung dgn dunia tanpa tembok yg kedua.

Serius, bagus gila buku ni. Banyak input dan luaskan sudut pandang kau. Tapi jak habiskan memang mencabar. Sehari aku cuba habiskan 20-30 mukasurat.

Sepanjang ramadhan, anjing2 selalu buat reunion kat depan rumah. Diorang akan datang malam dan stay sampailah azan subuh. Bila aku nak buang sampah pagi, memang akan bertegur sapalah dgn diorang. Rasa macam dapat pakguard free. Rasa selamat bila diorang ada. Bila takde yang aku risau.


Pertengahan ramadhan itu juga, aku mula minta pak kardi simen beberapa tempat di rumah supaya kurang semak. Banyak lagu projeknya. Cadang nak pasang rumput jepun yg dicadangkan amani. Tengoklah nanti.

Simen untuk masuk satu lagi kereta. Boleh jadi tempat makan gak sebab luas. Teringin oasang khemas buat bbq. Haha. Tebang pokok jiran yang penuh kerengga. Masih semak, banyak lagi rancangannya.


10 malam terakhir.

Oleh kerana dah lebih 2 bulan duduk seorang diri, aku terpaksa kata ada sedikit stress yang hadir. Dengan dada yang sakit, dan lama tak bercakap dgn manusia, Allah sahaja tahu sengsaranya. Hari ke 20, aku bertekad balik ke Teluk Intan. Cuma agak kamikaze, terus balik tanpa berfikir panjang. Bawak baju 3 helai, seluar 1 dan kain pelekat sebab takut tak lepas. Alhamdulillah Allah permudahkan dan sampai teluk intan sebelum berbuka puasa.

Menu berbuka kat rumah tak payah cerita lah kot. Aku ada emak yang rajin masak dan adik perempuan yang suka masak kek, juga adik laki yang mesti nak beli makanan dari luar. So, penuh meja. Cuma yang tak best sikitnya, ada drama tv1 yang menyebabkan diorg suka lari waktu buka puasa. Pasrah jelah.

Contoh kemeriahan juadah


Di rumah juga, alhamdulillah terawikh buat berjemaah. Isyak abah jadi imam, manakala untuk terawikh aku yang imamkan. Dah biasa di penang hadap aircond, panas sikit ruang tamu xde aircond. Haha.

Lepas terawikh sambung makan, jadualnya berubah. Takde lagi baca buku sbb buku semua tak bawak balik. Haha. Cuma kali ini, ketagih dgn variety show bertajuk "Dogs are incredible". Sangat bagus rancangannya sbb takde "maksiat".

Banyak input pasal anjing. Alang2 depan rumah banyak anjing. Haha. Tapi tabik spring hiburan korea ni ialah diorg boleh jadikan "documentary" sebegini jadi menarik.


Begitulah cerita ramadhan yang sudah sampai hujungnya.

Salah satu hasil design bulan puasa. Mengamuk plak wahyu ni karang


Sekian dari Syuib0809

Tuesday, 21 April 2020

Kecindan

Bismillah.

Untuk yang tidak tahu cerita, program matrik yang sudah pun berada pada minggu 17, pada awalnya dilanjutkan ke awal puasa(hujung april) berikutan PKP. Tetapi, oleh kerana pkp dilanjutkan, maka kpm membuat keputusan untuk tamatkan sesi 1920 serta merta. Tiada lagi exam, dan pelajar habis macam tu sahaja.

Teringat waktu tangkap gambar dengan H1P02, si afiqah beriya menangis.

"Kamu dah kenapa nangis?"

"Sedihlah cikgu, tiba-tiba je semua kena balik, tak sempat nak jumpa semua..."

"Mengadalah kamu, lepas ni mai gak ambik exam. Jumpalah puas2 nanti study week"

Dahsyat, perancangan Allah mengatasi segala-galanya.

Kelas ni je aku panggil sebelum balik. Kelas lain buat dek je.


Banyak sebenarnya "tak sempat". ANC sendiri tak sempat dengan wida'nya. Tiada sapa jangka segalanya berakhir macam tu sahaja.

Masa luang yang ada, aku banyak menulis. Cuma untuk G19, susah mahu beroleh ilhamnya. Mungkin kerana aku tak rapat dengan diorg, dan banyak bergantung pada pdt semata2. Mungkin juga, aku tak lihat air mata mereka sepanjang sesi ni. Waktu memori, aku "lari". Waktu mereka ber tam pun, aku sekalipun tiada bersama.

Akibatnya, sangat lama untuk menulis. Setiap malam, oleh kerana tak dapat tidur aku cuba menulis. Ada masa, satu rangkap ambil 3-4 hari. Hinggalah terdengar lagu exist bertajuk "Masih Terserlah AyuMu". Maka sedikit sebanyak terhasillah apa yang ada hari ni. Moga yang punya hati, mampu memahami. Terimalah...

KECINDAN

Cantik kisah kecindan
Madat beradat tanpa suntikan
Bain bersulam halus samaran
Semua hayat menjadi mimpi
Jauh manapun engkau bertapa
Yang sudah bernisan
Tak mungkin kembali

Banyak cara engkau mengira
Hisab hari kau punya puluh
Pilih minggu kau kurang sepuluh
Menghitung cantik purnama
Hanya dua kan saksi bersama

Banyak kecindan aku simpan
Bekalan ketawa sehari lagi
Esok sahaja aku cerita
Kerana pasti petang berjumpa
Lupa pandir salah mengira
Naik mentari semua tiada

Sahabat
Kahfi kau baca tak habis lagi
Perlahan bangun kau undur diri
Sepanjang malam engkau bersedih
Kain putih bertukar jernih
Gugur tangisan bisik alunan
Kalau ku tahu esok berpisah
Semalam ku peluk buat kenangan

Sahabat
Cepat benar engkau pergi
Kisah semalam tak habis lagi
Aku janji seronok sambungnya
Kembali nanti ku bisik cerita
Pendek sahaja hikmah tiada
Hanya kecindan buat kau ketawa

Kata pujangga
Yang kau ingat
Akhir dan mula
Pisah dan jumpa
Cerita di antara
Tersimpan sementara
Sampai masa
Mudah kau lupa

Sahabat
Hari ku tunggu tak kunjung tiba
Cerita ku simpan dah hilang ceria
Tawar kecindan habis terluka
Entah apa aku sedihkan
Seribu ubat dah aku cuba
Jumpa sahaja penawar akhirnya

Bertemu nanti
Hanya pelukan aku minta
Lama syarat memisah jasad
Tamat syariat jarak berhasad
Biarpun baiah buat pajakan
Raja sahaja mampu putuskan

Salam lena buatmu sahabat
Bunga kau sarung
Dah gugur ke bumi
Dipijak kaki berulang kali
Bersalut lumpur hilang dah seri
Bercerai kita bertalak tidak
Ditakdir Tuhan bertemu kelak

Selamat datang mimpi
Moga cantik kisah malam ini
Punya wajah aku cinta
Biarpun samar-samar
Ku harap
Penuh kecindannya





Sekian dari Syuib0809

Sunday, 5 April 2020

Diari COVID-19

Bismillah.

Mencatat sedikit diari berikutan perintah kawalan pergerakan covid-19. Diari yang berguna, sebab pertama kali benda ni berlaku dalam hidup. Sedikit perbezaan dengan lockdown ialah, rakyat masih boleh keluar rumah, namun kebenaran hanya diberi kepada ketua keluarga, untuk jangka masa dan jarak yang terhad. Kebanyakan kedai makan/peralatan tutup kecuali pasar raya dan kedai runcit.

Aku secara jujurnya tidaklah kekok, sebab memang jenis jarang keluar rumah, suka duduk sorang2 hatta waktu kat rumah teluk intan. Pernah menganggur 6 bulan, so alhamdulillah tak kekok. Haha.

Berikut rutin biasa.

Lepas subuh, pukul 7 keluar cari sarapan dan bahan basah untuk masak
Tidur/kemas rumah
Kul 11 mula masak
12.30 makan/solat zohor
Petang tengok movie or mendesign sebab nak elakkan tidur petang.
Lepas asar, keluar beli barang.
Pukul 6, sapu halaman, cabut rumput, bakar. Memang rutin rasmi.
Lepas maghrib baca FB
Lepas Isyak movie/design
Pukul 11 masuk tidur.

Rumusan minggu pertama.

Minggu pertama, aku dalam dilema untuk duduk di rumah, atau balik ke Teluk Intan. Antara cabaran terbesar minggu pertama ialah tidak lansung bercakap dengan manusia. Duk fikir boleh bertahan atau tidak. Yang kedua, sehingga kini, aku hanya menyiapkan rumah aku untuk rehat dan dan makan sahaja. Masih kumpul duit untuk buat dapur yang proper, tempat basuh baju dan sebagainya. Jadi, tak sesuai untuk memasak dan basuh baju.

Oleh kerana PKP agak ketat, aku akhirnya terpaksa menukar landskap rumah. Mengambil kembali barang2 dapur yang aku tinggalkan di dalam store surau, dan mengemas kawasan belakang rumah untuk dijadikan kawasan memasak sementara. Ambil juga mesin basuh yang tinggal kat markas sebab kedai dobi pun tak bukak. Yang lawaknya, waktu ambik barang, tetibe terkunci dari dalam. Terpaksa telefon si Izzah dan fatihah. Huhu

Dapur kembali berasap. Antara menu yang dimasak sepanjang PKP:

Ayam masak merah
Ayam masak kurma
Udang masak lemak
Rendang ayam(dua kali)

Masak rendang. Antara maksud "dapur tak sedia" ialah rumah bawang bagai semua takde, dan bila masak, satu rumah bau. Aku tak suka satu rumah bau minyak.


Udang masak lemak

Beli untuk standby. Dah 2 minggu, baru makan 2. Aku bukan peminat sejak zaman belajar.


Takdelah masak hari-hari, 2-3 hari hari sekali. Masak sorang banyak sungguh habis duit. Nak masak paprik/tomyam dan adik-beradiknya, tapi malas beli sayur. Kui3

Rumusan minggu kedua

Untuk minggu yang kedua, aku dah mula bertukang. Alkisahnya atap rumah macam bocor, so panggil pak kardi tolong sbb aku memang tak berjaya naik atas. Berbanding repair, aku cadangkan lapik dgn beberapa alas sahaja hanya titis yg menyebabkan plaster ceiling basah. Sebaik selesai, 2-3 hari aku mengecat balik benda tu bagi hilang kesan.

Meneruskan hobi, aku kembali dengan kerja membuat extension sendiri. Kali ini dengan hanya menggunakan barang2 dari kedai eco rm2. Lawa gaklah extensionnya. Lain dari lain. Oleh kerana eco sgt dekat dgn rumah, hari2 aku shopping situ. Minggu tersebut juga, merepair speaker2 yang dah rosak. Ganti tweeter yang lain.  Rasa terisi masa dengan baik bila ada hobi2 sebegini.

Hobi pelik. Ni pomen speaker budak USM.

Beza tweeter baru n tweeter lama. Baru faham apa maksud voice coil.

Dinding bocor. 

Selepas 2-3 hari. Empat lima layer aku sapu.

Rumusan minggu ketiga.

Dalam minggu ketiga ini, aku beroleh CPU baru. Beli. Tangan dah tak tahan lansung mendesign. Notebook yg ada terlampau lama, windows vista. So, sangat terhad.

Sebaik sahaja sampai, aku tersedar aku memang dah semakin kurang ilmu benda2 ni. CPU tak boleh connect ke monitor. Sebab connector diorang dvi/display port, manakala monitor aku hanya ada VGA. Hari pertama dah kelam kabut. Hari kedua, tersedar CPU tak boleh connect wifi. Habis masa bukak youtube je untuk cari macamna nak sambung. Selepas 2-3 jam gagal, barulah tanya orang. Rula-rupanya kena ada usb wifi. So, hari kedua mencarilah wayar internet.

Monitor dari zaman belajar si UK. So dah lebih kurang 10 tahun usia. Tu cpu barunya.

Kehadiran CPU baru ini, aku ambil mengasah peluang lagi bakat mendesign. Bagi aku ia hobi yang agak bagus sebab ambil masa lama untuk design(habiskan masa PKP), latih otak jana idea, imaginasi dan kreativiti. Dan ia adalah softskill yang kau boleh manfaatkan untuk bantu orang. Juga boleh mendatangkan pahala.

Berikut merupakan beberapa hasil terbaik guna CPU ni. Riak.

Contoh riang ria

Ye, ada kesilapan ejaan.

Versi pro

Kelebihan PC ni berbanding PC pejabat, aku boleh masukkan tulisan sesuka hati. Bebas



Sekian dari Syuib0809

Tuesday, 31 March 2020

Cerita Lupa

Bismillah

Banyak peristiwa sudah berlalu
Antara kisah duka dan gembira
Yang mana kau suka cerita?
Yang mana kau sukar lupa?
Yang mana masih berbaki dalam ingatan?

Aku tiada jawapan
sekadar soalan

Yang sedang berlaku pada aku
Banyak cerita mahu aku ingat
Entah kenapa mudah benar lupa
Bukan kerana aku pemaaf
Tetapi mungkin sudah terlalu tua
Untuk ingat segala

Kisah duka
Sentiasa mahu kau lupakan
Semakin kau cuba
Semakin kekal ia dalam ingatan
Aku fikir
Ia karma untuk seksaan
Bila teringat
tiba-tiba sahaja indah
Benar kepala engkau gerakkan
Tanpa sedar
Senyum engkau ukirkan

Kisah gembira
Sentiasa kau mahu cerita
Semakin kau cerita
Semakin berubah cerita
Atau mungkin, semakin sedikit kisahnya
Mungkin kau mudah ingat
Tetapi mungkin juga, tak pernah lama

Yang paling sedih
Cerita yang tiada cerita
Tiada suka, tiada juga gembira
Biarpun semalam ia berlaku
Malam ni kau tak cerita,
Pagi esok kau dah lupa.

Menulis
Itu sahaja caranya..




Sekian dari Syuib0809