Tuesday, 28 January 2014

Kitab Muhimmah Moden

Bismillah

Selesai membaca sebuah kitab lama yang sangat popular di Malaysia. Tulisan Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Alfathani ini sering dikupas penceramah hebat seperti UAI dan Ustaz Kazim elias. Isi utama sudah semestinya mengenai hal ehwal rumah tangga, sebuah keperluan bagi mereka yang sudah bergelar suami atau isteri.

Buku ni setebal 190 m.s kerana terdiri daripada bahasa melayu lama dan juga penerangannya dalam bahasa melayu moden. Rasanya kalau malas boleh sahaja baca bahasa melayu moden sahaja. Sebab aku sendiri pun pening dengan bahasa lama yang mampu membawa salah faham kepada pengertian isi buku ni.


Cuma aku berpendapat wanita moden pasti sedikit sukar menerima buku ni. Tidak usah dilihat tentangan dari puak-puak pembela hak wanita seperti S.I.S, aku menjangkakan muslimat-muslimat yang berada di kampus juga barangkali kurang selesa dengan buku lama ni. Dalam dunia mereka yang bebas bergerak ke sana sini, menuntut "kecantikan" di bilik-bilik kuliah, mesyuarat enta-enti di dalam persatuan, buku ini mungkin dilihat sebagai simbolik kepada MENGONGKONG wanita.(ayat kontroversi ni...)

Amanah vs Ketaatan

Aku masih teringat kata-kata Sopek bila ditanya pasal kahwin::
"Aku tak bersedia lagi lah nak mengadap kerenah orang perempuan.."

Imam AlGhazali berkata 
"Kesabaran itu bermula daripada kesusahan mempunyai isteri dan kedukaan atas sikap buruk isteri."

Dalam bahagian lain imam AlGhazali mencirikan seorang suami yang hebat sebagai 
"... sabar dengan kejahatan lidah isterinya dan tidak mengikut kehendak isterinya melainkan yang dibenarkan syarak"

Berat sebenarnya amanah mempunyai isteri. Bukan kerana perempuan kaum jahat, tapi ada sebahagian sifat semulajadi wanita yang lelaki tidak mampu tahan. Mereka yang pernah baca buku Men from Mars, Women From Venus atau Why Women can't read Maps..... pasti akan terkejut kerana fakta ini dipersetujui oleh orang bukan Islam. Keadaan menjadi bertambah keruh bilamana wanita berhadapan dengan masalah Haid.


Menyelusuri kembali sejarah-sejarah manusia:
Nabi Ibrahim berhadapan kerenah Sarah hingga siti Hajar dihantar ke Mekah
Nabi Nuh berhadapan isteri yang kufur bersama anak-anaknya
Nabi Luth dikhianati oleh isterinya sendiri, Walihah.
Nabi Ismail diminta menceraikan isterinya oleh ayahnya sendiri.
Nabi Yunus kerap disakiti hatinya oleh kata-kata isterinya.
Isteri-isteri Nabi Muhammad juga pernah ditegur Allah dalam AlQuran.
Umar yang garang pun memasang telinga terhadap leteran isterinya.

Sedar atau tidak sedar, mereka adalah orang-orang yang sangat sabar. Malah lebih hebat lagi mereka adalah orang sangat amanah kepada keluarga. Kunci kepada keutuhan rumah tangga bilamana suami adalah orang yang berilmu, sabar dan juga amanah. 

Bagi wanita pula kuncinya adalah ketaatan kepada suaminya. Itu sahaja. Namun mana lebih susah? Memikul AMANAH atau memberkani KETAATAN?

.....................

Dibahagian akhir buku ni juga ada menceritakan mengenai cara memilih pasangan, hubungan silaturrahim, dan menamakan anak. Itu sahaja.

Sekian dari Syuib0809

Saturday, 25 January 2014

Nukilan Khamis Malam Jumaat

Bismillah

Tiba-tiba sahaja tidak boleh lelapkan mata. Menaip sesuatu di Ipad. Ini hasilnya. Nak gelak pun gelaklah. Sambil baca, play video ni.



Tiada Tajuk

Aku sangat tidak gemar pada musim luruh
Kerana ia mampir di saat aku meninggalkan negriku
Namun aku suka pada daunnya yang gugur
Kerna fotonya cantik, pemutik cinta dalam hatiku



Musim dingin tiba, namun aku sangat tidak menyukainya
Suhunya menyusuk ke tulang, kerapkali penghuninya terjatuh
Namun begitu, aku sangat cinta pada salju yang memutih
Putihnya suci, sesuci kasihku


Musim bunga juga tidak aku sukai
Saat ini, unggas-unggas mula kembali bersuka ria
Namun aku kaget melihat cantiknya si bunga
Bunganya mekar, mewarnai segenap hidupku


Aku juga tidak cocok sama musim panas
Siangnya panjang, tidurku kian terganggu
Namun aku terpegun dengan pelanginya
Mindaku rehat, badanku segar, cintaku mekar



Aku sudah lelah dengan dunia ini
Penduduknya tamak bernadikan iblis
Namun aku jatuh cinta pada seorang penghuninya
Pacarku di syurga, roadblock ku ke neraka

Kah.. kah kah..

Sekian dari Syuib0809

Thursday, 23 January 2014

Van Der Wijck

Bismillah

Mood Jiwang

Baru selesai membaca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Allahyarham Prof HAMKA. Sebab utama aku baca buku ni ialah bila banyak kali judulnya di sebut-sebut dalam buku yang pernah aku baca. Maka, pada sudut pandangan aku mungkin buku ini sebuah buku yang sangat "islamik" apatah lagi karya seorang agamawan yang sangat terkenal dengan Tafsir Al Azhar.

Sebuah novel cinta yang hakikatnya sudah mula dinukilkan sekitar tahun 1938. Nak cerita sinopsis pun macam tak berbaloi sebab buku ni sememangnya sangat-sangat terkenal dan sudah lama pun. Malah, ia sudah mula dijadikan filem seperti mana karya sebelum ini iaitu Di Bawah Lindungan Kaabah. Cuma bila tengok trailer cerita ni, bayangan aku terhadap wajah dan watak Hayati(heroin) sangat-sangat berlainan. Watak hero dia agak cocok dengan bayangan aku. Ceewah. Mungkin memang ini kehebatan Novel karya HAMKA ini yang membawa pembaca membayangkan segala watak dalam kisah ini.


Kegilaan cinta anak muda, hingga mampu membawa kepada luka yang sangat dahsyat. Itu kehebatan yang Allah berikan pada hati. Teringat status ustaz tuan Ibrahim Tuan Man:

"Tubuh badan manusia 70% daripadanya ialah air. Tapi bila terluka, darah yang akan mengalir keluar. Peliknya hati yang sarat dengan darah, apabila terluka, air pula yang keluar mengalir dari mata manusia"

Sebenarnya terlampau banyak pesan Agama yang diselitkan dalam novel ini. Terpulang kepada bagaimana pembaca melihat sama ada hanya fokus kepada sinopsis cerita, nasihat agamanya, syair gurindam atau barangkali kepada susunan bahasanya. Awalnya aku sendiri pening dengan bahasa Indonesia yang digunakannya. Namun, lama-lama aku sendiri merasakan sasteranya sangat-sangat kaya.

Ada satu kata-kata yang menarik perhatian aku. Lebih kurang macam ni

Suami tidak suka mendengar isterinya dipuji-puji kecantikan, harta atau keistimewaannya daripada lelaki lain. Pada pandangannya, segala mengenai "kecantikan" isteri hanya dikhaskan untuk dirinya sahaja. Namun berbeza sungguh dengan wanita. Perkahwinan, pasangannya dilihat sebagai simbol "takbur". Tidak hairanlah wanita suka berbicara mengenai rupa, harta atau pekerjaan lelakinya kepada rakan-rakan. Apa-apa sahaja mengenai suami mereka yang boleh dibanggakan.



Maka, lelaki tidak perlu bersedih bilamana cintanya selalu tidak terbawa ke jinjang pelamin, sebab wanita pasti mencari lelaki yang hensem atau kaya. Malah dalam dunia "anta enti" hari ini, muslimat pasti mencari muslimin yang lebih terserlah kealimannya. Kalau nampak sama alim, maka yang lebih hensem pasti dipilihnya. Barangkali ada yang pernah mendengar:

"Untunglah ukhti ni, dah la dapat suami ustaz, hensem plak tu." Lawak plak tetiba.

Sebelum aku mengarut, aku khatamkan sahaja di sini.

Sekian dari Syuib0809.

Saturday, 18 January 2014

Ini Bukan Percutian

Bismillah.

Pernah tak...

Kawan hangpa jemput untuk sebuah "percutian" di lokasi yang sangat berhampiran dengan rumah mereka. Walaubagaimanapun, tempat "percutian" tersebut sangat jauh dari rumah hangpa. Sebagai orang jauh, hangpa pun diminta merancang aktiviti/pengisian sepanjang "percutian" tersebut. Punyalah excited nak jumpa kawan-kawan hangpa, hangpa pun merancang, menyusun dan mencari bahan untuk aktiviti yang dirancang. Setiap malam asyik tak dapat nak lelapkan mata sebab otak ligat memikirkan mengenai "percutian" tersebut.


Minggu itu juga, hangpa diserang demam, batuk dan selsema. Panadol, ubat batuk, air panas, pil selsema semuanya ditelan agar aktiviti/pengisian "percutian" tersebut dapat dipimpin dengan lancar. Oleh kerana hangpa bakal bertolak ke sana awal-awal pagi, maka semua barang, baju, buku, hadiah dan makanan telah diletakkan siap-siap dalam kereta pada malam hari sebelum bertolak. Peta ke lokasi sudah dihafal dalam kepala, minyak dah diisi penuh, menanti-nantikan keesokan harinya..

Tiba-tiba hangpa dapat mesej..

"Sorila weyh, 80 peratus kawan kita tak dapat mai la.. Terpaksa cancel la"..

Apa perasaan hangpa?

Kenapa Perlu SEDIH?

Teringat kata-kata dalam buku Senyumlah 2 karya Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Kita rasa marah, rasa sedih, rasa dukacita sebab apa yang berlaku dihadapan mata kita tidak seperti apa yang kita harapkan. Kita berharap rakan-rakan kita menghargai "percutian" itu sehebat mana kita merasainya. Namun mereka tidak seexcited kita memandang perkara yang sama. Formulanya senang sahaja, kerana kita dan mereka mempunyai cermin mata yang berbeza.


Contoh video yang bakal ditayang ketika "percutian" tersebut

Bila fikir balik rupa-rupanya Allah sedang tegur kita. "Izuan, engkau tak layak berbicara kepada kawan-kawan tentang sesuatu yang engkau sendiri lemah mengenainya. Kesedihan ini supaya engkau tidak dipersoalkan di akhirat kelak tentang apa yang bakal engkau bicarakan." Maafkan aku ya Allah.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).           AtTaubah ayat 42


Gambar tiada kena mengena dengan post.

Sekian dari Syuib0809

Sunday, 12 January 2014

Kerja Dakwah Fardiyyah

Bismillah

Kenapa aku perlu cari kerja sekarang?
Sedangkan aku tidak berhajat pada duit dalam masa beberapa bulan ni. Aku bukan kaki shopping. Aku tidak berhajat untuk menyimpan duit belanja nikah sebab masih tak cukup syarat. Haha

Kenapa aku kena kerja bulan ni jugak?
Sedangkan aku bukanlah penganggur tegar yang akan terus tak ada kerja kalau tak cari sekarang.

Kenapa aku kena cari kerja?
Selepas empat bulan, ternyata rupa-rupanya masa lapang yang aku ada sangat-sangat membunuh aku. Semakin malas, semakin membesarkan perut, semakin jauh dari tugas dakwah, semakin banyak buang masa, semakin banyak mengecilkan hati orang yang tengah tengok aku menjadi "useless". Buku pun makin renggang dari genggaman.

Maka, aku kena cari kerja jugak.



Hujung minggu lepas, sempat beli satu buku mengenai dakwah Fardiyyah. Walaupun dah pernah baca DF versi Mustafa Masyhur, tapi tiba-tiba buku ni menarik perhatian aku. Dakwah Fardiyyah: Teori dan Praktikal karya Sheikh Abdul Halim Al-Kinani.

Mungkin ini bukan sebuah buku yang sesuai untuk bacaan umum, namun buku ini "wajip" dihadam Allah mereka-mereka yang sedang bergerak dalam gerakan dakwah bagi me"rekrut" penyambung-penyambung kepada tugas Nabi Muhammad S.A.W. Cuma mungkin sebahagian orang awam boleh baca sebagai penawar kepada FITNAH yang kerap berlaku apabila proses dakwah ini dijalankan. Waktu aku dekat UK sendiri, begitu ramai orang yang lari dan "terkejut" dengan pendekatan DF yang kurang tepat.

Antaranya fitnah yang kerap berlaku ialah:

Kakak ni duk buat baik dekat junior-junior yang baru sampai UK. Ambil kat lapangan terbang, tolong masakkan, tolong carikan rumah, bawa jalan-jalan dan macam-macam lagilah. Selepas sekian lama, akhirnya akak-akak ni seolah-olah memaksa adik-adik ni ikut apa yang dia cakap sebagai tanda membalas budi. Adik kena ikut pi program sana, kena buat macam ni, tak boleh rapat dengan senior-senior yang macam ni dan bla..bla.. bla.. Paling dahsyat, bila adik-adik ni tak dengar cakap, maka tiba-tiba rasa seperti putus silaturrahim. Akak dah tak "semanis kurma" seperti dahulu.

Perkara sebegini akhirnya menyusahkan orang lain yang ikhlas dalam menjalankan dakwah Fardiyyah.



Di bahagian awal buku ni menceritakan mengenai asas-asas gerakan dakwah Fardiyyah. Walaupun aku pernah bentang pasal DF ni, tapi ni pertama kali aku dengar pasal asas ni. Fokus, mengikut asas pemilihan, mengenali personaliti dan memelihara konsep tadarruj adalah asas yang patut dipatuhi bagi menjamin kader yang hebat InshaAllah.

Buku ni sedikit berbeza dengan susunan DF yang ditulis oleh Mustafa Masyhur terutamanya pada peringkat ke lima hingga ke tujuh. Namun, semua isi yang perlu diterapkan pada mad'u adalah sama. Kepada yang berminat, bolehlah baca.





















Sekian dari Syuib0809.

Monday, 6 January 2014

Drama Raja Sehari

Bismillah.

Bagaimana keadaan di majlis pernikahan anda?


Petang khamis lepas aku buka tv sebab nak makan. Sebagai orang yang jarang menonton televisyen, aku memang biasanya berada di hadapan tv bila makan dan balik dari solat maghrib. Sebuah babak dari drama “Kalimah Jiwa” menarik perhatian aku. Waktu pengantin nak diakad nikahkan, tiba-tiba datang seorang perempan dari ceruk mana entah mengaku yang dia sedang mengandung anak lelaki tersebut.

Drama maghrib TV3 juga memaparkan keadaan yang sama bilamana Heroin cerita sengaja datang dengan perut besar mengaku sedang mengandungkan anak bakal pengantin lelaki. Pengakhirannya sama, kedua-dua majlis akad bertukar menjadi tragedi. Menarikkan sebuah cerita orang Islam??

Terbukti maruah/malu bukan lagi benteng yang baik untuk manusia mengukir fitnah.

Cuba bayangkan kalau Hukum Islam dilaksanakan menjadi benteng kepada fitnah manusia. Kedua-dua wanita tadi sudah pasti tidak akan sewenang-wenang mengakui dirinya berzina. Hukuman yang bakal menimpa mereka jauh lebih NGERI daripada maruah yang tercemar kerana mengaku mengandung. Sebab itu dalam pertuduhan zina, kes laknat difokuskan kepada suami/isteri yang menuduh pasangannya berzina, bukan tuduhan dari pasangan zinanya. Walaupun hanya sebuah drama, itu sudah menggambarkan betapa teruknya UMAT hari ini.

Risalah Hati Raja Sehari.

Baru-baru ni aku jumpa buku ni kat rak buku rumah. Tengok tajuk terasa “menyampah” dah nak baca bab-bab ni. Tapi sebab dah takde buku nak baca, aku pun belek-belek buku ni. Tambahan lagi, Ustazah Fatimah Syarha yang menulisnya, maka aku cuba untuk membaca karyanya buat kali pertama. Hmm,, MENARIK!!

Novel Fiqh Kontemporari mungkin satu pendekatan yang sedikit baru kepada para pembaca. Walaupun mungkin sebelum ni ada sahaja karya Indonesia seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih yang turut menyelitkan hukum Fiqh, namun buku ini punyai sedikit kelainan. Penceritaan novel ini mengambil latar belakang majlis pernikahan yang sedang berlansung. Maka, dialog pertanyaan mengenai beberapa hukum-hakam ketika hari pernikahan diutarakan. Bertambah menarik, banyak persoalan yang diutarakan berpunca dari orang yang terlebih mengHUKUM setelah rasa diri mengetahui HUKUM. Pelik tak bunyinya?

Wanita Haid boleh masuk Masjid?
Lelaki Haram berinai!!
Amboi Ustazah, kahwin pakai cantik-cantik nampak.
Lagi murah mas kahwin, lagi berkat?
Akad Nikah di masjid Bidaah??

Menarik persoalan-soalan yang dibangkitkan. Oleh kerana rujukan yang diberikan melangkau sikap fanatik kepada mana-mana mazhab, maka jawapan yang diberikan mungkin bersifat lebih ringan dan terbuka. Perbezaan antara mazhab, sentiasa perlu dihadapi dengan berlapang dada. Orang-orang yang pernah hidup luar dari Malaysia dan Negara Islam lain mungkin boleh menerima buku ni dengan lebih baik. Namun, buku ni mungkin akan menerima kritikan yang dahsyat dari mereka-mereka yang “terkurung” dengan satu pendapat sahaja akibat tak pernah jumpa orang mazhab lain. Aku dah pernah jumpa orang-orang macam ni, selamba badak je kata orang wahabi. Orang macam ni biasanya taksub dengan ustaz-ustaz kat tempat dia.

Kata-kata menarik dari Ali R.A
Kenalilah orang itu melalui kebenaran. Jangan kamu kenal kebenaran melalui seseorang. Kenalilah kebenaran, maka kau akan mengetahui siapakah orang-orang yang membelanya.”

Cuma sedikit kerisauan aku bilamana orang awam mungkin menyalahtafsirkan hukum-hukum fiqh yang dikemukakan dalam buku ni. Buku ni banyak menjawab  kerenah “orang agama” yang kerap mengHARAMkan benda-benda yang khilafiah. Sekadar takut orang jahil mengHALALkan pula apa yang sudah menghampiri HARAM dalam majlis “pernikahan” mereka. Menyimpulkan ISLAM boleh dipermudah-mudahkan, itu juga bahaya.


Sekian dari Syuib0809