Saturday, 20 June 2015

Keutamaan

Bismillah

"Ingat, study ialah fokus kita yang paling utama. Tapi kerja dakwah bukan nombor dua..."

Kata-kata itu begitu menyuntik semangat. Sebagai orang yang baru menyertai pasukan dakwah, aku hanya mendengar dengan patuh. Muslimat yang membesar dalam sekolah agama itu memang terkenal dengan kemahiran berbahas dan pengalaman berBADA sebelum ini. Bicara prioriti, ahli motivasi begitu bijak mengukilnya. 

Study vs Dakwah.

Sebagai SYUIB, aku perlu memastikan sentiasa ada pengisian antara maghrib dan isyak. Selain hari khamis yang diberikan kepada syu'bah usrah(Syurah), hari-hari lain banyak diisi dengan ceramah/tazkirah dari tenaga pengajar kolej tersebut. Tahun pertama menguruskan, kebanyakan pendengarnya ialah para senior yang sanggup membawa nota ringkas mereka untuk meluangkan masa di surau. Tahun kedua, pengisian yang diaturkan hanya menerima kunjungan "belasan" pelajar. Kehilangan senior yang dirasai, hati terasa pedih bila ahli Badan Dakwah dan bekas Budak2 Sekolah Agama sendiri tidak sudi mengunjungi "Taman-taman Syurga". Memenuhi keperluan belajar, Pusat Sumber(Resouce Center) yang hanya beroperasi sehingga pukul 10 malam menjadi "alasan" utama ketidakhadiran mereka.

Membina PRINSIP, maka aku kongsikan dengan hati:

"Orang yang lapangkan masa untuk Allah, maka Allah akan lapangkan masa untuk dia. Kelapangan itu bukan dengan panjangnya masa, tetapi berkatnya masa sedikit yang kita ada. Kerana pemilik masa adalah Allah, yang mudah baginya menjadikan masa sedikit terisi dengan seribu manfaat. Orang yang percaya, FAHAMnya akan banyak, sedangkan MASAnya sedikit. Untuk yang tidak, MASAnya banyak, FAHAMnya pula sedikit."

Mereka yang baru pulang dari pusat sumber, "berehat-rehat" di cafe sehingga jam 11.

Realiti yang menakutkan.

Sembang-sembang sesama muslimin di penjuru kanan surau selalu menghasilkan buah-buahan dakwah yang menarik. Peperiksaan AS(tahun satu A Level) yang bakal berlansung sebulan lagi, menyebabkan aktiviti dakwah diperlahankan sebentar. Namun begitu, keadaan selepas exam pula sudah pasti akan menjadi selapang-lapangnya. Kerja yang teratur, mahu atau tidak kami perlu merancang sekurang-kurangnya sebulan lebih awal sebelum sebuah program dilaksanakan. Cuan yang bersemangat, melantik diri sendiri sebagai pengarah program. Dan kami yang muslimin ber"baiah" untuk setia membantunya.

Namun...

Berita menakutkan tersebar. Ramai senior muslimat dari badan dakwah sebelum ini yang tidak dapat fly. Bayangkan selepas dua tahun di"momok"kan dengan keseronokan ke luar negara, angan-angan itu musnah begitu sahaja. Muslimat BADA yang kegerunan mendengar berita tersebut, membuat keputusan "menarik diri" daripada program anak yatim yang dijadualkan berlansung selepas exam. Hanya tiga orang muslimat yang sudi membantu. Motivasi dakwah yang dilaungkan di awal sesi hanyaah retorik mulut. Keutamaan yang sepatutnya mengurangkan sesuatu, bertukar menjadi sebuah pemansuhan. Hentikan dakwah untuk study. Gulpp!!!

Study vs Couple.

Belajar dan Bercinta(belum bernikah) bukan sebuah perbandingan keutamaan. Tetapi sebuah pertembungan antara yang hak dan yang batil. Badan-badan dakwah men"zahir"kan kelemahan bercouple ke atas pencapaian akademik, agar remaja-remaja yang tiada neraca pahaladosa dalam diri mampu menerima alasan "Logik" tersebut. Jika syurga dan neraka tidak mampu menakutkan mereka, maka kesan buruk "couple" yang mengganggu study ditonjolkan, agak anak-anak remaja yang "gian" dapat menahan diri daripada menghampiri zina tersebut.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Oleh yang demikian, poster-poster, gambar-gambar yang meletakkan "prioriti study" sebagai alasan untuk tidak bercouple sepatutnya jarang memberi kesan kepada orang yang beriman. Kerana orang beriman sudah ada perhitungan syurga neraka, dosa pahala, yang menyebabkan mereka tidak berani mendekati zina. Hakikatnya, tiada pertimbangan keutamaan antara study dan bercouple. Pilihan yang ada hanyalah study, dan silalah tinggalkan bercouple.


Kahwin vs study?

Persoalan yang aku tidak pernah ber"eksperimen" mengenainya. Namun persoalan yang aku suka fikirkan ialah,

Kalaulah study menghalang manusia normal mendirikan rumah tangga, pelajar PHD ialah orang yang paling tidak layak berkahwin. Kesibukan dan kesukaran mengikuti PHD 5 kali ganda lebih teruk daripada Ijazah pertama yang diambil. Sedangkan anak-anak muda yang masih "bersarjana muda" sibuk dengan wayang, makan malam, mendaki bukit, melancong ke korea, dan berNGO.

Sempat menyelak "journal" ringkas dari Cornell University(2005) bertajuk Marriage and Graduate Student Outcomes. Menarik, data menunjukkan mereka yang sudah berkahwin lebih perform dalam study. Hmmm.. Kena cuba ni.

 Obviously "sweet" untuk kanak-kanak riang


Apepun, post ini hanya mahu berbicara tentang "prioriti" yang sering disalah ertikan. Prioriti itu MENGUTAMAKAN sesuatu, bukan MENINGGALKAN sesuatu. Seperti mana Ramadhan yang Allah sediakan sebagai madrasah tarbiyah, agar manusia Fokus mendisiplinkan diri dalam Ibadah, tidak lansung memberi makna bahawa manusia perlu meninggalkan kerja-kerja "dunia" mereka. Mengutamakan RAMADHAN, tidak bermaksud kita boleh bermalas-malasan di meja pejabat. Salah erti yang kita tonjolkan, membawa seribu satu fitnah pada ISLAM.


Alangkah cantiknya ISLAM, sekiranya segala ibadah yang diperintah/digalakkan oeh Allah menjadikan kita lebih cemerlang dalam kerjaya/pelajaran. Buktikan bahawa orang yang solat ialah orang yang rajin, menepati masa. Buktikan mereka yang tidak bercouple, indah akhlaknya sesama manusia. Buktikan mereka yang kahwin ketika belajar, cemerlang akademiknya. Perghhh!!!

"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama, Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua Jenazah, apabila telah hadir, dan yang ketiga, anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

Membaca hadis, tidak mudah untuk mempercayainya. Mempercayainya pula, belum pasti membuahkan amalnya.


Si Dolah yang berjaya menjadi AYAH ketika masih bersarjana muda(2012). Bersama kawan-kawannya yang tumpang excited.

Sekian dari Syuib0809



6 comments: