Sunday, 16 June 2019

Raya2019: Ringkasan Cerita

Bismillah.

Aku bukan penggemar Hari Raya. Belum sampai membencinya. Pengalaman berpuasa dan beraya ketika di UK, terasa seronok meluangkan malam-malam terakhir Ramadhan dengan jayanya tanpa sikit pun memikirkan tentang persiapan raya. Sangat nikmat. Sebaik sahaja menguruskan iftar ramadhan kolej tahun ni, aku berehat sebentar, menghabiskan masa di masjid, dan kemudian baru pulang ke Teluk Intan pada hari ahad pagi. Tidak tergesa-gesa seperti anak muda lain.

Aku bukan penggemar hari raya. Yang mengikuti blog ni pasti tahu sudah dua tahun aku lari dari hari raya. Untuk kali ketiga ini, aku merancang drama raya khas melengkapkan sirinya. Isnin pagi yang sepatutnya kami sekeluarga ke port dickson sebagai persinggahan untuk raya ke Melaka, aku buat hal. Duit raya dan duit kiriman untuk nenek aku bagi kat adik aku. Sebelum subuh mandi, kemas beg semua, keluar rumah dan pi masjid. Malam sebelum tu dah bagitahu mak yang aku tak mau beraya kat melaka, nak balik penang.

Selepas solat subuh di masjid, aku salam abah kat luar masjid dan terus memandu pulang. Jeng3x

Sebenarnya aku drive pi port dickson sorang2 diri. Tiada sapa yang tahu. Mak plak dari malamnya sampailah ke tengah harinya bersangka pelik-pelik. Adik-beradik pun cucuk bagai. Sampai kat port dickson, semua terkejut aku ada depan rumah. So, bertambahlah gembira. Hehe. Best buat drama ni. Maka, berayalah aku di Melaka.

Pagi raya.

Buka puasa hari last rumah nenek. Dah dua tahun tak balik melaka bukak puasa


Sehari sahaja beraya, hari khamis aku menuju pulang kembali ke teluk intan. Nak cerita drama pagi raya kedua, bateri kereta pulak habis. Mencari kedai bateri merata raya2 ni, nasib baik kedai cina bukak. Alhamdulillah. Dan perjalanan nak balik teluk intan itu dia punya jem mashaAllah. Hujan lebat.

Raya ketiga, semua ahli keluarga dah pun berada di teluk intan. Sebaik sahaja selesai solat jumaat. Rumah aku menerima kehadiran tetamu yang tak putus-putus. Sayangnya, aku bukan orang yang kuat dan pandai bersembang. Aku tak punya cerita untuk dibawangkan. Maka raya ketiga tu aku bertungkus-lumus di dapur. Sebagai lelaki bujang yang biasa ke dapur, berjaya menghasilkan mee goreng, tomyam dan telur bungkus. Hehe

Keluarga paklong amir. Aku pakai kurta dn kain pelekat sepanjang hari. Huhu


Hari sabtu, aku bertolak balik ke penang semula. Ajak si amir syafiq memenuhi undangan crush dia. Hahaha. Ramai batch dia datang. Raya-raya ni best gak datang kenduri kahwin orang. Dan untuk kedua-dua hari sabtu dan ahad, aku mengisi perut di kenduri kahwin sahaja.

Suruh ikut nasihat je, dengan saiz2 cikgunya sekali diikutnya. Tuan rumah yg pakai purdah. Aku lemah sikit org pakai purdah ni, sbb aku jenis baca mulut org akibat telinga tak dengar. Dan bila lama xjumpa anak murid, teringan nak tengok sejauh mana diorg dah tua. Pakai purdah memang xnmpak le.

Kenduri di sungai petani. Family ikut beraya di pulau pinang raya ke empat dan kelima. First time. Tak raya pun, pi jalan2 cari pasemboq.


Sibuk dan Amanah

Buka sahaja kolej selasa itu, aku sudah ditimbunkan dengan 1001 kerja.. Walaupun ia kelebihan apabila orang dah percaya pada kita, aku rasa macam berlebih plak. Nah list nya

1. AJK gerai Jualan Kakom Run(15/6/2019)
2. Headcount sasaran pelajar baru
3. Ketua persiapan tempat karnival sains kebangsaan(27 julai)
4. JK gimik konvensyen RnD kebangsaan(bulan 9)
5. Penyelaras ANC leadership camp.(13-14 julai)
6. En Jep bagitahu aku jadi lagi JK APC(28/6/2019)

Selasa mulakan design poster, rabu buat paperwork ALC, buat bajet karnival sains, isi nama sukarelawan. Khamis bawak paperwork naik atas. Rabu present gimik RnD. Dan setiap malam berkampung di grandstand bertemu dengan orang-orang kuat untuk pilihanraya JPP dan penubuhan tanzim ANC. Huhu. Alhamdulillah kakom run diserahkan bulat-bulat pada kudou, adlina n the geng.

Aku kenal separuh je. Team jualan gerai yg aku sub contractkan.


Sabtu pagi kakom run berlansung, aku melarikan diri ke sedim bersama 4 orang anak dara. Buat pertama kalinya ke sana untuk explore beberapa tempat kem sempena ALC2019 nanti. Menarik tempatnya. Sangat banyak tempat yang cantik-cantik dan menarik hati. Lepas ni apa 2 program boleh tertumpu di sini. Yang paling menarik hati ialah sedim vista. Memang kemas, cantik dan harga boleh tahan mahal. Haha. Banyak nak cerita pasal tempat kem ni. Nanti  waktu ALC aku cerita. Huhu

Dua org kiri kanan adalah junior merangkap setiausaha baru anc. Jangan terpengaruh dengan muka cantik diorang, teruk sangat masuk airnya. Tengah2 tu akak senior yg nampak muda.

Kudou meneman di saat akhir. Sepatutnya dia uruskan kakom run. Tapi ajak teman sebab kak aininya kena kerja.


Hari ni jadi cameraman untuk calon-calon JPP.
Mudah-mudahan beroleh kemenangan. Penat pujuk diorang ni.

Sekian dari Syuib0809


2 comments:

  1. Selamat Hari Raya yg dah nak habis raya cikguu!! ��

    ReplyDelete
  2. Kenapa cikgu macam 'saje' buat hal raya dua tahun berturut2?

    ReplyDelete