Monday, 1 June 2015

Si Pemalu Berbadan Dakwah

Bismillah.

Kehadiran pelajar-pelajar baru isnin lepas, maka kolej ini disibukkan dengan persiapan menyambut dan meraikan tetamu-tetamu ini. Selaku felo, aku hanya membantu semampu yang boleh untuk mengawal. Berazam untuk tidak begitu mencampuri urusan pelajar, itu matlamat yang cuba dicapai bagi mengurangkan serabut di kepala. Namun, pemilihan ahli badan dakwah di sini begitu menarik perhatian aku. Sekitar 300 orang pelajar yang memohon, lalu ia menjadi tugas yang sukar untuk menapis, memilih dengan hanya berdasarkan borang dan temuduga ringkas. Proses yang sangat berisiko, namun tiada cara lebih baik berjaya ditemui. Aku sendiri mengakui, kalau aku adalah pelajar seperti mereka, tidak mungkin aku akan terpilih. Kebarangkalian lain, aku mungkin salah seorang yang "takut" untuk mengambil borang permohonan tersebut. Pendek kata, orang-orang yang tidak bersekolah agama seperti aku kelihatan tiada harapan lansung.

Si Pemalu tanpa Dakwah.

"Pilus, kami ada benda penting nak cakap ni. Harap ko tak tolak.." Anas dan Zaim membawa aku duduk ditangga belakang surau, mengasingkan diri dari pelajar lain.

"kami nak lantik kau ganti Azri, untuk jadi Syu'bah Ibadah..." mereka berdua adalah senior dalam badan dakwah yang cukup aku hormat. Hadis dan Ayat Quran keluar dari kepala diorang macam air. Sangat mantop.

Anas(biru paling kiri), Zaim dan Muaz(kanan sekali). Muaz ni lagi dahsyat. Otak dia mashaAllah.

Aku terpinga-pinga dengan seribu satu ke"pelik"kan. Sepanjang 5 tahun belajar di sekolah menengah, aku tidak pernah lansung mendengar mengenai usrah dan badan dakwah. Sekolah kami tiada BADA. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Selepas batch kami keluar, baru junior-junior mula memperkenalkannya. Barangkali terkesan dari kem Nadwah yang hanya disertai oleh para pengawas.

Aku masih memikirkan tawaran dua orang senior tadi. Memikirkan kenapa orang macam aku terpilih. Percaya atau tidak, aku menjadi sangat-sangat pemalu bila masuk ke KYUEM. Malu dan rendah diri yang hadir dengan beribu sebab. Antaranya kerana aku adalah pelajar ambilan kedua, budak kampung yang tiba-tiba tercampak untuk bersama pelajar-pelajar terbaik Malaysia. Hampir majoriti yang masuk kolej itu ialah pelajar straight A's ataupun anak-anak orang kaya yang ambil O Level. Aku masih ingat, bila dengar je fatimah mokhtar(18A) ada dekat situ, terujanya hanya Allah yang tahu. Keratan akhbar mengenainya aku simpan dalam dompet, dan masih ada hingga ke hari ini. Kolej yang sangat "Inggeris", menyebabkan aku menjadi sangat pendiam kerana tidak pandai berbahasa Inggeris. Melihat rakan-rakan yang petah speaking dan outspoken, aku selalu tertunduk malu. Hingga cikgu yang mengajar pun tidak "sanggup" bertanyakan soalan kat aku.

Fatimah yang baju ungu. Baju merah tu pun mantap gila. Biasiswa Khazanah. Si berkopiah pula hafal Quran 30 juzuk, tapi speaking memang thorbaik. Menariknya dua orang muslimat ni, solat subuh diorang memang jaga habis. Walaupun aku lelaki yang selalu datang first subuh(riak jap), diorang ni mesti dah ada. Aku sampai dah hafal mana satu kasut diorang ni. Padahal baju merah tu bukan sekolah agama, Sri Putri tak silap aku. Kerusi kosong tu tempat duduk aku. Jadi Moderator je mampu. Aku kalau jalan depan dua orang ni memang tunduk habis. Rasa "gah" sungguh diorang ni. Dua-dua dah kahwin.

Malu yang ada dalam diri masih belum berjaya diubati. Hingga kini aku masih malu dengan perempuan, orang tua dan ulama'/ustaz. Kerana itu, aku selalu kelihatan "bersendirian" di pejabat. Malu dengan pensyarah-pensyarah yang jauh lebih tua daripada aku.

Kembali pada kisah badan dakwah, aku sememangnya tidak menyerlah. Pelat, maka aku selalu bersembunyi daripada menjadi imam. Ketika itu, pelajar-pelajar dari KISAS, SMAP Kajang/Labu, SMKA, Maahad sudah tentunya menjadi tarikan utama. Cuma selaku orang yang sangat sensitif dengan solat subuh, aku menjadi agak kecewa dengan budak-budak sekolah agama. Hari pertama masuk KY, aku agak terkejut bila surau gelap tanpa seorang pun. Aku mengambil keputusan solat subuh seorang diri dalam surau, setelah 15 minit menunggu. Dalam kepala "mungkin sini memang takde buat subuh berjemaah kot..". Habis saja bagi salam, tiba-tiba Jepah(senior) datang bukak lampu semua. Aku pulak teruih cabut lari sebab malu.

Menjadi tradisi, para junior yang berpotensi akan diberikan tugas-tugas khas mengendalikan program agama supaya senang senior nak cari pengganti. Dan aku tidak pernah tergolong dalam golongan "berpotensi" tersebut. Cuma aku memang suka buat kerja-kerja kuli(adhoc), susun-susun kerusi, basuh pinggan, angkat barang bagai. Sebab itu Senior memang tak kenal aku lansung, sehinggalah aku "dipaksa" memberikan tazkirah. "Menarik perhatian audience", barangkali itu kelebihan yang Allah kurniakan pada aku.

Itu dia!!!. Zaman-zaman(2009) bersemangat nak tubuhkan syarikat motivasi. Tapi lepas aku grad, aku rasa benda-benda ni macam bertujuan nak dapatkan duit je. Padahal diri pun tak bermotivasi.

Tempoh sekitar 8 bulan mengenali, memantau dan menguji para junior, aku perlu mengakui ia adalah tapisan untuk pengganti badan dakwah yang sangat berjaya. Ahli badan dakwah bukan dipilih kerana title "sekolah agama" semata-mata, tetapi dipilih kerana kebolehan memimpin, kecerdasan menjana idea bagi menyelesaikan masalah dakwah, juga atas faktor hubungan/sikap mereka dengan rakan-rakan(masyarakat). Hingga akhirnya badan dakwah dihormati oleh orang bukan Islam kerana kecekapan dan profesional mereka dalam menggerakkan organisasi yang melambangkan Islam. Jauh dari labelan "kolot" yang selalu dipakaikan atas kelemahan BADA.

Asal-Usul Syuib0809

SYUIB0809 adalah singkatan bagi jawatan Syu'bah Ibadah yang aku sandang pada sesi 2008/2009. Sebuah syu'bah yang peranannya hampir sama dengan HES(Hal Ehwal Surau) dalam ANC. Bilangan ahli syu'bah hanya 3 orang, tapi kami boleh mengatur aktiviti hampir setiap hari di surau. Aku selalu "runsing" melihat sebuah lajnah yang berbelas-belas orang, tapi nak hidupkan aktiviti seminggu sekali pun payah. Teringat jepah yang memegang lajnah mulltimedia, setiap minggu blog MUSCOM akan sentiasa berupdate, malah risalah sudah siap tercetak setiap hari jumaat. Lebih menarik, risalah tersebut siap diPDFkan untuk didownload oleh pelajar.

Dua rakan sekerja, Anis tudung putih, Dalila tudung hitam. Yang aku "putih"kan tu si Lili waktu tak pakai tudung lagi. Sekarang memang cantik amoi ni pakai tudung. Haha. Amoi la katakan.



SYUIB0809 aku sematkan sebagai nama blog ini, kerana itulah titik perubahan besar aku mengenali dakwah. Peluang yang diberikan pada "orang bukan agama", juga kepada orang yang "tidak menyerlah" agamanya. Ruang kecil yang berjaya mengubah halatuju seseorang buat selama-lamanya. Agak-agaknya berapa banyak ruang dakwah yang kita tutup kepada golongan-golongan seperti ini?

Apepun, Selamat datang penyambung mata-mata rantai dakwah ANC.
Tunjukkanlah pengorbanan senior2 yang bersengkang mata menapis dan memilih kalian benar-benar dimanfaatkan.

 Muscom0809.(Musolla Community). Aktiviti pertama sebaik sahaja dilantik. Berkampung di Cameron sebab nak bagi semua "masuk" antara satu sama lain. Senang nak kerja bersama.


Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment