Sunday, 21 October 2012

Ilmu Bukan Untuk Beralasan

Bismillah

Pentarbiyahan barangkali boleh disimpulkan sebagai satu proses mendapat ilmu, mahupun sesuatu yang membawa manusia semakin dekat dengan Allah. Pengertian ILMU dan MAKLUMAT sering dianggap berlainan, kerana ilmu sering dilihat sesuatu yang perlu dicurah, diamalkan dan dikongsikan kepada orang lain.

Berada di maktab, aku kembali bersosial dengan rakan-rakan Islam yang sebegitu ramai. Ada yang dari sekolah biasa, SBP, MRSM, namun yang aku mungkin nak tekankan di sini barangkali ialah yang dari sekolah agama.Sedikit runsing bila melihat kelebihan ilmu yang ada pada produk-produk sekolah agama ini kadang-kadang digunakan untuk tujuan kurang tepat. Hinggakan aku mengambil masa, memikirkan bagaimana seseorang menggunakan ilmu/maklumat yang mereka ada untuk tujuan yang begitu pelbagai.

Ada yang guna Ilmu untuk disampaikan kepada orang lain
Ada juga yang guna seperti sahabat iaitu dengan terus mengamalkannya.
Tidak kurang yang ada ilmu, tetapi sekadar simpanan, kerana takut dikatakan meninggi diri.
Menarik pula bila ilmu yang ada digunakan asyik untuk menghukum dan menunjuk-nunjuk.
Dan yang aku jumpa di maktab pula ialah orang yang gunakan ilmu untuk sekadar beralasan.

Hebat berbahasa arab, belajar Quran Sunnah, namun menggunakan dalil-dalil tesebut untuk mengelak buat kerja Islam. Usah terkejut bila mereka-mereka ini orang yang penuh dengan soalan bila diajak ke surau mahupun masjid. Menghentam gerakan-gerakan Islam dan menjadikan ianya alasan untuk tidak bersama-sama dengan mana-mana gerakan. Segala benda mahu diciptakan alasan walaupun masalah sebenarnya ialah sekadar MALAS!!


Aku sedikit sebanyak sudah muak dengan pelajar yang "tinggi ilmu agama" tapi penuh dengan berjuta alasan. Sikap tersebut rupa-rupanya bukan sekadar pada hal agama, tetapi terserlah dalam perkara-perkara kehidupan biasa.

A: "Jomlah datang kelas awal!"..
B: "Relakslah, kite kena datang on time. Tengok budak lain, ada yang tengah mandi lagi. Melayu kot. pensyarah bukan datang awal pun"

A: "Petang ni buat assignment nak tak?"
B: "Ala, pensyarah nak lambat lagi kot. Buat cepat-cepat nak buat apa, banyak masa lagi"

A: "Hang ni belajar Quran Sunnah dulu kan? Bagilah tazkirah sikit"
B: "Aku tak reti lah bagi tazkirah-tazkirah ni. "
A: "Tak elok simpan ilmu tu sorang-sorang. Kongsi jelah"
B: "Itu hak aku nak bagitahu orang lain ke tak. Ko kene hormat la hak aku"..

A: "Hensem, jom pi surau sembahyang zohor"
B: "Aku nak tidur jap la, ngantuk. |Kan nabi kata tak elok solat waktu tengah-tengah ngantuk"
A: "Meh solat mghrib kat surau jom"
B: "Aku nak pergi Cafe RECSAM, lapar gile perut, nanti kalau solat dulu tak khusyuk plak"

A: "Esok ada presentation, hang ambiklah banyak sikit slide. Asyik orang lain je yang bentang banyak"
B: "Ala, ko ambiklah. Aku tak hebat cakap macam ko. Ko cakap semua orang suka. Ko tak boleh samakan semua orang. lagipun, aku tak kesah berapa cikgu nak bagi markah kat aku nanti. Kalo korang nak markah lebih, baik korang je ambik."





Sekian dari Syuib0809

Saturday, 20 October 2012

Hutan Rimba Teluk Bahang II

Bismillah

Rabu lepas, kami satu kelas menghadiri perjumpaan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Waktu perjumpaan, kami dihidangkan dengan pengumuman yang semua pelajar KPLI PPC kena pergi pertandingan pantun. Yang bakal diadakan hujung minggu kat maktab. Namun, ianya sekadar pengumuman yang tiada hitam putih dan tak pasti tahap kewajipannya. Masing-masing kebanyakannya sudah ada perancangan hujung minggu. Malah, ada yang plan untuk pulang ke rumah untuk cuti hujung minggu tersebut.

Tunggu punya tunggu hinggalah semalam, masih tiada memo hitam putih dari HEP mahupun pihak pentadbiran. Jadi, aku dan rakan-rakan yang baru berkelah di Hutan rimba Teluk Bahang bercadang nak pergi sekali lagi. Cuma kali ni, nak ajak ramai-ramai, semua pelajar lelaki KPLI untuk join sekali. Ni sahaja hujung minggu yang tinggal kekosongan untuk tahun ni. Ditakdirkan Allah, semua nak ikut sebab takut bosan melangut kat bilik. Cuma aiman dan Sanjay takde sebab dah balik rumah diorang.

Awal-awal pagi, semua dah berkemas, bersiap untuk bersarapan di Taman Tun Sardon. Walaupun sedikit lewat berbanding sebelum-sebelum ni, tapi perjalanan berjalan lancar. Waktu tengah melahap makanan masing-masing, dapat mesej arahan supaya pelajar PPC semua pergi ke pertandingan pantun dari pukul 11 pagi sampai 1 tgh hari. Kelihatan wajah masing-masing sedikit "down" lepas dapat pengumuman tu. Tapi perancangan diteruskan dan masing-masing cuba mengembalikan mood berkelah dengan cuba meng"abai"kan arahan tadi. Tiga kereta akhirnya meluncur ke Taman Rimba yang dimaksudkan.



Dalam kul 11 pagi, kami sudah mula berkemas dan bertolak semula ke maktab.  Sampai sekiar 12.20 tengah hari dan terus ke Gelanggara. Waktu sampai, pertandingan Pantun Akhir sedang berlansung dan kami sangat blur, tak tahu sapa yang tengah beradu berbalas pantun. Hanya tepukan mengiringi beberapa pantun yang dikirim. Waktu penyampaian hadiah, terkejut rupa-rupanya Maktab kami sendiri yang merangkul juara untuk pertandinga pantu tadi. Ish3x.

Walaupun hanya dapat meluangkan sedikit sahaja masa bersama rakan-rakan, keseronokannya memang lain dari lain. Jumlah kami tidaklah begitu banyak, namun ukhwahnya inshaAllah sangat dirasai. Seronok melihat gambar terakhir kami di tempat mandi manda tadi. Masing-masing muka puas.

 Aku, hanip, cuan, ferd, mior, kamal
Azri, Nuar, Syamel, Yasir, Pojan, zizan



Sekian dari Syuib0809

Saturday, 13 October 2012

Meh Mai Pineng

Bismillah

Hujung minggu kali ni, begitu ramai pelajar KPLI lelaki yang pulang ke rumah. Yang masih ada di asrama Ciku tingkat atas ni hanya tinggal 6 orang. Oleh kerana nak bagi hari-hari kami bermakna, kami buat sedikit plan untuk pusing-pusing Pulau Pinang ni. Ketua perjalanan yang tak rasmi ialah Yasir T. Intan. Awal-awal pagi, kami semua dah pergi ke sekitar Taman Tun Sardon untuk makan sarapan. Aktiviti lazim hujung minggu. Memang sedap pun makanan kat situ.


Target utama pagi tu ialah untuk ke Batu Feringgi tengok-tengok pantai. Tapi terpaksa hantar Fauzan terlebih dahulu sebab dia tak nak ikut kami jalan-jalan. Ahli rombongan yang kekal ialah aku, yasir, safuan dan juga nuar. Kereta kancil biru terus bergerak ke Destinasi pertama kami, tapi pelik sebab tak berapa nampak pantai yang panjang macam teluk batik. Hanya nampak pantai pendek yang kami gunakan untuk ambil gambar sekejap. Tak berhajat nak mandi kat situ dan terus mencari pantai hinggalah kami sampai ke teluk bahang.

Ni umur semua dah dekat 24 tahun.

Berhenti di Taman Rimba Teluk Bahang, kami bersembang dengan seorang Mak cik berdekatan pintu masuk. Entah macamne, mak cik tu cadangkan kami masuk taman rimba tu sebab dalam tu banyak kolam mandi percuma. Kami yang memang tiada perancangan lansung untuk ke situ, terus parking kereta dan tengok-tengok kawasan sekitar. Waktu tu dalam pukul 9 pagi dan memang tak ramai orang. Oleh kerana nampak kolam dia macam best, kami terus tukar plan dari mandi pantai kepada mandi kolam. Memang terbaik.

 

 Buang tabiat sikit mandi manda pakai baju kemeja


Lepas mandi, kami terus bersiap untuk pergi ke beberapa tempat menarik di Pulau Pinang. Antara tempat yang sempatlah gak tangkap gambar ialah Empangan Teluk Bahang, Taman Rama-rama, Masjid Terapung dan Botanical Garden. Tapi waktu kat botanical Garden tu memang semua dah letih dan kepenatan. Takde sorang pun nak layan monyet-monyet yang berkeliaran dekat taman tu. Tapi, memang ramai pelajar sekolah rendah yang buat rombongan ke taman tu. Ade satu rombongan tu dari Batu Kurau, Perak. Cuma kesian, tengah panas-panas terik kul 12 tu, ada ke patut pakai baju sekolah bertali leher semua. Tolong jangan ikut negara barat kalau cuaca kita tidak seperti negara-negara yang sejuk sebegitu.




Target kami seterusnya ialah Masjid Negeri Pulau Pinang. Tapi, ternyata keadaan lalu lintas di Pineng sangat dahsyat dan penuh dengan kebiadapan manusia. Hanya cacian dan makian yang akan terungkap kalau tak sabar. Kami terpaksa membatalkan niat ziarah tersebut dan menuju semula ke Maktab. Sebelum tu, sempat makan tengah hari kat tempat makan yang digelar "Payung". Balik je bilik, semua terbongkang. Melepaskan lelah kepenatan masing-masing di atas katil.


Sekian dari Syuib0809.



Saturday, 6 October 2012

Ikhtilat Sukan

Bismilah

Menjadi seorang pelajar maktab atau kata lainnya bakal guru, nak tak nak anda kena aktif dan mempunyai banyak kebolehan. Tidak hairanlah begitu banyak aktiviti ko-kurikulum yang terpaksa dihadiri. Daripada persatuan, unit beruniform hinggalah kepada mengetahui cara pengadilan pelbagai jenis sukan, begitulah yang perlu dilalui untuk menjadi seorang guru.

Hujung minggu lepas masing-masing tak dapat nak balik rumah sebab ada kursus pengadilan bola sepak. Baru saja hilang kursus tersebut, kami diberi tugas untuk mengendalikan aktiviti permainan tradisional sempena Karnival Akademik yang berlansung 3 dan 4 oktober baru-baru ni. Tidak cukup dengan itu sahaja, semua pelajar PPC lelaki kena turun padang petang khamis untuk penilaian pengadilan bola sepak dan juga main bola sepak tengah-tengah hujan lebat. Dan minggu "belajar" ni berakhir dengan kursus permainan Ultimate a.k.a Frisbee yang berlansung semalam dari kul 4.45 petang sampai 6.15 petang. Memang boleh nampak kehitaman kulit semua orang.

Bola Tampar.

Sejak dari sekolah menengah, sukan utama aku ialah bola tampar. Hanya di tingkatan 4 dan 5 baru aku berhenti dan main bola sepak sebab team kami dibubarkan. Tapi, bila masuk KYUEM, aku kembali aktif bermain sebab ada kawan-kawan yang sangat bersemangat. Hinggakan hujung minggu pun kami akan berkumpul kat gelanggang selepas subuh. Untuk kursus sukan kami, kami hanya dibenarkan ambik bola sepak. Jadi, sejak minggu pertama di sini aku dah join pelajar-pelajar maktab ni main bola tampar waktu petang. Buat je muka tebal walaupun penuh gelanggang tu dengan orang pantai timur.

Keadaan Persekitaran

Teringat waktu di UK, aku orang yang sangat keras dengan Ikhtilat. Memang anti sungguhlah benda-benda campur lelaki perempuan ni. Sampailah kat IPG ni, semua pelajar digalakkan untuk bergaul sesama jantina. Dari minggu orientasi, hingga masuk ke kelas, dan dalam mentor-mentee sendiri memang kena mix. Dan akhirnya aku terasa percampuran lelaki dan perempuan adalah "benda" wajip yang perlu dibiasakan untuk menjadi seorang GURU.

Menjadi kebiasaan dalam gelanggang bola tampar kat sini, setiap pasukan perlu ada lebih kurang 1-2 orang perempuan. Yang lain semua lelaki. Memang diorang buat untuk meraikan perempuan, sebab merasakan tak adil kalau lelaki lawan perempuan. Dan memang selalunya tak cukup orang. Jadi kalau nak main bola tampar, memang kena satu team dengan perempuan. Mencari bermacam-macam alasan untuk "membenarkan" perbuatan aku tu, menyebabkan aku kembali buta mengenai Ikhtilat. Macam-macam persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Nak main lagi atau berhenti?

Persoalan yang aku masih tak mampu nak jawap.



Sekian dari Syuib0809

Thursday, 27 September 2012

Dunia Baru

Bismillah

Sudah dua minggu berada di tempat baru. Bersama kawan-kawan lama dan menjadi "orang-orang tu" walaupun masih bergelar junior.

IPG pulau pinang, tempat baru untuk aku meneruskan cita-cita yang masih banyak lompongnya. Secara jujurnya, aku terkejut dengan bermacam-macam benda dekat sini. Mungkin aku boleh dianalogikan sebagai burung yang kembali ke dalam sangkar. Memang bakal-bakal guru dibiasakan dengan suasana di Sekolah, dan kepatuhan adalah perkara utama di sini.

Aku sangat suka dengan beberapa pensyarah di sini. Memang ternyata, mereka bukan calang-calang orang. Melatih guru untuk mahir, hampir dalam semua bidang memang satu kerja berat. Siapa nak jadi cikgu, tidak semudah hanya belajar di University. Dan siapa-siapa yang nak keluarkan Fakta kerja cikgu senang, silalah jadi cikgu. Nak tengok berapa lama boleh tahan.

Apepun, aku masih bermasalah dengan Sistem. Entah mengapa, itu yang aku masih cari. Keutamaan dan Peranan Islam dalam Sistem Pendidikan kita.

Tak larat nak menulis. Tunggu internet pada masa akan datang

Sekian dari Syuib0809

Saturday, 15 September 2012

MYC 2012 : Towards Professional Muslim

Bismillah

Sudah dua minggu MYC 2012 berlalu. Oleh kerana aku baru je dapat gambar, jadi teringin nak kongsi kat sini. Jzkk burhan selaku jurukamera dan juga penyunting video untuk program Muslim Youth Camp kali ni.

Towards Profesional Muslim

Tema untuk tahun ini, mengajak peserta yang rata-ratanya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk berbangga dan menjadi duta Islam. Pengarah teknikal program, si Aslam walau bagaimanapun mungkin sedikit kecewa. Program yang sepatutnya dihadiri 70 orang pelajar KYUEM hanya berbaki 30 orang bilamana macam-macam sponsor yang buat aktiviti berwajip untuk anak-anak buah mereka.



Walaupun mengalami penyusutan lebih dari separuh, MYC kali ni bagi aku mempunyai kekuatan yang tersendiri. Dan aku boleh katakan kekuatan utamanya ialah Penceramah dan juga Pesertanya.

Peserta: Kualiti Vs Kuantiti

Aku sebenarnya pertama kali jumpa kedua-dua batch Junior KYUEM ni. Ternyata beberapa tahun ni yang masuk kolej bukan calang-calang orang. Dan sponsor pelik-pelik seperti Maybank dan Teraju sudah mula menaja pelapis-pelapis mereka. Paling aku takut ialah dengan National Scholar yang dapat tajaan tanpa mereka minta. Alasannya mudah. Mereka adalah pelajar-pelajar terbaik Malaysia.

Walaupun bilangan yang hadir ke MYC ni sangat sikit, tapi peserta yang hadir sangat berkualiti. Rata-ratanya kuat memberi respon, suka bertanya soalan dan suka juga menjawap soalan. Menarik, banyak muslimin yang suka merespon walaupun bilangan mereka hanyalah 9 orang. Satu budaya yang sukar untuk kita dapat sekarang. Adik-adik muslimat juga banyak yang bersemangat untuk berkongsi. Semangat itu menjadikan MYC kali ni sangat hidup dan Meriah walaupun kuantitinya tidaklah sebegitu gempaks.

Penceramah dan Panelis

Alhamdulillah, pengisian dari penceramah sangatlah membuka mata peserta dan juga Fasilitator. Post yang lepas aku dah ceritakan mengenai Ustaz Hasrizal. Namun ada lagi seorang penceramah yang best iaitu Saudara Hilal Asyraf. Pertama kali aku jumpa beliau, tapi cara beliau mengupas tajuk "Tujuan Hidup" sangat-sangat lain dari yang lain. Selalu orang banyak tekankan Tujuan Hidup beribadah berbanding menjadi Khalifah. Namun kali ni, banyak konsep menjadi Khalifah di muka bumi ini yang ditekankan. Betapa pentingnya perancangan kita dalam mentadbir Alam ini mengikut panduan AlQuran dan Sunnah. Tapi nak tak nak kita perlukan juga ilmu lain yang menjadi "cara" dan "kaedah", supaya kita kekal berpijak di bumi yang nyata.




Penceramah lain ialah Ustaz Nasir yang menggantikan Ustaz Anhar untuk sesi "Tanyalah Ustaz". Aku agak tak fokus untuk slot ni sebab sedikit keletihan dan kurang jelas dengan suara Ustaz. namun mungkin yang aku boleh kutip sikit ialah mengenai bagaimana perancangan-perancangan yang dibuat untuk menyebarkan Islam, perlu dibuat secara beramai-ramai. Yang lain, banyak juga peserta yang bertanya mengenai Hukum Fiqh.

Untuk Forum, aku sangat tertarik dengan idea akmal amri. Jadikan benda yang kita minat sebagai medium untuk kita lakukan kerja Dakwah. Bukanlah idea baru, namun bahasanya mudah untuk difahami. Panelis lain aku tak dapat tangkap sangat kata-kata diorang. Salah Mikrofon dan salah aku gak sebab duduk belakang.




Kalumpang Resort & Training Centre.

Kali kedua aku ke tempat ni. Kali pertama ialah waktu MYC 2009. Tempat yang sangat cantik dan dengor kata, sangat mahal gak. Kami dapat duduk dorm yang boleh memuatkan sekitar 40 orang dengan 5 bilik air. Tapi oleh kerana peserta sikit je, masing-masing boleh ambik dalam 3 katil sorang. Cuma panas sikitlah siapa yang tidur katil bawah sebab kipas die tergantung kat dinding.


Berbeza dengan 2009, KRTC kali ni dilanda krisis lalat yang sangat teruk. Pemandangan yang cantik dimusnahkan dengan kehadiran lalat yang sangat-sangat banyak. Bukan tempat makan je yang penuh, malah dewan untuk ceramah yang kami gunakan juga diserbu oleh lalat-lalat ni. Sampai terpaksa guna kertas gam perangkap lalat. Memang rimas lah sepanjang berada kat tempat tu.


Kesimpulan?

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang dapat hadir untuk MYC kali ni. Memang terasa kalian semua orang yang sangat terpilih. Mudah-mudahan, kefahaman hidup sebagai seorang Dae'i dapat dipraktikkan sepanjang perjalanan sebelum memasuki alam kubur. Jadikan ianya saham besar untuk membawa kita masuk ke syurga. Dan maaf atas kekurangan dari pihak Fasilitator, juga Emcee yang banyak jugak bercakap tak ingat dunia. Penat jadi mc kali ni, banyak sangat benda nak kena "goreng" sebab penceramah selalu terlewat.

Ni gambar terakhir kami. Aku memang mengalami peningkatan berat badan yang kronik.




Sekian dari Syuib0809.