Monday, 23 April 2012

Diari Istanbul - Bhgn akhir

Bismillah..

Hari ketiga hadir tanpa planning yang betul-betul disangka. Pagi tu lepas sarapan, aku dan ansari menuju ke syarikat bus METRO untuk beli tiket ke Cappadocia. Oleh kerana hanya ade tiket malam, kami terpaksa menghabiskan sisa-sisa masa yang agak lama di Istanbul. Cadangan sebelum ni nak tolak tengah hari tapi tak dapat. Tanpa banyak buang masa, kami keluar dari hostel sekitar jam 10 pagi selepas berkemas-kemas. Letak beg dalam Loker dan keluar menuju ke Kabatas. Sebelum tu macam biasa singgah kat kedai. Pagi tu tetibe nak rasa Islak Hamburger.


Dari stesyen kabatas, kami keluar menuju ke Dolmabahce Palace, sebuah Istana yang boleh dikatakan mengundang kemarahan umat Islam terhadap Khalifah Uthmaniyah ketika itu. Bayangkan sahaja, istana ini dibuat dengan menghabiskan hampir 30 tan emas. Khalifah-khalifah yang agak bermasalah ketika itu akhirnya membuka ruang kepada Mustapha kamal dan musuh Umat Islam menjatuhkan sistem khalifah yang tidak pernah putus sejak penubuhan negara Islam Madinah. Siapa-siapa yang datang turkey mesti akan pelik macamne sekular telah merubah begitu banyak kehidupan Umat Islam di sini tak smpai 100 tahun. Kami walaubagaimanapun tak masuk sebab tak dapat discount student atas alasan student card kami tiada pengesahan ISIS. Aku pun tak tau ape bende.

 Pandangan Istana Dolmabaceh dari atas ferri

Kami kemudiannya kembali bercadang nak naik ferri sebab semalam hanya dapat naik kejap je. Tapi ferri hanya akan bertolak dalam kul 12 tengah hari. Jadi, kami buat keputusan untuk naik tram saje2 buang masa sampailah ke Aksaray. Tanpa keluar dari stesyen aksaray, kami teruih naik tram kem bali ke Kabatas. Dan kemudian naik ferri menuju ke Kadikoy. Kali ni, tambang die agak mahal bernilai 4TL sebab mungkin jauh kot. Kali ni menyeberangi Bosphorus ke bahagian Istanbul belah asia.Sebuah lagi bandar yang agak moden cuma tak banyak tarikan jelah kat sini. Kami jalan-jalan dan cari makanan je kat sini.

 Tugu kamal artartuk sedang ajar rumi pada anak bangsa turkey. Akibatnya ramai yang buta tulisan jawi/Quran

Ade jual bunga-bunga kat area Kadikoy ni

  
Datang semata-mata mencari KFC. Nanti aku cerita kenapa kami makan KFC berbanding makanan tempatan orang Turkey

Lepas makan, kami berkejar-kejaran ke tempat Ferri sebah dah lambat. tetibe ansari plak sakit perut. Kejar punye kejar kami smpai awal 5 minit. Tapi peliknya sebab takde plak ferri ke kabatas. yang ade hanyalah ferri ke Besiktas itupun bertolak 25 minit lagi. Sementara tunggu duk lah bual-bual kosong. Sampai di Besiktas kami terpaksa berjalan kaki melintasi Istana dolmabaceh untuk ke Kabatas. Ditakdirkan tengah hujan lebat plak waktu tu. Antara kami berempat hanya amir yang akde penutup kepala, jadi terpaksa lah beli baju hujan yang dimodified dari plastik. Kami akhirnya smpai di Masjid berhampiran Dolmabaceh palace dan menunaikan solat Zuhur asar.


Duk melepak dalam ni sebab penat main hujan smpailah kul 3.45 petang. Kat sini gak kami ade jumpe sorang pemuda melayu.

Masa yang berbaki masih banyak sebelum kami meninggalkan bumi Istanbul. Nak ke Grand Bazaar macam jauh sangat. So, kami takde kerja naik traim dari Kabatas ke Taksim Square ulang alik. Saje tak nak keluar dari tram sebab hujan. Kami akhirnya keluar dari stesen tram dan menuju ke kedai makan balik. memang keje makan je hari ni. Mula-mula masing2 layan Islak Hamburger yang sangat sedap dan murah. Lepas tu pergi Burger King layan aiskrim die. Last-last jalan lagi pergi makan Pizza Hut untuk makan malam. Duk sembang je kerje. nasib baik ade Ansari berkongsi ilmu Tabligh.

 
 Waktu ni menyakat sorag kakak Pizza Hut yang macam cuba mengelak dari layan kami. Mungkin sebab tak pandai english kot.

Kami akhirnya kembali ke Hostel untuk ambik beg. Bersihkan diri sikit-sikit gune tandas Hostel(padahal dah check out). Sebelum tu sempat sembang-sembang dengan orang Hostel tu. Layanan diorang memang terbaiklah. Kami kembali ke depan pejabat Metro untuk menaiki minibus menuju ke Alibeykoy, tempat bas sebenar yang kami kene pergi untuk ke Kapadokya. Kami smpai jam 8.30 malam manakala bus hanya akan bertolak jam 9.30 malam. Pelik hgak sebab orang kat situ macam tak pelik pun tengok kami.

Masa yang ade kami gunekan untuk solat Maghrib isyak di surau berhampiran. Tiada apa yang pelik. Turkey ialah negara Islam.

 Ni yeni Camii dekat dengan Eminonu

 Sekian dari syuib0809


Sunday, 22 April 2012

Diari Turkey - Istanbul bhgn 2

Bismillah

Pengembaraan di bumi Istanbul diteruskan. Pagi tu lepas solat subuh jam 5.30 pagi, kami rehat kejap sebelum berkemas-kemas untuk hari kedua. Breakfast pagi tu disediakan oleh orang Hostel dan memang breakfast orang turkey kot. Dapat telur rebus, jam roti dan air teh/kopi. Dalam jam 8.00 pagi kami dah keluar dari hostel dan menuju ke stesyen Metro kat Taksim Square. Sebelum tu sempat singgah jap supermarket kecik untuk beli kacang2 dan air mineral. Memang ini tips untuk mereka yg ingin berjimat. Jangan gi kedai runcit, pergi je supermarket. Memang murah.


Dari Taksim Square, seperti biasa akan menuju ke Kabatas dan dari situlah baru boleh naik metro ke tempat-tempat menarik di Istanbul. Destinasi pertama yang kami memang dah rancang pagi tu ialah Topkapi palace. Oleh kerana masih awal, kami cadang untuk turun di stesen Sirkeci dan berjalan ke Istana Topkapi. Saje nak tengok-tengok sekeliling sebelum masuk. Rezeki dari Allah, walaupun tak dapat tengok Tulips di Amsterdam, taman berdekatan Topkapi Palace(Gulhane Park) ni penuh dengan bunga tulips.


 

Kami kemudiannya menziarahi Istana Rasmi Tamadun Turki Uthmaniyah selama hampir 400 tahun ini. target untuk habis pusing dalam masa dua jam. Tiket untuk masuk bernilai 20 TL tak termasuk dengan tiket masuk ke bahagian utama(tempat raja) yg bernilai 15TL. Menariknya Istana ni, kedudukan dia adelah diantara Golden Horn dan Lautan Bosphorus dan memang dikelilingi kubu. Oleh kerana Tamadun Islam ni tidak diruntuhkan melalui peperangan, kondisi istana ini masih baik.

Antara bahagian-bahagian yang menarik ialah kawasan mesyurat menteri-menteri yang mana akan dilihat sendiri oleh khalifah dan dari situ juga menteri2 ini akan ke Hagia Sofya untuk bersolat. Selain itu, terdapat sebuah muzium yang menempatkan barang-barang tinggalan Rasulullah dan para Sahabat. Bila mana Tamadun Islam berpindah dari Umaiyah ke Abbasiyah dan kemudiannya ke kerajaan Ottoman, barang-barang tinggalan ini akan dipertanggungjawapkan kepada Khalifah yang sedia ada untuk disimpan dan dilindungi. Menarik kan? tapi tak dibenarkan tangkap gambar di Muzium ni.

 Pintu masuk utama




Kami kemudianya berehat sebentar dan kemudiaanya ke Hagia Sofya, satu lagi tempat yang sangat terkenal di sini. Bangunan yang sangat lama ni pada mulanya adelah (360M-1453M) gereja Ortodox di zaman Byzantine kemudian menjadi Roman Catholic Cathedral sebelum diubahsuai menjadi Masjid oleh Kerajaan Turkey Uthmaniyah dari tahun 1453M hinggalah tahun 1931M. Lama kan? Sekarang ni dah jadi muzium dan nak masuk kena bayar 20TL. Kami malas masuk, hanya singgah di beberapa makam khalifah di sebelah Hagya Sophia ni. Tak larat dah nak tengok muzium

 Belakang tu Hagya Sophia

Kami kemudiannya berjalan-jalan sekitar Blue Mosque. Cadang nak pergi Basilica, tapi ramai yang tak berminat. Basilica ni sistem pengairan di bawah tanah. Tapi mungkin susah sikit nak jumpe sebab takde mercu bangunan tinggi kat situ. Walaupun sudah tengah hari, kami tak bercadang nak solat Jumaat kat situ sebab takut sesak dan kesempitan masa. memang sesak pun sampai sembahyang kat luar masjid tu. Nanti aku cerita kepana masjid-masjid ni seak walaupun nampak macam besar giler.

Kami kemudiannya berjalan-jalan menuju ke Grand Bazaar untuk tengok-tengok cenderamata. Sebelum tu, tukar dulu duit yang mana patut.Seronok tengok orang-orang turkey ni. Diorang ni ade wajah orang putih(eropah) campur asia sikit. Tambah-tambah lagi diorang ni pakai tudung, memang cantik. Fesyen tudung diorang sedikit berlainan, nanti aku cerita dalam Post muhasabah: melayu dan Turkey. Kami kemudiaanya pergi makan tengah hari setelah gagal dalam proses tawar-menawar.


Lepas makan, kami kembali ke Blue Mosque a.k.a Sultanahmet Camii untuk solat Zuhur Asar. Orang dah mula lengang, cuma ramai pelancong je yang boleh masuk di kawasan belakang masjid. Masjid ni memang tersangat lawa. Lepas solat, ade sorang remaja ni diheret keluar dari masjid sebab buat bising dan kurang ajar dengan polis kat situ. Sementara tu, rakan-rakan aku di sapa oleh beberapa brothers dari Libya. mereka ni bukan calang-calang orang. Antara yang menggerakkan revolusi di sana ketika pemerintahan Gaddafi. Dan ada dikalangan mereka yang pernah belajar di UK untuk mendapatkan pHD.

 Bahagian dalam Blue Mosque


Petang tu, kami dah mula free. Terpengaruh dengan cadangan-cadang dari rakan yang pernah pergi, kami bercadang untuk menaiki Ferri membelah Lautan Bosphorus. Amir mencadangkan kami ke Rumeli Hisari, sebuah kubu yang dibina oleh Sultan Mehmed II sebelum menawan Constantinople. Tapi sayangnya, tempat ni memang sangat jauh dan ferri tu kalau pergi sana petang, akan kembali semula ke kawasan istanbul ni pagi esoknya. Pergh!!!. Last-last kami naik je dari Eminonu ke Kabatas. Saje je alang-alang dah beli token Ferri. Sementara menunggu, sempat aku beli Kebab Ikan yang kononnya sedap. Tapi entahla, mungkin tak masuk dengan selera aku. Rasanya kebab Ikan memang takde kat tempat lain.


Waktu naik Ferri, kami nampak Istana Dolmabahce sebijik macam dalam blog Ustaz Hasrizal. Kami sebenarnya tak sedar pun kewujudan Istana ni walaupun beberapa kali dah berulang-alik ke Kabatas ni. Dolmabahce ni terkenal sebab di sinilah kalau tak silap aku Khalifah Abdul Hamid II dihalau oleh Mustapha Kamal dan geng-gengnya yang berusaha meruntuhkan Khalifah Islamiyah. Kami tak dapat lama di istana ni sebab dah tutup time kami smpai. Hanya sempat masuk di perkarangan Istana untuk tangkap gambar dan menumpang tandas.Cadangnya esok akan kembali sebab katanya ada student price.

 Ni die Dolmabaceh tengah lengang

Kami kembali ke Taksim Square. Solat di sebuah masjid kecik yang terletak di bangunan atas kedai. Area ni agak kurang masjid. Sementara menunggu Maghrib masuk, duduk-duduk kejap melepaskan lelah dan penat. Lepas solat, ade pakcik duk pegang-pegang muka mai waktu bersalaman. Siap ade yang kene cubit pipi. Waktu nak keluar, sekali Amir punye kasut hilang kena curi. memang patut kena curi sebab nampak baru. untuk menyelesaikan masalah, amir pergila turun bawah untuk cari kasut. Sekali die patah balik sebab takut lama cari kasut. Last-last aku buat keputusan untuk pulang ke Hostel berkaki ayam manakala amir pakai kasut aku gi kedai kasut.

Lepas ambik selipar aku, kami jumpe orang Hostel untuk tanye tentang Tiket ke Cappadocia. Sayangnya hanye ade esok awal pagi atau malam dalam kul 9.30 malam. Lepas beberapa minit, aku dan ahmad keluar dari Hostel sebab dah bosan. Kat pertengahan jalan jumpe amir dengan ansari dan kami pun teruih pegi makan malam. Sepanjang jalan, penuh dengan tiram rebus yang diperah dengan Lemon. Antara makanan wajip rasa di kota Istanbul.

Banyak lagi nak cerita tapi tak larat dah. Hampir satu jam setengah aku menaip benda ni. Haaih..

Sekian dari Syuib0809

Diari Turkey - Istanbul bhgn 1


Bismillah..

Perjalanan ke London bermula jam 5 petang dengan menaiki basikal ke St Margaret bus station. Smpai di london sekitar kul 8 dan terus ke rumah Ansari. Lepas makan malam kami buat sedikit perbincangan dan uruskan beberapa perkara yang masih tak settle antara kami. Untuk mendapatkan sedikit tenaga, kami pejamkan masa buat seketika hinggalah jam 2.30 pagi. Pukul 3 pagi, kami mula bertolak ke Luton Airport dengan menaiki Cab. Lepas hampir 30 minit, kami pun smpai kat airport tu.

Masuk airport, masing2 keluar duit dan ade yang mula tukar duit Turkey Lira sikit-sikit. Dalam jam 4 pagi barulah kami beratur untuk dapatkan boarding pass. Kelihatan beberapa orang perempuan melayu yg turut berada berhampiran counter Easyjet untuk ke Istanbul. Perjalanan yang memakan masa sekitar 3 jam 30 minit untuk ke sabiha Gokcen Airport kami gunekan untuk tido je. Bertolak jam 6.30 pagi dan smpai sekitar jam 2.30 tgh hari waktu Turkey.

Di dalam sabiha Gokcen airport. Mudah urusan di Imegresen

Dari airport, kami menaiki bas havatas untuk menuju ke Taksim Square, antara tempat terkenal di Istanbul. Bukan sebab tarikan ke apa, tapi lebih kepada simbol tempat berkumpul dan tempat utama untuk mendapatkan bus.Dalam 2.20 petang dah smpai sana dan terus menuju ke Hostel. Mula2 memang blur lah mencari jalan semua sebab kat istanbul ni papan tanda jalan die tak sekemas UK. Cari punya cari akhirnya kami pun jumpa Hostel tu jam 3 petang. Lepas check in dan bersihkan diri semua, mulalah bertolak ke beberapa tempat menarik seperti yang dirancang. Singgah jap kat kedai untuk makan tengah hari.

Destinasi pertama ialah ke Masjid Suleyman yg boleh dikatakan sangat terkenal selepas Blue Mosque. Masalahnya ialah tak tau macamne nak ke sana. Nampak bus punyelah banyak tapi tak jumpe2 gak bus yg mana satu. Hampir 40 minit masa kami dihabiskan mencari pengangkutan ke sana. Akhirnya lepas dapat map, aku cadangkan untuk naik metro, sejenis LRT dekat Istanbul. Dari taksim square kami menuju ke Kabatas dan kemudian tukar Metro menuju ke Beyazit. Setiap kali naik metro ni akan di charge 2 TL. Keluar je dari metro nampak sebuah masjid besar. Bukan masjid Suleman, tetapi Beyazit Camii(masjid)

 Depan beyazit Camii. Bersebelahan die ialah University Istanbul

Bahagian dalam yang sangatlah lawa


Dari beyazit, kami menuju ke Grand Bazaar, tempat membeli belah yang sangat besar dan berliku-liku jalannya. Kalau perempuan masuk memang kompem belanja sakan. Bazaar ni bukan Shopping Mall modern tetapi barang-barang dalam die terutamanya kain dan pinggan mangkuk sangtalah banyak. Oleh kerana kami lelaki bujang, singgah sekejap jela. Lagi satu memang dah nak tutup pun sebab pukul 6 petang waktu kami smpai.


  

Perjalanan diteruskan menuju ke Masijd Suleiyman. Kami bercadang nak solat Maghrib di sana sebab nak rasa macamne lah suasana kat masjid tu. Oleh kerana smpai awal, kami berjalan-jalan keliling masjid tu. Sementara menunggu maghrib masuk, kami singgah sebuah kedai minum air jap. Ade pakcik kedai ni saje salam tangan kami kuat-kuat sebagai tanda gurauan. Untuk pengetahuan, orang turkey memang sangat peramah. Aku minum air oren die yg memanh diperah on the sport dan tak bubuh gule. Masam giler.


 
 Muka sedih menahan rasa masamnya jus oren

Bahagian dalam masjid Suleyman. Lampu gantung tu memang style diorang

  
Pintu masuk utama dari tepi 
 
Mengenai budaya solat di Turkey inshaAllah aku akan terangkan dalam post yg special. Maghrib di masjid tu takdelah ramai mana. Menariknya depan masjid ni ialah Golden Horn yang kelihatan seperti laut.Leas solat, kami tangkap2 gambar dan terus menuju ke Galata bridge. Malam di kawasan istanbul belah bawah ternyata sunyi sepi dengan kedai-kedai semuanya tutup. Oleh kerana takut kedai makan semua tutup, kami singgah kat kedai Bambi Cafe untuk makan malam. Kedai tu pun dah nak tutup. Lepas makan terus menyeberangi Jambatan Galata yang sangat bewarna warni.

Kat bawah jambatan ni penuh dengan restoran. tapi tak syok sebab banyak jual alcohol. Padahal negara Islam.
 
Oleh kerana rasa macam dah sunyi je Istanbul ni, kami kembali menuju ke Taksim Square. Punyelah terkejut tengok betapa meriahnya area Taksim Square ni. Antara jalan yang terkenal kat sini ialah Siraselviler Street yang penuh dengan kedai makan dan tempat membeli belah. Dan sepanjang jalan ni memang sesak dengan orang pada waktu malam. Kami mencari-cari aiskrim yang terkenal di turkey dengan "Mengenakan orang". Dapatlah satu tapi rasa menyampah gak bile terkena. Jalan punye jalan sekali Ahmad hilang. Terpaksa la kami balik ke Hostel cari die. Memang tepat sangkaan kami. ialah, mana lagi nak pergi dalam keadaan handphone masing2 tak berfungsi. Banyak sebenanrya nak cerita separuh hari ni, tapi tak larat dah nak menaip.


Sekian dari Syuib0809

Saturday, 21 April 2012

Diari Turkey

Bismillah.


Kali ni memang lama sungguh tak update blog sampai dua minggu kosong. Selepas meninggalkan rumah rabu minggu lepas, aku selamat kembali ke leicester malam tadi. Perjalanan ke London, kemudian terbang ke turkey selama seminggu, dan disambung pula dengan ziarah ke hujung England, Portsmouth. Macam-macam benda yang dilihat, dipelajari dan diharungi sepanjang cuti easter yg masih berbaki dalam dua minggu. InshaAllah, beberapa post yg dijanjikan sebagai rujukan untuk mereka-mereka yang ingin menjelajahi negara sekular ini.

1 Diari Turkey - Istanbul bhgn 1
2 Diari Turkey - Istanbul bhgn 2
3 Diari Turkey - istanbul bhgn Akhir
4 Diari Turkey - Cappadocia Perkampungan Naruto
5 Diari Turkey - Konya bandar Sufi
6 Diari Turkey - Pamukkale

1 Muhasabah Turkey : Transportation
2 Muhasabah Turkey : Penginapan
3 Muhasabah Turkey : Makanan
4 Muhasabah Turkey : Masjid a.k.a Camii
5 Muhasabah Turkey : Melayu dan Turkey
6 Muhasabah Turkey : Budaya dan Bahasa

Waa.. entah betui ke tak dapat Istiqamah tak update bende2 di atas ni. InshaAllah mungkin akan makan masa dalam 3 minggu. At least adela gak bende nak update kat blog ni.


Sekian dari syuib0809

Wednesday, 4 April 2012

Snow Spring?

Bismillah..

Minggu lepas, seluruh UK boleh dikatakan mengharungi musim bunga yang agak panas. Suhu minggu lepas mencecah hampir 23 darjah celcius. Orang putih dah memang mula pakai seksi, malah orang Melayu pun dah tak perlu pakai jaket luar sebab memang panas. Bunga-bunga semua pun dah mula keluar. Aku ingat lagi, minggu lepas ade pameran makanan Asia, memang panas giler dan rasa macam kat negara cina sebab memang penuh orang cina.


Semalam, Bumi UK dikejutkan dengan salji tebal yang turun di Scotland. Tengok berita semua memang tebal habisla salji. Bangun pagi2, kawan dari Notts kata Nottingham pun dituruni salji. Leicester plak hanya dituruni hujan dari petang semalam. Tiba2, lebih kurang 10 pagi tadi, salji turun dengan lebat kat depan rumah aku. Walaupun turun mencair, tapi boleh dikatakan agak tebal gak salji yang turun. Perghh, pelik sungguh bumi ni!! Kalau Allah nak jadi, memang akan jadi


Aku sendiri sukar nak bayangkan. Dalam keadaan bunga sedang berkembang, tetiba salji turun. Kalau setakat turun bulan dua ok lagi, ni dah masuk bulan 4 dah ni. Aku tak pasti adekah ini kesan dari global warming, atau penunjuk bahawa alam mula memberontak dengan hasil kerja manusia yang gagal dalam tugas mereka menjadi KHALIFAH.

Bayangkan Spring Camp menjadi Snow Camp?

Sekian dari syuib0809

Monday, 2 April 2012

Hujung Minggu di SMILE

Bismillah

Akhir2 ni memang aku malas giler nak update blog. Tak sibuk pun, cuma dah jumpe hobi baru, tu yang duk habis masa kat situ je. Khamis lepas, aku dapat mesej dari pengarah modul SMILE untuk aku jadi MC majlis tu. Aku memang nak pergi, tapi duk tak tau nak daftar kat mana. Cadang nak rempuh je teruih masuk. Nak datang kene bayar 10pound untuk makan semua. Khamis tu gak, rumah aku dikunjungi oleh Ketua/founder ILuvIslam iaitu Imran Koyube. Kesian sebab tak dapat nak layan sangat die. Rumah aku tak sesuai untuk tidur ramai2, tu yang rasa bersalah giler kat diorang. Apepun, sempat tgh hari tu aku masak ayam masak kurma dgn Sambal Udang.

Sabtu pagi, aku teruih ke warwick untuk mengikuti program tu. 7.20 pagi dah bertolak dari rumah dan smpai kat university kul 9 pagi. Seronok jumpe kawan2 yang dah lama tak nmpak. Acara bermula jam 9.50 pagi dengan bacaan doa dan Ucapan Imran Koyube. Baru je aku jadi MC kat FUIYO hari tu, kali ni untuk SMILE plak. Dua-dua event iLuvIslam. Penceramah yang dijemput ialah Dr MAZA, prof Ahmat Adam, ustaz Khairuddin dan Ustaz Jailani. Memang mantop habis diorang ni

Dua kiri(DR MAZA dan Prf Ahmat Adam) first time aku jumpe, dua kanan(Ustaz khairuddin dan Ustaz Jai) kali kedua aku jumpe..

Secara keseluruhannya, aku memang boleh katakan event ni sangat best. Malah, pertama kali rasanya Mahasiswa luar negara buat perbincangan berani macam ni mengenai Negara Islam. Cuma dalam banyak2 slot, Forum Mahasiswa agak kurang menyerlah sikit. Paling gempak ialah forum yang menghimpunkan semua penceramah2 kat atas tu. Moderator die pun boleh tahan Hot iaiatu sifu aku, Firdaus Rahim. haha. Kesian giler asyik kene balun dengan Dr Maza.

Dalam kul 8.30 malam, semuanya tamat dengan baik dan jayanya.
Mudah-mudahan program2 sebegini terus disuburkan dikalangan Mahasiswa.


Sekian dari syuib0809