Monday, 13 July 2015

Logo vs Islam

Bismillah

"Hah, semalam saya nampak kamu kat DK2, kamu memang dah lama masuk kelab tu ke?"

"Aah cikgu, dari MRSM lagi"

"Yang jadi imam maghrib tu, kawan kamu kat mana?"

"Owh, yang itu, kami usrah sekali waktu sekolah dulu. Dia MRSM Transkrian..."

Perbualan yang terhasil kerana sebuah kejutan. Aku yang saja pusing kolej petang rabu, tiba-tiba tertarik dengan aktiviti yang dilakukan di Dewan Kuliah 2. Kelihatan juga di Cafe D, beberapa orang lelaki sedang menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Kelab "dakwah" itu pada mulanya mahu mengadakan iftar di surau. Aku mencadangkan supaya mereka melebihkan makanan agar tidak eksklusif kepada ahli kelab, tetapi kepada sesiapa saja(pelajar) yang hadir berbuka di surau. Aku dan pelajar-pelajar ANC sendiri volunteer menyediakan air dan buah. Dan aku memang bercadang nak buat air special untuk malam iftar tersebut.

Tidak pasti mengapa, mereka mengasingkan iftar tersebut dari surau. Sangkaan-sangkaan negatif cuba aku mansuhkan dari hati. Namun mahu atau tidak, hati aku sedikit kecewa dengan tindakan tersebut.

Sudah lama aku mengenali mereka.
Sejak dari kolej lagi.
Dan itulah mereka.

Kalah sembunyi.

"Susah lah macam ni. Macam-macam program kita buat, tapi tak boleh nak bagitahu siapa kita. Diorang tu semua orang tahu. Senang la diorang nak tarik orang join diorang".. aku merengek seperti budak kecik. Naqib aku yang berkulit hitam manis tenang je mendengar.

"Kalau macam ni, memang sampai bila lah kita lagi sikit dari diorang"..

Pakai putih, memang terserlah hitam manisnya

Rengekan itu kerana aku tidak puas hati. Pelbagai program dakwah yang kami usahakan, begitu banyak duit yang dilaburkan. Belum dikira lagi masa yang terluang untuk menjayakannya. Tetapi orang ramai tidak "mengenali" siapa kami. Ketika itu, kami begitu terikat dengan kerahsiaan, yang boleh dipamerkan hanyalah "hasil dakwah". Orang luar sering pelik dengan kami. Kenapa orang yang nampak "beragama" seperti kami tidak menyertai kumpulan-kumpulan yang masing2 bermula dengan I. Belum dikira lagi fitnah yang entah datang dari mana. Akibatnya, kumpulan2 I yang kerap mempromosikan siapa mereka menerima ahli-ahli baru dengan begitu mudah sekali. Kami? Hanya kami yang tahu siapa kami.

Beberapa orang yang kelihatan bersama-sama kami, kerap disisihkan kumpulan-kumpulan I tersebut. Sedangkan "mereka" bukan kami, hanya "dituduh" bersama-sama kami.

Pulang ke Malaysia, aku terperasan banyaknya program dakwah di Masjid-masjid yang tidak bernama. Mengenali orang-orang di belakang tabir, aku akhirnya sedar, betapa besarnya hikmah menzahirkan kerja dakwah tanpa "logo".

Logo vs Islam.

Tahun itu, aku terkejut dengan berita dari misi MOS. Kumpulan-kumpulan misi bantuan dari Malaysia "berebut" untuk menjadi jurucakap bagi mewakili negara. Walaupun mengarut, kejutan itu sudah boleh dijangka mengapa.


Mereka paling menyerlah memperjuangkan isu palestin. Wakil-wakil palestin ditaja mereka untuk menerangkan situasi semasa palestin pada rakyat Malaysia. Mereka paling "mirip" Ikhwanul Muslimin Mesir. Program-program mereka selalu dihadiri wakil-wakil IM. Tarbiyah mereka semua ambil dari IM dan Jamaat Islami. Seronok tengok program-program mereka. Aktif dengan Daurah, ada jaulah, ada tamrin, Mukhayyam, macam-macam lgi. Bestnya...

Naqib aku tersenyum je dengar pujian aku pada mereka. Budak "baru" seperti aku memang suka membandingkan kumpulan-kumpulan. Tahun berikutnya, aku menyedari kenapa adanya istilah "mereka". Semua program yang mereka lakukan, sentiasa ada "imej" mereka. Logo ynang terselit dalam setiap usrah, tamrin, program, jamuan, semuanya menjadi "lambang" betapa aktifnya mereka. Hinggakan program-program umum badan lain yang mendapat bantuan mereka pun perlu mempamerkan "logo" mereka. Terdetik dalam hati, "ini penyakit..."


Mempromosikan  "logo" kita yang paling Islam, sedikit sebanyak membelakangkan kita adalah Islam.



Berlapang Dada.

"await plak nak pergi program diorang?".. Aku merengek lagi. Darah muda la katakan.

Naqib aku ajak kami semua memeriahkan program mereka. Menjalin ukhwah dengan mereka, walaupun kelihatan sebilangan kecil yang tidak begitu meraikan kami. Aku selalu sedih, kenapa kumpulan-kumpulan yang melalui proses tarbiyah boleh memalingkan muka antara satu sama lain. Kemuncak pada kesedihan ini ialah bila pelajar-pelajar baru datang, dan masing-masing berebut mahu meraikannya. Ada yang siap "dilarikan" lagi. Lawak. Naqib aku sudah melaluinya beberapa tahun.

Aku dan mereka sangat rapat. Tidak keterlaluan mengatakan, aku "membesar" bersama mereka. Semua program umum mereka aku usahakan untuk sertai. Malah beberapa kali menjadi Ajk luaran, yang mana mereka sudah punya AjK "dalaman" sendiri". Kadang-kala terasa seperti aku mempromosikan mereka kerana aku sendiri cuba memeriahkan "logo" mereka. Walaupun selalu saja hati terguris bila mereka "menyorokkan" aktiviti umum mereka supaya aku tidak rapat dengan mad'u mereka. Entah kenapa, aku masih sudi membantu mereka. Hingga sekarang.


Dikurniakan dua naqib dari kumpulan berbeza menyebabkan aku menjadi lebih terbuka. Bayangkan yang duk terkongkong dengan geng sendiri.

Diam itu Tarbiyah.

Diam naqib aku itu mengajar seribu satu ilmu hati. Membiasakan diri bahawa kerja Islam yang dibuat itu adalah untuk mempromosikan Islam, bukan "logo" kumpulan Islam. Bergerak tanpa "logo" itu, meluaskan kerjasama kita dengan sesiapa sahaja, malah kerja itu tidak dirosakkan dengan niat mahu mempamerkan siapa kita.

Aku seronok melihat anak-anak ANC. Tanpa apa-apa bajet, mereka mengusahakan iftar secara besar-besaran baru-baru ini. Aku yang hanya memandu, mengulangi nasihat hampir sama yang pernah aku berikan kepada kelab "dakwah" beberapa minggu lalu, "niatkan sahaja nak bagi semua orang yang datang surau makan, kamu akan nampak entah dari mana rezeki Allah datang.."

Dahsyat, mereka benar-benar percaya. Menu yang sepatutnya hanyalah murtabak tiba-tiba dihujani sumbangan sehingga empat jenis lauk(sup ayam, kentang masak merah, teluk masak kicap, sosej pedas) dan makanan sampingan. Menariknya, hampir semua AJK ANC tidak "berbuka" kerana mengutamakan tetamu-tetamu surau. Hingga makanan sudah habis, mereka masih belum menjamah apa-apa. Anak-anak itu masih suci, tidak ber"korban" kerana logo mereka. Aku tidak risau mereka kelaparan, kerana aku tahu mereka sudah kenyang dengan sesuatu.

Senyuman dalam kepenatan mereka menenangkan mata yang melihat. Mereka benar-benar memperolehinya. Jam 10.50 malam, aku duduk bersama mereka yang baru berbuka dengan nasi bujang.

Percayalah, mudah-mudahan  kalian beroleh tarbiyah yang sebenar.

Sekian tazkirah dari abang Gorilla.


Sekian dari syuib0809.

3 comments:

  1. Serendah-rendah ukhuwah itu ialah berlapang dada. Nilai ukhuwah bukan antara sahabat sahaja, malah antara jamaah juga. Jika ada keraguan yang ingin tahu, lebih baik bertanya dari membuat anggapan negatif. Merasakan jamaah kita sahaja yang betul seolah-olah baru semalam memasuki "bidang" ini. Seolah-olah baru menjadi adik2 yang baru mengenali dakwah dan tarbiah. Berbicaralah sebagai ahli dakwah yang matang.

    ReplyDelete
  2. Hmmm, takde plak "merasakan" jemaah sendiri betul. Siap puji lagi jemaah lain. Mohon tunjuk pointnya. Post ini mengajak semua kumpulan kurang mempromosikan "logo", agar bertambah lapang di dada. Dan satu jemaah pun tak disebut dalam ni. And dah terang2 cakap, berbangga ada naqib dari jemaah lain. Mohon buang mindset "post ni nak hentam kami".

    ReplyDelete
  3. Terbaik. Harus lapang dada sewaktu membaca entry ni. -Berfikir mesti di luar kotak-

    ReplyDelete