Tuesday, 28 December 2010

Diari Sepanyol: Dari Leeds ke Barcelona

Bismillah.

Sabtu(18 disember 2010)
Aku akhirnya selamat sampai di leeds hampir jam 9.30 malam. Sementara menunggu ketibaan Aiman dan Arip dari Manchester, aku berjalan-jalan sekitar Leeds melihat kehidupan manusia yang tidak lansung punyai matlamat dalam hidup. Selepas kedua-kedua rakan aku selamat smpai di stesyen keretapi Leeds, kami terus menuju ke rumah Fadzil yang sudahpun mnerima kunjungan chester terlebih dahulu. Hampir kul 12 malam kami sampai di rumah fadzil malam tu.

Fadzil yg paling kiri sekali

Ahad(19 disember 2010)
Selepas dijamu dengan roti parata, nasi goreng dan telur, kami bermain kad bersama-sama sebelum bertolak ke airport. Jam 10.45 pagi, selepas bersiap-siap, kami terus menaiki teksi menuju ke airport Leeds yang mengambil masa hampir 20 minit. Selepas check in, masing-masing bersedia untuk solat zuhur-asar sebelum menaiki pesawat ryanair menuju ke barcelona. Tetibe, ternampak rombongan Zul Newcastle yang turut disertai oleh Izwang junior. Rupe-rupenye, kami semua menaiki kapal terbang yg sama kecuali syafiq helmi yang naik dari London Stansead.

Perjalanan dari Leeds ke Barcelona mengambil masa hampir tiga jam setengah. Sepanjang perjalanan, aku hanya tidur sebab tak tahu nak buat apa. Kami sampai kul 4 petg waktu Spain dan terus mencari2 kereta sewa yang telahpun kami tempah dari UK lagi. Pergi ke pejabat ATESA dan kami dapat sebuah kereta citroen picasso yang sangat2 la gempaq. Canggih, besar dan cukup selesa untuk memuatkan kelima-lima ahli rombongan. Tanpa banyak membuang masa, kami terus menuju ke hostel di barcelona dgn berpandukan TomTom Iphone si Aiman. Di airport tu juga, kami berpisah dengan rombongan Zul dan rakan-rakannya.

Bersama rombongan zul.

Sebaik sahaja sampai di hostel tu, kami cuba mencari parking utk kereta kami, tapi x jumpe2 sbb penuh. Pusing punye pusing akhirnya kami sesat sebab TomTom tu buat hal. Punyela jauh kami sesat sampai masuk lebuh raya, siap kene bayar tol lagi tu. Selepas satu jam, barulah kami sampai di hostel tu balik hanya kerana tak jumpe tempat parking. Selepas check in jam 7.30 malam, kami meneruskan penerokaan di Barcelona dengan mengisi perut terlebih dahulu. Ade beberapa pilihan kedai halal, tapi kami akhirnya memilih kedai Al-Barakah yang terletak di tengah2 Bandar Barcelona. Mahal dan aku tak suka sangat makanan kat kedai ni. Aku makan daging masak kacang bendi, fadzil ambik mcm roti berisi ayam dan yang tiga org lagi ambik daging masak yogurt.

Kedai mewah Al Barakah. Milik org arab.

Muke2 kelaparan yg terpaksa keluarkan 13 euro utk makanan yg tak mengenyangkan.

Seusai makan malam, kami menuju ke lokasi kurang penting iaitu stadium Barcelona. Ketika tu kul 11.30 malam. Sudah pastinya stadium tu dah tutup kan? kami hanya sempat bergambar di luar. Sewaktu menaiki kereta mengelilingi sekitar stadium tersebut, satu kejadian dahsyat berlaku di depan mata kami. Sedang pusing-pusing, kelihatan beberapa org wanita berada di tepi2 jalan. Tetibe, 2 perempuan kat situ bukak baju diorg betul-betul sewaktu kereta kami melintasi tempat mereka sedang berdiri. Semua yg dalam kereta tu terkejut monyet. Yela, memg kejutan budaya habisla.

jejaka2 yg kuat iman. Haha

Dari stadium tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Sagrada Familia. Ternyata, bandar Barcelona malam itu sudah lengang daripada kenderaan dan juga gelagat manusia. Konsep bandar yg tersusun menyebabkan perjalanan kami tidak menerima begitu byk masalah. Jam ketika itu sudah hampir kul 1 pagi ketika kami sampai di sagrada familia. Pemandangan bangunan tu cukup menyebabkan aq tergamam. Bangunan itu benar-benar kelihatan seperti raksasa. Oleh kerana kami akan kembali ke situ lagi esok, maka semua ahli rombongan mengambil keputusan untuk pulang melelapkan mata.. Maka, tamatlah kisah kami hari itu..

Sagrada Familia

bersambung....

p/s: Gambar yang ade mencecah 3000 keping. Tak tau nak pilih mana satu. InshaAllah akan ade 14 post pasal sepanyol ni. Banyaknye...

Saturday, 18 December 2010

Alfatihah buat Arwah Mas Afzal

Bismillah.

Semalam, aku dapat berita yang sangat mngejutkan. Sementara berada di library untuk buat matlab, aku bukak sekejap emel aku untuk melihat ape2 pesanan yang dikirimkan kepada aku. Dan, memang x sangka apabila dalila maklumkan yang Mas Afzal sudahpun meninggal dunia semalam di Yahoo Group Muscom. Masih ingat Mas Afzal? Aku pernah menulis pasal beliau beberapa bulan yang lepas. Aq rasa tahun lepas. Klik sini.


Hari ini, memang kebanyakan blog milik pelajar di UK menceritakan tentang beliau. Mana tidaknya, beliau memang terkenal dari kolej lagi sebagai seorang yang sangat rajin. Malah, seorang pendakwah yang sangat hebat walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Memang, rata-rata orang di UK, terutamanya di sheffield sangat sayang dan mengagumi beliau.

Pertemuan di cuti musim panas

Sewaktu balik Malaysia cuti musim panas hari tu, aku sempat dua kali berjumpa dengan Mas Afzal. Pertama, sewaktu AGM alumni KYUEM dekat kolej. Waktu kat UK memang tak pernah jumpe lansung mas afzal ni. Waktu makan2 lepas AGM tu, aku duk betul2 depan mas afzal bersama rakan-rakan senior yang lain. Sementara kami makan lauk yang dihidangkan oleh orang cafe, Mas Afzal pula keluarkan bekas makanan beliau yang dibawa dari rumah. Katanya, dia terpaksa jaga pemakanan, tak boleh makan yang minyak2 dan banyak lagi la. Walaupun beliau memang tak sihat, tapi beliau sangat ceria hari tu dan tulah pertama kali aku sembang dgn die untuk tahun ni.

Sewaktu MYC(Muslim Youth Camp), aku jemput beliau untuk jadi ahli panel dalam satu forum. Tanpa banyak bicara, memang die terima pelawaan aku. Mas Afzal memang hebat pun. Dulu kalo orang jemput dia akan cakap "Tengoklah kalau ana tak sihat, inshaAllah ana pergi". Sebab kalau die tak sihat, die akan dapat cuti, jadi bolehlah die pergi ape2 program. hehe. Menariknya waktu MYC tu, Mas Afzal drive kereta sorang2 dan tersalah pilih jalan. Habis die redah hutan belukar, lopak2 dan lecah semua semata2 nak pergi ke Kem Desa Selesa tu.

Sampai2, aku tengok habis kereta perdana milik ibu Mas tu penuh dengan lumpur. Memang penuh la. Mas memang dak cuak dah waktu ikut jalan tu, tapi still teruskan gak semata-mata utk program tu. Waktu forum, Mas asyik batuk2. Memang itupun kesan dari penyakit dan rawatan yang diterimanya. Mas kata setiap malam akan susah untuk tidur, sakit macam-macam dan nak baring pun susah. Waktu ni la, aku ingat lagi Mas pesan lebih kurg macam ni bunyinya "Kehidupan mesti diteruskan. Walaupun saya sakit, saya tak tahu bila Allah akan tarik nyawa saya. Boleh jadi orang sihat, anda semua yang berada di depan saya, akan pergi dulu sebelum saya. Dan kita memang tak tahu bila kita akan mati".

Inspirasi yang diberikan oleh beliau dalam memotivasikan orang lain banyak menyentuh hati2 mad'u yang ade disekeliling beliau. Menjadi contoh pelajar Islam yang perlu kita semua ikuti. Namanya yang bermula dengan mas, menyebabkan beliau berpewatakan sebagai seorang abang yang sangat penyayang kepada junior2 beliau. Moga kami mengikut contoh teladan yang telah engkau tunjukkan. Mas Afzal, semoga enta dihimpunkan bersama orang2 yang beriman dan beroleh syurga Allah S.W.T.

Selamat tinggal Mas Afzal.



alfatihah....

p/s: Nampaknya, tak dapat la nak cerita pasal arip. Xpela, nnt kite cerita pasal spain

Thursday, 16 December 2010

Investigation Mathematics.

Bismillah

Setelah beberapa minggu belajar dan menyiasat topik "From Simple to Chaos", akhirnya kelas kami berakhir gak hari ni. Mungkin ramai yang tidak sedar, betapa pentingnya gambar sewaktu kite sedang belajar dan juga gambar kite bersama guru yang mengajar kite. Biar sedikit manapun gambar yang kita ada, pasti akan kita lihat kembali gambar tersebut suatu masa nanti, yang kita sendiri tidak mengetahui bila tarikh dan waktunya. Ketika itu, kita akan begitu merindui saat-saat ini. Inilah tarikhnya, 16 Disember 2010 bersamaan hari khamis jam 2.30 petang, aku sematkan gambar kenangan ahli kumpulan aku bersama Mr Alex Clark.

Dari kiri: Aku, syamil, ferd, farahin,ain,liya,zay,isha,fiza dan mr alex.
Tiada dalam gambar: Azizan dan David Tilby


Mr Alex clark ni tersangat2 baik, x pernah lansung marah, malah orangnya memang lemah lembut sungguh. Menariknya kumpulan aku ni ialah semuanya melayu kecuali David Tilby yang tiada dalam gambar ni sebab tak berapa sihat. Hmm, mungkin ade sesetengah orang akan kata, x berkembang lansung korang ni belajar kat UK. Silakan mengkritik. Ada perkara yang mungkin orang lain x fahami dan kite juga berbeza dalam beberapa sudut pandangan. Tak mahu aku bicara bende ni dalam blog ni. Apepun, terima kasih kepada semua ahli kumpulan aku.

Hari ni masa agak tidak mengizinkan. Mungkin esok baru aku akan ceritakan mengenai kunjungan arip daud dan syahir ke leicester dari semalam hinggalah ke petang tadi.

Sekian dari syuib0809.

Tuesday, 14 December 2010

Carta video syuib0809 minggu ni

Bismillah..

Saat universiti lain sudah mula bercuti, kami di Leicester masih menghabiskan minggu terakhir kami ke kelas2 dan assignment yg melimpah ruah. Ahad ni, aku akan bertolak ke Spain. Jadi minggu ni banyak gak urusan sebagai persediaan untuk ke sana nanti. Alhamdulillah, penempatan dah tempah, kereta sewa pun dah booking, jadual perjalanan pun hampir lengkap, tinggal menanti ketentuan Allah sahaja. Ape2 boleh berlaku di saat2 akhir nnt. Dengan keadaan cuaca yg tidak menentu, memang bile2 masa flight boleh terhenti dan sebagainya.

Minggu ni, arip melbourne akan datang ziarah rumah aku. JAdi mungkin nnt aku akan cerita pasal die di blog ni. Hmm, untuk carta video minggu ni(tetibe gatal nak wat carta), aku teringin nak kongsikan beberapa video yang kerap kali aku bukak terutamanya sepanjang minggu ni. Ketiga2 lagu ni sangat sedap dan dinyanyikan oleh nadamurni. Dan juga baru tahun ni diupload di youtube. Dengan ini, mempersembahkan video nasyid tempat ke-3:



Lagu ni sedap, tapi dapat tempat ketiga sebab menyebabkan kepala orang bergoyang bila mendengarnya. Jadi, kurang penghayatan. Hehe.. menariknya starting lagu ni mengambil melodi lagu "Di Pondok Kecil". Sekarang, mari lihat pula video yang meraih tempat ke-2 untuk minggu ni:



Lagu ni memang sangat sedap. Dan aku mati2 ingat raihan yang mula2 nyanyi lagu ni. Beza lagu ni yang menyebabkan ia sungguh menarik adelah kerana lagu ni sangat "bersih" dari peralatan muzik yang merepek-repek. Dan kat video ni gak jelas kelihatan beberapa ahli kumpulan Hijjaz dan Rabbani. Tapi, lagu ni dapat tempat kedua sebab aku tak paham lansung ape yang cuba disampaikan. Tula Izuan, lain kali belajar la bahasa arab betul2. Ish3x. Tanpa membuang masa, video yang mendapat tempat pertama di hati pemilik blog syuib0809 jatuh kepada:



Lagu ni lagu yang sering aku nyanyi waktu kecik2 dulu. Dulu, aku ingat lagi, Hijjaz yang nyanyi lagu ni. Kenapa lagu ni dapat tempat pertama? Suara lelaki tu tersangat2 merdu dan betul2 membawa mesej dalam nasyid yang disampaikan. Lihat kembali kepada lirik lagu die, memang kite patut sedar tiada lansung amal ibadah yang dapat kite banggakan depan Allah nanti. Dan perlu kite ingat, kite memang tidak mampu masuk syurga dengan hanya amal ibadah kite.

Kadang2 memang ada dalam hati kita "Aku ni banyak puasa, banyak qiam, banyak sedeqah, mesti leh masuk syurga punye" Akhirnya kite selesa dengan amal kita.

"Aku dah solat kire ok la, drpd orang len yang tak sembahyang lansung lagila teruk" Akhirnya, kite tidak lansung berusaha untuk solat jemaah.

Lagu ni semakin menyentuh hati bila ustaz tu ulang "tiada amal ibadah, yang sempurna bererti, kalau tiada syafaat, sengsara akhir nanti"..

Hmmm, mungkin kita dah solat, dah puasa, dah qiam, dah sedeqah, dah berdakwah, dah wat semua solat sunat, dah wat haji, dah baca quran, tapi benarkah semuanya sempurna? benarkah ianya betul2 bererti? Benarkah ianya sudah cukup untuk diterima Allah?

Ya Allah, maafkan kami Ya Allah.

Sekian dari syuib0809.

Sunday, 12 December 2010

Post ke 200: Bilik tahun kedua

Bismillah

Hari ni, blog aku mencecah 200 posts. Oleh kerana minggu ni aku tidak ada keluar ke mana-mana sangat, jadi tiada cerita yang sebegitu menarik untuk aku ceritakan di blog ni. Minggu depan minggu terakhir sesi pembelajaran aku untuk sem ni, sebelum cuti winter bermula. Dan esok gak, aku ade test, tapi ngade2 gak nak update blog ni. Bersempena dgn post ke 200 ni, aku nak sematkan lagi kenangan yang boleh aku lihat kembali di blog ni, mungkin 5 tahun yang akan datang kalo dipanjangkan umur.

Kalo bukan kerana blog ni, memang tak mungkin aku akan tangkap sebegitu banyak gambar ketika berada di UK. Teringat sewaktu di Matriks selama 2 bulan, tiada lansung gambar aku disana, sedangkan kat situ juga adelah antara tempat paling menyeronokkan buat aku kerana dpt kawan2 yg sangat baik. Demi mengambil pengiktibaran daripada kejadian berikut, aku nak sematkan tentang bilik aku untuk tahun kedua ni di LEICESTER.

Bahagian pertama. Tempat tidur aku yang hanyalah tilam. Dulu memang ade katil, tapi aku cabut dan bagi kat tuan rumah. Rangka katil tu agak makan ruang dan aku rasa tak perlu pun sgt. Tidur atas tilam je dah le kan?

Pelajar2 Malaysia di UK, boleh dikatakan berada dalam keadaan yang sangat2 selesa. Bukan nak kata sebab banyak duit ke ape, tapi memang rumah yang disewakan di sini biasanya mesti dalam keadaan yang baik walaupun kadang2 harganya rendah. Mendengar cerita kawan2 di Malaysia, memang berbeza rasanya keadaan dan kehidupan di rumah sewa antara dua negara ini. Kalau untuk tahun pertama, mungkin bilik aku agak "exclusive", tahun kedua ni lebih bersederhana sahaja aku rasa.

Ruang study, melepak, main laptop, makan dan sebagainya. Kerusi hitam tahun lepas dah kene rompak. jadi pakai jela yg tuan rumah punye.

Belah kiri tu mini store. Tengah2 almari baju dan di sebelah kanannya adelah tempat menggantung baju2 sejuk. Atas almari adelah beg balik kampung aku.

Satu-satunya tingkap yang ade di bilik aku.

Pandangan dari atas.. Sape nak men jantum2 gambar, bolehla dapat gambaran bilik aku camne.

Seperti tahun lepas, bilik aku sekali lagi terletak di tingkat bawah dan merupakan satu-satunya bilik yang berada di bawah. Manakala 3 lagi ahli rumah aku masing-masing duk di tingkat atas. Menariknya lokasi bilik aku ni ialah, ianya betul-betul terletak di sebelah dapur. Bukak je pintu, memang dapur la yg nmpak. Maka, aku yakin tumbesaran aku akan bertambah baik. Lebih strategik gak, bilik aku betul-betul sebelah tandas dan bilik mandi. Jadi, lepas mandi memang terus masuk bilik, tak payah nak naik tangga ataupun menempuh kesejukan di dalam rumah pada waktu pagi.

Bilik aku ni kategori sederhana besar dan bernilai lebih kurg 230pound sebulan. Agak mahal gak sebenarnya, tapi ok je. Lagipun keadaan bilik ni pun baik. Macam biasa, tuan rumah bagi katil, meja study, kerusi dan almari baju. Yang len semua aku punya. Sofa angin yang aku beli tahun lepas aku simpan je dalam almari sebab dah tak muat nak letak mana2. Projektor masih ade ditambah dengan 2 speaker/amplifier yang sangat besar menyebabkan bilik ni boleh bertukar menjadi panggung wayang pada waktu malam. Menyebabkan aku x pernah lansung g tengok wayang kat UK ni. Hehe

Ruangan ni tempat pengeluar haba utama. Nampak heater2 tu?

Tapi bila waktu malam, memang akan jadi screen wayang untuk bilik aku. Besar kan?

Hebat sungguh kehidupan aku kan? Cukup mewah segalanya. Bila pikir balik, kite ni terlalu selesa jika dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W..

Anas bin Malik berkata, "Saya masuk menemui Rasulullah dan ia sedang berbaring miring di atas tikar pandan kecil yang bersulam, dan di bawah kepalanya bantal dari kulit berisikan rumput kering. Lalu beberapa orang dari sahabatnya datang diantaranya adalah Umar bin Khathtab, Rasulullah pun bangkit menggeser tubuhnya yang sedang terbuka bajunya. Umar bin Khaththab tak sanggup menahan tangisnya ketika melihat bentuk sulaman tikar yang membekas di tubuh bagian samping Rasulullah saw.

Rasulullah saw bertanya, "Mengapa engkau menangis, Umar?
Umar menjawab, "Demi Allah, saya tidak menangis kecuali tahu bahwa engkau lebih Allah muliakan daripada Kisra dan Qaishr. Mereka hidup dalam kesenangan, sementara engkau, Rasulullah saw, di tempat yang saya lihat ?"

Rasulullah saw bersabda, "Apakah engkau tidak rela dunia menjadi milik mereka dan akhirat untuk kita?"
Umar menjawab, "Ya, aku rela."
Rasulullah saw bersabda, "Begitulah yang benar"

Selepas bertapa di library dari kul 2.30 petang hingga 9.30 malam.

Sekian dari syuib0809.

Saturday, 11 December 2010

Nadamurni .............

Bismillah..

Minggu ni, sewaktu bertapa di library, aku selalu ditemani lagu2 daripada sebuah playlist di youtube. Bagi sapa yg nak tengok, mungkin boleh search nasyidbest2, dan kemudian akan keluarla playlistnya. Dari situlah juga aku jumpe lagu aq hanya Umar. Dan banyak gak lagu2 nasyid yg sedap ade di situ. Dalam banyak-banyak lagu itu juga, terdapat beberapa lagu nadamurni yang tersangat2 la sedap. Aku sebelum ni memang tak begitu mengenali lagu2 nadamurni dan menganggap ianya hanya kumpulan underdog semata-mata.

Tetapi tetibe aku begitu teruja mendengar lagu2 nadamurni ni terutamanya lagu selamat tinggal ibuku, ibu mithali dan macam-macam lagi. Dan penyanyi yang ade dalam nadamurni ni bukan calang-calang orang. Pendek kata mereka ini adelah gabungan Rabbani dan juga Hijjaz. Dan pada yang tahu, nadamurni juga merupakan milik al-arqam, jemaah yang diharamkan di Malaysia. Sebelum ni, aku hanya dengar beberapa khabar angin mengenai mereka, tanpa sedikit pun cuba meneliti. Akhirnya, aku pun membaca buku ni:


Aku bukan seorang yang minat untuk membaca buku terutamanya berbentuk fakta yang dipointkan. Kebanyakan buku yang aku baca mesti, tak habis atau tergendala. Tetapi buku yang aku baru dapat semalam ni, benar2 menyebabkan aku mahu habiskannya. Sangat menarik!! Buku ni ditulis sendiri oleh bekas Penasihat undang-undang Al-Arqam iaitu mr Zabidi. Bila baca buku ni, memang PERGH!! sungguh apa yang diceritakannya. Dan jangan risau, buku ni tak sesat.

Al-Arqam, antara kumpulan Islam yang tersangat-sangatlah hebat. Ekonomi Al-Arqam boleh dikatakan tersangatlah dahsyat. Al-Arqam ade produk makanan seperti sos, kicap, mee, kordial dan macam2 lagi ala-ala HPA. dan barangan mereka terkenal di luar negara juga. Tak cukup dengan itu, Al-Arqam mempunyai Hospital sendiri, Ladang dan sekolah2 milik Al-Arqam. Tak cukup dengan itu, di saat Malaysia ketika itu masih belum benar-benar maju, orang Al-Arqam sudah mempunyai telefon bimbit dan alatan rakaman utk TV dan studionya sendiri. Lebih menarik, Al-Arqam juga mempunyai bas dua tingkat milik mereka sendiri pada zaman 90-an itu.

Tapi yang paling aku seronok, bila tengok kehidupan mereka di perkampungan2 Al-Arqam. Boleh dikatakan, memang suasana sebegitu yang kita semua ingin-inginkan. Kanak-kanak sibuk mengaji Al-Quran. Pelajar2 mahupun guru2, Nurse, Doktor2, pembuat roti canai, semuanya berserban dan bertudung serta berniqab. Suasana yang sangat permai dengan kehidupan Islam yang sangat hebat. Generasi awal Al-Arqam tidaklah sebegitu taksub seperti generasi seterusnya. Generasi yang lahir dari anak-anak orang Al-Arqam lebih dahsyat kerana mereka akan bertadika di tadika al-Arqam, bersekolah di situ, makan dari produk al-Arqam, kicap al-Arqam, mandi dengan sabun Al-Arqam, sikat rambut dengan minyak rambut Al-Arqam, mendengar nasyid dari kumpulan nadamurni milik al-Arqam hinggakan hampir segala-galanya mesti berkaitan dengan Al-Arqam.



Hubungan antarabangsa mereka juga sangat hebat hinggakan mereka begitu dikenali di negara2 luar seperti jordan, China, Filipina dan Thailand. Melihatkan kehebatan mereka sebagai kumpulan Islam yang disegani menyebabkan aku tertanya2, mengapa mereka ini diharamkan? Aku pernah dengar diorang ni sesat sebab menganggap Abuya tu nabi. Aku pelik, takkan orang bijak pandai boleh percaya cakap Abuya ni. Tapi memang pengikut2 abuya bukan calang-calang orang. Orang bijak pandai dan petah sungguh berbahasa Inggeris. Kehebatan mereka menyebabkan orang luar pun ceria pasal mereka.

Tapi sayang, mereka ini tersangat-sangatlah sesat. Sangat sedih bila kumpulan Islam yang begitu kuat ekonominya ini, rupe-rupenye sesat. Antara kesesatan yang paling dahsyat ialah, ABUYA ini kononnya boleh berdialog dengan Rasulullah S.A.W. Bayangkan selepas dikenakan ISA, Abuya ni boleh menipu, berlakon yang kononnya die dah bertaubat. Dahsyat sungguh rasanya. Tak tahula nak cakap ape, tapi bayangkan perkampungan Al-Arqam ketika itu sudah mencapai 44 perkampungan di seluruh Malaysia. Ade lagi kesesatan mereka, tapi x larat nak cerita. Bacalah sendiri buku ni, memang GeMPAQS!!..

Dalam cerita ni gak ade selitkan tentg nazrey Raihan yang berkerja di kedai roti canai waktu tu. Rupenye, banyak gak lagu nadamurni yang dihidupkan balik oleh raihan..



Dan hati-hati, ade gak lagu nadamurni yang mengagungkan Abuya..
Sekian..