Thursday, 23 July 2015

Studentku Si Pemalu RAYA... Bhgn 1

Bismillah.

"Await susah beno nak nampak budak perempuan batch kita kat mana-mana kenduri eh?"

"Sebab kau lah....." Yenna yang sarat mengandung 9 bulan  "menuding jari" kembali pada aku. Mungkin kerana aku diantara penggerak sentimen anti-perempuan dalam batch kot. Aduih.

Raya kali ni, kami tidak mampu buat reunion besar-besaran. Masing-masing sudah punya urusan keluarga. Selain raya, reunion kecil-kecilan biasanya berlansung di majlis walimah rakan-rakan. Sejujurnya, sukar untuk melihat kelibat rakan-rakan perempuan batch 19th di majlis-majlis tersebut.


Kisah cinta Bayern menjadi topik hangat di setiap rumah yang kami datang beraya. Pertemuan jodoh di majlis persandingan sahabat semesti, kisah Bayern berjaya mengejutkan rakan-rakan terdekat. Pertemuan yang dipanjangkan dengan sembang-sembang di whatsapp, hingga akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak merestui untuk ke jinjang pelamin. Aku yang setia mendengar tiba-tiba sahaja berbual dalam hati... "Patut la aku susah nak ngorat anak dara orang, sebab aku takdak whatsapp kot..."

Penjara hati.

Tulis....

Padam.....

Tulis.....

Simpan....

Entah apa yang begitu menakutkan untuk menghantar sebuah mesej padanya. Semua mesej yang ditulis tidak dapat dikirimkan. Menjadi "pengecut" dengan student sendiri. Pernah dulu, aku adakan kelas tambahan untuk gadis pemalu itu dan rakan-rakannya. Selepas beberapa jam, tiba giliran anak-anak usrah pula memenuhi ruang belakang dewan kuliah tersebut. Gadis pemalu itu masuk semula ke dalam dewan selepas keluar berehat. Terperasan Amirin, Ikmal dan geng-geng mereka yang "gatal islamik" memandang gadis bertudung labuh tersebut. Dengan selambanya terhembur jeritan

"Ha, Hangpa tengok apa? Tu awek saya tu. Berani ngorat, siap hangpa..." Hajar dan Najwa yang sudah membuka plastik aiskrim tersenyum mendengar amaran aku. Widad? Macam biasalah muka dia.

Keberanian berkata-kata seperti itu hilang entah ke mana. Memberanikan diri, aku menekan-nekan skrin Iphone di malam terakhir Ramadhan..


"Selamat Hari Raya F****. Buat kuih raya jangan manis-manis ye. sebab F**** dah cukup manis dah bagi saya"

KahKahKah... Kalau Nawal baca boleh kena bahan sampai masuk kubur ni.. Padam

"Selamat Hari Raya F****. Raya Tahun ni ada buat rumah terbuka? Kalau buat, Saya nak datang buka pintu(hati) awak"

Kau buang tabiat ke apa ni.... Padam

"Selamat Hari Raya F****. Maaf sebab saya termengorat kamu... Kalau kamu maafkan, nanti saya sambung ngorat lagi eh.."  OMG...  Padam.

"Selamat Hari Raya. Kirim salam kat mak eh...." okeh, esok la aku hantar... Bukannya tiada kredit untuk menghantar mesej tersebut. Tetapi rantai yang mengunci hati seolah-olah menghalang jari dari menekan butang send.

Di saat Takbir Raya berkumandang keesokan harinya. Iphone tersebut pun menemui ajalnya...

Alhamdulillah...


"Raya nanti, cikgu mailah beraya rumah mak cik"

"eh, boleh ke?"

"boleh... Tapi cikgu bawaklah kawan cikgu sekali... Bukan apa, senang nanti mak cik nak habaq kat mak makcik.."

Hmmmm....

Part "kawan" nilah yang paling susah sekali. Bukan tidak ada kawan. Tetapi kawan-kawan yang ada semuanya jauh dari kawasan utara. Mahu ajak si Aiman, kacak sangat. Tak pasal-pasal keluarga gadis pemalu itu beralih "calon" pula. Menyedari aku belajar bersama orang-orang "high class", kehidupan mereka kebanyakkannya bersambung di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Mengikuti perkembangan rakan-rakan lama satu kolej pun sudah cukup "menakutkan". Diri yang berazam mahu jadi orang biasa-biasa, menjarakkan diri dengan  rakan-rakan yang sedikit demi sedikit menjadi semakin luar biasa. Bertemu mereka, menyebabkan aku selalu berasa tidak cukup. Kerana itu, aku lebih senang dikelilingi sawah, berpakaian seperti orang-orang kampung, berbual dengan orang yang kaya hati berbanding harta. Bersama orang-orang miskin yang meluaskan definisi rezeki dalam diri.

"InsyaAllah mak cik...". Aku memberi janji yang belum pasti mampu ditunaikan...

عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ قَالَ: أَوْصَانِيْ خَلِيْلِي بِسَبْعٍ : بِحُبِّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنْ أَدْنُوَ مِنْهُمْ، وَأَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلُ مِنِّي وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوقِيْ، وَأَنْ أَصِلَ رَحِمِيْ وَإِنْ جَفَانِيْ، وَأَنْ أُكْثِرَ مِنْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، وَأَنْ أَتَكَلَّمَ بِمُرِّ الْحَقِّ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ فِي اللهِ لَوْمَةُ لاَئِمٍ، وَأَنْ لاَ أَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا.


Dari Abu Dzar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) Shallallahu 'alaihi wa sallam berwasiat kepadaku dengan tujuh hal: (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, (2) beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku, (3) beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahmiku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku, (4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah), (5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit, (6) beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan (7) beliau melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia”.

Bersambung.....



Mereka orang-orang hebat. Bayern(Australia), Papa(N. Zealand), Sogeh(pengurus ladang), Aisa(Jepun). Rezeki Sogeh melimpah ruah dan dialah paling stabil antara kami. Dan aku suka lihat style dia. Bila berbual "serius" dengan dia, nampak dia memang sangat matang. Kalau gambar ni ditangkap semula tahun hadapan, Yehna(ungu) akan pegang baby, depan bayern akan diisi dengan budak 5ST. Depan aku je yang tak komfirm lagi. haha.

Sekian dari Syuib0809

6 comments:

  1. Selamat hari raya maaf zahir batin. Awat iphone hang rosak ka? Tu la ketegaq org dok suruh buat wasap takmau. Dah try tekan power button ngan butang bulat tu serentak? Selalu kalau iphone x bulih on, buat camtu jadi. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape faedahnya ada wasap kalau phonenya udah rosak. Selamat hari raya.

      Delete
  2. eeeee #rayapickupline cikgu ntah hape hape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya manala reti bende2 macam ni. Saya budak baik. Nay? Bukan nhy ke?

      Delete
    2. nawal aqilah ah cikgu.maleh nak tulis pepanjang.

      tapi crius geli geli je rayapickupline cikgu.yekkk hahahahahah

      Delete
  3. Hahahahaha nama saya kena seru pulak kat sini ek. Hahahahaahah teruskan ckgu, saya dh agak ckgu mesti tulis, padam, tulis, padam.
    sabar ye ckgu. Pii laahh kedah nunnnn haha

    ReplyDelete