Tuesday, 8 June 2010

KEBABISH.. Tazkirah minggu ini

Bismillah

Hari ni aku berjalan-jalan di sekitar melton road. Tiada apa yang special. Yang ada cumalah satu pekan INDIA yang memang penuh dengan sari-sari dan gelang berkilauan. Pusing punya pusing, akhirnya aku pun berbasikal pulang menuju ke town. Ditakdirkan Allah, terjumpa satu kedai bernama KEBABISH. Izwan kata kebab die sedap, maka aku pun cubalah..

Mixed kebab. Harga 5.20 pound. Aduih, habis duit. haha. Pergi TonTon chicken dah boleh dapat macam-macam. Bolehlah gak sedap.

Itu sahaja cerita untuk hari ni mengenai aku. Sekarang mari pula kita baca sebuah cerita yang sangat menarik:

There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was
given a slingshot to play with, out in the woods. He practiced in the
woods, but he could never hit the target. Getting a little
discouraged, he headed back for dinner.

As he was walking back he saw Grandma's pet duck. Just out of impulse,
he let the slingshot fly, hit the duck square in the head and killed
it. He was shocked and grieved! In a panic, he hid the dead duck in
the wood pile, only to see his sister watching!

Fatima had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day
Grandma said, ' Fatima , let's wash the dishes.' But Fatima said,
'Grandma, Ahmed told me he wanted to help in the kitchen.' Then she
whispered to him, 'Remember the duck?' So Ahmed did the dishes.

Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and
Grandma said, 'I'm sorry but I need Fatima to help make supper.'

Fatima just smiled and said, 'Well, that's all right because Ahmed
told me he wanted to help.' She whispered again, 'Remember the duck?'
So Fatima went fishing and Ahmed stayed to help.

After several days of Ahmed doing both his chores and Fatima 's, he
finally couldn't stand it any longer.

He came to Grandma and confessed that he had killed the duck. Grandma
knelt down, gave him a hug and said, 'Sweetheart, I know. You see, I
was standing at the window and I saw the whole thing, but because I
love you, I forgave you. I was just wondering how long you would let
Fatima make a slave of you.'

Thought for the day and every day thereafter?

Whatever is in your past, whatever you have done... and the devil
keeps throwing it up in your face (lying, cheating, debt, fear, bad
habits, hatred, anger, bitterness, etc.)...whatever it is...You need
to know that Allah was standing at the window and He saw the whole
thing. He has seen your whole life. He wants you to know that He loves
you and that you are forgiven.

He's just wondering how long you will let the devil make a slave of you.

The great thing about Allah is that when you ask for forgiveness, He
not only forgives you, but He loves you. It is by Allah's grace and
mercy that we are saved.

Go ahead and make a difference in someone's life today. Share this
with a friend and always remember: Allah is at the window!

Segeralah bertaubat wahai manusia..

Monday, 7 June 2010

Ziarah Birmingham 2010

Bismillah

Semalam, mengikut perancangan manusia biasa iaitu aku, syahir dan Izwan, kami akan ke carboot dan kemudian melawat binatang di sebuah farm. Entahlah, memang aku teringin nak pergi farm tu, bukan sekadar untuk melawat binatang, tetapi teringin gak nak perah susu lembu, cukur bulu biri2 dan main sorok2 dengan babi hutan(fakta salah). Ditakdirkan Allah, kami keluar jam 8.20 pagi dan mengikut ramalan cuaca, hari ni akan cerah. Jalan punya jalan, sekali hujan pulak kat tengah jalan. Hujan die bukan hujan renyai macam biasa, hujan yg turun tetibe pulak lebat. Maka, kami tersangkut di tgh jalan.

Setelah puas berfikir, kami pun membuat keputusan untuk membatalkan lawatan kami ke carboot dan farm. Ye la, mana la ade carboot hujan-hujan ni. Kalau pergi farm pun, mesti basah sana, lecah sini. Dan assumption kedua kami ialah di UK, hujan sangat lama, die bukan style hujan kejap-kejap lepas tu g tempat lain, memang biasanya lama. Pagi tu jugak, rahil loughborough ajak Izwan untuk ke birmingham sebab nak hantar barang. Sambil2 tu, menziarah golongan postgrade di sana.

Ape lagi, aku dengan syahir pun ikutlah sekali. Dalam pukul 10 rasenye kami bertolak, menuju ke birmingham. Selepas 45 minit, kami akhirnya sampai di rumah bro Azam dengan menaiki kereta honda ustaz mazrul.


Antara tujuan utama Rahil ke birmingham adelah untuk menghantar barang ke viva palestin. Aku ingat hantar barang apa, rupe2nya diorang tolong jualkan barang milik viva palestin dan hantar balik beberapa barang ke kedai tu selepas habis menjual. Bagus rahil dan kawan2 die ni, semangat sangat dalam memperjuangkan Islam. Satu persamaan aku dengan rahil ni ialah, dia ni dari teluk intan. Siap pernah kerja kat mastan ghani lagi tu. Selepa tu kami menuju ke kedai makan kegemaran aku, As Samaah. Makan ape? MINDI la wow!

Di hadapan kedai viva palestin, birmingham

Kali ni, mindi dihidangkan di dalam talam. Seronok makan dengan diorang, sebab diorang pun suka makan.

Nampak tak betapa gembiranya muka aku, bercahaya lagi tu. Aku memang seronok gile semalam bile talam tu sampai. Dunia gile r. Ada dua talam. Satu aku kongsi dengan syahir, satu lagi dikongsi oleh rahil, bro azam dan Izwan. Talam diorang besar sikit.

Ni lah mindi. Nasi yang dikukus dengan air kambing. Kambing yang tiada tandingan rasanya. Takde kuah pun, tapi rasenye mashaAllah sedap gile. Untuk hidangan ni, kami gabung dengan ayam. Ayam die pun sedap sangat. First time aq makan ayam sini. selalu balun kmbing.

Selepas makan. Kasi licin punye. Ni talam aku dgn syahir. Agak-agaknya, ape bahagian badan kita yang akan jadi sangat berat lepas makan?

Bahagian yang akan jadi paling berat bukanlah perut, bukan jua hempedu dan sebagainya tetapi mata. Lepas makan, kami menunaikan solat zuhur di masjid dan waktu ni ya Allah, memang sangat mengantuk. Apepun, urusan kami di birmingham masih belum selesai. Kami seterusnya ke supermarket bernama AL-HALAL untuk beli buah tangan. Rumah pertama? Abang rijal..

Aku tak kenal pun semua orang yang rahil dan Izwan nak jumpa ni. Tapi diorang memang baik. Masing-masing ada gaya tersendiri. Abang rijal ni jenih yang agak senyap gak nampak. Cakap pun perlahan je suara. Tapi lawak2 die semua high class punye. Memang asyik tergelak je pergi rumah die. Die ade 4 orang anak. Sorang baru je lahir, diberi nama khalis. Rahil target satu rumah satu jam. maka lebih kurang satu jam, kami ke rumah lain plak.

Ni dia abang rijal bersama baby beliau. Comel gak gambar khalis ni tengah menguap.

Ni tiga orang lagi anak abang rijal. Abang rijal kata ni "first batch". Baby yang lahir tu beza enam tahun dgn yg termuda antara diorg ni. Maka, second batch bakal ada 2 orang lagi la kut.

Perjalanan di teruskan lebih kurang pukul 4 petang. Kali ni menuju ke rumah ustaz yunus pulak. Seronok gi rumah ustaz ni, sebab anak-anak die semua peramah dan diorang pun membesar di Malaysia. Lebih seronok lagi, kami dihidangkan dengan laksa dan macam-macam makanan. Ustaz pun jenis yang lawak. Lebih menarik lagi, isteri beliau orang Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak. Kegemaran ustaz aku rasa suka berjalan-jalan sebab mcm2 tempt die bawak anak die g bercuti. Memg banyak aku dpt kat umeh ustaz.

Ni ustaz yunus dan anak-anaknye

Tengok betapa peramahnya diorang ni, ayah diorg takde, diorang yang layan kitorang.

Nampak tu, macam-macam ade. Memang puas datang umah ni, sebab memang macam ziarah kat Malaysia plak.

Oleh sebab best, kami agak lama di rumah ni. Lepas habis, kami ke rumah doktor hafizal pulak. Doktor hafizal ni doktor pakar, maka rumah beliau cantik sangat. Tak silap aku, lebih 10 tahun die kerja di UK. Maka, anak-anak die semua membesar di UK. Kalau speaking tu, memang aku kalah la dengan anak-anak die. Slank pun dah macam orang putih. Anak dia baik2 tapi pemalu sikit. 3 pempuan satu lelaki. Lama gak diorang sembang, aku senyap je sebab tak kenal sangat doktor hafizal ni. Lepas satu jam, kami pun berangkat pulang ke rumah bro Azam.


Baju belang kuning tu doktor Hafizal.

Tu anak-anak pempuan die. Asyik main kat pintu je

Sampai di rumah bro Azam, sembang jap dengan anwar fahmi, fasi aku waktu MOC. Die baru balik dari BELFAST petang semalam. Lepas sembang, kami pun menuju kembali ke leicester manakala rahil akan ke Loughborough. Sampai rumah Izwan, Naufal pulak masak bihun. Makan lagi. haha. Lepas makan, balik rumah dan berakhirlah post kali ni. Aku barangkali akan jarang untuk update blog selalu cuti2 ni. Jarang ade di rumah. maaf

sekian

Saturday, 5 June 2010

Bersyukur.. Gunakan pada tempat yang betul

Bismillah

Sudah 2 hari tidak menyentuh blog ni. Lepas abih exam, macam-macam perkara yang mendatang dan terpaksa difikirkan. Banyak amanah yang tertangguh dan masih belum sempat disempurnakan. Mohon Allah permudahkan kerja aku dan elakkan aku daripada wat perkara yang sia-sia.

Hmm, oklah. Pernah tak korang pergi ke jamuan atau kenduri n then sekali makanannye memang sangatlah "miskin". Contohnye, buat jamuan raya kat rumah, tapi kasi makan kerepek je. Tak pun bubur nasi ditambah dgn kicap masin. Kemudian kite komplen. "la, takkan makan ni je?" bukan ape, kite tengok orang dia punyalah berkemampuan tp sekali hidang bende2 macam tu je. Yang tak syoknye, sekali kawan kite pun tegur "bersyukurlah, ce tengok orang-orang afrika yang terpaksa makan daun dan rumput, lagi kesian."

Komen aku: Aku tak setuju!!

Contoh lain, seorang lelaki yang berpendapatan tinggi mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di sebuah sekolah kerajaan. Yang sedihnya, sepanjang satu tahun, baju sekolah anak ni ade satu helai je. Hinggalah pertengahan tahun, baju anak ni lusuh dan mungkin jua kuning dsebabkan asyik pakai baju yg sama. Anak pun mintaklah kat ayah untuk belikan baju yg baru. Bukan tak boleh pakai baju yang lama, tapi keadaan sebegitu sgtlah menyedihkan si anak. Jawapan ayah? "adik, adik kena bersyukur, ayah dulu waktu sekolah ada satu helai je baju sepanjang dua tahun ayah sekolah. Ce adik tengok orang2 miskin tu, pegi sekolah pakai baju yg koyak2, lagi teruk.."

Komen aku: aku tak setuju!!

Banyak perkara yang kita tidak boleh berikan perbandingan sebegini. Kerana kita ada kemampuan dan kita berupaya untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Yang menjadi tidak bersyukurnya ialah bila kita lupa bahawa itu semua datang drpd Allah. Malah kita jadi sombong kerana mendapat nikmat yang lebih berbanding orang len. Islam tidak pernah menghalang manusia hidup dengan baik, namun janganlah cintakan dunia sehingga melupakan akhirat. Kerana kita ini hidup semata-mata untuk Allah.

Maka, apakah perbandingan "syukur" yang kita boleh berikan?
Kita boleh berikan perbandingan apabila kita melihat budak-budak yang diberikan peluang untuk bersekolah hari ini mengsia-siakan peluang itu. Mereka yang datang ke sekolah bukan untuk belajar, tetapi untuk menjadi samseng, yang datang untuk bercintan-cintun, yang datang hanya sekadar untuk main2, maka inilah manusia yang TIDAK BERSYUKUR di sisi Allah. Sedih bila aku tengok murid2 sudah tidak lagi menghormati guru, apatah lagi yg sanggup pukul guru.

Mahu tengok apa yang terjadi di SEKOLAH PALESTIN?




Hari-hari kita fikir, macam mana nak ponteng sekolah?
Hari-hari mereka berfikir, bagaimana nak pergi sekolah?

Asyik-asyik kita fikir, nak buat apa dekat sekolah?
Asyik-asyik mereka berfikir, bolehkah aku belajar di sekolah?

Hari-hari kita merempit pergi sekolah, tak takut 'mati'
Hari-hari mereka bersemangat ke sekolah, walau berdepan dengan 'mati'

Mereka mahu belajar untuk meninggikan martabat Islam..
Kite mengelak untuk belajar dan meruntuhkan agama Islam






Setiap hari kite ke sekolah, kite mengelak untuk jumpa ibu kita.
Tak mahu salam dengan ibu kita. Tak mahu cium tangan ibu kita.Aku dah besar, dah pandai jaga diri, cium-cium tangan ni budak-budak je buat. Panjangkan nyawa kita? Kita tidak sabar menunggu dewasa, kononnya mahu bebas. Sedangkan mereka, tidak lansung sempat mengenal erti dewasa, apatah lagi mengenal erti bebas.



Bangunlah wahai PEMUDA SEKALIAN!!
Jangan PERBODOHKAN diri kalian yang sudah sememangnya HINA!
Pohonlah ampun dan petunjuk daripada Allah, kerana Allah tuhan yang satu.
Lupakan AKADEMI FANTASIA!!, buangkan semua JAHILIYYAH!! Kutiplah Islam yang bertebaran di muka bumi ini.. Kita tidak ada apa-apa lagi pilihan. Jika kita tidak beroleh syurga, hanya satu tempat sahaja yang kita akan perolehi, itulah dia neraka yang SANGAT dahsyat hukumannya.

Maafkan aku wahai saudaraku di Palestine,
Maafkan aku

Wednesday, 2 June 2010

Bersyukurlah wahai manusia normal!

Marilah kita berhenti sejenak merenung kisah seorang pemuda.

Moga ada ibrah dan hikmah yang boleh kita teladani dari kisah berikut.

Ini adalah kisah Ibrahim Nasser , seorang pemuda yang tinggal di Bahrain.

Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan kepala dan jari-jemarinya .

Bahkan, pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheikh Nabeel al-Wadi’ , seorang ulama’ Kuwait. Maka , ayah Ibrahim telah memohon pada Sheikh Nabeel al-Wadi’ agar dapat menunaikan hajat Ibrahim yang ingin bertemu dengannya.


Ibrahim sangat2 terkejut dan gembira ! apabila dia mendapati Sheikh Nabeel al-Wadi’ membuka pintu biliknya.

Perasaannya yang gembira , jelas terlihat pada wajahnya , hinggakan Ibrahim kehilangan kata2 pada mulanya .. :)

Sheikh Nabeel mengucup dahi Ibrahim

Kita dapat perhatikan yang pertemuan ini sangat hangat dengan mahabbah dan rahmah . Ibrahim dan Sheikh Nabeel saling bertukar-tukar cerita , antaranya berkisar dakwah di internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya .


Sheikh Nabeel bersama bapa Ibrahim serta bapa saudaranya

Ketika mereka sedang berbual , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan pada Ibrahim….hingga membuatkan jiwanya sebak , tidak mampu menahan lalu menghamburkan air mata .


…tidak mampu membendung kesedihan ketika mengenangkan penderitaannya

Hairan . Soalan apakah yang telah ditanya oleh Sheikh Nabeel hinggakan mengusik jiwa Ibarahim ?


Sheikh Nabeel mengusapkan air mata Ibrahim dan menenangkannya

Sheikh Ibrahim telah bertanya padanya :

Sekiranya Allah mengurniakan padanya nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan , apakah yang akan dilakukannya ?

Sahabat sekalian, soalan inilah , yang telah mengusik jiwa Ibrahim hingga dia menangis semahu-mahunya… bahkan , jiwanya yang sebak turut dirasai oleh semua orang yang berada di biliknya ketika itu , termasuklah jurugambar . Mereka turut menangis bersama Ibrahim .

Ibrahim menjawab :

Demi Allah , kiranya aku boleh berjalan , aku akan menunaikan solat di masjid dengan penuh gembira dan akanmenggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah'

Ziarah: Selamat pulang ustaz nisar

Bismillah

Hari ni, sebaik sahaja habis exam, aku terus menuju ke TonTon chicken untuk makan tgh hari/petang. Lebih kurang pukul 4.30 petang, aku sudah sampai di kedai tu. Selepas beberapa minit mengisi perut dengan ayam dan fries, aku berjalan2 di sekitar kawasan tersebut. Kelihatan masjid e-usman yang belum pernah aku kunjungi. Maka, aku ambik peluang yang ada hari ini untuk melihat isi rumah Allah tersebut. Cantik, tapi esok2 lah cerita ye.

Sebenarnya, hari ni aku bercadang melawat ustaz nisar yang akan pulang ke Malaysia bersama keluarganya. Dah lama rasenye nak melawat, tapi segan sungguh nak pergi sorang-sorang. Alhamdulillah, hari ni firdaus rahim datang untuk menziarahi beliau, maka aku pun tumpanglah sekaki. Dari kawasan masjid e-usman, aku belilah sebijik tembikai seberat 7.5kilo sebagai buah tangan. Tak tahu nak bawa ape lagi, nmpak tembikai besar tu, terus aku teruja.. maka balunlah satu.

Lebih kurang pukul 6.40petang, daus dan konco-konconye pun sampai dengan menaiki kereta merah yang tidak asing lagi. Aku yang penat menunggu pun terus menuju ke depan rumah abang mahyuddin sebab ustaz nisar dah xde rumah, maka tumpg kejap di rumah abangnye sebelum berangkat ke Malaysia. Aku ingat daus datang dengan 2, 3 orang je, rupenye penuh satu kereta tu yang datang dari nottingham. Sesampainya di rumah tu, kami disambut oleh ustaz nisar di depan pintu.

Ni anak ustaz nisar, Naim namanya

Ni dua orang anak abang mahyuddin, Kesian dua orang ni.. Kalau nak main sesama dorang jelah. Maka, depan kami memang lincah sungguh.

Dua orang abang bersama adik kesayangan mereka mawaddah. Lupe plak, yang merah tu namanya Muammar dan yang hijau namanya Aiman.

Seronok betul pergi rumah tu. Kerenah budak2 yang memang nakal, cukup menhilangkan rasa penat berkayuh basikal ke situ. Lepas bersembang2, kami dihidangkan dengan kue tiaw dan macam2 jenis buah-buahan. Rancak jugak perbualan tadi, dari isu palestin, sampai ke bola dan last2 sampai lah isu kahwin. Menunggu nasi minyak firdaus rahim ni.

Ustaz nisar yang belah kiri, tengah bersembang dengan abang fakhizan. Abang fakhizan ni baru sampai dari Malaysia. First time aku jumpa beliau.

Ni spiderman Junior.. Macam2 diorang ni. Biasalah excited orang datang. Macam aku kecik2.

Hazwan yang memang 3/4 cina ditanya oleh budak2 ni. "Abang tu cina ke" Haha.

Ustaz nisar baru hantar die punye kajian dan akan datang balik ke leicester selepas beberapa bulan. Manakala isteri beliau dan anak-anak akan terus menetap di Malaysia. Dah lama gak kak aini(isteri ustaz nisar) menjalani kehidupan di UK. Tak silap aku 8 tahun. Untuk pengetahuan korang, isteri beliau adelah seorang doktor. manakala, ustaz nisar adelah pensyarah dalam bidang undang2 kalau tak silap aku.

Walaupun rumah aku dekat je( xdelah dekat sangat) dengan rumah abang mahyudin, tapi amat jarang aku melawat diorang semua ni. Segan sangat kot aku ni. Undergrade di sini pun memang tak rapat dengan postgrade. Penempatan kami agak terpisah, maka amat jarang berjumpa. Ustaz nisar akan pulang ke Malaysia pada 8 jun ni, 7 hari je dari sekarang. Maka, sebelum berpisah, kami pun ambik gambar kenang-kenangan.

Budak2 yang lain semua dah masuk bilik masing2. Tido kot.
Gambar ditangkap oleh isteri abg Mahyudin.

Apepun, terima kasih atas layanan baik keluarga abang mahyudin dan ustaz nisar. Moga-moga bertemu lagi. Kepada daus, cha, hazwan, arip dan abang fakhizan, terima kasih kerana sudi datang leicester melawat ustaz nisar. Kalau korang tak datang, entah bile lah agaknya aku nak ziarah ustaz nisar.

Nilah kereta merah daus

Duduk di UK memang senang nak dapat kereta mewah-mewah. Cuma insurans die mahal sikitla. Ustaz nisar sendiri pun ade dua kereta mercedes. Satu bawak balik Malaysia, satu lagi jual kat orang UK. Memang murah harga kereta di sini.

Oklah, sekian untuk hari ni.
Salam.

Tuesday, 1 June 2010

SYUIB0809 20 tahun akan datang?

Bismillah

Antara perkara yang wajip kita lalui jika Allah panjangkan umur kita ialah peringkat tua. Tiada manusia yang semakin meningkat umurnya, semakin muda jadinya. Walaupun aku pernah tengok cerita benjamin button, tapi itu mungkin kes 1 dalam sejuta. Manusia yang lemah waktu kecilnya menjadi gagah pada usia mudanya. Namun kembali lemah apabila menjangkau waktu tuanya. Bayi yang pada asalnya tidak mampu berpikir, lalu menjadi seorang pemikir di usia mudanya, tetapi menjadi nyanyuk kembali di akhir sisa2 usianya.

Firman Allah dalam surah yaasin ayat 68
Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?

Baru2 ni, aku terjumpa satu laman web. Laman web ni melakar wajah kita pada 20 tahun yang akan datang. Bukanlah mahu percaya, tetapi cukup sekadar renungan bersama.. Moga2 kita sedar yang kita suatu hari nanti akan jadi tua. Maka, aku pun cubalah.. Sekali lagi, sekadar suka2 sebab mana mungkin kita boleh tahu ape perancangan Allah terhadap kita. Hasilnya:


Dah la tak hensem. Makin tua lagila tak ensem. hehe

Cubaan kedua.. Bukak lampu

Macam mana? Aku tak pasti aku akan jadi macam ni sebab orang2 yang gemuk biasanya bila tua makin kurus. Yelah, macam2 penyakit datang. Tapi dalam gambar tu nampak makin bersemangat pula naiknya. Bakal isteri aku pandai masak kut. Huhu. Macam2 boleh jadi dalam 20tahun akan datang. Boleh jadi, ade eksiden, boleh jadi rambut botak, malah boleh jadi macam2 lagi. Tapi, adekah manusia percaya dengan ketentuan Allah?

Waktu muda, Allah kurniakan kudrat yang banyak, wajah yang baik, namun kita banyak menyalahgunakannya. Ingatlah pesan Allah kepada pemuda:

"Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak memiliki sifat shabwah (kejahilan dan keanak-anakan)."

Selain mencubakan diri ini, aku juga try bubuh gambar sahabat baik aku, mursyid. Bukan apa, sebab die ni lain dari yang lain, maka teringin nak tengok muka die nanti. Adekah masih hensem seperti sekarang? Maka, hasilnya:


Macam ni lah agaknya mursyid ye. Oklah, esok aku ade exam yang agak sukar. Aku sendiri masih tak bersedia. Walaupun dah study, tapi masih tak cukup sebab study last minute. Past year pun aku tak pegang lagi. Tolong doakan aku ye. Lagi satu, doakan buat seluruh umat Islam terutamanya di PALESTIN. Kalau boleh, hafallah qunut nadziilah.

Sekian untuk hari ini.
Salam