"Kau suka dia ke tak!!!"... Sopek menyergah dengan soalan.
Reunion kecil-kecilan itu bagi meraikan jubli gangsa percintaan antara Dong dan Izzah. Mereka akhirnya selamat diijab kabulkan. Cuma mahu berlaku jujur, aku lebih teruja mahu berjumpa sahabat pengantin berbanding si pengantinnya.
Kami yang bujang duduk berkumpul bersama-sama. Walaupun kami adalah kumpulan majoriti, perasaan malu itu seperti semakin menebal. Apatah lagi disaat berhadapan dengan kaum minoriti yang sudahpun berumah tangga. Cuma yang masih utuh tahap kesombongannya sudah pasti si sopek. Lagaknya seperti majoriti melayu, yang yakin benar memandang rendah 1.5 juta bangla.
Dan kegilaan dari sembang-sembang si bujang, Azizan tiba-tiba sahaja mem"pamer"kan gambar orang terengganu itu.
Akibatnya...
"cakap betul-betul! Ko suka dia ke tak!?...." sopek mengulang soalan, yang aku sengaja menjadi pekak kepada butirannya.
"suka pun tak, tak suka pun tak pek.." aku akhirnya mengalah
"tak boleh la macam ni dat. Ko tak jawap terus... Jawapan tu ko pikir, bukan datang dari hati yang ikhlas...." sopek tiba-tiba menjadi doktor cinta.
Perihal "orang ganu" itu tidak mungkin mampu aku sorokkan dari kisah kecil ini. Dia menghiasi penghujung kisah. Menggembirakan tatkala aku sedang berduka.
Alkisah Cinta Tiga Negeri Bahagian Akhir
Setiap petang di selatan negeri, aku mengasingkan diri di tingkat paling atas sekolah. Bangunan baru itu, tidak berpenghuni di sebelah petangnya. Kegagalan mendapat tempat di bilik guru, keseganan merempat di stor bersama gadis-gadis lain, maka aku meluangkan hampir seluruh masa lapang dalam bilik darjah itu. Banyak masanya, aku ditemani buku-buku yang memecah sunyi hati. Mengkhatamkan walaupun kadangkala kepala terhantuk ke meja kayu tanpa sedar.
Dari tingkat atas, aku "mengintai" ustazah bersejarah itu. Saat si muda-mudi tergoda dengan anak dara yang tidak cukup kain, aku pula entah kenapa begitu teruja melihat gadis yang berlagak seperti anak "tauke kain" sebegitu.
Hai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa[531] Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya… (QS. Al-A’raf : 26 - 27)
Sudah beberapa hari membelek-belek buku bertajuk "Aku Ingin Kembara Lagi".
Buku karya Dr MAZA itu masih bersisa di tangan untuk dihabiskan... Walaupun aku bukan peminatnya, pengalaman unik yang tertulis itu begitu seronok untuk dibaca. Mengembalikan kembali memori-memori masa lalu di negara orang. Peliknya, buku ini bukan sekadar terisi dengan kisah "agama" semata-mata, malah terselit kisah cinta yang menambah rindu kepada manusia dan tempatnya. Kisah mughith dan Barirah ini mencuri perhatian aku
Indah sungguh cinta Mughith
Mengundang perhatian kekasih Allah
Kehairanan sahabat bernama 'Abbas
Bagaimana cinta setinggi itu
Mudah ditolak oleh Barirah
Nabiku meraikan cinta
Kerna dalam cinta ada segala-galanya
Malah cinta penanda hatiku dan hatimu belum mati
Sama ada kerana dosa
Atau kerana dinistaBercintalah..
Moga rohmu dibangkitkan bersama orang yang dicintai
Minggu-minggu yang sudah berlalu, namun ustazah bersejarah itu masih kekal membisu. Tiada jawapan. Tiada percakapan. Tiada satu pun tanda yang diberikan untuk usaha aku itu diteruskan. Walaupun kami berselisih hampir setiap hari, tiada satu pun kata yang mampu aku suarakan di hadapannya. Malu, kaku, bisu... Arghhhhhh...
Anas bin Malik ra mengisahkan, “Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi saw tentang hari kiamat, “Bilakah berlakunya kiamat?” Nabi saw pun menjawab, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Orang itu menjawab, “Wahai Rasulullâh, aku belum mempersiapkan solat dan puasa yang banyak, hanya saja aku mencintai Allâh dan Rasul-Nya”
Buku karya Dr MAZA itu masih bersisa di tangan untuk dihabiskan... Walaupun aku bukan peminatnya, pengalaman unik yang tertulis itu begitu seronok untuk dibaca. Mengembalikan kembali memori-memori masa lalu di negara orang. Peliknya, buku ini bukan sekadar terisi dengan kisah "agama" semata-mata, malah terselit kisah cinta yang menambah rindu kepada manusia dan tempatnya. Kisah mughith dan Barirah ini mencuri perhatian aku
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu bahwasanya suami Barirah adalah seorang hamba yang bernama Mughits, seolah-olah aku melihatnya berkeliling dibelakangnya sambil menangis dan air matanya mengalir hingga membasahi janggutnya. Lalu Nabi shalallahu alaihi wassalam bersabda kepada Abbas:
“Wahai Abbas tidakkah kamu takjub(hairan) terhadap kecintaan Mughits kepada Barirah dan dan kebencian Barirah kepada Mughits?”
Lalu Nabi bersabda: “Seandainya kamu kembali (rujuk) kepadanya”. Ia (Barirah) berkata:”Wahai Rasulullah, apakah engkau memerintahkanku untuk rujuk?” Beliau bersabda: “Aku hanya memberi syafa’at (pertolongan). Ia menjawab: ” aku tidak lagi memerlukan dirinya (Mughits)”
(HR. Bukhari no.5026, Fathul Bari juz 10 hadits no.5283)
Membaca kisah ini, aku tidak lambat kembali ke meja tulis. Hati yang sedang sarat dengan cinta, terasa mahu diluah dengan mata pena.Indah sungguh cinta Mughith
Mengundang perhatian kekasih Allah
Kehairanan sahabat bernama 'Abbas
Bagaimana cinta setinggi itu
Mudah ditolak oleh Barirah
Nabiku meraikan cinta
Kerna dalam cinta ada segala-galanya
Malah cinta penanda hatiku dan hatimu belum mati
Sama ada kerana dosa
Atau kerana dinistaBercintalah..
Moga rohmu dibangkitkan bersama orang yang dicintai
Minggu-minggu yang sudah berlalu, namun ustazah bersejarah itu masih kekal membisu. Tiada jawapan. Tiada percakapan. Tiada satu pun tanda yang diberikan untuk usaha aku itu diteruskan. Walaupun kami berselisih hampir setiap hari, tiada satu pun kata yang mampu aku suarakan di hadapannya. Malu, kaku, bisu... Arghhhhhh...
Anas bin Malik ra mengisahkan, “Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi saw tentang hari kiamat, “Bilakah berlakunya kiamat?” Nabi saw pun menjawab, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Orang itu menjawab, “Wahai Rasulullâh, aku belum mempersiapkan solat dan puasa yang banyak, hanya saja aku mencintai Allâh dan Rasul-Nya”
Maka Rasulullâh saw bersabda, “Seseorang (di hari kiamat) kelak akan (dibangkitkan) bersama orang yang dicintainya, dan engkau akan bersama yang engkau cintai.” Anas pun berkata, “Kami tidak lebih bahagia daripada mendengarkan sabda Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam, ‘Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.’” Anas kembali berkata, “Aku mencintai Nabi saw, Abu Bakar dan Umar, maka aku berharap akan dapat bersama mereka (di hari kiamat), dengan cintaku ini kepada mereka, meskipun aku sendiri belum (bisa) beramal sebanyak amalan mereka.” (HR. Al-Bukhari No: 6171 dan at-Tirmidzi No. 2385).
Masa yang sudah terlalu suntuk di bumi tiga negeri, aku amat pasti aku akan pergi meninggalkannya. Kebisuan itu sudah cukup menjadi tanda bahawa usaha itu hanyalah sia-sia. Kesepian dan kesedihan yang menziarah, aku tiba-tiba dihujani dengan mesej dari seorang sahabat lama. Sahabat perempuan.
"Assalamualaikum Izuan. Nak tanya, izuan available lagi ke? Ke dah ada calon? Atau menunggu siapa-siapa?"
"waalaikumsalam. Erkk.. Hmm tak jumpa-jumpa lagi..."
"Ada sorang muslimat ni, orang terengganu. Rasanya sesuai sangat dengan Izuan. Dan rasanya pandangan dia pada izuan pun positif..."
"aku kenal ke?"
"kenal. Cuma dia tak sama logo dengan kita..."
Hah!!!
Orang terengganu itu hadir, saat aku sudah terlalu kecewa dengan cinta. Walaupun banyak juga hati suka akan dirinya, namun logo itu terlalu jauh memisahkan kami. Penyatuan sebegitu tidak mungkin berjaya.
Namun berita dari sahabat itu menyebabkan aku tidak berfikir lama untuk mencuba. Setelah begitu banyak lamaran demi lamaran tersadai dan tertolak seperti sampah, aku hampir terasa pasti, orang terengganu itu juga pasti akan menolak. Apatah lagi, dia punya sebab dan alasan besar untuk menolak lamaran tersebut.
Namun...
"Dengan lafaz bismillah, orang terima lamaran izuan....."
Gembira yang lahir di hati, seolah tidak pernah muncul sebelum-sebelum ini. Mengimpikan teman hidup sehebat dirinya seperti tidak pernah tersiar dalam mainan tidur. Segala-galanya tentang dirinya sangat-sangat menenangkan manusia-manusia lain yang melihatnya.
Saat aku tersenyum seorang diri membaca mesej dari orang terengganu itu, melintas ustazah bersejarah di hadapan mata.
Hati aku tiba-tiba tersentak.
Astaghfirullah al azim.
Aku masih belum berputus asa dengan dirinya..
Masih ada jawapan yang sedang aku harapkan.
Hingga aku kembali berfikir. Adakah aku sedang memerangkap orang terengganu itu. Atau hakikatnya, aku yang sedang terperangkap dengan jawapannya.
Setelah genap satu bulan berada di bumi tiga negeri, aku akhirnya terpaksa pergi. Sebelum pergi, ingin sekali aku ucapkan sesuatu kepada ustazah bersejarah itu. Dua buah buku yang setia di tangan, mahu diberikan padanya sebagai hadiah terakhir. Mudah-mudahan ada pahala yang mengalir dari pembacaannya, setelah banyak dosa yang dijemput kerana mengganggunya.
Namun hari terakhir itu, dia seperti lari entah ke mana. Sebaik sahaja habis kelas terakhir, aku mencari-cari dirinya. Namun ternyata dirinya terhijab. Buku yang dipegang erat sejak pagi hari aku kirimkan kepada seorang guru muda lain.
"tolong bagi sakinah nanti boleh? Saya dah nak pegi dah ni. Duk cari dia tak jumpa. Terima kasih ye..."
Petang itu aku pergi dengan hati yang tenang. Tiada marah aku pada dirinya. Cinta yang dilahirkan buat dirinya sudah cukup untuk menjadi buah tangan...
Hari ini
Aku beredar dari bumi tiga negeri
Meninggalkan seraut wajah
Yang pernah ku impi melihatnya sebelum ini
Empunya yang tiada jawapan
Sunyi...
Bertemu tanpa suara
Berpisah tanpa bayangan wajah
Diari cinta sememangnya unik
Baru kini diri mengerti
Apa makna mencintai tanpa sebab
Bukan kerana keperluan Apatah lagi kerna kebanggaan
Aneh, sekadar cinta
Memulakan hidup baru di utara negeri.
Setelah terlampau kerap menulis perihal cinta, terasa semakin benci mahu ada cinta.
Tamat.
No comments:
Post a Comment