Thursday, 28 November 2013

Pembelajaran bermula!

Bismillah.

Setelah beberapa bulan menganggur, akhirnya semalam nama aku tersenarai dalam calon interview untuk pensyarah Matrikulasi. Hampir satu malam aku duk membayangkan interview tersebut sampai terbawa-bawa dalam tidur. 97% calon yang di interview berjaya tahun lepas. Selebihnya gagal kerana BI. Memikirkannya, ada perkara yang sangat perlu aku risaukan.



Tengah hari tadi, tiba-tiba Yasir maklumkan nama aku tersenarai juga dalam Temuduga SPP. Pelik... Dua-dua interview adalah pada hari yang sama. Akhirnya, Temuduga Matrikulasi ditangguhkan walaupun surat panggilan dah sampai di rumah. Lawak pulak bila fikir.

Maka, bermulalah pembelajaran tak rasmi aku sejak semalam.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: 248 mukasurat
NKRA Pendidikan: 33 slides
Hafal Barisan Ahli Kabinet 2013-2018



Lepas aku baca separuh PPPM ni, tetiba seronok plak. Padahal dah download lama. Beberapa Istilah yang tak pernah aku dengar macam TIMSS, PGB, IB MYP, MBMMBI, LINUS, SICS+ serta beberapa istilah baru secara jujurnya membuka mata. Cuma ada sahaja beberapa perkara yang mungkin kita(orang kampung) agak berat menerima pendekatannya. Malah, data dan statistik yang dikemukakan dalam PPPM ni menunjukkan realiti yang sangat berbeza dengan BARAT. InsyaAllah banyak lagi yang perlu di dalami untuk faham benda ni. Dan aku tulis ni pun untuk ingat sikit-sikit

Aku sebenarnya tengah baca buku Beduk Diketuk dari Ustaz pahrol. Tangguh kejap la na..

Sekian dari Syuib0809.

Tuesday, 26 November 2013

Tangis dan Marah Nabi S.A.W

Bismillah.

Misbah Em Majidy menulis sebuah lagi buku. Baru keluar November 2013, dan terus aku beli ketika jumpa di kedai MPH secara online. Tangis dan Marah Nabi, menjadi pelengkap kepada buku Senyum & Tawa Rasulullah. Setebal 250 m/s dengan harga RM18, terbitan Kemilau Publika.

Secara keseluruhan, karya kali ini menghimpunkan kisah-kisah tangis Rasulullah yang lahir kerana cinta dan kasih kepada Allah serta Umatnya. Hadis ini kerap menjadi nasihat utama kepada hati-hati yang telah mati, kerana tidak mampu menangis.

" Mata yang beku, yang tidak mampu menangis adalah kerana hati yang keras dan hati yang keras disebabkan oleh tompok-tompok dosa yang telah dilakukan. Banyaknya dosa yang dibuat oleh seseorang adalah kerana orang tersebut lupa mati, sedangkan lupa mati kerana panjangnya angan-angan. Panjang angan-angan muncul kerana terlalu cinta pada dunia. Dan terlalu mencintai dunia adalah pangkal segala perbuatan dosa. "  (HR al-Hakim: 4/260)

Membawa pembaca mengenali Rasulullah dengan lebih mendalam, menjadikan buku ni sangat-sangat menarik. Himpunan kisah Sirah Nabawiyah yang menjadi isi utama menjadikan buku ni bernyawa dan mengusik hati. Apatah lagi,  bila ia menonjolkan kisah-kisah "mustahil" keluarga baginda.




Buat baik yang tidak berpada-berpada.

Di bahagian ketiga, pembaca boleh mendalami kisah-kisah kesedihan nabi apabila Khadijah pergi meninggalkan baginda. Sayangnya baginda dengan Khadijah tiada siapa yang mampu memahaminya. Walaupun Khadijah sudah wafat, nabi kerap menyebut-nyebut namanya, mengagihkan daging kepada sahabat khadijah, malah merindui isteri pertamanya ini bilamana terjumpa sesuatu yang berkaitan dengan Khadijah. Sifat Khadijah dan Muhammad ini diwarisi anak mereka Ruqayyah dan Fatimah.





Tangisan nabi kerap menyulam hati bila melihat kehidupan anaknya Fatimah bersama Saidina Ali. Kehidupan yang sangat tidak berhajatkan kepada dunia. Fatimah dan Ali terlampau miskin buka kerana mereka malas, tetapi kerana sifat murah hati yang sangat-sangat dahsyat. Dalam buku ni, ada tiga kisah yang aku rasa sangat patut dibaca oleh Orang Melayu :

1) Kisah pakaian pengantin Fatimah daripada Jibrail
2) Kisah Juadah berbuka yang diberikan semuanya kpd Fakir miskin selama 3 hari.
3) Kisah Ali mengangkut air untuk Hassan dan Hussin

Ada juga kisah Nabi marah apabila Fatimah mahu dimadukan. Adakah nabi menentang Poligami?? Silalah baca.

GILA Beribadah meninggalkan Sunnah Nabi.

Dibahagian separuh akhir buku ni, menceritakan mengenai beberapa perkara yang menimbulkan kemarahan Nabi. Sebahagian besar bilamana kerana Hukum Allah dilanggar dan dipersoalkan. Hadis yang banyak diselitka ialah mengenai penghapusan Hudud kepada Bani Mahzum:

Ketika datang Usamah bin Zaid mengusulkan agar diberikan keringanan hukuman bagi seorang perempuan dari Bani Mahzum yang mencuri, padahal Rasulullah SAW bermaksud untuk memotong tangannya. Rasulullah bersabda kepada Usamah: “Apakah Anda bermaksud hendak meringankan (membebaskan) hukuman terhadap seorang yang telah menjadi ketentuan Allah, Hai Usamah? Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti akan kupotong tangannya.” 
(HR. Bukhari, Muslim)

Antara perkara yang sangat menyebabkan Nabi marah ialah apabila ramai beribadah secara melebih-lebih, menyusahkan orang lain, banyak dan panjangnya ibadah kerana menunjuk-nunjuk, serta main ikut sahaja tanpa usul periksa. Antara kisah yang dimuatkan berkait dengan ini ialah:


1) Marah nabi terhadap bacaan solat yang panjang
2) Azan Subuh awal oleh Bilal
3) Solat tanpa tidur, Puasa tanpa berbuka(wishal), hidup tanpa Nikah
4) Aku takut kamu mewajipkan Solat Terawikh!


Banyak lagi yang tidak mampu diceritakan dalam satu post ini. Bagi aku buku ni sangat menarik sepertimana beuku Senyum dan Tawa yang lalu. Harga yang bagi aku murah dan kita sentiasa mampu. Melainkan kita memang panjang angan-angan untuk membeli sesuatu yang lebih BERGAYA.

Sekian dari Syuib0809.

Sunday, 24 November 2013

Catatan Minggu Graduasi

Bismillah.

Tak nak banyak-banyak post. Maka aku catatkan sedikit sahaja beberapa perkara yang berlaku minggu ni sebagai rujukan pada masa akan datang. Mungkin menarik, mungkin tidak.

Sabtu. 16 Nov 2013

Aku ke KL untuk urusan pendaftaran graduasi dan pengambilan jubah di MAEPS, serdang. Oleh kerana sampai awal, Yasir ambil aku di sungai besi dan terus menuju ke MINES. Sesi pendaftaran kami sebenarnya petang bermula 2.30 dan mungkin habis sekitar pukul 5. Tapi aku dan yasir dah ade kat MAEPS pukul 12.30 tgh, lalu kami terus mencuba nasib. Alhamdulillah, kaunter yang lengang dan pensyarah yang sempoi. Maka segala urusan kami selesai jam 1.35 tgh. Paling tak sangka bila terserempak dengan Aiman plymouth. Perjalanan balik agak "rumit", bilamana Yasir turut singgah di pandan indah untuk ambil tunang dia, kemudian menuju ke Batangkali hantar Cuan, terus ke Tg malim untuk turunkan tunang dan barulah akhirnya ke Teluk Intan. Aku dengan Cuan memang awkward dengan wanita yang tidak dikenali.

Selasa. 19 Nov 2013

Hari Konvokesyen bagi semua pelajar IPG seluruh Malaysia berlansung selama beberapa hari. Untuk budak KPLI PPC, kami bergraduasi dengan pelajar JQaf dan DPLI sekali pada belah petang. Tiada apa yang special, typical event Malaysia yang selalu bermula lambat. Kena tunggu VVIP. Tapi aku suka persembahan keroncong dia. Hanya kami KPLI PPC dari IPG Pulau Pinang bersemangat nak datang konvo ni, PPC lain memang tak ramai lansung. Mungkin hubungan kami yang memang rapat, aku melihat Graduasi ni lebih kepada tempat kami berkumpul dan bertemu kembali. Mana taknya, dari taklimat, susun barisan, dan duduk menanti konvo, kerja kami menyembang je. Mood aku yang turun waktu pagi pun berjaya dipulihkan lepas jumpa kawan-kawan. Alhamdulillah.



Rabu. 20 Nov 2013

Lepas konvo terus balik Melaka sebab mak cik aku baru lepas bersalin. Bermalam satu hari kemudian kembali ke teluk Intan. Singgah sebentar di kompleks PKNS dan SACC Malll, Shah Alam. Ada satu buku menarik untuk dihadiahkan sempena orang kahwin.

Khamis. 21 Nov 2013

Buku dari MPH sampai. rumah. 20% potongan dan perhantaran percuma. Ni buku-bukunya.



Sabtu. 23 Nov 2013

Menuju ke Stadium Malawati, Shah Alam. Pertama kali ke Muktamar PAS. Yang tak syoknya, takde sorang pun orang awam yang aku kenal. Maka berseorangan lah aku dari awal ke akhir. Mula 2.30 petang, aku masuk stadium dan dengar perbahasan ucapan dasar sampai pukul 5 petang. Sebelum tu, berjalan-jalan di gerai-gerai sekitar stadium. Memang banyak sungguh gerai-gerai menarik yang disediakan. Macam Sure Heboh Versi Islamik. Aku mencari dua buku yang kot-kot boleh dapat dengan harga murah. Tafsir AtTibyan, TGHH dan Cinta Sang Murabbi, Ridhuan Md Nor. Alhamdulillah, ada kedai Jundi Resources. Maka, dapat Cinta Sang Murrabi dengan harga RM10 dan Tafsir At-Tibyan Surah Yassin dengan harga RM15.


Seronok tengok saf-saf kepimpinan.



Sekian dari Syuib0809

Thursday, 21 November 2013

Karya Cik Puan Lisa Nurisha

Bismillah.

InshaAllah, aku kongsikan dua karya dari seorang sahabat bernama Lisa NurIsha. Walaupun aku tahu dia ni agak suka berkarya, tapi tak pernah aku tahu yang dia ni ada menulis buku. Sampailah minggu terkahir kami berKPLI, dia sebutkan mengenai buku dia ketika kami buat program di Maahad Tarbiyah. Perasaan ingin tahu menyebabkan aku sedaya upaya mendapatkan buku-buku beliau.

Secara keseluruhan, kedua-dua buku beliau merupakan sebuah TRAVELOG yang dinukilkan dalam bentuk cerita kanak-kanak. Maka, segala watak yang berada dalam buku ni merupakan watak rekaan dan penceritaannya juga lebih santai. Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang dahagakan ilmu. Juga, panduan bagi mereka-mereka yang mahu melancong.

Oh London!

Buku ni sudah dikeluarkan pada tahun 2011, tahun kedua ketika kami masih belajar di Leicester. Banyak latar belakang cerita adalah berkisar mengenai London. Isha membawa pembaca berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik di London beserta serba sedikit sejarah mengenai tempat tersebut. Antara yang menjadikan buku ini menarik ialah fakta-fakta yang dimuatkan ketika menziarahi muzium-muzium di London. Apatah lagi, ketika tempoh tersebut, pameran tamadun Islam berlansung di London. Bagi aku yang bukan peminat kota London, terasa sedikit menyesal kerana melepaskan peluang pergi ke muzium ini ketika berada di UK.



Bahagian yang menyentuh hati sudah tentulah apabila penulis membawa pembaca ke bandar Leicester. Jarang melihat orang melayu yang mahu bercerita mengenai Leicester. Maka, buku ini sesuatu yang aku dan rakan-rakan patut banggakan. Setiap yang dibaca, aku iringi dengan gambaran kenangan yang tidak pernah luput dalam ingatan. Hospital, walnut street, Nelson Mandela Park, New Walk, Leicester market, Highfield, segala-galanya dicatatkan di sini.

Selain sarat dengan maklumat mengenai United Kingdom, buku ini juga memuatkan sedikit kisah Mawaddah, puteri kesayangan Abang Din dan Kak Min. Keluarga yang turut mencoret memori sepanjang aku berada di UK.

Buah-buah Hati abang Din dan Kak Min

Andalusia, Here we Come!!

Buku terbaru yang dikeluarkan beberapa bulan lepas, merupakan sambungan kepada buku sebelum ini. Kali ini, Alisa dan keluarganya berpeluang melawat Sepanyol, kota Umat Islam yang sudah hilang keislamannya. Penceritaan banyak berpusatkan kepada empat lokasi paling menarik iaitu Granada, Cordoba, Seville dan juga Gibraltar. Mereka yang berkeinginan untuk sampai ke Andalusia mungkin boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan. Banyak ilmu tambahan mengenai tinggalan Islam boleh diperolehi dari buku ini. Sejarah tempat seperti kota Alhambra, Alcazar, Mezquita-Cathedral, Plaza de espana, dan banyak lagi ditulis secara ringkas dalam buku ini.


Turut memuatkan beberapa tokoh Islam seperti Ziryab, Al-Idrisi serta Ibn Rusd. Maka, buku ini mampu memberikan kesan yang besar kepada bentuk pemikiran anak-anak supaya terus bangga dengan dunia Islam.

Buku ni menjadi bertambah menarik bilamana beberapa panduan musafir turut dimuatkan sebagai bahan tarbiyah untuk anak-anak. Panduan solat jamak qasar diselitkan di setiap bahagian, menjadikan wajah Galeri Ilmu menyerlah disebalik buku ini. Turut disertakan beberapa perkataan sepanyol yang boleh digunakan sepanjang berada di Andalusia. Waktu aku dan kawan-kawan pergi dulu, perkataan paling kami ingat ialah SALIDA. Itulah perkataan yang paling banyak kami jumpa di mana-mana. Cuma, penjelajahan kami lebih luas merangkumi Barcelona dan juga Madrid.

Plaza de Espana

Aku sebenarnya tidaklah rapat dengan penulis. Walaupun 3 tahun berada di Universiti, Fakulti dan kelas yang sama, kami amat jarang bertegur sapa. Ketika berKPLI di IPGKPP selama satu tahun pun, kami amat jarang bertegur sapa. Mungkin kerana minat dan kecenderungan kami berada pada kutub yang jauh berbeza. Lawak aku pun tak berapa masuk dengan dia ni.

Apepun, buku ni sangat menarik untuk dimilik oleh semua lapisan masyarakat. Apatah lagi bagi ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya, buku ni mempunyai kekuatan motivasinya yang tersendiri. kalau tak silap aku, akan ada lagi buku yang bakal ditulis oleh Cik Puan Lisa Nurisha ni. InshaAllah, aku akan cuba dapatkan semua karya beliau akan datang. Selamat Maju Jaya!!



Sekian dari Syuib0809.

Wednesday, 13 November 2013

Sambungan WMDL & WCRM: Kibbutz

Bismillah.

Aku sambung sedikit mengenai isi buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Map.

Antara perkara paling banyak diisi dalam buku ini ialah kemahiran Spatial yang didominasi oleh para lelaki, serta kehebatan perempuan dalam berkomunikasi. Lelaki mempunyai kemahiran memburu, membayangkan dimensi, mengagak jarak serta boleh membuat jangkaan masa/ruang/bucu dengan tepat. Hal ini seterusnya banyak mempengaruhi lelaki dalam pemilihan kerja di abad moden ini. Perempuan pula merupakan manusia yang Allah cipta sebagai mereka yang pandai bersosial, ambil berat mengenai orang di sekeliling, menjadikan mereka warga pendidik yang sangat bagus. Hal ini mungkin menjadi sebab mengapa sektor perguruan banyak didominasi oleh kaum Hawa.

Cerai dan Poligami.

Apa yang menjadikan aku suka pada buku-buku sebegini ialah kajian mereka pasti berakhir dengan memperakui Sunnatullah. Maka, ini adalah hujah yang agak baik apabila berdepan dengan mereka yang kian menolak ALQuran dan Hadis sebagai rujukan, Wanita diperakui sebagai kelompok yang mudah memutuskan hubungan percintaan mereka. Sebagai orang yang sangat peka dengan tingkah laku, mimik muka manusia, wanita menjadi begitu sensitif dengan apa sahaja yang pasangannya lakukan. Oleh yang demikian, para suami yang mahu menipu isteri seringkali ter"kantoi".



Namun begitu, masalah berlaku bilamana mereka sering tersalah anggap ataupun bersangka buruk. Muka lelaki yang berkerut kerana memikirkan kereta rosak, dianggap sebagai perasaan benci kepada dirinya. Diam membisu lelaki dianggap hilangnya kasih sayang kepada si isteri, maka mereka kerap mencadangkan perpisahan. Dalam buku ni juga, cuba menerangkan mengenai mengapa poligami bersesuaian dengan lelaki. Malah menolak poligami menjadikan masyarakat Eropah kerap berhadapan dengan sindrom "Suami dan Perempuan Simpanan". Tak larat nak cerita pasal ni, maka bolehlah beli dan baca.



Kibbutzim: Kegagalan Ideologi

Antara perkara lain yang aku tertarik ialah mengenai perkataan kibbutz, simbolik kepada perjuangan kesamarataan atau persamaan. Kibbutz merupakan sekumpulan kecil dari masyarakat Yahudi yang berkongsi satu ideologi/falsafah mengenai kehidupan. Mereka berpegang bahawa semua orang, jantina mempunyai kebolehan dan perlu diberi peluang yang sama. Apa yang lelaki boleh buat, maka perempuan juga boleh buat. Mereka malah menubuhkan pasukan tentera perempuan yang tiada bezanya dengan lelaki. Sedikit perbezaan jantina hanyalah perempuan perlu mengandung. Maka, suami tidak punyai hak untuk mengongkong isteri mereka

Konsep ini turut dipraktikkan dalam pekerjaan/ekonomi mereka. Sebagai sebuah "syarikat", segala kerja yang mereka buat akan dibayar mengikut keperluan mereka, bukan kepada bentuk kerja yang mereka laksanakan. Konsep ini hampir menyerupai ideologi komunis kerana mereka hakikatnya tidak mempunyai pegangan aset secara individu. Namun, ideologi ini semakin terhakis apabila kapitalis semakin menguasai dunia.

Apa yang lebih menarik mengenai Kibbutz ni ialah mengenai pembesaran anak-anak mereka. Bagi memberi ruang kepada perempuan bekerja "SAMA" seperti lelaki, satu sekolah khas ditubuhkan bagi membesarkan anak-anak ahli Kibbutz. Bagi mengelak juga penguasaan/indoktrin ibu bapa kepada anak-anak, proses membesarkan anak-anak diambil alih oleh Rumah Kanak-kanak yang dibina oleh mereka. Dengan itu, anak-anak bebas memilih jalan, kerjaya dan bidang yang ingin mereka ceburi tanpa campurtangan mak ayah mereka.


Menariknya, anak-anak mereka membesar di sekolah ini dan mak ayah hanya boleh bertemu mereka selama 3-4 jam setiap hari selepas habis bekerja. Mereka tidak bergantung kepada duit mak ayah, sekaligus menghilangkan authority ibu bapa ke atas mereka. GILA!!, ini yang cuba buku ni sampaikan. Kanak-kanak akhirnya memberontak kerana mereka sudah dipisahkan daripada ibu bapa sejak kecil. Malah, persamaan jantina yang dimodulkan di sekolah menjadikan mereka generasi yang semakin agresif dengan kecenderungan Jantina masing-masing. Matlamat sekolah tidak tercapai, malah mereka menjadi generasi yang ROSAK kerana merasa terbiar dan keliru.

Penutup: Lisa Nurisha.

Maka dengan itu, berakhirlah review untuk buku ni. Untuk buku-buku seterusnya, aku akan kongsikan dua buah buku cerita karya Cik Puan Lisa Nurisha. Agak bersusah payah gak aku dapatkan dua buku ni sebab memang tak dapat nak jumpa kat kedai buku berdekatan. Apa yang specialnya buku ni? Nanti aku bagitahu.



Sekian dari Syuib0809.




Monday, 11 November 2013

11 November 2013

Bismillah.

Tiada apa yang begitu "istimewa" dilakukan hari ni. Pergerakan aku banyak terbatas sebab kaki diserang oleh kucing ganas yang meninggalkan 4 parut di kaki semalam. Masih tak elok lukanya, dan lebih buruk berbanding apa yang aku jangkakan. Antara bukti kesakitan ialah aku susah nak start motor guna kaki dan muka jadi berkerut bila duduk antara dua sujud.

11 november 2013, aku ke rumah Yasir sebab mintak tolong dia potongkan rambut semperna graduasi nanti. Dah dekat 3 bulan rambut tak terpotong. Kesempatan sama, saja nak sembang dengan dia sebab lama tak jumpa. Alhamdulillah, nampak murah rezeki dia. Akhir pertemuan, aku diberi kad jemputan walimah beliau bulan 12 ni.

Malam, kami sekeluarga keluar makan Kentucky Fried Chicken. Makanan yang dari kaca mata aku sentiasa special. Sejak kecil, memang bila dapat makan KFC, seolah-seolah itulah makanan paling mewah. Walaupun kini aku sendiri sentiasa mampu untuk makan KFC, menikmatinya masih menimbulkan emosi teruja, apatah lagi makan bersama keluarga.

Aku sangat berharap
Allah perkenankan dua harapan/impian jangka pendek ini.



Selamat Hari Lahir.
Genap 24 tahun

Sekian Dari Syuib0809

Saturday, 9 November 2013

Pemodenan Jantina, Keruntuhan Dunia

Bismillah

InsyaAllah aku huraikan sedikit mengenai buku Why Men Don't listen and Women Can't Read map. Sebenarnya aku baru baca sampai 170 m/s, tapi terlampau banyak benda menarik buku ni yang mungkin tak muat untuk diletakkan dalam satu post sahaja. Apapun, kita mulakan dengan beberapa potong hadis.

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Secara keseluruhan, aku sangat berminat dengan kajian yang dibuat dalam buku ni, menjadikan ia begitu berbeza dengan buku Men from Mars, Women from Venus. Buku yang mencelikkan manusia di dunia modern kerana acapkali sukar menghargai perbezaan lelaki dan perempuan. Malah kerap menyalahkan Islam yang secara jelas banyak menzahirkan perbezaan ini. Akhirnya, dunia menjadi kacau bilau.

50% pasangan di barat bercerai
Purata 3 orang pasangan bercerai dalam masa satu jam di Malaysia
Banyak wanita menjadi ibu tunggal dan seks berleluasa.
Jenayah meningkat?

Pasangan Dahulu dan Sekarang.
Dalam buku ni menceritakan bagaimana lelaki dan perempuan abad ini mula keliru dengan peranan masing-masing. Berbeza dengan pasangan dahulu kala yang menghargai peranan Suami sebagai pencari nafkah utama. Manakala wanita mengurus rumah tangga, membuat kerja-kerja ringan seperti memetik buah serta membesarkan anak. Maka, lelaki tidak dipandang sebagai malas, dan wanita tidak pula diperlakukan seperti orang gaji. Hari ini, segala peranan bertindih yang menyebabkan pasangan kecewa di antara satu sama lain

Biologi yang kian ditongsampahkan
Kehebatan para wanita ialah mereka mempunyai perlihatan pendek yang luas menjadikan mereka mampu mengurus rumah tangga dengan sangat-sangat mantop. Mereka orang yang sangat penyanyang, sukakan sentuhan kerana kulit nipis, pandai berkata-kata, citarasa menghias/warna yang tinggi, malah mempunyai deria rasa yang baik. Hal ini sekaligus menjadikan mereka ibu yang penyayang, pandai memasak dan sensitif kepada tumbesaran anak-anak mereka. Beginilah generasi yang sihat terbentuk.

Aku sangat tertarik dengan salah satu kajian mengenai wanita yang sangat suka berkata-kata. Mereka mengucapkan sekitar 6-8 ribu perkataan sehari berbanding lelaki yang hanya bertutur 2-4 ribu perkataan dalam masa satu hari. Wanita pada zaman dahulu tidak punyai banyak masalah "berleter kepada suami" kerana mereka mempunyai anak yang ramai serta wanita-wanita kejiranan yang berkongsi perbualan dengan mereka. Namun kini, semuanya telah tiada dan digantikan SUAMI semata-mata.

Ikhtilat, Lelaki walimu?
Ini juga sebahagian perkara menarik dari buku ni. Sampaikan aku rasa buku ni sangat meraikan sunnatullah yang telah digarispandu dalam ISLAM. Kitaran Haid dan perubahan Hormon menyebabkan wanita menjadi begitu berbeza dalam masa satu bulan. Progesteron menjadikan wanita bersifat keibuan dan menjawap persoalan kenapa sesetengah perempuan suka/berkahwin dengan lelaki gemuk, pendek dan berpipi gebu. Di bahagian awal bulan, mereka mungkin sukakan lelaki yang feminin, setia dan berkulit licin, namun apabila tahap kesuburan mereka meningkat, mereka mula sukakan lelaki yang terserlah keJANTANannya,

Tahap kesuburan ini juga banyak menyebabkan wanita berzina tanpa sedar apabila keluar dengan lelaki. Tanpa sedar ini yang kini banyak menyebabkan jenayah buang bayi dan sebagainya. Mengikut kajian, ramai wanita memilih pasangan lelaki yang mampu menjadi bapa terbaik. Namun, mereka selalu berakhir dengan berkahwin dengan gen-gen Tarzan. Maka, wali mereka adalah pengawal terbaik keputusan mereka.

Lelaki vs Perempuan.
Kerap kali kita mendengar "ejekan" yang ditujukan kepada sekolah-sekolah agama apabila ada sebahagian mereka mengasingkan kelas antara lelaki dan perempuan. Namun menariknya, buku ini sendiri setuju untuk tidak membandingkan akademik pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Kedua-dua kaum ini memahami matematik, sains dan bahasa dalam sudut pandangan serta cara yang berbeza. Siapa lebih pandai bukanlah persoalannya. Tidak wajar mengukur kemenangan/kejayaan wanita dengan kayu ukur lelaki dan sebaliknya. Hargai perbezaan dengan situasi menang-menang.

Hormon juga kerap mengganggu akademik pelajar perempuan. Mengikut kajian, pelajar perempuan yang mengalami masalah dalam kitaran haid mendapat keputusan ujian matematik yang lebih rendah.



Penutup
Dunia menjadi semakin kucar kacir apabila hak kesamarataan jantina semakin kerap diperjuangkan. Wanita seolah-olah menjadi pencari nafkah utama manakala lelaki mula meninggalkan tanggungjawap mereka. Institusi kekeluargaan semakin runtuh dalam dunia moden yang diagung-agungkan. Penggantian tenaga kerja lelaki kepada perempuan mengakibatkan jenayah semakin berleluasa. (apa kaitannya?) Begitu juga, kesibukan kedua-dua jantina akhirnya melahirkan generasi anak-anak yang semakin rosak.

Banyak lagi yang mahu dikongsikan, namun sudah cukup panjang..


Sekian dari Syuib0809.

Monday, 4 November 2013

Tabiat Negatif Pendengar Ceramah

Bismillah.

Ketika di UK, kami selalu ada kuliah, usrah secara online. Sama ada menggunakan paltalk, skype atau yang sewaktu dengannya. Kesukaran aku menghadiri ceramah-ceramah berbahasa inggeris juga menyebabkan aku suka dengar ceramah ustaz melayu di YOUTUBE. Tapi, satu masalah ialah bila aku cepat bosan/mengantuk bila ceramah tu berlansung agak lama. Bagi mengatasi masalah ni, aku ada satu tabiat yang mungkin sesetengah orang pandang pelik.

Aku ada kenal beberapa orang kenalan yang bila ceramah online, dia akan study atau buat assignment. Aku memang tak sesuai dengan tabiat ni sebab bagi aku study akan mengalihkan tumpuan otak daripada isi ceramah. Tu yang selalu bila nama disebut dalam kuliah online, ada yang tak sedar. Hmmm..

Tabiat negatif yang aku amalkan supaya tak mengantuk ialah main game FIFA2010. Oleh kerana hanya game ni je yang aku selalu main dalam laptop ni, maka banyak tindakan aku ketika main FIFA ni lebih berbentuk spontan, gerakbalas jari yang automatik tanpa banyak menggunakan otak. Oleh kerana dah biasa, juga, aku memang set "mute" untuk game ni. Maka, terbentuklah tabiat mendengar ceramah sambil main FIFA. Okeh... pelik. Maka, janganlah ikut.

Berikut merupakan satu ceramah yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsikan.



Antara isi yang boleh diambil.

Kahwinlah dengan orang yang "jauh" dengan kita.
Jangan marah ANAK depan makanan.
Jangan marah Isteri depan anak-anak.
Minta anak, menantu yang SOLEH, baik sahaja tak cukup.
Waktu pagi, mesti baca Quran, ayat 3 terakhir surah AlBaqarah jangan tinggal.

Banyakkan belaian, sentuhan pada anak-anak.



Yang ni memang sangat diperakui oleh orang bukan Islam. Dalam buku Why Men don't Listen dan Women Can't read Maps, ada satu kajian mengenai bayi yang berumur 10 minggu - 6 bulan. Bayi umur sebegini yang selalu mendapat belaian ibu ayah jarang menghadapi masalah kesihatan seperti muntah atau selsema.

Bagi binatang pula, anak monyet yang tidak disentuh akan mengalami tekanan dan akhirnya mati. Malah, tikus yang mendapat sentuhan ibunya mempunyai akal yang lebih cerdas. Buku ni agak menarik, cuma tak habis baca lagi.



Sekian dari Syuib0809.

Saturday, 2 November 2013

Stop Syurga!

Bismillah.

Sebuah lagi buku dari Ustaz Misbah Em Majidy. Lebih kurang 330 muka surat tebalnya, maka memang ambik masa. Buku ni aku jumpa kat POPULAR Aeon Manjung minggu lepas waktu nak pergi pulau pangkor. Aku sememangnya senang dengan buku-buku Misbah Em Majidy kerana setiap hadis yang disertakan diyakini dari sudut kesahihannya. Beliau membiasakan menulis dengan meletakkan rujukan, maka itu sudah sangat-sangat satu usaha yang murni.





Kembar kepada buku ni ialah Stop Neraka. Dalam buku stop neraka ni banyak kisah-kisah luarbiasa yang biasa kita dengar seperti kisah 10 orang yang dijamin masuk syurga, jadi aku pilih untuk beli Stop Syurga sahaja. Mana ada banyak bajet tengah menganggur ni. Harga buku ni RM22 yang bagi aku sangat berbaloi.


Secara keseluruhan, buku ni sangat-sangat baik dalam memberi peringatan. Peringatan mengenai neraka, ahli dan isinya. Walaupun sudah beriman kepada Allah dan Rasulnya, itu belum kepastian kita terlepas dari seksaan api neraka. Memang benar neraka diisi dengan Iblis, orang kafir dan munafiq sebagai penghuni tegarnya, namun UMMAH masih ada yang mengisinya.

"...akhirnya Malaikat Jibril mengatakan, “Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal sebelum mereka mengucapkan kata taubat”.
Mendengar penjelasan yang mengagetkan itu, Rasulullah SAW pun langsung pingsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rosulullah saw di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar beliau bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.”
Nabi Muhammad lalu menangis, Jibrail pun ikut menangis. Kemudian nabi saw langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan..."
Dalam buku ni juga banyak kisah yang kita boleh ambil pengajaran dan ceritakan kepada orang lain. Antara mereka-mereka yang jarang kita dengar, namun diceritakan dalam ni ialah:
Bal'am bin Ba'urah
Walid Ibnu Mughirah
Walihah(Isteri Nabi Luth)
Salome(kisah nabi Yahya)
Unaizah.
Selain itu, buku ni juga sangat sesuai untuk orang perempuan. MashaAllah, walaupun mungkin rata-rata kita melihat muslimat banyak memenuhi majlis ilmu, namun muslimat juga menjadi kaum terbanyak yang memenuhi neraka. Kenapa? InsyaAllah boleh dapat jawapannya dalam buku ni. 
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita
Sekian dari Syuib0809.