"Kamu betul ke tak nak orang terengganu tu?"... Sembang-sembang dengan mak di dapur mesti akan berakhir dengan topik kahwin.
"bukan tak nak mak...."
"Orang Terengganu" itu pernah mengisi cerpen hati. Segala mengenai dirinya menawan hati manusia. Watak, akhlak, adab, pertuturan, jenaka dan hatinya benar-benar sebuah gambaran keindahan gadis beragama. Namun, kami dari "logo" yang berbeza. Diri yang kononnya terbuka, terlupa masih ada EGO yang menebal dalam diri. Kegagalan menguruskan perbezaan kemudiaannya menimbulkan seribu satu tanda tanya. Terlampau banyak yang difikirkan hingga cerpen itu tergantung dan terus tergantung. Pengorbanan yang perlu diambilnya jika kami bersama, menyebabkan aku membuat keputusan besar dengan menulis PUTUS. Setiap kali aku curi-curi memandangnya, doa hati pasti mengiringi "mudah-mudahan Allah berikan teman terbaik buatmu, yang memahami perjuanganmu..."
Aku kosongkan hati, berhenti memikirkannya. Fokus dengan kerja membina kader-kader dakwah. Hingga entah dari mana, Allah munculkan seorang gadis pemalu yang membuka kembali carta hati.
"haa, nak lari mana tu..." aku menjerkah
Husna dan rakan-rakan sebenarnya sedang mencari "snack" di cafe D' pongsu. Aku yang baru keluar dari perpustakaan sekadar melintasi kafe tersebut menuju ke MyVi merah. Gadis pemalu yang berjalan bersama-sama Husna itu tiba-tiba menukar haluan sebaik sahaja ternampak aku. Takut-takut cikgunya ini menyakat lagi.
"tu, apehal tu?" aku memandang ke arah husna.
"hahaha, dia malu dengan cikgu la... Tu yang dia lari tu..." husna yang tergelak kecil menunjuk ke arah seorang gadis yang berjalan laju menjauhi tempat pertemuan kami.
"ya Allah budak sorang ni..." aku sekadar menggelengkan kepala.
Malunya itu lucu. Kelucuan yang menghiburkan hati. Namun, itulah hiburan yang menjaganya dari fitnah dunia akhir zaman. Dunia yang dipenuhi makhluk tanpa malu. Hingga tanpa segan silu mempamerkan kebodohan yang memalukan.
Jahiliyah yang menakutkan.
"susah sekarang ni.. Yang pakai tudung pun bukan boleh pakai sangat. budak sekolah agama pun aku tengok ntah apa-apa ntah...." Sogeh yang dikurniakan seorang bayi perempuan meluahkan kerisauan. Risau si ayah yang suatu hari nanti bakal melepaskan anak gadisnya ke dunia luar.
Mendengar perkongsian Pak Zam mengenai realiti budak-budak sekolah hari ini, menyebabkan aku hanya mampu mengangguk. Aku sendiri menjadi saksi alam "transit" mereka dari sekolah ke universiti. Kejadian si tudung memeluk abang Kpop yang viral tahun lepas bukan kerana tiada didikan agama. Sistem pendidikan kita sudah menyumbatkan seribu satu hukum agama untuk mereka. Tetapi ilmu agama itu keciciran sesuatu. Seperti mana ahli "logo" yang menerima tarbiyah, tetapi keciciran akhlak.
"Untuk kita yang kurang ilmu agama ni, tanamkan saja sifat malu dulu kat anak-anak.... InshaAllah, malu tu akan jaga mereka sampai bila-bila..." hanya itu pesan yang mampu aku kongsikan. Kerana aku menyaksikan betapa hebatnya student-student yang pemalu. Kami yang tidak lahir dari sekolah agama mungkin kurang mampu berhujah dengan agama. Hanya malu yang berbekal sedikit dalam diri. Senakal-nakal aku, sogeh malah sopek sekalipun, malu kami menghalang kami buat benda-benda tidak senonoh. Contoh:
.Ini kita panggil "malu-malu sopek"
Sudah terlampau lama berteka-teki. Sudah terlampau lama juga bermadah dalam bicara. Yang mencelah adalah sang was-was. Yang selalu menjadi racun dalam ibadah dan kebaikan manusia. Mudah-mudahan dipermudahkan...
Maka tergantunglah kisah ini.
Kalau diterima, maka bersambunglah... Jeng3x
..............................................
Nota buku: Sedang membelek-belek dan menghabiskan dua buku ini. Mukjizat shahih tu aku letak di meja pejabat dan baca bila tengah lapang. memang tebal. Buku Pak subky ini pula aku rembat sebab tertarik dengan "pandangan" beliau mengenai ribut yang sedang melanda jemaah. Seorang lagi penulis yang aku tertarik ialah fathi aris omar. Tapi tak jumpa bukunya.
Diari hari ini
Berlansung sambutan raya peringkat kolej. Banyak bekas pelajar yang hadir. Si ainun dan rakan-rakan datang menziarah. Dengan spontannya aku bertanya.
"Awek saya mana?"
Ingatkan takde. Tiba-tiba nampak gadis cantik berbaju biru. Pandai hangpa sorokkan dia ye..
Okeh.. Kenyang hati..
Sekian dari Syuib0809.
pehh cikguu pehh!
ReplyDeleteHahahahahaah ckguu..ckguu.. sy doakan yg terbaik kaayyy
ReplyDeleteapesal pulak tak bleh kalau tak sama 'logo' cikgu? sama je kan tujuan akhir nye? hmmm
ReplyDeleteCheck your email please.
ReplyDeleteBerbeza "logo"..hmm
ReplyDelete