Ramadhan yang sudah melepasi separuh masa kedua.
Membelek-belek post mengenai Ramadhan pada tahun-tahun sebelum ini, perasaan rindu begitu membuak-buak. Terutamanya Ramadhan 2011 yang begitu memberi kesan kepada paradigma terhadap erti puasa. Kenangan-kenangan yang difikir tidak perlu untuk dinukilkan, rupa-rupanya menjadi diari yang begitu bermakna. Kerana itu, aku perlu juga menulis.
Demam Ramadhan.
Ramadhan yang terlampau simple. Kalau tahun lepas, aku ada Azman dan Shah untuk menemani kesunyian berbuka, namun tahun ini aku hanya berkeseorangan. Menanam azam untuk miskin dengan juadah berbuka, aku biasanya berbuka dengan 2,3 juadah sahaja. Satu lauk yang dibeli di cafe, dan satu lagi biasanya lauk yang aku reka sendiri. Tidak pasti apa penyakit yang menimpa diri, tangan sentiasa gatal nak memegang senduk dan kuali. Tidak begitu yakin dengan masakan luar, maka memasak menjadi satu kepastian walaupun dalam kepenatan.
Pulang dari pejabat sekitar waktu asar, aku sememangnya lelah. Menguruskan beberapa urusan surau hampir setiap petang, aku biasanya mula mengupas bawang jam 6.15 petang. Masakan feberet setakat ini ialah kue tiaw goreng dan nasi ayam. Dah penat-penat masak, lepas tu makan sorang2. Sodih.
Kemuncak "kesunyian" berpuasa ialah bila tiba-tiba dilanda demam, selsema dan batuk. Bayangkan, dah lah penat kerja, demam plak tu, lepas tu takde sorang pun ada kat sekeliling untuk jaga. Perghh, memang hati kental aku ni. Berbaring sepanjang hari, dan ke Bazaar sebab dah tak lalu nak masak. Setakat ni baru 3 kali meluangkan masa di Bazaar. Secara jujurnya, nafsu Ramadhan kali ini tidak banyak tertumpu kepada makanan/menu berbuka. Alhamdulillah.
Nafsu Menghias.
Ramadhan ini, duit banyak dihabiskan menghias ruang tamu. Terasa feminin sebentar, aku "excited" melihat hiasan ruang tamu yang begitu menarik di alam maya. Maka beberapa minggu ini, banyak menghabiskan masa survey harga sofa, karpet, design wallpaper, rak dinding dan lampu tinggi. Dalam fasa yang pertama, hanya sofa, wallpaper dan langsir baru yang berjaya dicapai. Masih tak begitu puas hati melihat hasilnya. hmmm.
Beberapa bulan yang lalu. Aku yang tengok pun rimas.
Paling latest. Langsir mak bagi. Nak cat dinding, rumah kerajaan. So wallpaper boleh tanggal ni jelah bubuh dulu.
Ihya' Ramadhan.
Tahun ini, mengusahakan budaya baru di bulan ramadhan. Surau AnNur yang kerap sunyi ketika maghrib, cuba untuk dimeriahkan. Oleh kerana bajet yang begitu terhad, aku mencadangkan agar diusahakan penyediaan air manis sejuk, kurma dan juga buah-buahan untuk para pelajar berbuka di surau. Tujuannya mudah, agak ibadah berbuka itu tidak melupakan kita kepada ibadah solat yang sebaiknya dilakukan berjemaah. Juga meringkan beban pelajar yang masih belum menerima elaun. Hari pertama, aku hanya berbuka dengan air manis dan sepotong kek kerana terlalu sibuk menguruskan projek tersebut. Sumbangan dari beberapa orang pensyarah matematik begitu menggembirakan.
Masuk minggu yang ketiga ini, bajet yang ada terasa begitu sempit. Apatah lagi kerana pengurusan dananya dilakukan seorang diri. Sekali lagi terasa bankrap. Namun Tuhan sentiasa ada untuk orang yang percaya. Satu demi satu sumbangan tidak bernama hadir memberikan senyuman kepada hati yang dek kerisauan sama ada mahu meneruskan atau tidak.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”
(HR. At Tirmidzi,
Puasa Cinta.
Kesibukan dan kepenatan menyebabkan aku terlupa akan benda ini.
Mengfokuskan diri pada bulan yang cintaNya lebih perlu diraih.
Aku sendiri tidak pasti apa yang aku nantikan
Sebuah jawapan yang tersepit antara ya dan tidak.
Ada masaya, kebisuan adalah jalan cerita paling kompleks dalam dunia.
5ST(2006) bakal menerima pasangan sekelas. Eh, bukan aku..
Dapat perkhabaran dari sahabat satu sekolah/kelas.
Dari SEMESTI mereka membesar, dengan budak SEMESTI jugak mereka bersama. HAhaha
Jodoh memang sesuatu yang pelik. Tahniah.
Kamera rosak. Pasal tu gambar jadi macam belang-belang. Makin bulat, habis puasa inshaAllah kembali ke gelanggang.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment