Tuesday, 28 August 2012

Malu Pengkapelan

Bismillah..

Buka beberapa blog kenalan, aku terjumpa satu analogy yang menarik.

"Wanita ibarat epal. Epal yang tidak baik amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi epal yang merah dan segar berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Tetapi kadangkala kerisauan menjengah sanubari si epal, mengapa dirinya masih belum dipetik lagi? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ALLAH meletakkan martabatnya di tempat tinggi yang tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman, hebat dan tidak berputus asa saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya."


Analogy di atas mengingatkan aku kepada sebuah cerita yang berlaku di IPTA Malaysia. Seorang muslimat yang bertudung labuh, sedikit risau bila melihat rakan-rakan lain sudah mula punyai pasangan. Entah macam mana, muslimat ni minat seorang lelaki di kampus yang sangat-sangat kacak. Lalu kawan-kawan dia nasihat, kalau nak ngorat laki kenalah pakai seksi-seksi sikit. Baju kurung dan tudung labuh ni, dah ketinggalan zaman. Sedikit memeranjatkan, perempuan tersebut akhirnya mencabut tudung.


Ceritanya menarik bila mana ada muslimin lain yang sebenarnya menaruh harapan dan bercadang untuk melamar muslimat tersebut. Namun perubahan tersebut menghancurkan hati muslimin yang kalau diikutkan dalam cerita tu agak hensem dan alim. Hmmm.........

Kisah-kisah Reunion

Reunion baru-baru ni menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang sudah meningkat remaja. Umur yang sudah mula memikirkan cintan-cintun sebagai perkara kedua terpenting selepas belajar. Ada beberapa orang yang memikirkan pernikahan sebagai perkara serius. Namun, ada yang rancangan pernikahannya mungkin 3-4 tahun lagi, namun sudah mula menyapa setiap hari di YM, SKYPE dan MUKA BUKU. Tidak kurang juga yang sudah pandai memperkenalkan kekasih kepada rakan-rakan. Malah, membuka kisah-kisah di blog, ramai dikalangan rakan perempuan yang berdoa supaya "hubungan" dengan kekasih sekarang kekal bertemu di atas pelamin. Fuhh..

Nak tak nak, aku rasa berkongsi dengan rakan-rakan adalah satu kemestian untuk merubah paradigma. Aku sendiri risau kalau-kalau Allah uji aku dengan budaya ber"couple" ni. Dalam beberapa kesempatan, aku titipkan sedikit pesanan supaya rakan-rakan take note bahawa formula terbaik untuk kekalkan kebahagian RUMAH TANGGA ialah jangan undang murka Allah sebelum bernikah dan sewaktu bernikah. Dan buku terbaik yang aku mampu cadangkan ialah "AKU TERIMA NIKAHNYA".

Sukar sungguh mahu katakan kebanyakan yang dibuat sebelum kahwin sudah ada ZINAnya.


MALU dan ANTi-Perempuan?

Aku teringat dari tingkatan satu sampai tingkatan tiga, memang hubungan lelaki dan perempuan dalam kelas kami berada pada tahap paling teruk. Tiada satu pun lelaki dalam kelas aku bercinta dengan permpuan dalam kelas aku. Bergaduh memang banyak sekali terutamanya aku. Berlanjutan sehingga tingkatan lima, memang kebanyakan rakan-rakan aku tidak biasa bercampur-gaul dengan perempuan. Hatta sopek dorm aku yang ganas tu pun tak pernah aku nengok dia mengayat perempuan.

Walaupun sekolah jenis campur, kami lebih suka buat aktiviti sesama lelaki berbanding aktiviti bercampur. Memang boleh lihat kalau ada event-event akhir tahun batch, orang lain duk sibuk tangkap gambar lelaki perempuan, aku dan rakan-rakan mesti duk elak dan selesa bergambar sesama lelaki sahaja. Nak cakap kami kuat agama waktu tu, takdelah plak. Akhirnya, aku boleh katakan semua rakan-rakan jenis ni agak menjaga pergaulan mereka hinggalah berada di Universiti. Dan bila buat reunion pun, mesti sesama lelaki je.

Sebenarnya diorang ni banyak je yang tak tahu malu, tapi dengan perempuan malu itu Allah berikan sebagai perisai. Aku boleh kata kalau aku tak malu dengan perempuan, memang teruk hidup aku. Mudah-mudahan Allah pelihara malu gila-gila aku ni sampai bila-bila.

Dalam Sahih Bukhari nabi kata:

"Antara ungkapan nabi-nabi terdahulu yang dijumpai orang ialah Kalau engkau tidak MALU, maka lakukan apa yang engkau inginkan".


Sekian dari Syuib0809

Sunday, 26 August 2012

Reunion Raya

Bismillah.

Sedikit coretan untuk raya ketiga bersama rakan-rakan. Rata-rata yang hadir hanya berpisah dari mata aku dua tahun sahaja. Kali terakhir kami berjumpa ialah waktu raya 2010 yang telah aku tulis kisahnya di sini. Antara yang paling semangat nak buat "reunion" ni ialah si bayern. Dan menggunakan jemputan rumah terbuka Dina sebagai tempat untuk kami berkumpul. Aku, adam dan bayern sudah ke sana bermula jam 10 pagi. Sekitar 10.30 pagi dah sampai di Gulam Rasul berhampiran Lekir.

Tidak lama menunggu, latif gibak, kamal amri dan syahir datang menerjah dari belakang.
Sementara menunggu satu rombongan dari Hutan Melintang, kami pun nyembang mengupdate perihal masing-masing. Sambil tu, duk mengumpat budak2 hutan melintang ni yang datang punyalah lambat.

Sebaik sahaja semua sampai, kami terus bergegas ke rumah Pape(Nizam) kat teluk batik. Memang lawa sungguh rumah dia. Makanan yang dihidangkan pun punyalah banyak dengan Nasi Lemak bagai. Tapi terpaksa jaga-jaga sebab lepas ni nak serbu rumah dina plak. Lepas makan, solat zuhur jap dan terus ke rumah terbuka tersebut.

Bersama tuan rumah

Aku boleh katakan kami jelah kot kawan-kawan Dina yang dari SEMESTI dan mungkin juga boleh digelar orang asing. Hanya Aisamuddin je yang ayah si Dina ni kenal, yang len buat muka selamba je lepak lama-lama. Siap sambung duduk dalam rumah lagi tu. Sebagai budi bicara, kami pun tolong untuk cabutan bertuah yang dibuat secara "bidan terjun". kami tukang gunting nama, lipat-lipat kertas and then masukkan dalam balang plastik. Ntah tak tahulah macamne, 8 dari 13 orang antara kami terpilih dalam cabutan bertuah tersebut.

Kami bertandang di rumah si Dina ni dari kul 2 sampai 5.30 petang. waduh!

Petang tu, masing-masing tak teringin nak balik rumah. Memang susah nak jumpa balik lepas ni, jadi kami plan bersiar-siar kat teluk Batik. pape belanja naik bot sebab semua tak nak terjun kat Laut. Sebab masing-masing tak bawak baju lain nak tukar. Plan berlanjutan hinggalah kami bercadang untuk makan malam bersama-sama. Masing-masing dah dapat duit raya dari ayah Dina, jadi takdelah masalah sangat. Makan steambot kat Shabu-Shabu area manjung. Aku pernah datang sekali dua tahun yang lalu, dan ni kali kedualah kiranya. Harga dah naik.

Boat Free. nampak berat sebelah

Kami akhirnya terpaksa pulang sebab dah lewat sangat kalau tak bertolak jam 10 malam. Ada satu yang aku pelikkan ialah kenapa takde sorang pun perempuan batch kami yang hadir kat rumah terbuka si Dina ni? nak je buat spekulasi. Dan pertemuan ni, aku sedikit hampa sebab tak dapat jumpe si Sopek. Duk beraya lagi di kampung katanya. InshaAllah jumpe lah lagi hendaknya.

Masing-masing sedikit sebanyak berubah. Ade yang peduli, dan ada yang tidak peduli dengan masalah UmmaH. Aku sangat risau dengan produk SeMESTI. And I must Do Something!


Sekian dari Syuib0809

Monday, 20 August 2012

Rayakah Syaitan?

Bismillah..

Tidak pasti mengapa, tapi aku sangat rimas dengan suasana raya di Tanah Air sendiri. Tetiba aku berfikir, antara makhluk Allah yang paling gembira ketika raya sudah tentulah Syaitan. Musim mereka ini dibelenggu sudah tamat, maka berpesta adalah satu kemestian untuk mereka-mereka yang baru di"bebas"kan. Dan menariknya, pesta ini seperti diolah dengan cara peRAYAan kita di Malaysia.



Setiap tahun, perkara yang sama berlaku. Seolah-olah:

Raya alasan terbaik untuk meninggalkan solat wajib berJemaah
Raya alasan terbaik untuk memasak dan melewatkan solat.
Raya alasan terbaik untuk berhias diri pada tahap maksima.
Raya alasan terbaik untuk bercampur antara lelaki dan perempuan.
Raya alasan terbaik untuk menghidangkan rancangan berkonsepkan nyanyian dan joget-jogetan.
Raya alasan terbaik untuk memberhentikan segala macam rancangan agama seperti di bulan puasa.

Alasannya mudah, raya Setahun Sekali!!

Semalam sebelum solat sunat Hari Raya, aku sempat menyemak kembali Peperangan Ahzab. Perang yang berlaku sekitar 7 syawal atau kata orang-orang melayu sebagai "Raya ke-tujuh". Menyaksikan musuh nabi dari dalam dan luar Madinah bergabung semata-mata untuk membalas dendam kepada Nabi dan melumpuhkan ummat Islam. Persiapan para sahabt di bulan syawal bukanlah dengan membuat open House, masak rendang mahupun kacau dodol. Tapi sebaliknya menggali parit seperti yang dicadangkan oleh Salman Alfarisi.

Walaupun tidak ramai yang terkorban dalam perang ni, namun ianya peperangan yang sangat menekan "emosi" para sahabat. Dengan jumlah lawan yang lebih tiga kali ganda dan mereka ini dikepung, lalu rasulullah memberi satu impian baru kepada mereka dalam menaikkan semula semangat para Sahabat. Rasulullah berkata:

"Kota konstantinopel pasti akan berada di tangan kita suatu hari nanti. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera, adalah tenteranya"

Nabi menghantar "perisik" yang menyebabkan gabungan bani-bani ini sebagai tentera bersekutu(Ahzab) berpecah belah. Kemenangan juga berjaya dicapai apabila Allah menurunkan taufan/angin yang sangat kuat kepada para tentera Ahzab.

Surah Al-Ahzab: Ayat 9:
Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.


Maka ianya disambut dengan laungan yang sering disedihkan oleh orang Melayu:

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar...........


Sekian dari Syuib0809.


Saturday, 18 August 2012

Secangkir Teh pengubat Letih

Bismillah

Secangkir teh pengubat Letih menyebabkan aku sangat teringat-ringat tentang Turkey. Bahasa lainnya, Rindu. Aku memang terpaksa mengiyakan segala yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal mengenai Turkey. Antara negara majoriti Islam yang tinggi dengan Adab, Peramah dan juga pembersih. Negara islam lain memang biasanya kasar-kasar dan selalu sangat "menipu" hatta di Mekah sekalipun.

Aku tidak malu untuk mengaku, memang menitis air mata aku membaca buku ni. Membayangkan bagaimana tertekannya masyarakat Islam yang dipimpin oleh muslim, namun disekat oleh "agama" yang diberi nama Sekularism. Untuk memakai tudung sahaja, kena fikir masak-masak. Tidak seperti Malaysia, tudungnya dipakai sebab takut diperli oleh makcik-makcik, lalu berakhir dengan tudung tanpa ilmu yang terus menerus memberi saham untuk masuk ke neraka. Aku secara jujurnya rimas dengan mereka-mereka yang bertudung tapi berlengan pendek. Satu kejutan budaya di negara sendiri!

Ketagihan TEH

Aku tertarik dengan maklumat mengenai teh di Turkey. Rupe-rupenya ia dimasak terlebih dahulu dan menyebabkan perut tak meragam bila minum. Aku pun dah lupa berapa banyak kami telan kat turkey dulu. Breakfast minum teh, tengah hari minum teh, pergi kedai cenderamata minum teh, tengok orang buat pasu pun dapat teh, berhenti kat RnR minum teh lagi dan duk sembang-sembang pun tetibe ade orang belanja teh. Aku ingat lagi, harganya memang murah sekitar 50 kurus. Cawannya memang kecil, dan akan disertakan dengan gula cube dalam dua ketul. Teh dia sahaja mungkin mengimbau begitu banyak kenangan.


Kembalikan kegemilangan Islam.

Aku tiada harapan yang begitu besar melainkan berharap turkey kembali menjadi gemilang seperti dahulu. Mengangkat Islam kembali di tempat asalnya setelah jatuh begitu sahaja. Setakat ni, aku hanya nampak turkey sebagai contoh teladan yang baik sebab orangnya memang sangat baik dan mengambil berat. Perjuangannya bukan senang, sudah beberapa kali parti yang cenderung membawa Islam disekat dengan cara pengharaman dan juga rampasan dari tentera. Usaha mereka mungkin tanpa iman yang kuat hanya menyebabkan lelah. Bayangkan sahaja, sekolah-sekolah tahfiz diserang dan ditutup, pelajar perempuan tak dibenarkan bertudung dan siapa yang masih ingat, bagaimana seorang kanak-kanak memakai tudung dan dipulaukan oleh orang Islam dikelasnya sendiri.

Sekular malaysia mungkin tidak teruk seperti itu, namun jangan biarkan kotoran Mustapha kamal itu melekat sedikit pun pada negara kita, kerana kesannya sudah semakin jelas sekarang.

Aku sangat rindukan turkey. Memang antara tempat yang aku teringin nak pergi kembali. Tak puas rasanya melihat bumi Khalifah. Bumi yang Allah angkat bukan kerana mereka bangsa Arab, dan memang pun mereka bukan orang Arab!!


Sekian dari Syuib0809

Monday, 13 August 2012

Membaca

Bismillah.

Aku secara jujurnya bukan orang yang kuat membaca buku. Memang dari sekolah, kalau baca pun mesti buku akademik sebab nak score periksa. Kalau nak seronok sikit, duk pinjam komek majalah kreko/utopia and the geng dari rakan-rakan yang baru balik outing. Rumusan pembuktian, aku memang sangat tak minat nak ambik bidang medic yang penuh dengan bacaan.

Tapi nak tak nak, memang rakan-rakan sangat galakkan membaca berbanding menonton video. Kalau aku ke rumah senior di luar Leicester, memang kebanyakan isi rumah mereka ialah buku non-academic bertujuan menjadikan pemuda lebih peduli dengan dunia dan Islam khususnya. Kadang-kadang, siap ada library lagi seperti rumah Usop kat Dublin.

Aku teringat balik sebab utama aku beli Ipad antaranya sebab nak membaca. Tapi beberapa bulan ni objektifnya selalu gagal sebab sangat sukar nak cari bahan pdf yang menarik di internet. Malah, Ipad tersebut semakin galak untuk menjadi bahan permainan semata-mata dan juga melayari Internet.

Waktu MOC hari tu, kebanyakan penceramah yang hadir memang akan bawak buku hasil penulisan mereka. Antaranya ialah Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan buku Aku Terima Nikahnya. Tiga tahun di Uk memang aku susah nak dapat buku die. Jadi, kesempatan yang ada aku duk balun buku Rindu Bau Pohon Tin dan juga Secangkir Teh pengubat Letih. Memang menarik kedua-dua buku ni. Walaupun lambat membacanya berbanding orang lain, tapi lebih baik dari tak baca lansung.


 







Baru-baru ni, aku sempat berjumpa dengan Ustaz Ridhuan Md Nor. Memang hebat orangnya penuh dengan ilmu. Sepanjang ceramah beliau, memang terbuka sungguh mata aku. Lepas habis, dia bagi potongan harga khas untuk aku dan rakan-rakan. Sungguh banyak buku yang dia bawak. Tapi pasal takde duit, memang dapat beli sikit jelah gamaknya. Antaranya buku pasal memali yang aku pernah baca versi lain. Saja beli untuk orang lain baca. Dan antara buku ter"hangat" yang ada kat situ ialah "Isteriku, I love You". Bukan buku cinta atau novel, tapi lebih kepada buku Fiqh.


Memang beli tak semestinya akan baca, tapi membeli adalah langkah pertama untuk membaca

Sekian

Thursday, 9 August 2012

KoreaQ Selatan

Bismillah.

Beberapa minggu lalu, aku menonton rancangan bicara Selebriti yang menjemput pelakon KCB, Ustaz Hasrizal, Yatt dan Ana Rafali. Program yang dianjurkan sekali lagi oleh kerajaan Kelantan. Dalam dialog tu, tetiba ada satu peserta yang tanya soalan: "Apa pandangan ustaz tentang fenomena remaja yang sebegitu minat/fanatik kepada cerita korea, yang mana pelakon dia memang tak macamne pelakon Malaysia?"

Ustaz Hasrizal jawap mungkin sebab bagaimana orang korea begitu menjaga presentation mereka, pelakon kemas. Tidak hanya fokus kepada teks, tetapi juga subteks dan semiotiknya. Tidak seperti Malaysia yang terlalu bergantung kepada Dialog. Dan aku sangat setuju dengan Statement ni.


Maka, ulasan blog hari ni berkisar tentang korea.

Sekiranya Jepun terkenal dengan kehebatan teknologinya, aku berpendapat Korea Selatan adalah negara yang sangat hebat dalam Industri Hiburannya. Sikap bersungguh-sungguh dan rajin yang ada pada mereka tidak berhenti di situ, malah ditunjukkan dalam Sukan Olimpik 2012 sebagai dua negara Asia yang sangat menonjol selain China.

Walaupun industri hiburan mereka hampir 90% menggunakan bahasa korea, mereka diminati oleh negara-negara lain seperti Vietnam, Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia. Malah, kalau melihat kepada komen-komen di youtube, kebanyakan komen adalah di dalam bahasa Inggeris. Lebih mengagumkan, kebanyakan video, drama, rancangan TV dan lagu mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peminat secara PERCUMA! Dan ini ialah bukti paling utama tentang kegilaan mereka kepada Industri hiburan korea.

RUNNING MAN


Mungkin ini adalah contoh rancangan TV korea terbaik yang boleh aku berikan. Kesungguhan mereka dalam menghidupkan Industri hiburan mereka sangat-sangat dahsyat. Mungkin, Satu-satunya rancangan variety di dunia yang mana VJ(jurukamera) diberikan pada setiap selebriti dan juga berlari-lari bersama-sama dengan mereka. Bayangkan dalam satu kereta sahaja, ade skurang-kurangnya 8 kamera untuk merakam aksi mereka. Dan, ini adalah satu kerja yang sangat Gila!

HIBURAN ISLAM dan KOREA.

Aku secara jujurnya mengatakan anak muda memang sukar dipisahkan dengan Hiburan. Hiburan atau media memang satu wadah yang telah begitu sebati dengan anak muda, akibat dari perkembangan teknologi yang semakin pesat. Kalau dulu, mereka yang mengawal pengangkutan adalah yang paling kuat kuasanya di dunia. Namun kini, mereka yang menguasai media, merekalah yang mempengaruhi golongan remaja. Membawa perubahan dalam Industri hiburan, memang sangat penting. Namun mengislamkannya sahaja mengikut syariat dan meninggalkan sunnatullah, hanya menyebabkan orang semakin jauh dengan Hiburan Islam. Filemnya penuh hadis dan ayat Quran, tetapi pelakonnya kaku, dialognya skema seakan-akan bersajak. Ia hanya akan menyebabkan Filem Islam dilabel sebagai "Sangat Membosankan".

Maka ubahlah mengikut syariat Islam, namun jangan dilupakan Sunnatullahnya sepertimana kesungguhan orang-orang korea dalam kisah-kisah mereka.

........................

Aku kongsikan satu lagu korea yang menyebabkan aku teringat-teringat kenangan di UK. Mungkin sebab lagu ni selalu menjadi halwa telinga aku ketika Easter yang lepas. Lirik lagu yang sangat sesuai dengan jiwa manusia. Barangkali bukan untuk pasangan kekasih, tetapi mungkin untuk pasangan suami Isteri. Versi original dari Turbo bertajuk December/Reminiscence tahun 1997, tapi aku kongsikan yang remake punye sebab ada subtitile. Kadang-kadang, aku rasa diorang lagi banyak tutup aurat dari orang Islam di kaca TV negara Islam sendiri. Winterlah katakan..



When winter came, we always went to the seaside
The cold wind and white waves are the same as before, but..
Your bright and cherry nature thet chattered next to me
is now nowhere to be found.

You said thet the winter sea, that had no visitors, looked so sad
And said that we should stay with it and be the sea's friend
when you hid behind me to avoid the wind, i heard your small prayer
Asking for us to always be together by your side

Ombak bertanya, kenapa aku datang seorang dan di mana engkau?
Tak nampakkah, dia di dibelakangku.. Mengelak angin dan tertidur
Bila mentari tenggelam, dia akan bangun. Tunggu je sekejap
Aku tak sanggup mengaku yang daku tidak boleh berjumpa denganmu lagi
Tapi tanpa sedar, air mata jatuh


 Sekian dari Syuib0809.

Thursday, 2 August 2012

MOC 2012 di INSPEN

Bismillah.

Tahun ni, aku kembali ke Muslim Overseas Camp untuk kali yang ke-3. Kali pertama ialah pada tahun 2009 sebagai peserta, keduanya di dalam Hutan area Shah Alam pada tahun 2010. Manakala tahun lepas aku tak balik Malaysia bulan Julai, jadi memang tak dapatlah nak datang. Bertolak dari rumah awal-awal pagi mengejar train ETS, Tapah Road-Bangi jam 7.30 pagi. Dan aku antara top 5 yang datang awal pagi tu.

Modul kali ni dibuat oleh Junior aku yang sangat rajin iaitu Amir Soksek. Rasanya, tiada perubahan yang ketara mengenai isi modul berbanding tahun-tahun sebelum ni. Kerana objektifnya sama, aku lihat penukaran secara mendadak tidak banyak mendatangkan manfaat, malah mungkin akan sedikit memeningkan. Manakala penceramah tahun ni plak, memang mantop. Ade Ustaz Hasrizal, Ustaz Zamri mari mengaji, Bro Shahkirit, Dr Fairuz dan Ustaz Syed Abdul Kadir.

  
Penceramah

Rata-rata penceramah semuanya aku pernah jumpe kecuali Ustaz Syed Kadir, hanya pernah dengar kuliah Online. Ustaz Zamri jumpe time Fuiyo, Dr Fairuz memang kerja kat Cork manakala paling baru memang Bro shahkirit la time kat Cardiff.

Ustaz hasrizal punye slot antara slot paling best. Tak sangka die akan bawa cerite die semasa di Jordan. Aku pernah dengar sampai sekerat jalan je cerita tu kat youtube, akhirnya dapat gak dengar sambungannya di MOC.
Ustaz Zamri plak, memang gaya penceramah motivasi. Slot Fiqh Travellers mungkin aku sedikit kecewa sebab banyak soalan diberikan terlebih dahulu, menyebabkan peserta kurang peluang bertanya. Dan cara pembawakan juga sangat berbeza sebelum ni. Apepun, banyak yang aku dapat untuk slot kali ni.
Bro shahkirit, aku tak dapat dengar dan aku pun dah lupe aku pegi mana waktu ni.
Dr Fairuz, perkongsian yang sangat bermanfaat untuk aplikasi islam di luar negara.
Ustaz Syed abdul Kadir, buat dua ceramah dalam satu program. tetibe IKIM tepon.

Peserta.

Tahun ni, aku ditugaskan menjadi MC. Akhir-akhir ni tetibe banyak plak jadi MC, FUIYO-SMILE-MOC. Sebagai MC, aku memang kena tau "mode" para peserta supaya kata-kata yang keluar tidak "poyo" dan tidak kelihatan membosankan. Dan aku boleh katakan peserta tahun ni sedikit berbeza. Aku tak pasti kerana diorang ni memang pelajar cemerlang atau jenis yang baca buku habis, tapi nampak diorang jenis yang sangat serius. Kalau sebelum ni memang peserta jenis huhahuha, menjerit sini sana, buat lawak kenakan orang semua, nyanyi beria-ria, tahun ni aku rasakan peserta MOC tidak lagi sebegitu. Hanya ade segelintir yang sebegitu, itupun diorang jadi bosan sebab takde geng.

Kadang-kadang memang aku terpikir, budak KPM je yang jenis kampung-kampung sikit suka main-main ni. Walaupun teori ni terbukti, tapi mungkin kurang tepat.

Hangpa ingat senang ke nak buat lawak.

Program di bulan Ramadhan memang sedikit sebanyak memberi impak pada MOC kali ni. Tidak banyak aktiviti lasak/luar yang dapat dibuat dan mungkin ini adelah salah satu punca kepada ke"serius"an diorang. Apepun, segalanya tamat dengan baik. Aku plak sangat seronok dapat kenal junior-junior ni, dan seronok gak dapat jumpa Aidid Qamil yang dah bertahun tak berjumpe. Banyak lagi benda yang menyeronokkan seperti CELIK yang mana ketiga-tiga games die memang membuka mata.

Aku doakan agar semua peserta MOC kali ni dapat keputusan yang terbaik. Bukan terbaik di mata manusia, tetapi terbaik dalam perancangan yang telah disediakan oleh Allah. Jatuh bukan bermakna kegagalan buat seseorang, tetapi sejauh mana die mampu bangun dan terus bergerak ke hadapan, itulah kejayaan yang perlu didefinisikan dengan baik.

Ahli-ahli MOC 2012. Oh, sungguh kembang badan aku.

Sekian dari Syuib0809

Wednesday, 1 August 2012

Coret-coret Graduasi

Bismillah..

Lama sebenarnya nak tulis pasal graduasi ni, tapi memandangkan internet banyak digunakan untuk mendownload, aku terasa sangat malas nak menaip di keyboard. Hari ni terasa cergas, maka diusahakan.

12 Julai 2012

Pagi tu aku bangun dalam 7.45 pagi dan terus pergi mandi. Buka-bukak bilik, tengok ayah syahir tengah potong rambut anak die depan pintu aku. Sungguh aku tak berapa nak faham.Pagi tu, aku ingat nak datang ke University jam 9.00 pagi, tapi budak rumah ferd semua dah pergi sana kul 8.30 pagi. Jadi, aku terus bergerak ke sana dengan menaiki basikal. Memang pelik dan buang tabiat sungguh, mana tak nye pakai blazer semua, sekali naik basikal sambil sandang beg kat belakang.

Majlis graduasi di luar negara, khabar dari angin mengatakan segalanya ringkas dan cepat. Kita yang sedikit sebanyak ikut jejak langkah mereka, lebih memayahkan dan memanjangkan tempohnya. Dan hari ni memang terbukti.

Aku ambik jupah dgn topi dekat Queens Hall, Percy Gee tak sampai 5 minit. Sangat tersusun diorang punye kerja. Lepas tu lepak kat area student union melangut tak tau nak buat apa. Perjalanan masuk ke dewan gak sangat mudah dan aku kena duduk sebelah Isha dan kak Zai. Diorang tak ikut nama penerima, tapi ikut nama ayah, tu yang kena duk sebelah diorang. Tapi oleh kerana kak Zai patah kaki, kerusi sebelah aku kosong. Memang terasa lapang sungguh sepanjang majlis berlansung. Bermulalah majlis jam 11 pagi.

Majlis dibuka oleh Vice Chancellor sendiri dan die bukak punyelah santai. Ucapan-ucapan tetamu sangat tak panjang dan tiada apa-apa persembahan melainkan muzik klasik yang mengiringi majlis. Untuk mereka-mereka yang perlu naik ke atas pentas, prosesnya hanya perlu bersalam dengan Vice Chancellor. Tiada sijil, scroll, tunduk adat dan bagai semua seperti di Malaysia. tak percaya? Meh tengok sini:



Aku ambik time 1:06:10

Aku rasa hampir 400 orang grad hari tu. Tapi punye punctual dan ringkasnya diorang, majlis yang start kul 11 pagi tu habis betul2 sekitar jam 12.30 tgh hari. Waktu keluar, diorang agihkan sijil kami dengan begitu sistematik. Bukan nak taksub dan meninggi-ninggikan diorang, tapi memang proses graduasi tidak secerewat dan berleret seperti di Malaysia.

Sebaik sahaja aku keluar, sesi tangkap gambar pun bermula. Budak perempuan hampir semuanya menerima kehadiran ibu-bapa masing-masing. Manakala kami pelajar pure math yang lelaki semua tiada peneman. Hanya syamil yang diziarahi bakal keluarga mertua. Nak cakap sedih takdelah pulak. Cuma seronok gak sebab dapat bersama kawan-kawan dan tak perlu "melayan" keluarga yang datang. hehe.. Aku menerima kunjungan juga dari Faiz dan Nazmi Notts. Tak ketinggalan juga ialah Ustaz Azhari dan keluarga yang tetiba ada kat situ.

Dan paling aku terkejut ialah bila jumpa kak Min. Rupe-rupenya abang Din pun akan grad hari tu, cuma majlisnya ialah belah petang. Aku berundur diri sebentar sari sesi bergambar yang tak sudah-sudah dan mencari abang din. Takut tak sempat plak nak jumpe. Lepas jumpe, terus ke perjumpaan department Maths. Tapi sedih sebab makanan dah abih dan gambar pun sudah diambik.


Aku dah rasa tak larat. Dalam 2.30 petang terus pulang jubah dan menuju ke rumah kembali. Banyak gambar aku tak pakai topi tu sebab topi besar, asyik nak jatuh je. Dan satu lagi baru aku sedar, kepala aku bahagian atas lebih kecik. haha.. Waktu keluar dari Percy Gee hantar jubah, jumpe dengan fiza dan mak ayah die. Tanye aku tak tangkap gambar ke? Aku jawap "free ke? Bukan bayar mahal ke?".. Lepas fiza cakap ye, memang putuih harapanlah aku. Ni gambar sebaik fiza dan Leya masuk dalam Percy Gee ambik gambaq.

Aku paling jarang nak pakai macam ni.


Sekian dari Syuib0809