Tuesday, 26 November 2013

Tangis dan Marah Nabi S.A.W

Bismillah.

Misbah Em Majidy menulis sebuah lagi buku. Baru keluar November 2013, dan terus aku beli ketika jumpa di kedai MPH secara online. Tangis dan Marah Nabi, menjadi pelengkap kepada buku Senyum & Tawa Rasulullah. Setebal 250 m/s dengan harga RM18, terbitan Kemilau Publika.

Secara keseluruhan, karya kali ini menghimpunkan kisah-kisah tangis Rasulullah yang lahir kerana cinta dan kasih kepada Allah serta Umatnya. Hadis ini kerap menjadi nasihat utama kepada hati-hati yang telah mati, kerana tidak mampu menangis.

" Mata yang beku, yang tidak mampu menangis adalah kerana hati yang keras dan hati yang keras disebabkan oleh tompok-tompok dosa yang telah dilakukan. Banyaknya dosa yang dibuat oleh seseorang adalah kerana orang tersebut lupa mati, sedangkan lupa mati kerana panjangnya angan-angan. Panjang angan-angan muncul kerana terlalu cinta pada dunia. Dan terlalu mencintai dunia adalah pangkal segala perbuatan dosa. "  (HR al-Hakim: 4/260)

Membawa pembaca mengenali Rasulullah dengan lebih mendalam, menjadikan buku ni sangat-sangat menarik. Himpunan kisah Sirah Nabawiyah yang menjadi isi utama menjadikan buku ni bernyawa dan mengusik hati. Apatah lagi,  bila ia menonjolkan kisah-kisah "mustahil" keluarga baginda.




Buat baik yang tidak berpada-berpada.

Di bahagian ketiga, pembaca boleh mendalami kisah-kisah kesedihan nabi apabila Khadijah pergi meninggalkan baginda. Sayangnya baginda dengan Khadijah tiada siapa yang mampu memahaminya. Walaupun Khadijah sudah wafat, nabi kerap menyebut-nyebut namanya, mengagihkan daging kepada sahabat khadijah, malah merindui isteri pertamanya ini bilamana terjumpa sesuatu yang berkaitan dengan Khadijah. Sifat Khadijah dan Muhammad ini diwarisi anak mereka Ruqayyah dan Fatimah.





Tangisan nabi kerap menyulam hati bila melihat kehidupan anaknya Fatimah bersama Saidina Ali. Kehidupan yang sangat tidak berhajatkan kepada dunia. Fatimah dan Ali terlampau miskin buka kerana mereka malas, tetapi kerana sifat murah hati yang sangat-sangat dahsyat. Dalam buku ni, ada tiga kisah yang aku rasa sangat patut dibaca oleh Orang Melayu :

1) Kisah pakaian pengantin Fatimah daripada Jibrail
2) Kisah Juadah berbuka yang diberikan semuanya kpd Fakir miskin selama 3 hari.
3) Kisah Ali mengangkut air untuk Hassan dan Hussin

Ada juga kisah Nabi marah apabila Fatimah mahu dimadukan. Adakah nabi menentang Poligami?? Silalah baca.

GILA Beribadah meninggalkan Sunnah Nabi.

Dibahagian separuh akhir buku ni, menceritakan mengenai beberapa perkara yang menimbulkan kemarahan Nabi. Sebahagian besar bilamana kerana Hukum Allah dilanggar dan dipersoalkan. Hadis yang banyak diselitka ialah mengenai penghapusan Hudud kepada Bani Mahzum:

Ketika datang Usamah bin Zaid mengusulkan agar diberikan keringanan hukuman bagi seorang perempuan dari Bani Mahzum yang mencuri, padahal Rasulullah SAW bermaksud untuk memotong tangannya. Rasulullah bersabda kepada Usamah: “Apakah Anda bermaksud hendak meringankan (membebaskan) hukuman terhadap seorang yang telah menjadi ketentuan Allah, Hai Usamah? Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti akan kupotong tangannya.” 
(HR. Bukhari, Muslim)

Antara perkara yang sangat menyebabkan Nabi marah ialah apabila ramai beribadah secara melebih-lebih, menyusahkan orang lain, banyak dan panjangnya ibadah kerana menunjuk-nunjuk, serta main ikut sahaja tanpa usul periksa. Antara kisah yang dimuatkan berkait dengan ini ialah:


1) Marah nabi terhadap bacaan solat yang panjang
2) Azan Subuh awal oleh Bilal
3) Solat tanpa tidur, Puasa tanpa berbuka(wishal), hidup tanpa Nikah
4) Aku takut kamu mewajipkan Solat Terawikh!


Banyak lagi yang tidak mampu diceritakan dalam satu post ini. Bagi aku buku ni sangat menarik sepertimana beuku Senyum dan Tawa yang lalu. Harga yang bagi aku murah dan kita sentiasa mampu. Melainkan kita memang panjang angan-angan untuk membeli sesuatu yang lebih BERGAYA.

Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment