Tuesday 28 August 2012

Malu Pengkapelan

Bismillah..

Buka beberapa blog kenalan, aku terjumpa satu analogy yang menarik.

"Wanita ibarat epal. Epal yang tidak baik amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi epal yang merah dan segar berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Tetapi kadangkala kerisauan menjengah sanubari si epal, mengapa dirinya masih belum dipetik lagi? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ALLAH meletakkan martabatnya di tempat tinggi yang tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman, hebat dan tidak berputus asa saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya."


Analogy di atas mengingatkan aku kepada sebuah cerita yang berlaku di IPTA Malaysia. Seorang muslimat yang bertudung labuh, sedikit risau bila melihat rakan-rakan lain sudah mula punyai pasangan. Entah macam mana, muslimat ni minat seorang lelaki di kampus yang sangat-sangat kacak. Lalu kawan-kawan dia nasihat, kalau nak ngorat laki kenalah pakai seksi-seksi sikit. Baju kurung dan tudung labuh ni, dah ketinggalan zaman. Sedikit memeranjatkan, perempuan tersebut akhirnya mencabut tudung.


Ceritanya menarik bila mana ada muslimin lain yang sebenarnya menaruh harapan dan bercadang untuk melamar muslimat tersebut. Namun perubahan tersebut menghancurkan hati muslimin yang kalau diikutkan dalam cerita tu agak hensem dan alim. Hmmm.........

Kisah-kisah Reunion

Reunion baru-baru ni menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang sudah meningkat remaja. Umur yang sudah mula memikirkan cintan-cintun sebagai perkara kedua terpenting selepas belajar. Ada beberapa orang yang memikirkan pernikahan sebagai perkara serius. Namun, ada yang rancangan pernikahannya mungkin 3-4 tahun lagi, namun sudah mula menyapa setiap hari di YM, SKYPE dan MUKA BUKU. Tidak kurang juga yang sudah pandai memperkenalkan kekasih kepada rakan-rakan. Malah, membuka kisah-kisah di blog, ramai dikalangan rakan perempuan yang berdoa supaya "hubungan" dengan kekasih sekarang kekal bertemu di atas pelamin. Fuhh..

Nak tak nak, aku rasa berkongsi dengan rakan-rakan adalah satu kemestian untuk merubah paradigma. Aku sendiri risau kalau-kalau Allah uji aku dengan budaya ber"couple" ni. Dalam beberapa kesempatan, aku titipkan sedikit pesanan supaya rakan-rakan take note bahawa formula terbaik untuk kekalkan kebahagian RUMAH TANGGA ialah jangan undang murka Allah sebelum bernikah dan sewaktu bernikah. Dan buku terbaik yang aku mampu cadangkan ialah "AKU TERIMA NIKAHNYA".

Sukar sungguh mahu katakan kebanyakan yang dibuat sebelum kahwin sudah ada ZINAnya.


MALU dan ANTi-Perempuan?

Aku teringat dari tingkatan satu sampai tingkatan tiga, memang hubungan lelaki dan perempuan dalam kelas kami berada pada tahap paling teruk. Tiada satu pun lelaki dalam kelas aku bercinta dengan permpuan dalam kelas aku. Bergaduh memang banyak sekali terutamanya aku. Berlanjutan sehingga tingkatan lima, memang kebanyakan rakan-rakan aku tidak biasa bercampur-gaul dengan perempuan. Hatta sopek dorm aku yang ganas tu pun tak pernah aku nengok dia mengayat perempuan.

Walaupun sekolah jenis campur, kami lebih suka buat aktiviti sesama lelaki berbanding aktiviti bercampur. Memang boleh lihat kalau ada event-event akhir tahun batch, orang lain duk sibuk tangkap gambar lelaki perempuan, aku dan rakan-rakan mesti duk elak dan selesa bergambar sesama lelaki sahaja. Nak cakap kami kuat agama waktu tu, takdelah plak. Akhirnya, aku boleh katakan semua rakan-rakan jenis ni agak menjaga pergaulan mereka hinggalah berada di Universiti. Dan bila buat reunion pun, mesti sesama lelaki je.

Sebenarnya diorang ni banyak je yang tak tahu malu, tapi dengan perempuan malu itu Allah berikan sebagai perisai. Aku boleh kata kalau aku tak malu dengan perempuan, memang teruk hidup aku. Mudah-mudahan Allah pelihara malu gila-gila aku ni sampai bila-bila.

Dalam Sahih Bukhari nabi kata:

"Antara ungkapan nabi-nabi terdahulu yang dijumpai orang ialah Kalau engkau tidak MALU, maka lakukan apa yang engkau inginkan".


Sekian dari Syuib0809

4 comments:

  1. Salam~Disebabkan kamu ini ada jiwa 'jiwang' gitu~ aku cadang satu buku yang lebih baik dari 'Aku Terima Nikahnya'~ Tajuknya: Sebelum Aku Bernikah/Hilal Asyraf . Hilal, tak semua buku dia aku suka~tapi yang ini memang terbaik. Mungkin sebab situasi tu sama? heh. ~Sengaja aku balas komen kat sini. Kalau tak, nak letak kat Luahan kepenatan tu...tp cam sengal pulak kan. ha ha...bertabahlah. aku doa ko dapat jodoh~

    ReplyDelete
  2. Hmm, aku lagilah tak berapa masuk dengan buku-buku beliau. apepun, Jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. being judgemental again?~~ baca kerana melihat isinya bukan penulis~

      Delete
    2. Takdela. Tulah buku dia yang pertama aku baca tahun lepas. Yang terbaru aku baca sang Murabbi, memang tak masyuk dengan aku sangat.

      Delete