Sunday, 14 June 2015

Malam Si Bujang

Bismillah.

Berkesempatan menghadiri kenduri sahabat lama. Selepas di invite oleh Sopek, aku memang bertekad untuk datang. Hinggalah tiba-tiba aku dijadualkan untuk bertugas sebagai felo pada hari yang sama. Pening. Alhamdulillah, perancangan Allah lebih baik. Felo lain hadir minta tukar jadual bertugas tanpa dipinta. Dan Allah lapangkan masa aku untuk pergi walaupun pada awalnya aku teragak-agak. Bajet lari bulan ni akibat "terbeli" sofa. Haha. Jadi, terpaksa ikut jalan lama sebab nak elak tol.

Mamu adalah form 4 baru yang rapat dengan aku di hujung-hujung zaman persekolahan. Nama betul dia faiz, tapi sebab kulit dia gelap, dia dipanggil mamu. Aku tak pasti apa yang merapatkan kami. Kami bukan satu kelas, bukan juga satu blok. Mungkin sebab dia ni pemalu kot. Dan aku memang perlu mengakui, dia ni memang baik. Datang kenduri seorang diri, memang tiada lansung rakan semesti lain yang hadir. Sorilah mamu, hang memang tak femes.

 9 Tahun lalu. Satu bilik ketika SPM.

Selepas solat zuhur di masjid berdekatan, aku kembali ke kenduri mamu untuk lihat siapa lagi yang hadir. Ternampak Belut(Izzudin) tengah pegang baby dengan seorang wanita.

"anak siapa ni?"

"anak akulah"

"eh, bila masa plak hang kahwin..."

Okeh, inilah akibat "mati" di alam maya.

Melihat rakan-rakan yang kahwin, aku teringat beberapa temubual mengenai kekangan yang dialami oleh seorang lelaki selepas berkahwin. Kebanyakan suami memberitahu masalah utama mereka ialah mereka tidak lagi bebas untuk keluar melepak bersama kawan-kawan, juga dipaksa pulang awal di malam hari. Hmmm...

Mantain mamu ni, aku pulak membesar tanpa halangan. Belut bersama anaknya yang sangat-sangat comel. Hasil kamera Iphone yang menyedihkan.

Malam Bujang di UK.

Aku mungkin tergolong dikalangan lelaki pelik, yang sangat "benci" untuk keluar malam. Hinggakan kalau family ajak keluar pekan malam pun aku agak keberatan. Dengan kawan-kawan? Biasanya setahun dalam 3 kali je aku keluar makan dengan kawan-kawan bagi meraikan reunion. Malam biasa, selepas isyak sudah pun berkurung dalam bilik. Mula "bujang" di UK, aku memang jarang keluar malam melainkan sebab usrah yang habis lewat, ataupun sebab nak layan "jiwang" dengan angin sejuk kota Inggeris. Aku biasanya akan berbasikal pusing bandar Leicester yang sunyi sepi di malam hari sambil membisikkan dua buah lagu kegemaran ketika itu. "Suatu Masa" dari M. Nasir dan juga bahagian awal "Arjuna Mencari Cinta" dari Dewa19. Bahagian awal je, corus dia agak memeningkan. Video klip dia? First time aku tengok time tulis post ni, memang maksiat.. So jangan buka eh.

 Ber"usrah" meredah salji.


Pertama dan terakhir kali menonton bola kat Stadium Leicester City. Itupun sebab tiket murah.

Malam di IPG

Aku sangat-sangat jarang keluar dari kampus. Setiap kali kawan-kawan ajak keluar malam, aku akan sedaya upaya menolak. Hingga mereka akhirnya berhenti mengajak. Cuma, kadang-kadang ikut gak si Yasir pergi pasar malam rabu taman tun sardon sebab air tebu dia sedap. Hehe. Tidak pasti mengapa, aku rasa sayang sangat tertinggal isyak berjemaah. Dan aku sejujurnya selesa menyelesaikan semua urusan luar sebelum isyak. Sekurang-kurangnya antara maghrib dan isyak kalau nak beli apa-apa di supermarket.


“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kini di alam pekerjaan, aku masih mengekalkan momentum yang sama. Walaupun kelihatan seperti orang tua-tua, dan "macam xde life". Bagi aku, malam yang Allah zahirkan seribu satu kejahatan, adalah sebuah tempoh masa untuk manusia tinggalkan sebentar urusan mereka di luar rumah. Agar mudah membina generasi yang berada dalam rumah. Juga sebuah kelapangan masa agar diri lebih fokus kepada Pencipta. Melihat satu demi satu jenayah malam yang dikongsikan di media sosial, aku tertanya-tanya, bagaimana manusia masih setia untuk memeriahkannya.



Melihat anak-anak gadis bertudung yang berkeliaran tanpa mahram di malam hari, itu sahaja sudah cukup merunsingkan. Berbeza dengan kota inggeris yang kebingitannya lebih tertumpu di pinggir-pinggir bandar. Pusat bandar kafir mereka hakikatnya sunyi dan lebih menenangkan di malam hari, manakala pusat bandar "Islam" kita pula sungguh-sungguh menyakitkan mata dan hati, dengan hiasan hiburan yang bertujuan menghidupkan kesepian malam.





Hari ni aku tertarik dengan ayat yang dah lama aku tak dengar:
"kalau nak kahwin, kenalah kenal betul-betul. Kalau tak nanti takut menyesal lepas kahwin nanti"

Teringat "tazkirah" yang pernah diberikan kepada rakan waktu "muda-muda" dahulu.

"berapa ramai orang yang bercinta, kenal smpai 6-7 tahun, tapi lepas 3 tahun kahwin, tiba-tiba bercerai. Alasan? Kami berdua tak sehaluan... Pelik kan? Ada masanya, orang yang kita tak kenal itu boleh menjadi lebih baik buat kita. Kerana mereka cuba menjadi sebaik-baik pasangan, membuahkan usaha tanpa "ungkitan" kita yang terhijab dari kejahilan mereka pada masa lalu. Percayalah dengan jodoh Allah. Ada orang yang kita nampak baik sangat, tapi Allah tak jodohkannya untuk kita atas sebab-sebab yang kita tidak pernah tahu. Bilamana kita percaya jodoh itu urusan Allah, kita akan yakin itulah yang terbaik dari Allah... Lalu yang kita cari dari pasangan kita ialah perkara baik-baik yang kita yakin Allah mahu hadiahkan, hingga tertutup kelemahan dirinya. Namun bila urusan jodoh itu di"bulatkan" atas diri sendiri, kita mudah was-was hingga kerap bertanyakan soalan penyesalan, kenapa aku pilih dia ni dahulu?"

"Mungkin" sebab tazkirah nilah aku tak kahwin-kahwin lagi.

Apepun, sangat seronok bersembang dengan "makcik". Hehe

Sekian daripada doktor cinta yang tak pernah bercinta.

Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment