Lama benar tak menulis. Ingat bulan ini mahu penuhkan dengan cerita ALC sahaja. Tetapi terasa ada perkara yang perlu dicatatkan.
Tahun lepas, aku tidak lansung hantar wakil ANC untuk bertanding merebut jawatan JPP. Tidak mahu ada apa-apa hubungan, dan mahu mengelak isu. Dan mengikut pemerhatian, JPP tidak punya apa2 kuasa untuk membuat perubahan dalam masa yang singkat. Maka, biarkan mereka dengan hal sendiri itu lebih baik. Tetapi dahsyat, hubungan ANC dan JPP menjadi sangat teruk. Berdengki antara satu sama lain. Dan kemuncaknya ketika minggu orientasi, hampir semua wakil ANC dicantas daripada menjadi pimpinan untuk sukarelawan.
Mahu membaiki keadaan, aku menghantar beberapa wakil yang terserlah kreadibiliti, kerajinan dan profesional untuk berada dalam JPP. Melihat helah dan permainan politik yang agak mendukacitakan, beberapa calon tidak dibenarkan bertanding. Jujur, aku melihat sesuatu permulaan yang agak kurang positif untuk memulakan hubungan yang baik antara keduanya. Namun, membiarkan beberapa orang untuk menjalinkan hubungan baik antaranya.
Syamil tak lepas untuk bertanding. Aku kira ia aturan Allah agar dia kekal fokus ANC. Amin lepas, dan menang. Tetapi kemudiannay keluar kerana isu perlantikan YDP. Aku malas mahu campur dengan permainan mereka.
Poster JPP tahun ni aku adalah cameraman dan designer. Adlina menang dan dilantik sebagai SU agong. Berat amanahnya. Mudah-mudahan Allah bantu
WeCare4u.
Minggu lepas, ketika menziarahi projek berbuka puasa anc, aku melihat satu keadaan yang agak menyedihkan. Bersembang dengan beberapa orang pelajar, hampir semua membayangkan akan pelajar yang mula mencatu duit untuk membeli makanan. Lalu, mereka berhujung dengan maggi sementara menunggu elaun yang tertangguh. Sebagai orang yang pernah melalui zaman belajar, aku tahu duit yang ada memang sangat berat untuk dihabiskan demi makanan. Berbanding nasi berlauk ayam yang berharga RM5, aku lebih rela memilih nasi dan telur dadar yang berharga kurang separuh dari itu. Bukan soal papa kedana, tetapi banyak perkara yang perlu difikirkan dan diletakkan sebagai simpanan jika apa-apa terjadi. Nak mintak dari parents, tersangatlah malu.
Kerana itu aku memulakan kembali projek wecare4u supaya mereka-mereka yang mencatu duit itu boleh makan dengan lebih sempurna. Tidak bersedih, mahupun berlapar. Dan jujur golongan target aku bukan pelajar-pelajar miskin tegar, kerana HEP sudah pun menghulurkan bantuan untuk mereka. Projek makanan percuma ini dicetuskan untuk golongan pertengahan yang mengikat perut, mirip senior-senior ymereka dahulu. Bukan soal tidak punya duit, tetapi betapa gelisahnya menghabiskan duit untuk makanan. Biar hati tenang, sementara menunggu elaun yang akan masuk. Dan biar tiada yang malu untuk hadir, kerana ia bukan makanan untuk "orang miskin".
Projek ini mensasarkan 400-500 orang dalam satu hari. Oleh kerana mahu mengurangkan kos, aku menggunakan strategi yang sama ketika bulan Ramadhan. Sediakan beras, mintak cafe masakkan. Tempah ayam di luar, dan untuk kuahnya, aku masakkan. Dan strategi tambahan, mintak ANC gorengkan telur dadar. Penatnya, hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, sufi dan junior-juniornya datang membantu.
Jangan tanya kenapa diorg still flawless, aku yg comot bagai. Diorg api pun xmau dekat.
Hari pertama. Ayam goreng. Paprik. Sayur campur. Telur dadar. Tukang hidang ahli lajnah dakwah dan tarbiyah
Sambutan yang sangat menggalakkan. Tapi penatnya hanya Allah yang tahu
Namun begitu, projek ini punya pendengkinya. Bukan sekadar harta, kebaikan yang kita buat juga tidak terlepas dari fitnahnya. Aku sudah pun menjangka, kerana 3 tahun lepas ia juga pernah mencetuskan fitnah yang sangat besar kepada aku dan ANC. Belum pun projek ini bermula, sudah tersebar perkataan buruk dan tanggapan negatif mengenainya. Menguatkan hati, sumbangan yang tidak putus-putus dan sokongan daripada timbalan pengarah menjadi motivasi terbaik untuk aku memekakkan sahaja telinga. Dan alkisahnya jumaat itu, aku menangis seperti budak kecik. Ada seorang pensyarah yang gagap dan terkenal berpakaian lusuh, menghulurkan tiga ribu, seperti nilai itu tidak punya apa-apa. Terpikir, betul ke aku beriman sepertinya?
Petang tadi, menerima kunjungan daripada wakil HEP. Selalunya sangat baik dengan aku. Tidak pernah kami berkonfrontasi. Tetapi tadi, aku lihat kunjungan itu tidak punya mesra. Ada kelemahan yang dicari-cari. Terkeluar ayat:
"Saya nampak makanan ni mewah sangat. Kalau macam ni, bukan budak-budak susah je, budak-budak senang pun datang makan ni. Sanggup simpan duit untuk benda-benda lain.."
"Takpelah bang, memang nak bagi budak-budak makan. Sapa lapar makan. Senang ke, susah ke, kalau lapar datang je makan. Rezeki masing-masing"
"Ni duit pusat islam ke? Non muslim pun datang makan ni..."
"Tak bang, duit sumbangan semua ni. Non muslim pun kalau lapar datang je makan. Kesian diorang. Nanti elaun dah masuk kita stop.."
Aku memahami apa yang terbuku dalam hatinya. Dia orang baik-baik. Cuma kerisauannya, dan kata-kata buruk orang dibelakang itu, mempengaruhi hatinya.
Kerana itu, mohon semua doakan kelancaran projek ini. Doa agar Allah lembutkan hati-hati yang gelisah. Dan mohon agar dijauhkan daripada sebarang isu, Projek ini juga aku buat agar anak-anak muda ini punya sebab kembali ke surau setelah tamatnya Ramadhan.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment