Keluar dari rumah tanpa bekalan internet, maka aku meninggalkan alam maya sepanjang empat hari beraya kali ini. Post ini adalah catatan beberapa perkara yang berlaku sepanjang empat hari "beraya".
Kematian tidak dijangka.
Bangun pagi raya, aku mencapai handset untuk melihat jam. Iphone yang sudah dicharge, tiba-tiba gelap gulita tanpa cahaya. Macam-macam cara aku cuba nak bagi hidup, namun tidak berhasil. Terlampau banyak mesej yang dirancang untuk dihantar di pagi raya, tetapi Allah tak izinkan. Nak cari henset baru, mana plak nak cari pagi2 raya ni. So, bukan setakat internet je aku terputus, sms pun tak boleh nak diterbangkan. Berazam nak hantaq sms kat "buah hati", apakan daya... Kah3x. Banyak la kau punya buah hati.
Pinjam telefon nokia adik perempuan aku, tetapi agak pelik sebab phone tu pakai dua sim. Call yang masuk semuanya tak dapat detected dan menjadi sms. So, kalau ada sape2 call tu teman mintak maap zahir batin la ye. Ditambah lagi, habis nombor contact yang baru2 semua hilang. Mohon mesej bgtau nama eh.
Solat Raya yang Hilang...
Cadangan awalnya mahu solat di masjid berdekatan yang bermula pukul 9.00 pagi. Entah tiba-tiba abah ajak pergi masjid Kg Bahagia yang solat rayanya bermula jam 8.30 pagi. Akibatnya, orang sudah penuh dan aku mencari2 ruang kosong yang sangat-sangat terhad. Aku yang hadir solat subuh berjemaah pagi raya beberapa jam lalu tidak pernah "terkejut" dengan bilangan manusia yang 10 kali ganda lebih ramai untuk solat sunat ini. Teringat kepada kisah "giler":
Suatu hari dalam sebuah kampung, ada seorang lelaki tiba-tiba melaungkan azan pada pukul 10.30 pagi. Orang-orang kampung yang terkejut mendengar azan tersebut terus berlari menuju ke masjid untuk melihat siapalah yang buat kerja gila ni. Kelihatan si Atan, budak nakal belasan tahun yang baru selesai melaungkan LaaIlahaillallah... Dalam puluhan orang kampung yang berkumpul, tiba-tiba pak mail menjerit,
"Woi Atan, mana ada orang azan waktu ni. Kalau hang nak azan sangat, hang pi lah azan waktu zohor nanti. Giler ke apa hang ni?"
Orang kampung yang melihat si Atan berbisik sesama mereka "dah gila kot budak ni..."
Si Atan yang songkoknya senget sedikit pun berteriak "subuh tadi, Pak Din azan betui,tepat plak waktunya, tapi tiga je orang kampung yang mai. Yang ni Atan azan salah, punyalah ramai orang kampung mai, siapa yang gila sekarang?"
............
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Sebelum solat raya, imam membaca kembali panduan-panduan menunaikan solat hari raya yang akan bermula dengan 7 takbir. Entah kenapa, sebaik sahaja takbir pertama, tok imam teruih baca Alfatihah. Aku yang konfius berbisik pada hati " tok imam ni ikut mazhab lain ke apa.." habis baca surah tiba2 tok imam terus sujud. Lupalah gamaknya. Benar kata orang "telinga kita menjadi telinga yang paling jauh dengan mulut sendiri, bila yang kita tuturkan bukanlah untuk ingatan diri kita, tetapi sekadar sibuk untuk memperbaiki kesilapan orang lain.."
Muhasabah Ramadhan.
Ramadhan kali ini, aku gagal mengkhatamkan quran. Matlamat 1 juzuk 1 hari terbantut akibat demam dan keletihan. 5 juzuk yang masih tergendala. Lemah betul iman.
Sepanjang Ramadhan, aku berterawikh di empat buah tempat yang berbeza. Kalau iman kuat, aku gi masjid pajak song. Kalau penat dan nak habis awal, aku gi surau taman sri serdang. Kalau hati berniat nak dengar tazkirah ramadhan, masjid permatang buluh memang thorbaik. Surau kmpp, dua kali je aku pergi. Banyaknya kat surau sri serdang je.. Kahkahkah.
Ramadhan adalah bulan yang "mudah" untuk membuat sebarang keputusan. Syaitan yang dibelenggu, maka Allah permudahkan bagi manusia mengenali diri, menganalisis dengan iman dan nafsu yang kehilangan ahli mesyuarat ketiganya, si Syaitan. Maka, mampukah kita mengekalkan keputusan yang diambil ketika Ramadhan, atau kita berubah fikiran di bulan berikutnya dek kerana penyakit was-was yang ditiupkan oleh "mereka"?
“إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين” رواه البخاري ومسلم واللفظ له
“Jika telah datang bulan Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan setan-setan dibelenggu” [Muttafaqun ‘alaihi]
Makanan si Ikhlas.
Beraya di Melaka, memang ada beberapa rumah yang menjadi "wajip" untuk kami kunjungi. Kebanyakannya kawan-kawan nenek yang sudah menjadi "saudara" kami. Orang-orang tua yang suci tanpa gadjet, melayan tetamu dengan begitu sempurna. Banyak je rumah yang sediakan makanan mahal2, tetapi rumah Neklong batang tiga ni paling aku selera. NekLong yang tinggal kat rumah dengan suami, bertungkus lumus masak makan tengah hari untuk kami. Anak-anak dia pergi keluar beraya. Lauknya hanya Asam pedas, sambal ikan bilis, sayur campur dengan telur dadar. Tapi "heaven"nya, hanya Allah yang tahu. Hebatkan?
Rimas melihat generasi yang beraya dengan smartphone di tangan. Bukan orang muda je, orang tua(lingkungan 50) pun sama ja. Rumah nenek aku yang tak putus-putus menerima tetamu, aku tiba-tiba menjadi tukang masak di dapur. Dengan hanya berkain pelikat dan berTshirt, menyiapkan sup ayam satu periuk besar(3 ekor ayam). Tapi bab kemasinan, nenek aku yang tukang adjust. Licin sup nya. So, kira ikhlas lah kot. Hahaha. Riak kejap.
Melihat drama-drama televisyen yang asyik ada edisi "raya", aku tetiba rasa nak menulis "StudentKu SI Pemalu edisi Raya".. Haha. Tengah menyiapkan rangka. InsyaAllah, lepas kursus kahwin weekend depan aku post. Selamat Hari Raya!
Bersama keluarga Paklong Amir. Matlamat lepas raya, jogging. Puiihh!
No comments:
Post a Comment