Thursday, 9 December 2010

Ku bimbangi, dialah diriku..

Bismillah

Akhir-akhir ni, aku sangat minat dengar sebuah lagu ni. Tak tahulah kenapa aku boleh tak tahu lansung tentang lagu ni sebelum ni. Jadi, untuk sesi Video Minggu Ini, mari kite sama-sama melihat, mendengar dan menghayati lagu yang bertajuk "Aku Hanya Umar":



Umar, antara sahabat nabi yang sangat Hebat. Dan memang boleh dikatakan, Umar seorang sahabat yang sangat special. Mana tidaknya, nabi sendiri pernah berdoa kepada Allah semoga dikuatkan Islam ini dengan Umar atau Abu Jahal. Tetapi ternyata Umar dipilih oleh Allah dan dimuliakan hanya kerana Islam. Teringin sungguh nak lihat pemimpin seperti Umar ini. Tegas tetapi berhati lembut. Bukan macam kita, yang selalu saja marah tak bertempat. Untuk hari ni, mari kita baca sedikit cerita mengenai MARAH.. Dan mengambil semangat dari Izwan Senior yang sedang berurusan dengan orang gila sekarang. hehe

BAGAI BERCAKAP DENGAN ORANG GILA..(diambil dari blog Laksamana Bentan)

Pada masa yang tidak berapa lama dulu, seorang pembesar negara yang sangat mengambil berat tentang masyarakat sekelilingnya, melawat sebuah hospital sakit jiwa….

Penghuni - penghuni hospital sakit jiwa itu, memiliki berbagai-bagai jenis penyakit gila.

Ada yang bercakap dengan dinding, ada yang tersengih-sengih seorang diri, ada yang menangis sambil mendukung bantal, ada yang dalam ketakutan melihat apa sahaja di sekelilingnya dan macam-macam lagi.

Setiap orang gila ini, telah dilawati pembesar negara yang begitu baik hati. Dan kepada setiap pada mereka, dia telah duduk berbual, walau pun kebanyakannya tidak menghiraukan kehadirannya jauh sekali untuk menjawab sebarang pertanyaan dari pembesar itu.

Hinggalah sampai kepada seorang pesakit jiwa yang berada di hujung bilik itu, yang kelihatan sedang mengail di dalam sebuah baldi besar. Dari jauh, pembesar ini mulai terasa, mungkin lelaki gila itu mahu berbual dengannya. Lalu, pembesar itu mendekatinya dan menegur…


“Tengah buat apa tu, asyik saja nampaknya?”

“Tak nampak ke apa saya buat?” lelaki gila menjawab.

“Nampak…awak sedang mengail, kan?”

“Huh!!…dah tahu, tanya pulak!” dengus lelaki gila tu.

Pembesar itu tersenyum , memahami akan lelaki yang sakit jiwa itu. Kemudian dia bertanya lagi,

“Tapi, awak mengail apa?”

“….mengail ikan la, awak nak saya kail beruk ke kat dalam baldi ni?”

“Hehe…tak lah, cuma…ada ke ikan dalam baldi tu?”

“Ehh?!!…AWAK GILA KE? MANA ADA IKAN!!”

Naaahhh :D …pembesar itu pula yang dikatakan gila. Jadi, moral cerita ini…tidak ada gunanya jika kita bercakap dengan orang gila, kita pula yang jadi gila, hahaha!!

Begitu juga, di dalam perhubungan kita bersama rakan-rakan. Kalau rakan kita tengah ‘GILA’ tu… , tengah marah ke, panas ke…ada lebih baik kita mendiamkan diri, menjauhkan diri…biarkan dia. Biarkan sehingga dia sejuk atau reda amarah dia…

Kerana, “Bagai bercakap dengan orang gila… tiada apa pun yang memberi makna!”

Sekian dari syuib0809..

Tuesday, 7 December 2010

Winter, bukan penyejuk hati..

Bismillah.

Sudah 4 hari rasanya Leicester tidak menerima kunjungan salji. Bila baca berite tentg keadaan tempat lain yang agak teruk, rasa sangat beruntung kerana tidak perlu kami mengharungi salji untuk ke kelas. Minggu lepas, memang banyak gila orang yang jatuh. Walaupun jalan kaki, tetap dah 2 orang jatuh betul2 depan mata aku sendiri. Walaupun Leicester sudah tiada salji, tapi keadaan di sini masih lagi sejuk. Nak tahu berapa? Diorang kata semalam negatif tujuh, -7 darjah celcius!!

Bayangkan seolah-olah anda duduk di peti ais sambil pakai winter coat. Lebih panas rasanya kat dalam peti sejuk tu berbanding berada kat luar ni, sebab dalam peti sejuk mana ade angin kan? Tapi, Allah bagi suatu pemandangan yang sangat Indah. Bila tiada salji, pokok2 yang ade kat sini tidak diliputi dgn salji tetapi air2 di dahan pokok menjadi beku dan cukup cantik sekali. dan bende len pun turut beku gak. Pendek kata, memang semua bende yang ade di luar menjadi beku, dan Leicester ni ibarat peti sejuk yang dalamnya ade pokok2 sebesar menara condong teluk intan. Hehe

Pokok-pokok yang dibekukan

Jangan tertipu dgn cahaya matahari. Basikal pun mengalami proses pembekuan. Sape la punye basikal ni

Pemandangan di victoria park.

Hari ni, aku dihadiri penyakit hati. Terasa sangat geram kat seseorang petang tadi. Syaitan ni memang pandai buat orang berkelahi dan benci antara satu sama lain. Nak tak nak, aku selaku manusia biasa tetap ade perasaan sebegitu dalam hati ni. Nak contohi nabi yang hebat sangat2, x mampu rasanya. Hebatnya kisah nabi dengan perempuan yahudi, hebatnya doa nabi terhadap penduduk Thaif yang ketika itu turut mengundang kemarahan Jibril. Menangis bila dengar kisah nabi ketika sembahyang, lalu terdengar para sahabat bunyi seolah-olah tulang bergeseran. Rupe2nya, itu bunyi batu yang nabi ikat di perut untuk menahan lapar. Hebatkan nabi?

Petang tadi lepas solat maghrib, aku terpikir..

Ramai manusia, kalau melihat orang lain senang, dia juga mahu tumpang kesenangan. Tapi bila die dalam keadaan yang senang, die pula yang sukar melihat orang lain dalam kesenangan.

Ramai manusia, bila dirinya dalam kesusahan, die mahu orang lain turut merasai kesusahannya. Tapi bila orang lain dalam kesusahan, die berharap kesusahan itu tidak menyusahkan dirinya pula.

Tapi manusia yang paling teruk ialah manusia yang suka menyusahkan orang lain, semata-mata kerana mahukan kesenangan untuk dirinya sahaja. Hati-hati, kita semua kadang-kadang rapat dengan penyakitnya.

Hati mudah untuk merasa panas dengan seseorang. Marah dengan seseorang, benci dengan seseorang. Sesejuk mana pun winter, ianya tak mungkin dapat menyejukkan hati. Hanya Allah yang mampu menyejukkan hati kita. Maka lazimilah Zikrullah kerana ianya mendekatkan kita dengan Allah. Mudah-mudahan yg menulis ni pun laksanakannya.

Mask rider.. Naik basikal memang kene la pakai mcm ni, kalo tak sejuk gile pipi dan telinga. Bertukar!!

Sekian dari Syuib0809..

Sanggupkah kita kahwin dengan diri kita?

Bismillah..

Hari ni, selepas habis kelas semua, aku rasa adak selesa sedikit. Setelah 3 hari duduk di Library berjam-jam, rasa hari ni agak lapang sedikit untuk berehat dan buat perkara lain. 3 hari ni menyedarkan aku bahawa tiada lansung bende yang senang kat dunia ni tanpa usaha. Bayangkan selepas beberapa bulan, baru aku dapat paham sedikit ape yang aku belajar di kelas. Nak tak nak, memang kene korbankan banyak masa untuk pahamkan sesuatu perkara.

Petang tadi, selepas berehat beberapa jam, aku bercadang utk pergi ke library hospital untuk buat kerja ODE(Ordinary Differential Equation). Subjek yang paling aku blur dan teramatlah susah. Setiap kali masuk kelas, hanya salin semua nota yg ditulis di papan putih. Bermain lebih banyak dengan huruf berbanding nombor, menyebabkan segalanya semakin memeningkan. Cek2 di internet, aq terpaksa download e-book gune torrent. Maka terpaksa pulang ke rumah semula. Peluang ni aku gunekan utk dengar kulioh online yg berkisar mengenai kahwin.


Tajuk ni, yg aku rasakan adelah tercetus dari firdaus rahim sepatutnya membawa makna yang sangat mendalam. Hebatnya kuliah online kali ni, hampir 530 orang yang mendengarnya. Aq dapat rasakan topik macam ni memang disukai ramai. Haha. Tapi ape yang aku expect tak tercapai. Topik ni bagi aku bertjuan memuhasabah diri, namun lebih banyak berkisar mengenai kahwin, kahwin dan kahwin semata-mata. Akibatnya, soalan-soalan yang diberikan kebanyakannya hanyalah berkisar mengenai kahwin awal.

Antara soalan yaang ditanya pasti berbentuk. "Mak ayah masih tak bagi kahwin, macam mana tu ustaz. Umur dalam lingkungan 21 tahun. Mak ayah bla..bla..bla......". Banyak soalan macam nak menentang mak dan ayah je keje. Sampaikan ustaz kata. "Nikah tu kejap je, beberapa saat je. Tapi lepas nikah tu macam mana? Kalau awal dah bermasalah, susahlaa nnt". Dalam hati aku"pehal korg ni gatal sgt nak kahwin awal ni?". Kononnya berkahwin sebab nak mengatasi masalah couple.. Aduih..


Sejak kecil, tadika sampai sekolah rendah, sampailah sekolah menengah, sampaila kolej, sampailah sekarang, aku tak pernah bercintan-cintun ni. Memang aku selalu berdoa, janganlah Allah bagi berjinak-jinak dalam bende2 ni, sebab sekali masuk, memang teruk akan jadi. Ade kawan aku yang tersangatlah kuat agama, mungkin juga anticouple, tapi bile dah terjebak, masyaAllah teruknya. Hebatkan Allah? Cakap pasal kahwin, teringat la plak zaman kecik2 main kawin2. Haha

Ade nampak macam kaki perempuan x? "sapa bilang gadis melayu tak menawan, x menarik hati tiada memikat".. Haha

Sampai sekarang, aku masih tak bercadang utk berkahwin. Masih tak berusaha untuk berkahwin dalam tempoh 4-5 tahun ni. Amanah sebagai seorang anak pun masih x settle lagi. Dari tingkatan satu asyik tinggalkan rumah sampaila sekarang, masih tak lengkap banyak lagi perkara rasanya. Perasaan "cinta" kpd seseorang hanya pinjaman dari Allah. Banyak lagi perkara yang perlu kita risaukan. Would You Marry Yourself sepatutnya membawa kita muhasabah diri kite semula, sama ada kite sudah cukup dekat dgn Allah atau tidak.

Cukuplah sesi merapu hari ni. Aku sebenarnya xde idea sangat nak menulis hari ni. Masuk tahun kedua ni, banyak subjek jadi susah. Memang aku dah kurang keyakinan kadang-kadang. Tapi rasa kurang yakin ni lah menyebabkan aku sedar bahawa aku perlu berusaha lebih. Banyak bende jadi susah sebab kite sendiri yang tak study semaksimum mungkin. Selamat maju jaya Izuan!! Kau boleh!!!

Org kate waktu kecik, aq ni mcm anak cina. Haiya Amoi, lu ade minat ka?

Sekian dari syuib0809..

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

Sunday, 5 December 2010

Persembahan jalanan Leicester 2010

Bismillah

Hari ni, aku hanya duduk di rumah sehinggalah jam 2 petang. Selepas postkan artikel sebelum ni, terus aku menguatkan diri untuk keluar. Alhamdulillah, hari ni salji tak turun lansung di Leicester. Cuma ianya digantikan dgn hujan renyai-renyai di Leicester. Oleh kerana aku takkan usik blog ni smpai hari isnin, jadi aku update sedikit diari hidup aku di Leicester hari ni. Isnin kene hantar kerja rumah and then ade test Fundamental Maths. Oklah, hari ni Izwan mintak aku pegi beli timun dan telur, sebab nak masak nasi lemak pagi esok. Maka keluarlah aku berbasikal ke pekan leicester.


Sebenarnya, aku takdelah nak lama kat pekan leicester tu. Cadang beli timun sikit, cari sarung tangan and then terus balik. Tapi sampai-sampai je kat city centre tu, ramai sungguh orang dan teramatlah meriah. Menariknya, banyak plak persembahan jalanan kat sekitar city centre tu. Jarang dekat leicester ni nak ada banyak persembahan macam tu. Kalau ade pun selalunya orang nyanyi2, main alat muzik dan adela yang buat demo kat menara tu. Tapi hari ni, patung lelaki ni menarik perhatian aku.

Macam biasa, orang berlakon jadi patung.

Adik ni bagi duit kat pakcik patung ni. Jadi die pun panggil adik tu. Tapi kesian plak xde org tgkap gmbar adik ni, jadi aku pun snap la.

Kat Malaysia, memang aku tak galakkan mana-mana orang Malaysia buat macam ni. Panas kot Malaysia. Pakai macam ni memang berpeluh le gamaknya. Apepun, bukan senang sebenarnya nak wat bende ni. Dan aku selalu tertanye2, adekah mereka ni benar2 cari makan dengan pekerjaan ini, atau sekadar menghiburkan orang ramai kerana gemar melihat orang ketawa? Jalan punye jalan lagi, kelihatan seorang wanita yang juga berpakaian emas berdiri di khalayak ramai. Seperti biasa, pakaiannya juga agak klasik seperti lelaki di atas:

Penat makcik ni berdiri

Walaupun x berapa ramai yang berhenti untuk melihat mak cik ni, tapi ok je aku nengok makcik ni. Untuk sapa2 yang bagi duit, mak cik ni akan pegang tangan mereka dan pusingkan seolah2 meniru pergerakan menari. Nasib baik xde salji makcik, kalau x memang betul2 jadi patung makcik nanti. Selain persembahan patung, ade gak pasukan "pancaragam" yang mengutip derma dan juga beberapa persembahan berasaskan seruling.

Aku tak pasti diorang ni kutip derma utk ape

Brother ni main lagu california sedap gila. Tapi pasal setiap minggu die ni wat persembahan, semua org pandang sebelah mata je.

Menjelang Christmas gak, Majlis Bandaran Leicester akan menghias taman dekat depan Maryland bagi nampak lawa sikit. Tahun lepas diorang letak macam-macam kat taman tu, tapi aku tak tangkap gambar lansung. Jadi hari ni, aku ambik peluang untuk tangkap gambar kat taman tu. Kebanyakan perhiasan di taman tu adelah untuk kanak-kanak. Tapi keadaannya yang sgt bewarna-warni dan cantik menyebabkan orang tua pun suka tengok.

Kartun ala-ala Narnia.

Kartun di belah lagi satu yang agak cantik. Ade gak satu bahagian yang menggambarkan keadaan kononnya jesus disalib, tp malas la tgkap gambar.

Balik je dari pekan, terus aku menuju ke masjid e-abu bakar utk solat maghrib. Jam waktu tu baru kul 3.45petg dan mghrib masuk kul 3.55. Awal sungguh kan maghrib?. Sekarang dah agak susah nak g masjid tu. Hari ni takde salji, jadi ok sikit nak pergi. Lepas balik rumah, aku terus menuju ke library dan stay sana dari kul 5 petg smpai 11 malam. Isyak berseorangan di surau hospital. Menyebabkan aku terpikir, banyak perkara yang kita lakukan hari ini kerana kita yakin kita akan hidup esok.

Kita belajar kerana kita yakin kita akan bertemu dengan kelas dan peperiksaan esok. Kita bekerja kerana kita yakin kita masih perlukan duit utk terus hidup esok. Kita juga makan kerana kita yakin kita memerlukan tenaga untuk hari esok. Kita juga berkejar-kejar mencari pasangan kerana kita yakin kita akan berkahwin pada satu masa yg kite juga tidak tahu bila. Tapi sejauh manakah kite melakukan sesuatu perkara kerana yakin, kita juga akan mati esok?


Sekian dari syuib0809

Saturday, 4 December 2010

Hibernasi dan Emas yang diketuk

Bismillah

Kadang-kadang bila masa kite lapang, memang kita suka sibukkan diri. Tapi kadang-kadang, walaupun kita sepatutnya sibuk, saja je kite jadikan ianya lapang dengan menangguhkan semua kerja kita. Musim sejuk kadang-kadang memang menjadikan manusia malas dengan hanya berhibernasi di rumah. Jadi, takdelah syuib0809 ni akan bercerita mengenai jalan-jalan lagi gamaknya. Tunggu Allah beri keizinan untuk ke Spain 19-26 disember ni. X sabar sungguh rasanya nak tengok kehebatan peninggalan kerajaan Islam. Tapi dalam hati masih risau sebab cuaca tahun ni memang agak pelik.

Nampakkah itu salji turun?

Oleh kerana aku pernah kata nak kongsi satu artikel, jadi aku pun tunaikanlah dulu janji aku untuk hari ni. ARTIKEL ni bertajuk "KITE IBARAT EMAS YG DIKETUK"

...............................................................
Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.

Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar.

Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan.

Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.

Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat.

Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan.

Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya.

Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu?

.......................................................

Salam winter dari snowman Malaysia

Sekian dari syuib0809..

Wednesday, 1 December 2010

Kisah bush, obama dan ajoi

Bismillah.

Hari ni aku sangat x bermaya dek kerana selesema. Ditambah dengan salji yang lebat hari ni, menyebabkan pertama kali aku tak pergi kelas yang wajip untuk sem ni. Dah lama x kene selesema, jadi ngade2 plak aku hari ni. Dalam kesejukan hari ni, aku tetap pergi morrison sebab hari ni giliran aku masak. Balik daripada morrison, sibuklah aku melayari internet mencari artikel untuk dikongsikan di YG LUMS.

Sebenarnya dah ade bende nak kongsi, tapi rasa macam berat. Dalam pencarian tersebut, terjumpalah aku 2 artikel pendek yang menarik untuk dikongsikan di blog ni. Kat YG LUMS aku bagi cerite lain. Ni artikel berbentuk dialog yang aku jumpe:

Bush, Obama dan Ajoi

Bush & Obama duduk di sebuah bar.
Ajoi datang dekat dan bertanya – Apa yang korang bincangkan?
Bush: “Kami sedang merancang Perang Dunia ke-3.
Ajoi: “Really? Apa yang akan terjadi? “.
Bush: “Ya, kali ini kita akan membunuh 140 juta orang Arab & Angelina Jolie!”
Ajoi: “Angelina Jolie ..!!! Mengapa Angelina Jolie? ”

Bush menoleh ke Obama dan berkata: “Tengok! aku dah kata , tak seorang pun yang ambil kisah tentang 140 juta orang yang terkorban.

Pendek je dialog ni kan? Bile dilihat kembali, memang artikel ni begitu mendalam sekali maksudnya. Menceritakan prioriti kebimbangan kita dalam sesuatu perkara. Kita memang tidak pernah risau malah hanya selalu memandang enteng apa yang berlaku terhadap dunia hari ini. Kisah palestin, kisah kashmir dan pelbagai lagi kisah saudara seislam dengan kita, tidak pernah sedikitpun membuka mata kita. Tapi kalau kisah erra fazira cerai, artis terjatuh longkang, minah tu dgn minah ni bergaduh, bukan main lagi kite ambik berat.

Hari ni islam sudah terlampau berada di bawah.
Mengambil sedikit kata-kata doktor wadji hari tu, Umat Islam ni sebenarnya jatuh bukan sebab musuh sahaja, tapi disebabkan sikap orang islam itu sendiri. Melihat kubu pertahanan Islam di sepanyol, tidak mungkin ianya dapat ditembusi oleh pihak musuh melainkan orang Islam sendiri yang membuka pintu-pintu itu dengan tangan mereka sendiri.

Cukuplah sudah kerisauan kita kepada perkara yang remeh-temeh. Banyak lagi perkara besar yang perlu kita risaukan.

Sekian daripada syuib0809.

p/s: artikel kedua nanti aku kongsikan