Monday, 18 July 2011

Bajet dan Balik

Bismillah..

Bagi setiap insan yang bergelar pelajar di Universiti, pengurusan kewangan merupakan agenda yang amat penting untuk meneruskan hidup walau di mana pun mereka berada. Di peringkat inilah, remaja mula berjinak-jinak untuk menguruskan wang yang mereka ada setelah berjauhan dengan ibu-bapa ditambah pula setelah mula meninggalkan alam persekolahan. Kalau dulu, mungkin segala-galanya dihitung oleh mak ayah atau disediakan oleh pihak sekolah. Namun kini, tugas membayar sewa rumah, memikirkan bil elektrik dan membuat pilihan apa yang perlu dimakan, semuanya terletak di tangan masing-masing. Semakin meningkat remaja juga, macam-macam perkara yang diidam-idamkan.

Setelah bajet aku agak lari dek kerana lebih 6 bulan duit elaun masuk sekaligus, aku sekali lagi cuba mengatur bajet baru sebaik sahaja kemasukan elaun dari kpm iaitu selama 4 bulan. Iaitu bulan 7,8,9 dan 10. Setelah selesai membayar sewa rumah sehingga hujung tahun ini, duit aku masih berbaki untuk aku gunekan sebaik-baiknya sepanjang cuti summer ini. Antara bajet paling besar yang aku letak ialah untuk menziarah kawasan eropah yang agak impossible untuk aku sampai setelah pulang ke Malaysia nanti. Antara tempat yang aku cadang nak pergi ialah Switzerland, namun tak jadi sebab xde orang nak pergi sekali.

Oleh kerana aku bertekad untuk tidak pulang ke Malaysia, perhitungan bajet aku kali ini sudah tentulah merangkumi makan dan minum aku di sini sehingga bulan 11 nanti. Setelah pulang dari Italy, peruntukan yang dikeluarkan untuk melancong alhamdulillah masih di bawah bajet. Dan boleh dikatakan sangat terkawal. Malah, dalam bajet aku juga, aku target untuk memiliki sebuah Ipad 2 yang agak murah kalau dibeli di Malaysia. Jadi nak tak nak, aku hanya boleh tempah kat rakan-rakan yang balik pulang bercuti summer ni. Kalau lepas bulan 10 memang tak dapat la. Dan aku potong banyak kat bajet untuk makanan. Baju2 baru atau bende mewah len memang takde dalam bajet. Cukuplah sekadar Ipad2 untuk tahun ni.


Namun begitu, segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Setelah menahan diri bersungguh-sungguh, aku akhirnya rebah bila adik perempuan aku ada di rumah waktu aku sedang ber"skype" dengan mak aku. Boleh dikatakan, pujukan dari mak ayah aku untuk pulang cuti ni masih boleh aku tahan. Lagipun, baru je bulan 3 hari tu mak ayah aku sampai dan bercuti di UK. Jadi, rasanya boleh lagi tahan nafsu kerinduan kat mak ayah ditambah pula setiap minggu berskype. Tapi bila tengok adik perempuan aku yang terkena penyakit psoriasis kat kulit die, memang aku tak boleh tahan dah. Sejak die dapat penyakit tu, aku tak pernah lansung jumpe die. Sebaik sahaja letak telephon skype pada 2 julai hari tu, aku terus mencari-cari tiket untuk pulang ke Malaysia. Hari tu jugak, tiket syarikat penerbangan emirates berada di tangan aku.


Pada mulanya aku cuba melihat penerbangan tambang murah airasia, tapi paling murah yang die boleh bagi ialah GBP660 dari london. Kemudian aku try plak Qatar punye, offer yang agency tu bagi ialah GBP615 pun dari London. Pilihan terakhir aku ialah emirates sama ada dari London ataupun dari Birmingham. Setelah melihat pro and cons, aku akhirnye memilih Flight yang bertolak dari Birmingham bernilai GBP591.00. Kos ke Birmingham juga jauh lebih murah berbanding ke London. Alhamdulillah takdir Allah aku dapat offer ni. Genap seminggu selepas tu, harga flight yang sama dari birmingham terus meloncat menjadi GBP700. MasyaAllah...

Aku tak rasa manyesal dengan keputusan yang aku ambil ini. Boleh dikatakan matlamat utama aku untuk tidak pulang masih juga tercapai. Aku sekadar nak rasa suasana berpuasa di bulan Ramadhan dan beraya di perantauan sahaja. Boleh dikatakan ini adalah peluang terakhir untuk aku merasa suasana Ramadhan dan AidilFitri di UK sebelum aku pulang tahun hadapan. Agak rugi sekiranya peluang ini terbiar sebegitu sahaja. InshaAllah, flight aku ke Malaysia jatuh pada hari raya ke-5. Jadi, beraya kat sini pun dapat, beraya kat Malaysia pun dapat. Kan Malaysia ada hari raya sampai ke-29.. Aduih


Namun begitu, keputusan ni memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Bajet aku memang lari sungguh-sungguh sebab tiket emirates tadi memakan lebih 90% elaun satu bulan aku. Orang lain yg balik awal mungkin tak perlu risau makan-minum mereka, tapi aku memang perlu fikirkan sehabis baik. Nak tak nak, tiada lagi makan luar, tiada lagi makan mewah, tiada lagi jalan-jalan, takde lagi nak ber"ebay" mahupun ber"amazon". Alhamdulillah, aku bukan jenis yang suka pinjam duit orang dan jenis x suke bershopping. Duit yang sedikit mengajar manusia untuk bersabar dan menahan hawa nafsu. Alhamdulillah.. Dua bulan yang pastinya mencabar.

Banyakkanlah berpuasa..

Sekian dari syuib0809

Thursday, 14 July 2011

Kembara Solo Italy... Tamat

Bismillah..

Sekarang tibalah untuk sesi muhasabah. Alhamdulillah, perjalanan aku kali ini tidak menghadapi apa-apa masalah yang kritikal ataupun dahsyat. Perjalanan merantau ke negara orang seorang diri sememangnya memerlukan persiapan yang cukup rapi dan perancangan yang sangat kemas. Keputusan untuk merantau seorang diri ini aku buat setelah memikirkan terlampau ramai rakan yang pulang cuti summer dan aku sendiri tidak mahu faktor tiada teman menyebabkan aku tidak kemana-mana sepanjang berada di cuti musim panas ini. Akhirnya, aku beli tiket sorang-sorang kat website ryanair seperti mana ketika aku ke Venice dulu.


Sudah menjadi kebiasaan bagi orang yg melancong berkumpulan, pasti akan membahagi-bahagikan tugas sebagai persiapan menuju ke destinasi masing-masing. Cume yang tak syoknya bila tugas-tugas demikian dipandang remeh dan akibatnya banyak masa yang dibuang ketika melancong kerana persiapan yang ala kadar sahaja. Tidak kurang juga mentaliti yang kononnya beranggapan mereka hanya "ahli rombongan" lalu menyerahkan tugas pesediaan semua kepada ketua rombongan ataupun "perintis" kepada idea melancong tersebut. Akibatnya ahli rombongan know nothing dan ketua rombongan plak menjadi sangat stress.

Sepanjang pengembaraan aku di italy, antara barang yang sangat penting untuk melancong seorang diri ialah tripod. Aku beli tripod ni lepas habis exam tahun kedua hari tu. Memang kemana-mana sahaja aku pergi termasuk amsterdam, aku akan bawak tripod ni. Yang sedihnya, sarung tripod ni hilang waktu kami berbasikal di Amsterdam hari tu. Nak buat macam mana, dah memang tak jumpe le gamaknya. Cuma bagi mereka yang nak melancong seorang diri, memang perlu kikislah perasaan malu. Yelah, setting tripod untuk tangkap sorang2, memang pelik la.

Tripod ni tinggi die satu meter lebih. Tapi boleh pendek-pendekkan supaya mudah dibawa.

Gambar di Trevi Fountain

Sudah menjadi kebiasaan, orang yang melancong berkumpulan perlulah banyak bertolak ansur. Yelah, dalam ahli kumpulan ada anak orang kaya, ada yang allergic, ada yang tak larat berjalan dan macam-macam lagi lah. Aku termasuk dalam kalangan orang yang tak kisah pendek kata cenderung kepada "kemiskinan". Tak kisah tidur kat mana, tak kisah nak jalan jauh manapun, tak kisah makan tak berapa sedap menyebabkan aku agak tertekan bile jalan dengan anak orang kaya. haha. Dan paling menyampah kalau orang kedekut dan berkira. Rasa nak tampar je. hehe.. Sepanjang di Italy, aku memang tak manjakan diri aku lansung. Lantak nak jadi apa, memang aku berjalan dengan penuh kemiskinan. Ceewah. Mana taknya, ade ke org kaya nak tidur kat laluan pejalan kaki dalam keretapi. Jatuh martabat woo.

Nilah bantal angin yang menemani aku sepanjang tidur di Italy. Aku tidur kat stesyen keretapi pisa macam org giler. Haha.

Akhir sekali, perjalanan kali ni banyak mengajar aku cara membuat keputusan yang tepat. Aku ingat antara keputusan yang paling besar ialah ketika sesat mencari grand Mosque of rome. Dah pukul 10 malam lebih di Acqua Acetosa, pak cik yang menemani aku suruh aku naik bas untuk menuju kembali ke Rome. Tapi bas tu ade lompat2 dimana sangat besar kemungkinan bagi org asing seperti aku untuk sesat. Pak cik tu kata tiada lagi train malam tu menuju ke rome. Namun aku kuatkan kepercayaan sebab tiket aku jelas menunjukkan akan ade keretapi yang lau untuk membawa aku ke Rome. Bayangkan melawan cakap org yang sememangnya arif dan duduk di Rome. Alhamdulillah aku akhirnya selamat sampai di Rome kembali walaupun agak lewat.

Masalah bahasa juga banyak menyebabkan masalah. Namun oleh kerana rome dan Pisa adalah dua destinasi perlancongan yang terkenal, malah mereka tidak bermusuh dengan Uk seperti France, jadi perkhidmatan mereka banyak menyediakan orang yang fasih dalam berbahasa inggeris.

Rasanya cukup sahaja untuk pengembaraan solo di Italy..


Sekian dari syuib0809..

Tuesday, 12 July 2011

Kembara Solo Italy... Bhgn 3 (Pisa)

Bismillah

Pagi kedua di Pisa, aku cuba untuk tidur lebih lama sebab malam tadi tidur kul 4 pagi. Tapi entah kenapa tak dapat nak lelapkan dah mata kul 8 pagi tu. Kadang2 memang kite dapat rasa, semakin kita aktif dan cergas, makin tidur kita jadi lebih berkualiti. Hasilnya tidur kejap pun dah cukup. Tulah orang malas kuat tido. Oleh sebab dah tak leh tido, aku bangun dan bersiap. Pergi dapur hotel, ade akak tu sediakan sarapan, tapi tersangatlah ringan makanannya. Jadi aku bukak beg aku dan makan burger aku yg masih ade. Lepas habis kemas semua, aku pun check out dari hotel dalam kul 9.50 pagi.

Destinasi seterusnya sudah tentulah mencari menara Pisa. Dengan bawak beg aku yang tersangatlah berat, aku berjalan menuju ke kawasan menara Pisa. Boleh tahan gak jauhnya bende alah ni dari Hotel aku ni. Dekat 30 minit jalan baru boleh sampai aku rasa. Berbekalkan peta yang aku ada, aku melalui kawasan2 penduduk yang pagi tu dihiasi dengan pasar-pasar jalanan.

Ada jual barang2 macam pasar minggu teluk intan.

Ade gak jual buah-buah. Tapi xleh lawan dengan market Leicester

Setelah puas berjalan, aku akhirnya sampai gak di kawasan menara Pisa. Boleh dikatakan Pisa ni hanyalah sejenis pekan. Xdelah maju sangat. Namun aku masih tak berapa paham kenapa Pisa ni dikatakan dalam Tuscany dan adakah Tuscany ni nama negeri dalam Italy. Apepun sebenarnya, tak banyak pun tempat best kat dalam Pisa ni. Memang betul kata Andy, 3 jam pun dah cukup kalau nak berada di Pisa ni. Oklah, untuk mereka yang nak tengok menara Pisa ni, menara ni jauh lebih condong dari menara Condong teluk Intan kita.


Bagi mereka yang kuat membaca, pasti tahu yang Italy sememangnya negara yang sangat kuat Kristiannya. Kat sinilah ade yang nama Pope iaitu ketua agama diorang. Kat Area menara Pisa ni juga tidak terlepas dengan gereja Katholik yang besar dan berseni. Antara yang terkenal ialah rekaan kubah Baptistry of St John yang kini dah ditambah fungsinya menjadi muzium. Selain itu ada lagi bangunan yang terkenal bernama The Duomo. Menariknya The Duomo ni ialah ianya bukan sekadar memiliki senibina Rom Kuno, malah mempunyai hasil senibina Islam dan juga Mosaic Byzantine. Tapi takdela nak kagum ape bende pun berbanding senibina Islam yang jauh lebih hebat.

Nilah Baptistry yang aku maksudkan

Ni plak namanya The Duomo. Xde bende sangat pun

Di tepi kawasan menara Pisa dan The Duomo tu penuh kedai cenderamata

Italy juga terkenal dengan watak Pinocchio

Selepas pusing2 tengok cenderamata kat situ, aku pergi balik ke kawasan menara Pisa yang sememangnya dekat teramat. Baru dua jam berada di situ dan aku dah tak tau nak buat apa. Yang aku tau, aku memang sangat kepenatan dan Italy plak memang Panas sekarang ni. Boleh katakan kepanasannya hampir sama dengan Malaysia. Oleh kerana dah tak tau nak pergi mana, aku berehat dan berteduh sahaja di kawasan menara Pisa tu. memang betul kata andy, takde bende menarik pun kat Pisa ni. Nasib baik aku tukar plan pergi rome sehari, kalau tak memang bosan tak tau nak buat apa.

Nampak tu, awan pun takde. Punyelah panas.

Lepak2 di Pisa. Dah tanggal baju luar yang amat panas.

Aku akhirnya kembali semula ke kawasan Stesyen keretapi Pisa setelah Bosan duk di menara Pisa lama-lama. Dalam perjalanan aku sempat beli kebab halal. Org kedai tu agak peramah dan rupenye pernah keje di Malaysia. Rajin diorg ni merantau cari kerja halal. Lepas makan aku terus ke stesyen keretapi dan tidur kat situ sampai pukul 3 petang. Bangun2, aku pergi plak kedai Halal len yang memang aku dah perasan dari hari pertama aku di Pisa. Ada jual nasi tapi mahal giler. Jadi aku beli kebab lagi sebagai bekalan makan malam.

Ni dia restaurant orang pakistan

Lepas beli makanan, aku kembali ke supermarket untuk beli air mineral. Tapi supermarket tu tutup dan bukak kul 4 petang. Jadi aku pun tunggu dan kemudian terus bertolak menuju ke Airport dengan berjalan kaki. Memang perjalanan aku satu hari dengan berjalan kaki. Dengan beg besar, memang nak tercabut kaki tapi xleh nak manjakan diri. Sampai airport aku solat zuhur asar, makan dan tunggulah Flight yang akan bertolak 10.15 malam. Sampai semula di UK dan tidur lagi satu malam kat Stansted Airport. Dengan selambanya aku tidur dekat lantai airport tu sampailah keesokan harinya.

Selepas 4.30 pagi, aku beralih tidur kat kerusi plak. Ni jiran2 yang menemani aku tido

Nak cerita penat, memanglah penat. Kul 8 pagi lebih, aku menaiki train menuju ke Leicester. Kesabaran aku diuji lagi bila tube kat London buat hal plak asyik tergendala je kejenye. Namun akhirnya, aku selamat gak sampai di Leicester jam 11.20 tgh ari. Dapat plak berita ade repair basikal free kat Universiti, terus aku pergi Uni. Balik semula ke rumah dah dekat pukul 2 petang. Perjalanan aku berjalan kaki di Pisa mungkin akan jadi leceh kalau bersama dengan rakan-rakan yang tak larat berjalan. Aku sendiri tak pasti berapa puluh kilometer aku dah berjalan dengan beg besar aku ni. Namun, memang ianya satu perkara yang mendidik sepanjang perjalanan berseorangan aku di Italy.

Terima kasih Allah atas segala kemudahan yang diberikan.


Sekian dari syuib0809

Sunday, 10 July 2011

Kembara Solo Italy.... Bhgn 2 (Rome)

Bismillah..

Train di Italy ternyata berbeza sekali dengan keretapi di United Kingdom. Malah agak sedikit berisiko kerana tidak menepati masa. Train aku yang sepatutnya sampai ke rome jam 6.15 petang hanya tiba sekitar jam 6.35 petang di Rome Termini yang boleh dikatakan umpama KL central di Malaysia. Rome termini ini bukan sekadar ada station keretapi, tapi ada macam pusat membeli belah gak. Dari sini, aku menaiki metro(keretapi underground) ke station Collossuem. Waktu beli tiket, ada org tunggu kat mesin tu sambil kononnya beri tunjuk ajar. Last2 die mintak upah. Aku bagi 50cent je. Oh ye, Metro diorang memang penuh giler..

Metro yang memang tersangat-sangat sesak orang.

Tak sampai 5 minit, aku akhirnya sampai juga di Colloseum, yang sememangnya terkenal di seluruh dunia. Malah, dalam buku sejarah Malaysia pun ada cakap mengenai Colloseum yang sering menjadi kebanggaan bagi Italy. Namun hakikatnya, tempat ni bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan sebab kat sini ialah tempat pertarungan yang telah banyak mengorbankan banyak pahlawan mahupun hamba. Aku mengambil kesempatan berpusing-pusing di sekitar kawasan tersebut yang juga menempatkan begitu banyak bangunan lama zaman rome. Cume dah runtuh teruk gak bangunan-bangunan tu malah colloseum ni pun dah macam tak tahan je aku nengok.

Inilah Colloseum yang dalam buku sejarah tu.

Ni tak silap aku namanya palatine. Sebelah Colloseum tu je..

Antara serpihan-serpihan tinggalan tamadun Rome.

Dari situ, aku meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sahaja pusing-pusing kawasan Rome ni. Antara target lain aku ialah untuk mencari sejenis Fountain dan juga bangunan lama yang terkenal bernama Pantheon. Memang berbekalkan peta yang aku print je, lepas tu jalan sorang-sorang. Rom sememangnya sebuah empayar yang sangat kuat dan besar. Sebelum pergi Italy, aku sempat baca sedikit terjemahan surah ArRuum yang sedikit sebanyak menceritakan tentang peperangan antara Rom dan Parsi. Namun Rom tersebut ditafsirkan sebagai Rom Timur iaitu Constantinople atau Turki sekarang.

Di hadapan Monument to Vittorio Emanuele II. Besar dan klasik gile bangunan ni.

Yang ni aku tak tau ape bende.

Perjalanan aku diteruskan untuk mencari Pantheon dan Trevi Fountain. Cuma pada awalnya aku agak kehilangan arah dan mencari-cari. Aku cuba mencari arah kemana orang ramai pergi dan tengok nama jalan. Akhirnya sampai gak aku ke Pantheon yang dikatakan sebuah temple dan Usianya memang tersangat lama. Senibina die agak menarik dan aku aak suka. Ramai sungguh orang kat sini campur ada orang buat demonstrasi sekali. Demonstrasi kat sini memang bukan macam Malaysia. SIni, memang polis tolong habis-habisan.


Dari Pantheon aku menuju pula ke Trevi Fountain yang merupakan destinasi terakhir aku sebelum menuju ke Masjid Rome. Aku hanya ade 5 jam sahaja di Rome, jadi memang kene gunakan sebaik mungkin sebelum pulang semula ke Pisa. Jalan menuju ke Fountain tersebut dipenuhi dengan kedai cenderamata dan juga kedai makan yang mewah-mewah. Aku sempat membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan di Rome ni. Bagi sapa2 yang nak jalan di ROme, nama sepanjang jalan ni ialah Via Delle Moratte. Aku akhirnya sampai juga di Trevi FOuntain. Memang sangat cantik.

Via Delle Moratte

Ni dia Trevi Fountain. Penuh giler orang. Mungkin gambar ni tak tunjukkan sangat kecantikkannya. Cube search Internet.

Dari Trevi Fountain, aku menuju ke Metro Barberini dan pulang semula ke Roma Termini. Penjelajahan aku seterusnya ialah untuk mencari antara masjid Terbesar di Eropah. Aku sudahpun membeli tiket menuju ke station Acqua Acetosa yang dekat dengan masjid tersebut. 9.15 malam aku bertolak dan hari sudahpun malam. Memang sedikit teruk train di Italy ni. Aku tak nampak singboard Aqua Acetosa dan akhirnya terlajak ke Sassone, satu station dari Acqua Acetosa. Terpaksa patah balik dan menunggu seorg diri si Sassone tu. Akhirnya aku menuju kembali ke Acqua Acetosa.

Memang ditakdirkan Allah aku tidak dapat pergi ke Masjid. Di Acqua Acetosa, aku terjumpa seorang pak cik dan mintak die tunjuk masjid yg aku maksudkan tu. Walopun x pandai bahasa iNggeris, pak cik yang aku rasakan dari India tu faham ape yg aku cari. Die kata dekat situ takde Masjid dan Acqua Acetosa tu bukan di Rome. Panjang lagi kisahnya dan akhirnya aku dapat tau rupenye ade dua tempat yang bernama Acqua Acetosa dan aku sebenarnya semakin menjauhi Rome. Maka pulanglah aku semula ke termini dan bertolak ke Pisa jam 12 malam.

Keretapi pada waktu malam. Nampak ke?

Keretapi yang aku naiki kali ni berbentuk kabin. Setiap kabin ade 6 kerusi untuk diduduki. Tapi oleh kerana sempit, aku keluar dan tidur di kawasan pejalan kaki. Hingga akhirnya jam 3.30 pagi, aku sampai semula ke Pisa. Perjalanan yang sangat memenatkan dan kaki aku pun agak sakit. Aku pulang ke Hotel dan menunaikan solat subuh. Sangat terkilan tak dapat nak Solat Maghrib Isyak di Masjid Besar Rome tersebut yang akhirnya digantikan sembahyang di dalam keretapi. Sedih2..


Bersambung di Pisa..

Saturday, 9 July 2011

Kembara Solo Italy... Bhgn 1

Bismillah..

InshaAllah untuk bahagian pertama ni, aku akan ceritakan sedikit je dulu. Tak larat nak menulis hari ni. Perjalanan aku ke Italy ni merupakan perjalanan kedua sebab sebelum ni aku juga pernah ke venice, Italy. Kali ni, aku bertolak dari stansted airport sebab offer yang diberi oleh Ryanair adalah dari sana. Aku bertolak ke London pukul 8 malam lebih, hari isnin berseorangan. Memang kali ni aku ke Italy sorang-sorang. Buat persiapan semuanya sorang2, plan sorang2, masak sorang2 dan tidur pun sorang2. Lebih kurang jam 11 malam, train aku akhirnya sampai di stansted airport.

Suasana malam di Stansted Airport

Oleh kerana flight aku akan bertolak jam 6.30 pagi keesokan harinya, maka aku pun bermalam di airport tu je. Susah nak lelapkan mata sebab aku dah tido petang tu. Tapi dah pukul 3 pagi, tetap terasa ngantuknya. JAdi aku bentang plastik dan tido je ke lantai. Tak lama pun sebab lepas tu kene solat subuh. Dalam pukul 4 pagi lebih, aku dah mula ke counter untuk check visa. Sempat bersembang dengan sorang pak cik dari Malaysia yang mahu ke Dublin bersama keluarga. Lepas tu, aku makan sedikit sarapan(burger) yang aku bawak dari rumah dan terus masuk ke balai berlepas.

Perjalanan ke Pisa, Italy tidaklah sebegitu lama. Hanya mengambil masa 2 jam 5 minit sahaja, tapi aku menyampah naik kapal terbang ni sebab prosedur2 diorang yang banyak giler. Dalam pukul 9.30 pagi waktu Italy aku dah smpai kat Pisa. Ditakdirkan Allah, telinga aku bermasalah sebab tekanan udara waktu kat atas kapal terbang tadi. Oleh kerana aku kurang dengar, maka imegresen tu pun menyampah nak tanya aku soklan banyak2. AKhirnya keluarlah aku dari Galilei Airport tu dengan selamat.

Pisa Airport yang dikenali sebagai Galilei International Airport

Dari airport, aku memang bercadang untuk jalan kaki sahaja menuju ke Pekan Pisa. Memang dah siap print peta semua untuk berjalan kaki. Tapi mula-mula agak blur sebab tak tau nak pergi jalan mana dan takde nama jalan yang kelihatan. Ye la, jalan macam lebuh raya, mana nak ade nama jalan. Lepas blur beberapa seketika, aku akhirnya nampak sepasang kekasih bawak beg besar menyeberangi jalan. Maka aku pun ikut diorang. Lepas nampak nama jalan, aku akhirnya dapat komfirmkan yang aku berada di jalan yang betul. Aku seterusnya menuju ke train station Pisa untuk uruskan tiket aku ke Rome petang nanti.

Keputusan untuk pergi ke rome sebenarnya baru je aku decide setelah berjumpe dengan Andy di Sheffield hari tu. Memang patut aku rome sebab andy kata Pisa ni xde ape sangat. Oklah, dari Train station aku terus menuju ke Hotel/B&B yang telah aku booking bernama Aida. Tapi sayangnya, aku sampai punyelah awal jam 10 lebih padahal boleh Check In jam 12 tgh hari. Tapi oleh kerana penat menunggu, aku pun try masuk dan tanye teruih pemilik kedai tu kul 11 pagi lebih. Alhamdulillah, aku dibenarkan Check In awal. Baik orang tu..

Nilah bilik aku sorang2. Xde mewah pun

Aku tak gune pun almari ni

Untuk pengetahuan, bilik yang aku book ni agak mahal sebab untuk aku sorang je. Tapi tak kesah sangat sebab tak perlu nak kongsi dengan orang(risiko barang hilang tinggi). Dan aku pun akan tido airport dua malam, jadi biarlah satu malam aku dapat tidur baik sikit. Lagipun aku perlukan sumber tenaga elektrik untuk charge Iphone aku. Masuk je bilik, aku teruih tidur sebab dari malam tak tidor betul2. Lagipun, train aku menuju ke rome akan bertolak jam 3 petang. Jadi, masih ade 3 jam untuk aku berehat. Dalam pukul 2 aku bangun, bersihkan diri dan solat zuhur-asar. Dari hotel aku ke train station hanya mengambil masa 6 minit berjalan kaki. Aku bertolak awal ke Train station. Ntah macamne boleh tertinggal tiket dalam bilik air. Terpaksa patah balik Hotel dan sampai semula di train station jam 2.45 petang.

Di hadapan Pisa punye train station

Perjalanan aku ke Rome pun bermula. Sepanjang perjalanan, keretapi tersebut melalui tepi laut yang tersangat cantik dan juga ladang bunga matahari yang kekuning-kuningan. First time aku tengok ladang bunga matahari macam tu. Apepun, perjalanan memang sangat membosankan kerana tiada kawan sebagai teman bersembang. 3 jam lebih akan berada dalam keretapi ni..

Bersambung.......

Saturday, 2 July 2011

Tamatnya episod Jaulah Midsummer

Bismillah..

Aku sampai di Sheffield dalam pukul 7 petang. Seterusnya berjalan menuju ke rumah syakir yang merupakan rumah lama bagi arwah Mas Afzal. Aku sekadar datang menziarah sheffield je, tapi sheffield pun dah kosong sebab ramai dah balik Malaysia. Malam tu, syakir buat nasik lemak dengan ayam goreng. Memang kenyang habislah. Malam tu aku banyak berbual dengan syakir je. Esoknya barulah aku bersembang dengan Andy dan Hilman yang baru pulang dari Italy. Aku singgah kejap je kat rumah diorang manakala syakir memang nak lepak lama sebab rumah die takde internet.


Aku pulang semula ke Leicester Hari sabtu petang. Jarak dari Sheffield ke Leicester tidaklah begitu lama. Pertemuan dengan Andy menyebabkan aku mengubah sedikit perancangan aku sewaktu di Italy nanti. Oklah, setelah berehat semalaman, keesokan harinya aku ke Coventry pulak. Kali ni aku bawak basikal dalam train supaya memudahkan perjalanan di Coventry. Cuaca hari tu memang panas giler. Aku ke University of Warwick sebab IluvWarwick ade buat BBQ kat sana. Lepas BBQ, aku terus menuju ke rumah Yorke. Tak sangka ramai pulak orang kat situ..


Sebenarnya aku ke Coventry untuk ambik gambar dari kamera afif dan idil. Sambil tu melawat rakan-rakan yang akan pulang ke tanah air beberapa hari lagi. Tak sangka Pi'e yang dari Scotland pun ade kat situ. Asyraf Raiez bekas ahli Chalet aku pun ada. Tak lama duk situ, dalam pukul 5 lebih aku dah menuju semula ke train station. Aku menunggu kat platform yang tertulis kat situ sebab dalam 30 minit lagi baru train akan sampai. Oleh kerana bosan, aku pun baca buku yang diberikan oleh syahir kat aku petang tadi. Tup tap tup tap aku ternampak train aku tapi kat platform lain. Rupe2nya orang tu tukar platform tapi aku tak sedar sebab duk lalok baca buku tu. Akibatnya terpaksa tunggu train lagi satu yg hanya akan sampai kul 9 malam. Tapi xyah bayar sebab tiket aku leh gune lagi.

Nilah pertama kali aku tertinggal train. Tapi memang train sebenar aku kul 9 malam tu. Saje aku pilih balik awal kul 5.45 tu. Aku sambung baca buku len plak. Akhirnya sampai juga aku di Leicester lebih kurang 11 malam. Maka tamatlah perjalanan musafir aku. Bermusafir memang suatu perkara yang banyak mengajar kite tentang hidup susah. jauh dari kesenangan dunia namun dekat dengan kesenangan menjadi seorang Muslim. Jaulah aku masih belum berakhir untuk cuti musim panas ni. Dua hari lagi akan ke Italy plak. Apepun, terimalah video jaulah kami di Masterdam yang disunting oleh Faiz Abdul Rahman:



Keesokan harinya, aku ke rumah Ustaz Izzam dan Abang Ghazali sebab tolong angkut barang dalam lori. Kedua-dua keluarga ini akan pulang dan sudah pun pulang sekarang ni. Sekian untuk Hari ni. Jumpa lagi untuk episod di Italy nanti..


Sekian dari syuib0809