Alhamdulillah, ANC leadership Camp, ALC2019 melabuhkan tirainya ahad lepas. Semuanya berjalan dengan lancar. Dan sambutan kali ini sangat-sangat dahsyat. Baik dari peserta, mahupun alumni, dan juga Pusat Islam. Seperti biasa, akan menulis 3 post tentang ALC ini. Cuma jarak masa antaranya yang masih belum pasti.
De Teruna Forest.
Tempat kem kali ini aku sendiri yang cari. Setelah beberapa tahun tertumpu di kawasan Merbok dan Yan, aku kira sangat beruntung jika dapat buat di kawasan lain yang lebih dekat dan selesa. Maka, bermulalah pencarian di kawasan berhampiran iaitu kulim. Ideanya bermula bila nampak si Sufi berkelah dengan keluarganya di kawasan Sedim. Walaupun aku selalu dengar tentang Sedim dan Tree Top Walknya, aku belum pernah menjejakkkan kaki ke sana. Dan anak-anak buah lain juga seperti malas nak meneroka kawasan baru, maka aku mengambil inisiatif sendiri sahaja.
Bermula dengan pencarian di internet sebulan yang lalu, ada 4 tempat terkenal yang dijumpai iaitu:
- Sedim Eco Resort
- Sedim rainforest
- Sedim Vista
- Sedim Ceria
Setelah mendapatkan nombor untuk dihubungi, dan buat temujanji, aku membawa kudou, hannan dan dua setiausaha ANC untuk berurusan di tapak sebenar. Melihat kawasan kem adalah kewajipan sebelum memuktamadkan. Ikut pengalaman, janganlah percaya dengan gambar. Kerana imaginasi terlampau terhad untuk kawasan-kawasan sebesar itu. Takut puzzle yang dicantum tidak seperti yang dihajati. Kami bermula dengan sedim eco, kemudian vista dan yang terakhir ialah rainforest.
Sedim eco resort punya 18 buah chalet dan satu rumah. Kawasan yang terlampau besar bukan keutamaan aku. Sedim vista adalah yang paling cantik sekali. Lama kamu bersembang denngan ownernya. Harganya mungkin mahal sedikit berbanding yang lain, namun sangat berbaloi. Cuma, penginapannya yang cantik itu belum boleh memuatkan peserta AlC yang berjumlah 100 orang beserta fasi2nya yang menghampiri 50 orang. Rainforest pula, sama konsep dengan eco, dalam hutan tetapi tidak punya dewan. Maka pilihan terdekat yang kami ada ialah sedim vista walaupun kosnya agak tinggi.
Antara tarikan di sedim iaitu tree top walk. Waktu ni pi dengan anak-anak dara untuk kali kedua
Sebelum pulang, kamu bertekad untuk singgah tempat kem yang tiada dalam senarai. Hanya signboard yang menjadi sebab untuk kami teroka. Sampai-sampai nampak kawasan berpagar yang seperti tidak punya tempat kem. Tapi entah kenapa cari juga nombor supaya dapat tengok tempat tu. Sebaik sahaja buka pagar, tersergam satu kawasan kem tersembunyi yang sangat menarik. Ye sangat menarik. Punya dorm yang sangat luas, dan kawasan chalet yang terpisah sebanyak 8 buah. Konsep kem yang sangat menarik menyebabkan aku terus memutuskan untuk buat di sini. Dengan kos Rm2500 untuk 150 orang, aku rasa De Teruna forest ini sangat-sangat berbaloi. Ada kolam lagi tu.
Kolam air. Menarik de teruna forest ni, dia tak jadi persinggahan sungai. So selamat, budak2 tak gatal mandi sungai.
Kawasan lapang yang menjadi tempat utama berkumpul. Ada kawasan bukit atas untuk fasi bagi arahan/briefg.
Dalam dewan yg konsep modern+hutan. Menarik tempat ni. Jom mai
Dapur ALC.
Memasuki ALC kali yang ketiga, resam ajk dapurnya akan diserahkan pada batch yang baru sahaja keluar. Dan tahun ini, sepatutnya batch 18/19 yang menguruskannya. Tetapi bila fikir balik, batch ni memang ramai yang tak reti masak dan masuk dapur. Yang mungkin boleh urus pun ialah si Ayuni, tetapi tak boleh datang. Oleh kerana geram dengan batch ni, aku decide untuk menguruskannya sendiri. Semua menu, aku dengan anak dara yang tertinggal di sini tentukan. Dan oleh kerana risau tak cukup tangan, kami tempah pada pemilik kem untuk masak menu utama seperti berikut:
Sabtu tgh: nasi, ayam masak merah, alca
Sabtu petang: nasi, ayam kicap, suun pucuk
Ahad tgh: nasi, ayam blackpepper, tomyam sayur
Manakala untuk menu sampingan, kami sendiri uruskan. Oleh kerana sudah buntu siapa mahu tolong, aku melatih si mashitah untuk belajar mengurus barang-barang dapur. Walaupun dia kurang mahir memasak, tetapi bab beli barang dan punctuality dia sangat padu. Dan menerima berita gembira, si Sufi menawarkan diri untuk menjadi chef ALC. Menu yang perlu di masak:
Sotong masak lemak, sambal udang, siakap tiga rasa
Minum pagi: Spaghetti carbonara
Minum petang: cempedak goreng
Supper: garlic bread, mushroom soop dan coleslow
Minum pagi: hamlet telur kaya
Team buat air. Ni memang padu. Buat pertama kalinya air takde masalah, malah berlebih-lebih
Ada gak idea nak bagi intan. Tapi dia power masak nasik je. N then tak reti suruh orang buat kerja. Haha
Pembantu sampingan dari batch 16/17. Waktu ni tengah masak sambal udang.
Oleh kerana majoriti menunya sangat ringkas dan tak banyak kerja, maka aku berhajat untuk membiarkan mereka berdikari. Biar alumni sendiri rasa tanggungjawab dengan semuanya. Membiasakan diri bila aku sudah tiada lagi, harap alumni mampu menguruskan ALC sendiri. Nak dibuat cerita bila aku biarkan ialah, spaghetti hangit, papadom masak punyalah banyak, sotong masak lemak cair, dan hanya siap masak lepas peserta makan. Tu belum cerita sotong buang gitu je sebab basi, lupa hidang pada peserta. Kerana itu, aku jadi fobia sungguh. So, selepas zohor, aku sendiri ambik alih. Masakkan ayam masak merah untuk ajk dan fasi. Kemudian petang buat sambal udang sebelum keluar ke pasar malam.
Kelemahan kali ini, tenaga kerja sangat kurang sebab anak2 dara batch 18/19 tak banyak yang hadir. Dan Sufi pula belum punya pengalaman masak dalam kuantiti yang banyak. Tetapi pujian aku berikan pada mashitah yang sangat komited dan rajin. Buat pertama kalinya, sabtu pagi dah ada ajk dapur kemas2 sebaik saja aku tiba. Tahun-tahun sebelum ni semua tidur. Tahniah.
Team dapur. Si Dina banyak tolong kat bahagian agihan makanan dengan si aini.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment