Petang di selatan negeri
Aku bertemu lagi dengan gadis itu
Wajahnya suci, tudungnya melabuh rapi
Senyumnya belum pernah ku lihat
Namun hati masih asyik tergoda
Seperti diriku setahun yang lalu
Hingga pantas melamarnya pada saat itu
Petikan Acuan dan Roda
Petang hari pertama di STAR Nibong Tebal, aku masih gigih mencari-cari tempat untuk meletakkan barang di bilik guru. Meja-meja kayu yang kelihatan banyak itu sudah ada penyewanya. Mahu menumpang, takut terfitnah. Manusia-manusia bertudung di sana sememangnya ada mulut. Dan aku takut untuk menjadi buahnya.
Penukaran beberapa buah kelas ke tangan, menyebabkan hari pertama itu penuh dengan perbincangan. Seorang guru praktikum dari UPSI bermurah hati membantu, memudahkan urusan yang aku sendiri kurang mahir, iaitu perihal PBS. Guru itu, bersama guru-guru ganti muda yang lain bersarang di dalam stor. Stor gelap itu lokasinya betul-betul di bahagian belakang bilik guru. Aku yang tidak punya tempat, ikut merempat sebentar di sana.
Saat perbincangan aku dan guru muda itu masih ada hangatnya, seorang guru bertudung labuh masuk melintasi kami berdua. Mejanya betul-betul di hadapan kami.
"Ha sakinah, ni encik izuan, cikgu baru kat sini....."
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”
Hadith riwayat Muslim.
"tumpang tanya, cikgu sakinah ni duduk sungai bakap eh?" Aku bertanya pada guru UPSI yang masih setia di tepi.
"aah, eh, kenal ke?"
"cikgu sakinah ni dulu jadi guru ganti kat sekolah tempat saya praktikum.... Kat sungai acheh"
"Ooooh...."
"Dia mengajar apa kat sini?"
"Dia ajar PJK dengan sivik..."
"Pendidikan Jasmani??" aku menggeleng kepala dengan sebuah senyuman kecil.
Ustazah bersejarah itu bagi aku sangat-sangat berani. Sedangkan dia adalah lulusan psikologi dari sebuah universiti terkemuka di bangi. Pasif ke aktif, subjek sukan sebegitu seperti tidak sesuai dengan imej ustazahnya.
Bulan yang sama dirinya beredar dari Sungai Acheh, kami ditemukan kembali. Tempohnya, seperti genap menghampiri satu tahun. Lokasi negerinya masih sama. Sempadan tiga negeri itu masih tidak berubah apa. Aku pula masih kekal di taman ilmu. Begitu juga sekelumit cinta yang tersisa buat dirinya. Kekal sama dan tidak pernah berubah.
Berjumpa dengnnya kembali, tidak terfikir lansung untuk aku tilikkan. Tidak seperti drama-drama melayu yang tersiar di kaca tv, kami sekeluarga sentiasa berjaya dalam kerjaya sampingan sebagai tukang tilik. Apa yang bakal terjadi seterusnya, akal direktor itu seperti mudah sahaja untuk dibaca. Namun si Tuan Direktor kali ni bukan lagi manusia, tetapi Tuhan. Yang jika mahu menjadikan sesuatu maka jadilah....
Drama TV itu tidak sesekali sama dengan sirinya di dunia.
Pertemuan kali ini, aku terlalu kerap berselisih dengan dirinya. Tubuhnya yang kecil, jalannya yang perlahan, tudung labuhnya yang kemas dan ringkas, semuanya masih aku ingat. Namun senyumannya masih belum berjaya aku dapatkan.
"eh izuan, meh la makan sekali..."
Stor belakang itu penuh dengan anak-anak gadis. Kadangkala, mereka berpotluck dengan hasil tangan masing-masing. Aku yang tiada meja di situ, sekadar singgah untuk meletakkan bahan-bahan PBS yang bertimbun-timbun.
"ha, mana satu cikgu buat?" aku sekadar meraikan. Sebagai orang baru, aku menggelarkan mereka "cikgu".
"cucuq udang ni saya yang bawa... Yang popia goreng tu sakinah yang buat.." guru UPSI itu melayan aku yang masih malu-malu. Ustazah bersejarah itu pula senyap sahaja. Terpaksa mengakui, kami berdua masih awkward antara satu sama lain.
Aku menjamah popia gulung tersedut. Satu lagi aku letakkan di atas tisu, segan mahu terus makan di situ bertemankan gadis-gadis yang sedang menjadi guru. Keseganan kepada wanita itu masih bersisa dalam diri. Entah bila akan hilang, wallahualam...
Menjelang senja, aku pulang kembali ke rumah sewa. Walaupun rumah itu punya tiga bilik, tiada satu pun yang "berani" untuk aku huni.. Ruang tamu di bahagian bawah rumah yang agak besar, sudah cukup menjadi tempat melepaskan lelah. Ruang rehat itu juga tempat aku meluah perasaan seorang diri. Berfikir, dan menekan papan kekunci yang sudang usang.
Ya Allah, mengapa Engkau pertemukan kami kembali?
Adakah penanda untuk sebuah usaha
Atau sekadar penyudah yang sia-sia
Jodoh itu urusanMu
Namun aku masih sangsi usahaku
Seperti mana aku percaya kepadaMu
Maka aku sentiasa yakin
acuan dan roda itu
Bergerak patuh tanpa ingkar
Menyusun yang terbaik
buat diriku.
Luahan yang aku sendiri bingung mahu memikirkannya.
Bersambung...
Ruang tamu yang dimuat dengan katil, rak buku dan meja study. Meja study tulah tempat makan, buang masa, menulis... hampir semuanya aku bawak ke kolej dan masih ada hingga kini.
Ruang solat merangkap ruang untuk tetamu. tetapi bersila jela.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment