Friday, 9 September 2011

4 hari berlalu.





Bismillah..

Alhamdulillah, sudah 4 hari berlalu sejak aku menyentuh kembali negara kelahiran aku, Malaysia. Perjalanan yang sangat panjang tetapi sangat selesa sebab menaiki kapal terbang syarikat terkenal iaitu Emirates. Dari Birmingham aku menuju ke dubai dan dari Dubai terus menuju ke kuala lumpur. Masing-masing perjalanan memakan masa lebih kurang 7 jam. Tapi lebih best daripada duduk dalam Flight sepanjang 14 jam. Pertama kali sampai di airport dubai. Panas, tapi tak sangka negara "Islam" ini begitu mewah dan dipenuhi wajah-wajah seperti orang melayu. Apepun, makanan emirates memang terbaik. Kalau lapar, mintak je meggi percuma kat pramugari.


Aku sampai dalam 9.45 malam tapi keluar dari airport lewat sebab beg besar aku tak keluar2 dekat sejam. Lepas tu hantar kakak aku ke shah alam dan terus pulang ke rumah. Keesokan harinya, takde apa sangat pun aku buat. Malah tak boleh nak keluar naik motor sebab lesen tertinggal di UK. Nak tak nak, kenalah buat salinan lesen kat JPJ. Duduk di rumah tak buat apa sangat, tapi seronok sebab tak perlu nak fikirkan sangat pasal makanan, makanan sentiasa berada di depan mata. Dugaan..

Semalam, aku ke Ipoh untuk menghantar barang Airil disamping mengambil Ipad yang ditempah oleh Airil. Kat perak ada satu je kedai apple iaitu ITworld, Ipoh Parade. Oleh kerana airil balik kampung hujung minggu, jadi kenalah aku datang awal. bertolak dari teluk Intan pukul 8 pagi dan sampai dalam pukul 10 pagi. Pukul 11 baru airil datang ambik dan katanya nak bawak aku jalan2. Oleh kerana aku bercadang nak buat salinan Lesen, die pun bawak aku pergi JPJ Ipoh. Memang cekap, pantas dan mudah. Aku tergelak keseorangan sebaik keluar dari pintu JPJ bile mengenangkan tak sampai 10 minit pn urusan aku kat situ selesai. Lepas tu, pergilah kami menuju ke Ipoh Parade untuk ambil Ipad tu.


Lepas tu, Airil nak belanja aku makan. Mula-mula tak komfirm nak belanja aku apa, tapi akhirnya die bawak aku pergi makan Buffet kat Hotel Syuen. Makanan die mungkin banyak, tapi tak best sangatlah bagi aku. Perut plak tetibe banyak angin. Jadi aku tak berapa makan sangat. Lepas makan hampir 1 jam, kami pun beredar dan airil hantaq aku ke stesyen bas medan kidd. Yang seronoknya, kat tangan aku sudah ada sebijik Ipad2. Bende yang sepatutnya tak jadi milik orang miskin dan selekeh macam aku. Namun dah rezeki Allah, dapatlah merasa. Alhamdulillah.

Masih ada dua minggu lebih sebelum kembali ke UK. Teringin nak merasa macam-macam lagi bende sebelum balik. Nak rasa lauk kenduri, kuih-muih dan macam-macam lagi. Seronok dapat masa yang normal seperti Malaysia. Tak perlu nak bangun subuh jam 3.30 pagi.

Selamat Hari raya
Sekian dari syuib0809.

Thursday, 1 September 2011

Selamat Hari Raya

Bismillah..

Mari bercerita mengenai Raya tahun ni. Alhamdulillah, pertama kali beraya AidilFitri di Perantauan. Malam sebelum hari raya, aku ke masjid menunaikan solat Isyak seperti biasa. Lepas solat, aku pun tunggu imam memulakan takbir raya. Punyelah lama menunggu, rupenye takde takbir malam raya kat masjid tu, pelik. Subuh hari raya, solat subuh berjemaah bermula jam 5.50 pagi dan aku mengharapkan akan ada takbir raya lepas subuh. Entah kenapa, takde jugak takbir selepas solat subuh tu. Pulang ke rumah, aku main internet jap sebelum membersihkan diri untuk pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah Post Grad. Oleh kerana solat dikatakan berlansung kul 9.00 pagi, jadi aku target pukul 8.30 untuk smpai sana. Kul 8.10 pagi aku pun keluar rumah berbasikal.

Beginilah bilik solat hari raya. Yang berbaju merah ialah tuan rumah iaitu Dr Mohamad.

Berbaju ungu ialah bekas penghulu Masleics iaitu abg adam dan hijau ialah orang sabah yg baru smpai iaitu abang Andy.

Kami serumah berpecah kepada dua tempat. Aku dan syahir ke rumah Postgrad manakala Naufal dan Izwan bersolat di Masjid. Kemudian, diorang berdua makan di rumah Undergrad manakala kami berdua plak terus beraya di rumah Postgrad. Solat yang sepatutnya bermula jam 9 pagi terpaksa dimulakan jam 9.30 pagi sebab ramai yg datang lewat. Memang melayu sungguh.. Solat sunat AidilFitri kali ni diimamkan oleh abang Mahyuddin. Manakala Khutbah raya disampaikan oleh Dr Mohammad. Aku tak dapat fokus dengar khutbah sebab budak2 di bawah ni kacau.

Ni anak abang din yang paling nakal sekali. Haha

Antara kanak-kanak yang ada pagi tu. Dua-dua baju biru ialah anak abang adam.

Selepas solat dan mendengar khutbah, kami berkemas-kemas untuk memberi ruang kepada sesi makan-makan. Undergrad laki yang hadir hanya aku dgn syahir manakala perempuan aku hanya nampak lili tai dan Kak Dina. Antara Lauk-pauk yang ada sudah tentulah nasi impit, kuah kacang beserta lontong, manakala menu utama ialah nasi(tomato aku rasa), dengan ayam masak merah, kari daging dan sayur alca. Macam-macam lagi sebenarnya, cuma aku dah tak berapa nak Ingat sangat. Aku makan je tau, sambil tu sembang2 dengan postgrad sebelah aku.

Yang aku pegang tu ialah sejadah, bukan sampin. Aku tak pakai sampin. Ni waktu kemas-kemas.

Beginilah keadaan ketika sesi menjamu selera. Tak ramai pun orang Melayu kat Leicester ni. Turut disediakan hampir 4 jenis kek.

Selepas puas makan, sesi tangkap-tangkap gambar sepatutnya mengambil tempat. Tapi entah macam mana tetibe ditangguhkan sebentar sebab ada tayangan video dari anak-anak Masleics. Anak-anak Masleics buat video mengenai bulan Ramadhan dan pembikinan video ni 100% daripada diorang. Agak terhibur tengok anak-anak melayu yg hampir 50% kurang mahir berbahasa melayu ni beraksi dihadapan kamera. haha. Selepas tu, barulah kami tangkap gambar bersama-sama. Tapi ada beberapa orang yang takde sebab dah balik awal.

Sedang menonton video ramadhan Lakonan anak-anak Masleics.

Punyelah banyak cameramen. Ni tengah tangkap gambar muslimat.

Selepas sesi bergambar, setiap keluarga plak diminta buat ucapan selamat Hari Raya dengan dirakam oleh Dr Mohammad(Tuan Rumah). Aku yang tak berkeluarga lagi lepaklah dekat luar sambil bual-bual kosong dgn sapa2 yg ade kat luar tu. Pagi tu boleh dikatakan agak sejuk sebab matahari tak berapa terik sangat. Rancangan Masleics pagi tu ialah untuk pergi ke setiap rumah melayu yang ada di Leicester tak termasuk Undergrade. Dengan kata lain, programnya akan berterusan sampai malam gak lah. Aku dah tak sedap hati sebab dah turun sedikit rintik2 hujan. Dan pergerakan aku akan menjadi sukar sebab aku naik basikal. Giler apa nak berbasikal kat semua rumah PostGrad tuh. Jadi aku pun ambik keputusan untuk pulang sahaja.

Okeh. dalam gambar ni syahir sorang je yang bujang. Aku tukang tangkap gambar. Dari kiri: Abg saiful, abg Andy, abg Faiz, syahir, Abg Adam, Abg Firhat dan Abg Zaime.

Balik rumah, cadangnya nak pergi jap rumah berbuka Undergrad punye. Tapi entah macamne badan aku punyelah penat tengah hari tu. Lepas pulang dari solat Zohor kat Masjid, aku terus terbaring sampai petang. Izwan plak ada kerja kat hospital time2 raya ni. Dah dekat pukul 5 petang, Naufal pun balik membawa makanan-makanan yang ada kat sana. Melataklah kembali aku petang tu dengan nasi impit dan kuah kacang. Malam, takde buat apa pun. Sembang-sembang je dengan Izwan semua. Jadi, berlalulah hari raya pertama aku di United Kingdom. Hari kedua dah rasa macam hari biasa. Tertanya-tanya kepada diri sendiri "Hari ni hari raya kedua kan?".. Begitulah beraya di perantauan.

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian dari syuib0809..

Tuesday, 30 August 2011

Selamat Tinggal Ramadhan

Bismillah..

Sambutan hari raya AidilFitri menandakan tamatnya pesta Ibadah bagi umat Islam seluruh dunia. Walaupun ianya satu kesedihan, namun itu tidak bermakna kita perlu membenci hari yang telah dijadikan bagi umat Islam sebagai hari perayaan, berbeza dengan agama-agama lain yang ada di muka bumi ini. Ramadhan tahun ini memberi makna yang besar dalam hidup aku kerana buat pertama kalinya aku mengisi Festival Ramadhan ini di Luar Negara. Buat pertama kalinya, tiada juadah yang disediakan oleh emak mahupun makcik-makcik Dewan Makan. Segala makanan yang ada di rumah tiada lansung datangnya dari Bazaar Ramadhan dan makanan yang ada juga sangat simple, tidak "semewah" seperti sambutan di Malaysia.

Ramadhan tahun ini aku kire pesta ibadah paling berjaya sepanjang hidup aku. Bukan menu berbuka yang menjadi tumpuan sepanjang berpuasa di sini. Buat pertama kalinya aku mengkhatamkan Quran seorang diri, walaupun tidak mengikuti mana-mana kumpulan Tadarus. Target aku untuk habiskan baca terjemahan Al-Quran juga berakhir dengan jayanya pada hari sabtu yang lalu. Setelah habis membaca tafsir tu, baru aku sedar betapa "wajipnya" setiap umat Islam membaca apa yang telah dituliskan dalam surat Allah itu kepada kita. Khatam Quran beratus-ratus kali seolah-olah tidak berguna kalau tak faham lansung maknanya.

Berbeza dengan Ramadhan tahun-tahun sebelum ni, solat berjemaah aku di Masjid sebelum ni sangat kurang tersusun. Kadang-kadang terpaksa ditinggalkan kerana kesibukan berprogram dan juga kemalasan yang amat sangat. Kalau yang betul-betul terjaga pun sebelum ni ialah solat isyak sebab akan buat dengan terawikh sekali. Maghrib kadang2 tak buat kat masjid sebab nak berbuka di rumah. Waktu siang juga liat mahu ke Masjid. Tahun ni Allah bagi nikmat yang sangat besar bilamana aku berjaya menunaikan semua solat Fardhu di Masjid kecuali solat Zohor yang terkorban tiga kali. Dua sebab hujan dan satu sebab tertidur. Heeee... Target untuk memenuhi solat subuh di Masjid sepanjang bulan ni akhirnya tercapai, Alhamdulillah. Seronok gak sebab hampir setiap hari dapat jumpa musang.

Namun begitu, solat-solat sunat aku boleh dikategorikan sangat gagal. Perubahan waktu tidur menyebabkan aku gagal menunaikan solat Dhuha. Aku rasa macam tak sampai 1/3 je dalam bulan ni aku buat solat Dhuha. Maksiat juga masih tak dapat nak ditinggalkan sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan ni. Mengumpat berjaya dikurangkan kerana tak ada orang yang nak dijadikan bahan umpatan. Haha. Lili Tai jela kot yang selalu jadi bahan mengumpat. Kah3x.

Daripada Abu Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata "Rasulullah Saw telah bersabda yang bermaksud "setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, puasa maka ia dalah untukku dan aku akan membalasnya. Dan puasa adala perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka ia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggalkan puasa. sekiranya dia dihina atau diserang, maka dia berkata "sesungguhnya aku berpuasa demi tuhan yang mana diri nabi muhammad ditanganNYA maka perubahan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat dari bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraannya yang mana dia gembira sewaktu berbuka dan gmbira dengan waktu berbukanya serta bergembira ketika berjumpa Allah Swt dengan puasanya"

Hadith Riwayat : Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Aku tidak pasti adakah ramadhan ini berjaya menjadikan aku tergolong dalam golongan bertakwa seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. AKu tak pasti adakah amalan-amalan ini diterima oleh Allah untuk melayakkan aku ke syurga. Yang pastinya, Allah sangat Penyayang kepada hamba-hambanya, sangat Pemaaf kepada segala dosa yang dilakukan oleh Hambanya dan sangat Adil kepada hamba-hambanya. Manusia yang sombong terhadap segala nikmat Allah, tidak layak lansung duduk di muka bumi ini. Maafkan kami Ya Allah.

Selamat Tinggal Ramadhan. Kami pasti merindui Mu..

Sekian dari Syuib0809.

Saturday, 27 August 2011

Friday Picasa

Bismillah..

Hari ni merupakan jumaat terakhir bagi ramadhan tahun ni. Hujan yang bermula sebelum subuh dan tak berhenti-henti turun smpai sekarang menyebabkan manusia kurang nak keluar rumah. Tapi, waktu solat Isyak dan terawikh tadi, penuh masjid abu bakar smpai keluar pintu. Tengah hari tadi, ceramah sebelum solat jumaat sangat mantap. Menceritakan kembali kisah bilal yang pulang semula ke Madinah setelah beberapa tahun Rasulullah wafat. Juga, kisah abu sufyan yang membela fatimah sebab ditampar oleh abu jahal. Sungguh menarik kisah-kisah yang dibawa ketika ceramah tadi, alhamdulillah.

Malam pulak, solat terawikh akhirnya berjaya mengkhatamkan Quran. Memang satu malam imam-imam ni baca lebih satu juzuk. Lepas habis terawikh lampu dipadamkan dan imam mula membacakan doa. Doa sangat panjang sampai 15 minit dan imam sebak menangis ketika berdoa. Aku terpinga-pinga sebab tak faham doa yang dibaca dalam bahasa Urdu dan Arab. Lepas doa, sambung witir dan kemudian ada majlis penyampian hadiah kepada imam-imam. Selepas tu, kami dihidangkan dengan ceramah dari Ustaz Ibrahim Mogra sampai pukul 12 malam.



Ceramah beliau sangat mantap. Bibit kata-kata yang cukup menyentuh hati. Antara beberapa point yang aku dapat tangkap ialah mengenai beberapa ulama' yg membahagikan islam kepada 5 bahagian iaitu keimanan, ibadah, akhlak, muamalat dan muasyarat. Penekanan beliau mengenai akhlak yang menjadi aspek penting dalam kehidupan seorang muslim. Kemudian beliau berpesan supaya kita melakukan semua perkara kerana sayangkan Allah, bukan kerana takut pada Allah. Maksud die bukan jangan tak takut pada Allah, tapi niatkan yang kita buat semua benda semata-mata kerana Allah sahaja. Jangan salah faham sudah..

.....................

Beberapa hari lepas, aku kembali bermain-main dengan Software Picasa. Sepuluh tahun dahulu, mungkin benar ungkapan yang mengatakan "Gambar tak mungkin menipu". Namun, teknologi sekarang, apa-apa sahja boleh berlaku. Orang yang tak bertudung boleh dipakaikan tudung. Perempuan yang baik tetibe dibukakan auratnya di Internet dan macam-macam lagi. Aku memang lemah bab-bab edit gambar ni. Setakat Picasa ni, memang basic sungguh la. Seronok sebenarnya tengok Ustaz Azhar Idrus tangkap dan edit gambar gune kamera lawa. jarang dapat jumpe Ustaz macam ni. Boleh tengok hasil beliau di sini http://www.digitalmukmin.com/.

Contoh gambar yang warnanya aku tukar:

Gambar pertama:


Gambar kedua:


Aku masih tak percaya aku sedang duduk di United Kingdom.

Sekian dari Syuib0809.

Thursday, 25 August 2011

Ulama' perlu pengiktirafan

Bismillah..

Alhamdulillah, hari ni aku berkesempatan untuk mengikuti forum sinar Harian, "Ulama Politik: Dakwah atau Parti". Lepas habis je masak juadah berbuka puasa, terus aku bukak youtube nak tengok Forum ni. Hanya ada sekitar 25 minit sebelum aku perlu ke masjid untuk solat asar. Dan 25 minit tu, aku dapat simpulkan, memang Mantap!! Lepas maghrib sambung tengok balik dan hati makin berdebar sebab terpaksa berhenti untuk pergi solat Isyak. Lepas Terawikh dan akhirnya tamat gak aku tengok penuh wacana sinar Harian ni.



Oleh itu, aku teringin nak komen sikit je dari sudut pandangan aku.

Tan Sri Harussani.
Memang tak boleh dinafikan, beliau sangat baik dan sangat mengambil berat pasal Islam. Tak kisahlah kerajaan ke pembangkang, dua-dua beliau akan tegur kalau salah. Dan die ni boleh dikatakan macam ulama' minda lama dan sangat sayang kepada melayu Islam. Beliau tidak terlibat dengan politik dan sangat tak suka melihat perpecahan umat Islam. Bagi aku, memang perlu ada ulama' sebegini yang tidak terlibat dengan politik, namun kalau semua jadi macam beliau, aku agak kurang bersetuju. Sangat hebat memperjuangkan Islam, namun mungkin kurang sikit percaturan ilmu politik.

Ustaz Fathul Bari.
Beliau juga orang yang sangat baik. Orang yang positif dan tinggi ilmu pengetahuan agama. Tambahan, beliau seorang yang lemah lembut dalam percakapan. Niat baik beliau sangat murni, namun mungkin kurang pengalaman dalam politik sebab baru je join. Segala dalil dan Hujah yang beliau sampaikan memang tepat, namun masih sukar aku nak nampak praktikalnya sebab beliau lebih menekankan mengenai sabar dalam berdakwah dan kaedah menegur pemimpin. Dan boleh nampak die sendiri bersetuju yang kerajaan sekarang memang tak ikut ISLAM.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dengar jelah cara beliau cakap, memang suka buat lawak. haha. Die ni bukan calang-calang orang walaupun nampak slumber je. Dalam forum ni, beliau suka bagi analogi dan keadaan realiti yang aku kira sangat penting untuk dikaitkan dengan Quran&Hadis. Mungkin ilmu die nampak sedikit kurang berbanding Ustaz Fathul Bari, sama ada die sorok atau mungkin die dah banyak fokus kepada politik, tapi beliau ni bekas pensyarah UIA kot.



Bagi aku forum sebegini perlu diperbanyakkan lagi. Dan peranan media memang sangat pentng. Ulama' dilaga-lagakan diantara satu sama lain melalui media menyebabkan nampak ketiga-tiga ni berselisih. Nampak sangat ulama'2 ni jarang berjumpa dan berbincang diantara satu sama lain. Aku dulu juga terhegeh-hegeh marah sebab melihat melayu Islam tak bersatu. Hakikatnya, teori tidak semudah realiti. Kalau ulama' sendiri tidak bersatu-padu, apatah lagi nak mengharapkan rakyat biasa untuk bersama-sama. Yang penting, berjuanglah untuk Islam.

Pilihlah mana-mana yang mengikut Islam, dan berjuanglah mengikut Islam. Mujahidin seluruh dunia pun berbilang-bilang dan InshaAllah kita semua akan disatukan bila adanya pemimpin seperti Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad AlFateh dan InshaAllah akan datangnya pemimpin hebat iaitu imam Mahdi.

Ulama' perlu diiktiraf.

lawak bila Ustas Harussani sebut.

"Saya tak nak tepuk.. Jangan bertepuk.. tepuk tu syaitan"

Takbir!!! AllahuAkhbar!!

"Jangan bertakbir, ni bukan raya" haha

Sekian dari syuib0809

Wednesday, 24 August 2011

Buka-buka Ramadhan 3

Bismillah..

Alhamdulillah, sudah masuk minggu terakhir berpuasa. Beberapa hari ni, internet rumah aku agak problem, menyebabkan memang malas gak nak update blog. Dan takde bende menarik pun sangat sepanjang Ramadhan ni sebab aku tak keluar lansung daripada Leicester. Malah, sepanjang bulan puasa ni, baru sekali aku keluar ke Bandar Leicester. Nak cakap sibuk, takdelah bekerja ke, study ke apa. Tapi rasa sangat kejap masa berlalu dan tup tap tup tap dah sampai sepertiga terakhir Ramadhan.

InshaAllah, macam biasa kiter tengok menu berbuka puasa di Masjid e-abu Bakar secara ringkas. Memang aku takde miss lansung dan banyak kedai makan yang sponsor minggu lepas.

Hari isnin, kedai Piri-piri Chicken yang menyediakan juadah berbuka. Setiap orang gak dapat air sprite tin sorang satu.

Hari selasa, kedai makan Lahore Kabana plak yang buat Iftar. Simple je die punye makanan iaitu kebab. Rabu khamis, dapat makan Pizza. Oleh kerana dah banyak gambaq, tak payah la tunjuk ye.

Ni hari jumaat plak, daripada kedai ayam panggang BBQ base. Aku sangat suka dengan sos die yang warna coklat merah tu. Terbaik.. Kedai ni kalau makan biasa memang mahal lah harga ayam panggang die. Memang sedap pun.

Minggu ni memang agak pelik sikit berbanding minggu sebelumnya. Selalunya hujung minggu makanan mantap, tapi kali ni hari biasa makanan gempaqs, tapi hari sabtu makan kuih-muih. Kuih-muih diorang semua warna coklat.

Hari ahad. Alhamdulillah, murah rezeki. Waktu hari ahad tu, syahir datang sekali berbuka puasa di Masjid.

Sepanjang minggu lepas, memang hari-hari kami masak walaupun ketiadaan Izwan di rumah. Hari rabu kami mendapat kunjungan abang Din sekeluarga, rezeki dapat makan kuih bengkang buatan kak min. Minggu lepas, Naufal sangat rajin membuat kek dan aku sangat rajin memakan kek. Bagi aku, setiap rumah perlu ada seorang ahli rumah yang rajin buat kek-kek ni, kalau tak memang x merasa la kek sepanjang tahun. Hari selasa, Naufal buat Cheese kek berperisa coklat. Aku tak pasti apakah definisi sebenar Cheese cake, tapi banyak gak aku makan kek tu. Hari jumaat plak, syazwan sampai dari Malaysia dan Naufal buat Carrot kek. Sekali lagi aku pun tak pasti macamne sebenarnya carrot kek, tapi memang banyak aku makan kek buatan Naufal ni. Sedaaap...

Yang naufal potong tulah Carrot kek. banyak kacang menyebabkan kek tu sedap. Icing die bila sejuk aku suka.

Alhamdulillah, Izwan dah sampai semula ke Leicester hari ahad lepas. Pertama kali ramadhan tahun ni, empat-empat orang ada. Agak kesian kat Naufal dan Izwan sebab diorang dah kena mula pergi hospital balik bulan-bulan ramadhan ni. Aku plak masih menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Aku tak kisah pun pasal Raya semua, dan kalau boleh nak je Ramadhan ni dipanjangkan lagi. Seronok berada dalam bulan ni, seolah-olah jauh sangat dari segala masalah dan Allah permudahkan perjalanan beribadah sepanjang bulan Mulia ni..

Jangan persia-siakan ramadhan ini. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita.

Sekian dari syuib0809.