Kalendar untuk bulan-bulan terakhir kami di maktab, terhias dengan aktiviti-aktiviti sempena bulan Ramadhan. Selaku bekas Syuib Muscom, aku kembali menyibukkan diri dengan ahli-ahli PAI(Persatuan Agama Islam) di surau IPGKPP. Sebaik sahaja selesai solat asar berjemaah, aku berseorangan menghidupkan dapur sementara menunggu senior-senior yang bertugas. Cuma kelucuan di negeri itu, senior-senior itu suka memanggil kami dengan panggilan abang dan kakak.
"Abang Izuan, nanti tolonglah bagi tazkirah antara terawikh eh..."
Setiap minggu dalam bulan mulia itu, aku beroleh peluang berkongsi ilmu yang sedikit. Tazkirah pendek seperti itu sangat suka aku isi dengan kisah-kisah ringan, yang mudah dihadam dan menghilangkan rasa mengantuk ahli-ahli majlisnya. Banyaknya pengisian berkisar tentang haiwan-haiwan yang Allah nukilkan dalam Alquran.
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
Ketua semut itu berkata tentang manusia, yang menjadi pembunuh tanpa sedar. Siapa? Kitalah..."Siapa sini yang pernah menangis lepas bunuh semut?... Ya Allah, maafkan aku atas pembunuhan ini... Ada?"
"kenapa kita tidak pernah rasa bersalah bunuh seekor semut?"
Kadang-kadang, terdengar gelakan kuat di sebalik tabir yang memisahkan jemaah muslimin dan muslimat. Hingga aku mengagak, tazkirah-tazkirah aku itu tidak berjaya menginsafkan.
Tahun pertama di maktab yang berlalu singkat, sudah mula sampai pada pengakhirannya. Dilema mencari jodoh itu kembali. Masa suntuk dimaktab aku gunakan sebaik-baiknya mencari calon. Hilang malu yang kadangkala aku pula terasa jijik mahu mengingatinya. Hinggalah tamat belajar, tiada satu pun usaha yang membuahkan hasil.
"maaflah abang izuan... " jawapan dari pengurus baitulmuslim itu sudah menjadi lali untuk gegendang telinga.
"weyh, ko nak try tak muslimat ni? Isteri aku kata dia takde sapa-sapa lagi..." sahabat seusrah itu bertanya bagi pihak kenalan isterinya.
"macam ni la. ko bagitahu je teruih nama aku, tak yah taaruf-taaruf bagai.. Tengok respon dia macam mana.. Bukan dia tak kenal aku pun..." aku yang kerap menjadi MC program-program umum jemaah berlagak terkenal sebentar.
Selang beberapa hari...
"muslimat tu kata dia tak bersedia lagi. Dia tunggu kakak dia settle dulu..."
"hahaha... Kalau muslimin hensem mungkin dia sentiasa bersedia kot..." jawapan rasmi mereject itu sudah terlalu menyampah untuk aku dengar. Tiada lagi sedih yang hadir.
"pilus, nak tak seorang muslimat kelantan ni. Muda setahun dari ko..."
"aku tak nak orang kelantan weyh.. Aku tak sanggup nak hadap jem time balik raya nanti...."
kadang-kadang aku tak terlepas dari menyakitkan hati rakan-rakan. Hehe
Terengganu lagi jauh weyh....
Tempoh lapan bulan menganggur, kami disibukkan dengan interview dari SPP dan Bahagian Matrikulasi KPM. Di hujung tahun 2013, kami turut digembirakan dengan majlis konvokasi IPG yang berjaya aku raikan bersama keluarga di tanah air.
Saat temuduga SPP berlansung, setiap calon diberikan sehelai borang. Borang itu peluang kedua untuk kami memohon penempatan mengikut negeri. Aku yang sudah putus asa dengan pelbagai perkara, berhajat mahu berhijrah. Setelah berfikir panjang, aku menulis tempat yang tiada satu pun orang semenanjung mahu menghitamkannnya.
LABUAN...
March 2014, aku menerima surat arahan untuk melapor diri di JPN Pulau Pinang. Yang turut bersama dengan aku adalah wawa dan athirah untuk subjek matematik. Daerah mana, kampung mana, sekolah mana, tiada siapa diantara kami yang tahu. Kerahsiaan KPM itu, tiada siapapun antara kami yang mampu bersangka baik. Mana tidaknya, kami dibiarkan terpinga-pinga tanpa perancangan. Kepala pening memikirkan, entah dimana mahu merempat di hari pertama. Mahu mencari rumah, tapi di mana mahu mula?
Di pulau? Di Seberang? Di Utara Negeri, ke Selatan?
Sangkaan kami bertiga sudah pasti di utara negeri. Tempat letaknya matrikulasi yang kononnya menjadi destinasi kami sebaik sahaja habis tempoh transit. Paling tidak, mungkin kami akan di letakkan di seberang perai tengah.
Penyerahan "watikah" penempatan pagi itu, aku dikembalikan ke bumi tiga negeri. Barangkali Tuhan mahu mengingatkan kembali cintaNya dan cinta dia.
" maaf cikgu, sekolah ni guru matematik memang sudah penuh. Baru-baru ni pun kita dah dapat beberapa orang guru ganti..."
"guru math yang sedia ada pun terpaksa mengajar subjek lain.."
Penyelaras petang itu terkejut dengan kehadiran kami.
Aku dan Wawa sampai terus ke sekolah petang hari yang sama kami melapor di JPN. Secara jujur, hati aku sangat lega dengan kehadiran Wawa. Antara sebabnya, dia memang baik. Dua, sebab aku memang tak segan dengan dia. Tiga, dia memang tak berkira kalau aku mintak tolong.
"jadi, salah seorang dari cikgu kena mengajar di sesi petang..."
Sesi petang di sekolah itu, khas untuk pelajar tingkatan satu dan dua sahaja. Dengan erti lain, siapa yang beroleh kelas petang, pasti perlu menurunkan levelnya ke tahap yang lebih rendah. Aku yang kurang selesa bersetuju sahaja kerana Wawa selaku anak gadis lebih molek diletakkan di sesi pagi.
Mengharap ke seberang
Namun kini aku ke utara
Bermimpi di tengah
Kini aku belayar ke selatan
Layaknya di pagi hari
Ku tersesat ke petang yang dinginApa benar ini aturanMu Tuhan?
Keesokan harinya, aku kembali ke sekolah bagi memulakan tugas rasmi sebagai seorang guru. Pelbagai urusan yang perlu diselesaikan. Kepenatan kerana berulang dari pulau, aku masih perlu menyelesaikan urusan rumah sewa yang aku seorang sahaja penghuninya.
Hati yang masih belum tenang tiba-tiba dikejutkan...
"MashaAllah.."
Kejutan itu, benar-benar aturan dari Allah..
Kejutan itu, benar-benar aturan dari Allah..
Bersambung...
No comments:
Post a Comment