Bismillah.
Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati aku bertanya
Cepat, aku mahu jawapnya...
Minggu kedua di bumi tiga negeri, aku masih lagi bingung. Kali ini, taman ilmu pula kerap menjadi ubatnya. Hampir setiap malam, surau taman itu pasti akan dipenuhi dengan majlis ilmu. Suka melihat mereka-mereka yang selalu dekat dengan Allah itu. Paling aku suka, saat si dermawan melaburkan hartanya untuk makan-makan di surau. Bujang ini beroleh makanan tiga lauk. Tidak seperti hari-hari biasa. Namun yang paling digemari dari jamuan ini, aku berpeluang bersembang-sembang dengan masyarakat setempat.
"anak saya sorang tu... Kerja kapal. 3 bulan kat laut, lepas tu baru balik darat..."
Aku tekun mendengar cerita pak cik berkopiah putih itu..
"bila balik, haramnya nak duduk rumah. Duk jalan sana sini perabih duit... Duit banyak, tak usik kat laut.."
aku gagal mengesan riak dalam kata-katanya..
"suruh kawin takde nak kawennya..... katanya susah nak jumpa pempuan kat laut tu... Udah tu, waktu kat darat cam ni takde plak nak cari..."
"ala pak cik, saya yang hari-hari duduk kat darat ni pun tak jumpa-jumpa... Kalau jumpa pun, semuanya campak lamaran saya ke laut..." selaku bujang pemalu, kata-kata itu hanya terukir di hati, tidak lepas hujahnya ke kerongkong..
Bertugas di sebelah petang, malam-malam di taman ilmu itu mudah dihiasi dengan kepenatan. Namun di pagi hari, aku kembali bingung memikirkan bagaimana mahu mengisi ruang kosong yang ada. Tambahan pula, hubungan dengan internet terputus sepanjang berada di sana.
Cuma kadangkala, aku menghidupkan komputer riba berjenama acer. Hingga tanpa sedar, aku menulis sepucuk surat, yang aku judulkan dengan nama "surat usaha".
SURAT USAHA 1.

Assalamualaikum w.r.t
Maaf sekali lagi mengganggu cikgu Sakinah dengan kehadiran
surat ini. Saya sendiri mengumpul kekuatan untuk menulis hingga memberikannya
kepada Sakinah. Sudah berhari-hari fikiran terganggu, maka rasanya perlu saya usahakan
sesuatu agar segalanya menjadi lebih jernih dan tenang.
Mungkin surat ini tercetus akibat kepercayaan saya yang
me”lebih-lebih” terhadap Kuasa dan Perancangan Allah terhadap hambanya. Maka
kepada Allah jualah saya doakan agar urusan ini dipermudahkan.............
Jumaat lalu, saya terkejut mendengar nama “Sakinah” yang
disebutkan dalam senarai guru-guru ganti di sekolah ni. Bila fikirkan kembali,
tak mungkin itu adalah Sakinah yang pernah saya jumpa satu tahun yang lalu.
Orang asing pertama yang saya lamar, yang mencuri hati dalam sekelip mata
sahaja.
Hinggalah Sakinah benar-benar muncul, maka saya sendiri tergamam.
Ternyata itu muslimat yang saya pernah fikirkan bakal menjadi isteri. Namun,
segala yang saya kira perlu berakhir dan dilupakan tidak diizinkan Allah. Kita
ditemukan sekali lagi…. Mungkinkah ini perancangan terbaikNya?
Kerapkali berdialog dengan Allah dalam monolog. Maka saya
kira Allah perintahkan saya untuk terus berusaha, walau dalam ketidakpastian.
Lalu saya harap usaha ini mampu menjawap soalan jodoh dalam setiap doa yang
dipanjatkan. Sekiranya Allah takdirkan penemuan seketika ini untuk saya dan
Sakinah dijodohkan, maka saya sendiri sangat bersyukur kepadaNya. Jika hati
Sakinah masih ragu-ragu menerima lamaran saya dan teguh dengan keputusan yang
lalu, maka saya kira itu sudah pasti perancangan Terbaik juga dari Allah. Hati
kita milik Allah, maka keputusan Sakinah juga dari Allah.
Maaf, saya tidak bisa mengorat mana-mana gadis yang belum
Halal untuk diri. Apatah lagi meluahkan cinta pada muslimat yang belum pasti
menjadi isteri. Surat ini sekadar sebuah usaha. Maaf kalau bahasanya aneh dan
tidak seindah karangan Novel.
Maka, sudikah Sakinah menjadi Isteri saya?
Selang beberapa hari, aku menulis sepucuk surat lagi.
SURAT USAHA 2.
Lucu sebenarnya bila saya melamar Sakinah dalam keadaan baru
sahaja berjumpa. Malah, sebelum saya membaca borang BM Sakinah sendiri saya
sudah memanjangkan lamaran melalui sahabat. Sebagai orang yang terkenal dengan
sifat cerewet dalam memilih calon isteri, entah bagaimana saya begitu pantas
memilih sakinah untuk dilamar sebagai teman hidup. Barangkali benar kata orang,
jika kita mencintai seseorang, maka tiada sebab mengapa kita memilihnya. Cinta
tanpa Syarat. Cinta tanpa mengharap. Biar cantiknya cinta dengan memberi.
Saya tidak begitu risau dengan jawapan yang diberikan
Sakinah melebihi kerisauan terhadap usaha saya sendiri. Risau, adakah
benar-benar saya sudah berusaha? Ingin sekali bertemu kedua ibu-bapa Sakinah,
namun saya hanya menanti lesen tersebut dari sakinah
“Berkorban demi cinta”, madah-madah yang sering terukir di
baris-baris lirik dan pujangga. Namun pengorbanan bagaimana yang mampu saya
berikan sedangkan sakinah masih belum menjadi sah untuk saya?
Surat-surat ini aku biarkan tersimpan hingga kini. Sebagai kenangan, aku selitkan ianya kembali di sini. Cuma ada sebahagian kecil yang aku potong kerana aku sendiri pun geli tatkala membacanya... Hahaha
Diari cinta sememangnya unik
Baru kini diri mengerti
Apa makna mencintai tanpa sebab
Bukan kerana keperluan Apatah lagi kerna kebanggaan
Aneh, sekadar cinta
..............

Petikan mughith dan Barirah
Ustazah bersejarah itu, aku benar-benar mahu melihat senyumannya. Kerana itu, aku cuba meraikan hobi dan minat membacanya. Kegagalan memberikan sebarang bahan bacaan satu tahun yang lalu, aku menebusnya dalam pertemuan kali ni...
"ni buku Ahmad Ammar, ambiklah. Saya terbeli dua sebab murah. Kalau tak silap sakinah suka baca..."
Fuhh, sekali nafas sahaja aku ambil untuk memberi sebuah buku.
"terima kasih...." ustazah itu tersenyum..
Aku cepat-cepat beredar. Membuang tabiat seperti itu terasa benar-benar memalukan. Itu kali pertama aku menghadiahkan sesuatu kepada orang asing. Entah berapa jam menghafal dialog seringkas itu. Dan Owh.... Senyuman dia...
Bersambung...
P/s: Baru pulang dari program kongress rakyat. Datang dan pulang seorang diri. Teringat pesanan-pesanan ketika bertamrin beberapa tahun dahulu
"antara nikmat besar yang ahli jemaah rasa bila dijodohkan dengan pasangan yang sama fikrah ialah, tatkala masing-masing berjaya ke program jemaah bersama dengan isteri/suami dan anak-anak"
Besar angan-angan yang terasa punah. Angan-angan yang memisahkan aku dan orang terengganu itu. Kisahnya terselit sedikit di penutup "cerpen" ini minggu depan. Sekian

No comments:
Post a Comment