Alhamdulillah, projek ramadhan kolej akhirnya melabuhkan tirai. Setiap tahun, bila pelajar mula pulang ke kampung, ia adalah penanda aku boleh mula berehat dan menghabiskan masa lebih lama di masjid. Hari-hari biasa dengan keberadaan pelajar, terlampau banyak yang perlu difikir dan diuruskan. Sampai diri sendiri dan rumah pun tak terurus.
Ramadhan kali ini, buat pertama kalinya Pusat Islam hadir dengan 12 program/aktiviti yang lebih tersusun. Ia tercetus dari meeting 6 orang ahlinya. Dan tanpa banyak bicara, aku terus menyiapkan kertas kerja tersebut dan bahagi tugas. Alhamdulillah, majoriti ahli Pusat Islam kali ini berfungsi dengan sangat cemerlang. Keterlibatan dan semangat diorang, aku sendiri kurang pasti kenapa sebelum ni suram2 sahaja. Sebagai catatan ramadhan kali ini aku senaraikan aktiviti2 yang mungkin ramai tak sedar.
1. Iftar harian
2. Iftar perdana(3 hari)
3. Sahur perdana dan Qiamullail
4. Ziarah rumah anak yatim
5. Projek bubur lambuk.
6. Duit Raya(kerjasama JK zakat kolej)
7. Projek baju raya
8. Majlis khatam Quran
9. Tadarus
10. Lambaian semarak syawal
Iftar perdana. Pembaharuan iaitu semua duduk bersila. Lebih lapang dan jimat bajet. Tapi tikar x cukup
Tadarus
Khatam Quran muslimat di surau. Diuruskan junior sebagai ujian.
Khatam Quran muslimin di dewan. Pembaharuan gak sebab buat kat dewan semasa iftar perdana
Ziarah anak yatim. Shamil pemalu sangat, last2 bob ambik mic.
Bagi makan kat pelajar balik beraya
Best pengarah ni, humble, very supportive.
Aku plak selamba pakai kain pelekat depan diorg. Haha. Baru balik smbhyg jumaat. Tengok kotak2 makanan tak terurus. Apa lagi. Sebenarnya semua benda aku menyibuk. Haha
2 lagi takdelah projek sangat, tetapi pertama kali pusat islam panggil imam luar jadi imam terawikh. Dan satu lagi ialah projek moreh yang terpaksa dibuat kerana duit yang terlampau banyak. Dan ini jugalah yang menambah penat aku sepanjang ramadhan ini.
Kuli Ramadhan.
Tahun ini, kutipan yang diperoleh untuk projek Iftar harian terlampau banyak. Dan jumlah kutipan 30 ribu itu melebihi kutipan ihya ramadhan peringkat kolej. Menjadikan ia projek "termahal" untuk ihya ramadhan kali ini. Tak tahu kenapa, memang orang lebih suka derma untuk berbuka puasa berbanding aktiviti lain. Antara yang paling banyak membantu untuk pencarian dana ini ialah encik suhaimi yang baru je pencen. Dari beliau sahaja aku dapat lebih kurang RM11 ribu.
Jumlah pelajar yang semakin hari semakin ramai menyebabkan kami tak menang tangan. Pada asalnya target untuk 300 orang, tetapi masuk hari ketiga hampir setiap hari bilangan yang hadir sekitar 500-650 orang. Oleh kerana peralatan dan tenaga tak cukup, strategi kali ini ialah hantar beras ke kafe dan mintak kafe masakkan nasi bewarna. Dan setiap hari juga akan tambah, backup lauk tambahan daripada kafe untuk 100-150 orang. Yang paling banyak membantu aku diperingkat awal ialah si comel Ayuni dan sahabatnya anis suhaini. Walaupun dua-dua kuat blur, tetapi mereka pembantu pertama yang merintis strategi iftar Ramadhan kali ini. Apabila mereka mula berundur, aku sangat risau akan apa yang bakal berlaku.
Tuah kali ini, Ayuni mewariskan tugasnya kepada khadijah, pelajar baru yang baru seminggu berada di kolej. Jujur, kelincahan dan kecerdasan akal si khadijah ni menyebabkan semua kerja aku jadi sangat senang. Cakap sikit dah faham. Dan dia boleh membuat keputusan sendiri dengan baik. Decision maker yang aku cari-cari selama ini. Dan bertambah menariknya, dia punya team iftar sendiri yang hadir entah dari mana. Senarai kuli Ramadhan itu menjadi lengkap apabila seorang lagi pelajar baru bernama Aisyah punyai sifat kepimpinan menguruskan anak-anak buah dengan penuh sifat kasih sayang. Aisyah dan Khadijah ini nama-nama kecintaan Rasulullah. Kedua-duanya calon masulah HES yang sangat berpotensi.
Team iftar. Baju ungu khadijah. Aisyah tudung petak2 pakai cermin mata
Lelaki dia pun baguih. Cuma tak larat nak marah sebab setiap hari buat perangai pelik.
Sayangnya, Khadijah terpaksa mengundurkan diri kerana beroleh tawaran masuk ke IPG Melaka. Seperti sirah, pemergian khadijah itu digantikan Aisyah. Maka sangat besar harapan aku untuk si Aisyah ini memimpin HES kelak.
Buli Kuli.
Kehadiran moreh yang hampir setiap hari, menyebabkan senarai kerja aku bertambah. Selain ambik makanan berbuka puasa setiap hari di luar, aku juga perlu membeli bahan mentah untuk makanan moreh. Jika hujung minggu, aku akan beli sorang-sorang sebab masih punya tenaga yang banyak untuk angkat semua barang. Tetapi waktu-waku hari bekerja, kepenatan itu memuncak lagi-lagi kalau 4 jam kelas dalam satu hari. Kerana itu, aku kerap ajak si Kudou dan Hannan menjadi peneman. Bukan tak mau ajak lelaki, tetapi banyak perkara yang perlu dimesyuaratkan bersama dua orang ni. Mereka adalah otak kiri dan otak kanan aku untuk sesi ini.
Sahur KFC, kudou sampai naik van kfc pukul 4 pagi
Moreh pizza hut hari last. Ni pun marathon. Moreh before tu yong tau fu, bombolani, spaghetti, roti salad, cendol. Cendol memang padu. Terima kasih fatin miza.
Setiap hari kena buli, aku rasa dua orang ni dah mula stress, lagi-lagi si Hannan. Baru diorang tahu betapa susahnya jadi "kakak". Cuma oleh kerana terlampau besar kebergantungan aku kepada dua orang nak dara ni, maka terpaksa push diorang habis-habis. Marathon bagai. Terima kasih na
..........
Aku bukan peminat hari raya. Selagi tidak punya anak bini, sikap tidak minat itu akan kekal. Kerna itu, sebaik sahaja tamat projek Ramadhan ini, aku seperti beroleh rehat yang panjang. Mahu berehat dari segalanya sebentar. Kepenatan beberapa minggu ini, sampaikan nak balik kampung pun tak larat. Teringin plak nak ada kampung kat kedah. Walaupun dah kene rejcct. Hahaha
Waktu datang tempat ni, xtau kenapa hati berkenan betul. Ajak anak2 buah semua mai. Rasa macam kat kampung bila tengok adik2 salam, lambai akak2 yg kena balik awal. Lepas tu baru tau kenapa kampung ni dekat di hati. Haha.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment