Saturday, 18 August 2012

Secangkir Teh pengubat Letih

Bismillah

Secangkir teh pengubat Letih menyebabkan aku sangat teringat-ringat tentang Turkey. Bahasa lainnya, Rindu. Aku memang terpaksa mengiyakan segala yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal mengenai Turkey. Antara negara majoriti Islam yang tinggi dengan Adab, Peramah dan juga pembersih. Negara islam lain memang biasanya kasar-kasar dan selalu sangat "menipu" hatta di Mekah sekalipun.

Aku tidak malu untuk mengaku, memang menitis air mata aku membaca buku ni. Membayangkan bagaimana tertekannya masyarakat Islam yang dipimpin oleh muslim, namun disekat oleh "agama" yang diberi nama Sekularism. Untuk memakai tudung sahaja, kena fikir masak-masak. Tidak seperti Malaysia, tudungnya dipakai sebab takut diperli oleh makcik-makcik, lalu berakhir dengan tudung tanpa ilmu yang terus menerus memberi saham untuk masuk ke neraka. Aku secara jujurnya rimas dengan mereka-mereka yang bertudung tapi berlengan pendek. Satu kejutan budaya di negara sendiri!

Ketagihan TEH

Aku tertarik dengan maklumat mengenai teh di Turkey. Rupe-rupenya ia dimasak terlebih dahulu dan menyebabkan perut tak meragam bila minum. Aku pun dah lupa berapa banyak kami telan kat turkey dulu. Breakfast minum teh, tengah hari minum teh, pergi kedai cenderamata minum teh, tengok orang buat pasu pun dapat teh, berhenti kat RnR minum teh lagi dan duk sembang-sembang pun tetibe ade orang belanja teh. Aku ingat lagi, harganya memang murah sekitar 50 kurus. Cawannya memang kecil, dan akan disertakan dengan gula cube dalam dua ketul. Teh dia sahaja mungkin mengimbau begitu banyak kenangan.


Kembalikan kegemilangan Islam.

Aku tiada harapan yang begitu besar melainkan berharap turkey kembali menjadi gemilang seperti dahulu. Mengangkat Islam kembali di tempat asalnya setelah jatuh begitu sahaja. Setakat ni, aku hanya nampak turkey sebagai contoh teladan yang baik sebab orangnya memang sangat baik dan mengambil berat. Perjuangannya bukan senang, sudah beberapa kali parti yang cenderung membawa Islam disekat dengan cara pengharaman dan juga rampasan dari tentera. Usaha mereka mungkin tanpa iman yang kuat hanya menyebabkan lelah. Bayangkan sahaja, sekolah-sekolah tahfiz diserang dan ditutup, pelajar perempuan tak dibenarkan bertudung dan siapa yang masih ingat, bagaimana seorang kanak-kanak memakai tudung dan dipulaukan oleh orang Islam dikelasnya sendiri.

Sekular malaysia mungkin tidak teruk seperti itu, namun jangan biarkan kotoran Mustapha kamal itu melekat sedikit pun pada negara kita, kerana kesannya sudah semakin jelas sekarang.

Aku sangat rindukan turkey. Memang antara tempat yang aku teringin nak pergi kembali. Tak puas rasanya melihat bumi Khalifah. Bumi yang Allah angkat bukan kerana mereka bangsa Arab, dan memang pun mereka bukan orang Arab!!


Sekian dari Syuib0809

1 comment: