Tuesday, 29 May 2012

Kisah Persamaan Matematik dan Fizik

Bismillah.

Saja nak tulis pasal peperiksaan pertama tadi yang bermula jam 9.30 pagi.

Oleh kerana aku risau akan ngantuk waktu exam, aku pun tido lepas solat Isyak dalam jam 11.15 malam. Pukul 2.00 pagi bangun untuk solat subuh, tapi entah macamne tak boleh plak nak lelapkan mata sampai kul 3.30 pagi.. Aduih. Lepas bersihkan diri pagi tu, teruih menuju ke tempat exam. Kali ni agak pelik sebab dewan peperiksaan kat bangunan Museum Department.

Sampai-sampai, tengok semua student melayu dah ada. Budak local pun dah ramai, tapi pakaian diorang memang .......... . Aku dah jarang keluar rumah beberapa minggu ni, jadi terlupa yang diorang memang akan pakai seksi time musim panas macam ni. Kalau pandang diorang waktu exam memang boleh lupa apa yang dah dihafal beberapa minggu ni.

Aku dan syamil alhamdulillah dapat duduk kat meja paling dewan sekali, terpelihara dari tengok gadis-gadis seksi tu. Dewan tu pun kecik je tak smpai muatan 100 orang. Kami sebenarnya ada sedikit percanggahan maklumat tentang paper Equation of Mathematical Physics ni. Kat past paper dan mock paper yang kami buat kata tempoh ialah tiga jam, tapi kat jadual exam tulis hanya dua jam.

Percanggahan maklumat ni menyebabkan aku ambik jalan selamat, iaitu praktis buat latihan untuk habiskan semua soalan dalam masa dua jam. Tapi, alhamdulillah kami dimaklumkan semula masa sebenar ialah 3 jam. Aku secara jujurnya boleh kata paper tadi agak mudah berbanding mock exam. Dan akibat latihan yang aku buat, memang aku settlekan paper tadi dalam masa kurang dua jam. Tapi aku stay sampai habis untuk check dan cuba buat soalan nombor 4 yang optional.

Ni bukan statement berlagak. harap maklum.

Bukti lain yang menunjukkan kertas tadi agak mudah ialah bila habis je tempoh 3 jam, hanya ade aku, semua pempuan melayu dan dalam 5 orang budak negara lain yang tinggal. Yang len semua keluar awal. diorang lagi kerek kot.

Mudah-mudahan result nanti Allah berikan yang terbaik.
Sekian dari syuib0809

Thursday, 24 May 2012

Debat untuk pendidikan percuma.

Bismillah.

Malam tadi, aku tetibe terjumpa video debat KJ dan rafizi Ramli. Antara dua tokoh muda tanah air yang sangat bijak dan fasih berkata-kata. Bulan satu hari tu diorang datang London untuk debat, tapi aku tak dapat datang dan malas nak tengok sebab dalam bahasa Inggeris. Mula dalam kul 1 pagi aku tengok video tu, dan habis dalam kul 2.30 pagi sebab rehat jap solat subuh. Memang terbaiklah debat yang diorang buat. Bukan sebab nak tengok sapa menang atau kalah, tapi lebih kepada nak lihat macamne idea memansuhkan PTPTN dan pendidikan percuma mampu dilaksanakan di Malaysia.



Alhamdulillah, debat ni berlansung dengan sihat. Banyak fakta yang dikeluarkan dan mampu buat manusia berfikir. Ade siki2 je keluar tajuk, tapi memang menariklah fakta yang diorang keluarkan. Aku sendiri mungkin kurang bersetuju kalau 100% percuma, sebab fikirkan effort student di Malaysia yang semakin teruk. Tapi ianya memang bawa banyak faedah untuk mereka2 yang sangat bersemangat nak belajar tapi tiada duit.

Ustaz Mazlee memang bijak mengawal masjid dan gaya die santai je. Memang terbaik

Sekian dari syuib0809


Friday, 18 May 2012

Kelesuan untuk Semester Terakhir

Bismillah.

Hari ni, kelas aku untuk semester yang terakhir di Univeristy of Leicester secara rasminya sudah tamat. Dengan hanya dua kelas, satu jam 10 pagi dan satu lagi jam 3 petang, ianya ditamatkan dengan sedikit ucapan dari Dr Ivan Tyukin, guru Operations Research kami. Dan dalam masa 10 hari lagi, peperiksaan pertama aku untuk Final year ni akan bermula.

Mathematics Equation of Physics - 28/5/2012
Number Theory - 01/06/2012
Operational Research - 08/05/2012

Secara jujurnya, semestar kali ni memang agak berlainan dan terasa agak ringan tanpa banyak tekanan yang terasa untuk study. Mungkin kerana ciri-ciri subjeknya yang lebih kepada praktikal/aplikasi berbanding menghafal semata-mata. Malah, untuk subjek pure math(Number Theory) yg kami ambil, memang soalannya lebih berbentuk menganalisis apa yang difahami. Tapi aku tetibe risau sebab applikasi yang disangkakan mudah sebenarnya penuh dengan umpan careless mistakes.

Lepas balik Turkey hari tu, aku hilang momentum untuk study berbanding dengan semester sebelum2 ni. Hampir seminggu lebih nak memulihkan semangat study 7 jam seperti sem sebelum ni, tapi gagal ditambah plak dengan kelas dua minggu selepas cuti Easter. Ade kelas menyebabkan aku susah nak mengatur jadual study aku. Keadaan selepas pulang dari Turkey agak parah bile banyak benda yang aku nak buat secara Istiqamah, terputus macam tu je. Tapi Alhamdulillah, siang yang pendek nampak sedikit sebanyak membantu. Bayangkan maghrib sekarang jam 9.03 malam dan subuh dalam pukul 1.40 pagi.

Mudah-mudahan, 10 hari terakhir ni dapat aku penuhkan dengan pecutan akhir setelah lesu buat masa yang lama.


Sekian dari Syuib0809

Thursday, 17 May 2012

Muhasabah Turkey - Melayu dan Turkey

Bismillah

Aku terpaksa memendekkan penulisan aku mengenai Turkey. Musim exam dah semakin dekat. Baru-baru ni, aku kerap bukak blog Ustaz Hasrizal untuk baca mengenai Turkey. Sebagai orang yang memang mengkaji mengenai bangsa Turkey, apa yang Ustaz Hasrizal tulis memang aku dapat lihat sendiri ianya di Turkey. Krisis Identiti yang sangat dahsyat dikalangan mereka, namun masih ade yang kuat berpegang dengan Quran dan Sunnah dan sayang pada Khalifah. 

Saat pertama kali sampai di Bumi Khalifah Tuki Uthmaniyah

Turkey memegang tampuk pemerintahan Islam melebihi 600 tahun dan Allah telah mengangkat mereka walaupun mereka bukanlah Bangsa Arab. Setelah sebegitu lama Islam dipayungi oleh Khalifah, Bangsa Turkey sendiri akhirnya menjatuhkannya diketuai oleh Mustapha Kamal Artartuk. Percaya atau tidak, rakyat Turkey sangat mengagungkan Kamal Artartuk sebagai orang yang menyelamatkan negara mereka. Dimana-mana sahaja akan ade gambar ataupun patung beliau. Sekular yang akhirnya menjatuhkan Islam tanpa umat islam sendiri sedar. Sebijik macam Malaysia.

 Patung berdekatan dengan Topkapi Palace

Walaupun tak sampai 100 tahun sistem khalifah jatuh, Sekular telah menjadikan turkey sebuah negara yang pelik. Pelajar perempuan tidak boleh bertudung ke Universiti, kota Istanbul penuh dengan bahan Lucah dan kelab malam, budaya minum arak macam tersangat-sangat biasa. Malah, mereka memang begitu memisahkan antara agama dan cara hidup.  Mereka-mereka yang pergi ke Taksim square memang akan geleng kepala. Setiap kali lalu lorong2, akan ada orang tahan dan promosikan diorang punye kelab malam yg siap ade perempuan merepek2.  Ade sekali tu aku kena tahan dan aku pun cakap "sorry, I'm Muslim". Dengan rileksnya mamat tu kata "I'm a muslim too, It's ok, just enjoy it"... Aku macam,, Perghhh, teruknya diorang ni.

 
 Mercu Tanda Taksim Square.

Dasar kemodenan yang dibawa oleh kamal artartuk, akhirnya membiarkan wanita seronok kerana merasa bebas. pakain barat seperti kot semua menjadi kebanggaan untuk dipakai. Hinggakan, ketika diorang lihat aku pakai kopiah di Kapadokya dan Pamukkale, diorang macam pelik. Waktu kami kat sebuah kedai makan, ada seorang pemuda ni sambil senyum2 panggil kau "haji, haji".. Seolah-olah orang yang pakai kopiah ialah religious person yang alim habis. Memang susah nak dapat tengok orang pakai kopiah kat Turkey ni. Kadang2, tersenyum gak biler yang cakap bahasa jepun dengan aku lepas tu bagi salam. Mungkin sebab mata aku kot.

 Kanak-kanak Turkey yang membesar dengan pembelajaran Sekular. Takde sorang pun pakai tudung. Waktu ni kat Pamukkale. Umur diorang 11 tahun, tapi nampak macam dah remaja.

Apepun, satu ciri Islam yang aku lihat masih kekal dikalangan orang Turkey ialah diorang ni memang sangat peramah dan suka tolong orang. Walaupun berbeza bahasa, tapi diorang seolah-olah macam nak sangat bersembang dengan kami. Kebanyakan tempat yang kami pergi, mesti akan sembang dengan orang sana. Paling aku ingat hari terakhir kami ketika di Stesyen bas Denizli,ada sorang pak cik ni duduk dengan kami lepas solat isyak. Die nak sembang, tapi cakap bahasa Turkey. kami tak tau nak respon macamne. lama pak cik tu duduk dengan kami, tapi pasal tak tau apa nak cakap, kami terpaksa buat2 tinggalkan surau tu..

 Sempat bergambar dengan pakcik ni. Tapi sedih sebab tak dapat nak sembang dengan die.

 Pemandu pelancong kami yang sangat peramah. InshaAllah akan diingat sampai bila2.

 Lambang keperamahan orang Turkey. Tanpa segan silu bergambar

Islam di Turkey sekarang, mengingatkan aku pada suasana Malaysia sekitar tahun 1970-1980. Walaupun tak lahir lagi, tapi banyak gambar-gambar yang aku lihat mengingatkan aku kepada Turkey sekarang. tudung bukan satu kebiasaan walaupun Islam dah bertapak lama di Malaysia. Tulisan Jawi mula dimansuhkan dengan dasar yang disarankan oleh Khir Johari. Budaya-budaya merepek dan tahyul diamalkan dalam hidup orang islam walaupun mereka sedar ianya salah dalam Islam. Islam dijadikan matapelajaran  agama di sekolah-sekolah, tidak dijadikan panduan utama dalam mendidik pelajar. bayangkan, setiap sekolah pasti ada acara menari, budak2 nyanyi2. tak banyak sekolah yang galakkan buat solat Dhuha, bela janggut malah di Malaysia pernah pelajar disaman kerana memakai Serban. Tapi tak pakai tudung tak di saman.

Pisahkan Islam dengan cara hidup dan pemerintahan, itulah ancaman sekular yang kita tak sedar.

Wanita-wanita bertudung di konya. mereka yang dari keluarga Islam, memang akan biasa dengan tudung. Kalau sekular, memang ustaz hasrizal kata satu keluarga akan berpegang dengan semangat begitu.

Sekarang ni, Erdogan dan rakan-rakan berusaha mengembalikan semula Islam di Turkey. Usaha yang mereka lakukan dalam membawa kembali Identiti Islam dalam hidup masyarakat Turkey amat sukar, dalam keadaan budaya Sekular yang sangat menebal dalam hati kaum mereka sendiri. Di Malaysia, usaha PAS banyak menampakkan Hasil yang positif. Kuliah2 gama kembali dihidupkan di selangor setelah ianya menjadi kebiasaan di Kelantan. Aku sendiri terkejut suasana kuliah lepas maghrib di Kelantan. "KOnsert" menyambut tahun baru diisi dengan Kuliah Agama di Selangor dengan menjemput Ustaz Azhar Idrus. Malah dalam konsert tersebut juga hanya penyanyi lelaki yang dibenarkan membuat persembahan.


Pernah di Kelantan, diorang jemput Aisyah dan Nora untuk menyanyi, tapi untuk perempuan je dengar. Malah, kerap kali konsep hiburan islam dibincangkan di Kelantan. Perkembangan positif begini bakal menggantikan Sure Heboh, Sambutan merdeka yang penuh dengan joget2, TV yang penuh dengan Ikaln seksi dan macam-macam lagi. Melayu sekarang tidak banyak berbeza dengan bangsa Turkey kerana jarum Sekular masih belum dapat dikeluarkan sepenuhnya. Banyak yang aku belajar dari Turkey, kerana masalahnya sampai pada melayu Islam di MAlaysia!!


Sekian dari Syuib089

Saturday, 12 May 2012

Muhasabah - Masjid


Bismillah..

Siapa-siapa yang datang ke Turkey, memang masjid akan menjadi tarikan paling utama di Istanbul. Gambar-gambar yang biasa akan keluar bila search Istanbul ialah Hagia Sofya, Blue Mosque dan Masjid SultanAhmet. Malah, masjid-masjid di sini memilik ciri yang sangat sama di antara satu sama lain terutamanya dalam menonjolkan bahawa Turkey ini didominasi oleh Umat Islam.

Waktu kami naik bus dari airport menuju ke bandar Istanbul, memang sangat banyak masjid dan sangat mudah untuk nampak masjid di sini. Antara sebabnya ialah orang Turkey suka bina menara Azan(minaret) yang sangat Tinggi hinggakan menjadikan penanda paling tinggi bagi sesuatu tempat. Paling kurang setiap masjid yang dibina akan ada satu tiang menara yang tinggi.

 Blue Mosque
 Beyazit Mosque
 Masjid kat Konya
SENIBINA
Kebanyakan masjid di Istanbul khususnya sudah berusia beratus-ratus tahun iaitu sejak zaman Kerajaan Turkey Uthmaniyah. Reka-bentuk masjid mereka berasaskan gabungan bentuk Hemisfera yang mungkin barangkali diambik dari senibina Hagia Sofya. Kalau nak tengok reka-bentuk masjid di sini, bolehlah pergi tengok kat Masjid Wilayah Persekutuan, memang macam tulah bentuk dan konsep die. Akan ade ruang kat luar yang sangat besar.

Oleh kerana banyak masjid-masjid ni yang lama, jadi, takdelah kot sistem wayar2 yang bagus. Lampu-lampu yang dipasang kebanyakann ialah lampu gantung yang memang menjadi konsep utama walaupun untuk masjid-masjid yang baru dibuat. Memang jaranglah nak jumpe lampu pendaflour. Tempat wuduk gak masih cara lama, cuma adalah beberapa masjid yang dah buat tandas dan tempat wuduk baru kat kawasan luar.
 


Walaupun masjid-masjid ni nampak besar kat luar, tapi sebenarnya dalam die sangatlah kecik. Hanya reka bentuk kubah je yang nampak tinggi, tapi sebenarnya kecik je masjid-masjid diorang ni. kami sendiri sempat lalu time solat jumaat, memang sesak sampai keluar walaupun kawasan tu ade dua tiga masjid yang berdekatan. memang sangat banyak masjid, tapi kecik.




 Di kawasan Blue Mosque.

BUDAYA SOLAT
Walaupun penuh masjid di sini dan lawa-lawa belaka, bilangan orang yang berjemaah memang sangat-sangat sikit. InshaAllah nanti aku terangkan tentang benda ni dalam muhasabah_ Turkey dan Melayu. Menariknya mengenai budaya solat di sini ialah, Imam dan Bilal akan berkomunikasi sepanjang perjalanan sebelum dan selepas solat. Contohnya, selepas habis solat, Bilal yang akan mengetuai bacaan Zikir dan bila nak mula baca doa, Bilal yang akan mulakan pengawalan Doa dan bila nampak Imam dah habis baca, bialal akan tutup dengan bacaan penutup seperti "Walhamdulillah hirabbil a'lamin". Susah nak fahamkan....

Selain itu, Imam juga ada pakaian rasmi walaupun sekecik mana pun masjid tu. Mana-mana masjid kami pergi tak kiralah dari istanbul, Cappadocia, Konya memang Imam akan pakai macam topi Tinggi(macam ali baba) dan juga jubah putih(bentuk macam jubah Graduation).

 Sorilah gambar tak clear. lebih kuranglah baju Imam die, padahal dalam pakai kemeja.



Masjid-masjid di sini dalam bahasa Turkey ialah Camii, jadi jangan konfiuslah kot. Aku pun tak pasti kenapa jauh sangat sebutan die daripada yang bahsa Arab punye. Tapi, kalau Surau plak, diorang akan panggil Mesciit. Adelah bunyi sikit, dan surau kat sini memang macam surau kat Malaysia. Boleh didapati diman-mana sahaja RnR dan suasana dalam pun banyak persamaan.Memang tak banyak masalah nak solat di Turkey ni. Cuma subuh kami sepanjang di Turkey memang tak pernah di masjid. Mungkin sebab subuh yang sangat awal waktu tu dalam kul 4.30 pagi. Ade sekali tu, kami terpaksa solat dalam bus sebab bus tak berhenti kat RnR.

 Nilah contoh surau die. Tapi ada mimbar mungkin sebab ada orang wat solat jumaat di RnR ni. Memang RnR ni macam padang pasir sekelilingnya. Terpisah jauh dari bandar kalau tengok gaya.

 Senibina di Masjid Konya yang ade sedikit pengaruh kerajaan Andalus. Memang merah putih tu lambang masjid Cordoba.

 Antara benda lain ialah kebanyakan mimbar kat sini tinggi-tinggi lebih tinggi dari Malaysia punye. Kalau tengok Blue Mosque dengan SultanAhmet mosque memang dua kali ganda lagi tinggi dari ni.

Itulah sedikit sebanyak mengenai masjid di Turkey ni. Sebenarnya antara masjid yang kami nak pergi ialah Masjid Ayub yang ada makam Abu Ayub Al-Ansari, seorang Sahabat yang mencintai rasulullah dan juga dicintai oleh rasulullah. Tapi memang sangat jauh kalau nak pergi walaupun dalam istanbul. banyak lagi sebenarnya masjid di Itanbul ni, tapi oleh kerana bentuk dah hampir sama, kami rasa cukuplah kot. itu sahaja...


Sekian dari Syuib0809

Thursday, 10 May 2012

Muhasabah Turkey - Makanan


Bismillah

Kembali menulis mengenai Turkey, tapi malas plak nak tulis pasal penginapan sebab takde bende yang special sangat. Jadi, mari bercerita pasal makanan yang ada kat Turkey ni. Dah menjadi kebiasaan, kalau pegi mana2, memang makanan antara benda utama yang aku cari. Tambah plak, turkey ni adalah negara Islam sekular yang makanan2 hampir semua halal. Ansari bagitahu kat turkey gak takde makanan yang berasaskan babi. Memang jarang nak jumpe daging babi seperti di Spain atau Malaysia. Mungkin sini tak banyak bangsa asing kot.

Sampai je Istanbul, makanan pertama yang kami makan ialah kebab atas pinggan. Turkey selaku pelopor Kebab memang banyak jenis kebab die. Dan turkey ni ada keju die sendiri yang pelik rasanya. Kalau diorang bubuh atas pinggan, memang macam bubuh smash potato, banyak giler.

 Ni die kebab atas pinggan. Tapi menu ni die campur dengan cekodok sekali, jadi tak penuh dengan daging. Putih tu cheese die.





Menu kami hampir sama empat-empat orang.

Kalau sarapan plak, dekat turkey ni agak pelik. Waktu kat hotel kami dapat jam, lepas tu bagi tomata dengan timun dan sebijik telur rebus. Dan macam biasa, diorang memang akan bagi roti unlimited. Berbeza dengan Malaysia, roti adelah makan ruji orang turkey. manakala nasi plak susah giler nak dapat. Kalau ada pun, beras die bukan panjang2 punye, tapi jenis bulat. Waktu kat Istanbul, kami ada dapat makan kedai nasi, memang standard 10-15 TL. Kalo makan kebab baru 5TL.

 Nilah breakfast kami. Pelik kan?. Tapi minuman waktu sarapan yang wajip ialah teh turkey. Memang terbaik.

 try makan nasi. Kalau ayam 10Tl, kalo daging 12TL.


 Ada sekali tu kami pegi kedai macam mahal.Lebih kurang macam gambar kat atas, banyak giler lauk. Tapi harga die memang tak boleh belah. Last2, ambik lauk berkenan seperti dibawah.


 
 Macam nilah diorang jual roti. Roti diorang sangat sedap. Keras kat luar tapi dalam lembut gile2. Macam2 bentuk ade.

Satu fakta yang tak berapa seronok ialah makanan kat turkey memang tak sesuai dengan tekak orang melayu. makanan diorang sangat tak berempah dan rasa plain je. Malah, diorang jarang makan makanan dengan sos(chili,tomato, bbq dn sbgainya). Memang kena tahan la, sebab rasa sos tomato die pun pelik kalau mintak. Tapi memang kebab die kene mintak sos, kalo tak memang azalinya diorang takkan bubuh. Tapi diorang kuat makan sayur.

Walaubagaimanapun, ada je makanan yang sedap kat turkey ni. Dan kat Istanbul ni banyak makanan yang dijual di tepi2 jalan dan memang kalau datang wajip makan. Mungkin sebab tempat lain takde. Antara yang terkenal mungkin Aiskrim die yang biasa je rasa, tapi pasal aiskrim tu akan ade persembahan, jadi menariklah. Penjual akan acah pembeli smpailah beberapa trick dilakukan, baru die bagi aiskrim. Antara makanan yang perlu dirasa:

 Yang pertama ialah Islak hamburger. Mula kami macam malas je beli, tapi lepas beli memang sedap. Harga standard 2TL. Satu2 makanan yang berasa.

 
Kedua, tiram rebus yang diperah dengan lemon. Rasa die memang agak unik. Murah je. 1Tl dapat dua tiram.

 Yang ni plak ialah chest nut. Memang sangat banyak kalau kat Taksim square tu. Sedap bile tengah panas. Memang die bakar. Mahal sikit harga die.

 Kebab Ikan. Sorilah, takde gambar makanan. Ade gambar tengah makan je. Memang wajip rasa sebab takde kat tempat lain. Sedap gak, cuma cepat muak sebab ikan die bau hanyir.

 Ni plak roti2 die berbentuk donut. Tak sedap sangat, jadi rangking bawah.

 Paling tercorot ialah jagung rebus yang dibakar. Bayangkan die hanya buh garam je sikit. Mentega tak bubuh apetah lagi nak rempah semua. Plain rasa die.

 Antara tempat yang banyak makanan ialah kawasan Beyazit ni. Sebab kat sini ada Grand bazaar yang sangat besar. Kat keliling bazaar ni memang penuh dengan kedai makan terutamanya kebab.

kami semangat nak rasa2 makanan kat turkey ni awal2 je. Oleh kerana asas makanan memang kebanyakannya rasa masam atau tawar, jadi kami akhirnya selalu pergi kedai "international" macam Pizza Hut, KFC, Burger king dan Domino. Bukan sebab kaya, tapi sebab memang itu jelah makanan yang ada rasa. Tu pun, nak mintak sos punyelah susah. Dan makanan2 kat kedai2 macam tu memang agak murah sebab kami memang susah nak dapat halal punye kat UK. jadi, melepaslah geram kat turkey.

Gambar tiada kene mengena dengan makanan. Saje bubuh. Ni kat Hierapolis, pamukkale

Perjalanan terakhir kami di Pamukkale dihidangkan dengan kebab kembali.  Tapi kali ni memang murah giler. Dalm 2.50TL dah dapat. Kami nampak kedai tu macam jual murah giler, cuma sayangnya takde orang yang datang makan kedai tu. Memang meja pun macam berhabuk. biler pikir balik, lawak pun ade. Lepas kami makan je, teruih orang tu tutup kedai. Memang takde pelanggan aku rasa. Orang luar(pelancong) prefer untuk makan mewah kot. Ade satu kedai tu, kami mintak burger, tapi roti burger takde lansung dalam kedai die. Last2 die kata, leh dak tukar dengan roti biasa. Memang pamukkale ni pekan kecik.

  
 Gi mana2 memang wajip jumpe kebab. Ni kat stesyen bus Konya

 Nilah kedai kami makan kat Pamukkale. Memang kami je ade kat kedai tu. Pekerja die pun sorang je. Amir punye muka memang lambang kesedihan

Tapi seperti bandar-bandar pelancongan lain, turkey memang banyak sangat jual arak. Dah tak nampak luar biasa sebab orang islam pun jual dan minum arak. Malah, waktu kami sembang memang diorang tak segan kata consume Alcohol. pasal ni nati aku cerita dalam post Melayu dan Turkey.


Sekian dari syuib0809


Sunday, 6 May 2012

Muhasabah Turkey - Transportation


Bismillah

InshaAllah hari ni aku cuba kongsikan mengenai pengangkutan sepanjang berada di Turkey. Sebelum sampai sana, kami sendiri berada dalam Dilema sama ada nak sewa kereta ataupun naik sahaja pengangkutan awam. Tanya kawan-kawan yang dah pernah pergi, dan sekali lagi konfius sebab ade naik kereta dan ade plak ramai yang syorkan naik pengangkutan awam. Setelah meneliti baik dan buruk, kami pun decide untuk naik pengangkutan awam. 

Dari airport, bagi sapa2 yang mahu menuju ke bandar Istanbul, bolehlah naik bus Havas atau Havatas sahaja. Kalau konfius, boleh tanye orang yang ade kat situ. Cume, kalau diorang tak faham BI, korang tengok je yang menuju ke Taksim. Bayaran untuk ke sana hanya sekitar 12TL.

 Pakcik2 driver ni sibuk suruh kami ambik gambar diorang.

Ssampai di Istanbul, sekali lagi agak bermasalah sebab tak buat kajian sangat pasal transport. Hampir 40 minit habis pusing-pusing mencari macamnelah caranya kami nak pergi ke kawasan lama Istanbul yang ade banyak tarikan. Nampak bus banyak sangat beratus-ratus buah, tapi sangatlah konfius mana satu nak ambik. Untuk pengetahuan, pengangkutan paling mudah untuk ke sana ialah dengan menaiki tram/LRT/metro diorang. Sangat mudah nak cari dan laluan tram ni tak bercabang sangat seperti di KL atau London. Dari Taksim Square, pergi ke KABATAS dan dari situ kene transit pergilah ke mana2 station. Beyazit, Eminonu atau sebagainya(sultanahmet).

 Ni bukan tram die. Aku pun tak tau nak naik bende ni macamne.

 Ni baru betul tram die. Nampak lambang M untuk Metro. Setaip kali naik dicharge 2TL.

 Setelah beberapa hari berada di sini, kami memang amat menyedari yang menyewa kereta bukanlah satu pilihan yang baik apabila berada di Turkey. Antara sebab utama ialah kerana driver-driver kereta di sini agak kurang berdisiplin. Malah pejalan kaki pun boleh jalan ikut suka hati je, memang bahaya. Dan satu lagi, jalan di sini agak tidak teratur dan bagi sape yang mahu ke perkampungan PAMUKKALE dan CAPPADOCIA memang jalan die agak teruk.

Apepun, pengalaman naik bus di sini memang sangat mantap dan menarik. Pertama kali rasanya aku rasa naik bus macam ni. Mula2 dengar kawan duk kata "Selesa bus kat rukey ni, siap ade Tv". Aku macam pelik "biasalah, ade tv". Rupe-rupenya apa yang dimaksudkan oleh kawan tu lain. Bus di turkey rata-ratanya seperti kapal terbang iaitu setiap tempat duduk ade screen TV yang boleh tengok movie, main game, dengar mp3 dan tengok gambar. Setiap orang juga dibekalkan dengan earphone. Memang sebijik macam dalam kapal terbang.

 Contoh screen TV. Kalau bernasib baik boleh dapat yang ade internet lagi.

Tambah menarik lagi, setiap bus ekspress ni akan ade pramugara/pramugari yang bertugas melayan penumpang. Dia akan hidang air dan makanan/snek untuk penumpang secara percuma. Bukan sekadar air mineral, siap bagi air pepsi/coca-cola, jus dan air panas macam Nescafe pun siap ade. Memang menariklah cara layanan bus kat sini. Setiap penumpang juga akan dipastikan duduk kat tempat yang betul supaya bila sampai destinasi, die dapat kejut. Contohnya macam kalau dari teluk intan nak ke Shah Alam, ade penumpang turun kat sabak bernam, die takkan menjerit2 smpai kacau semua orang, dia hanya kejutkan orang yang akan turun je. Best?

 Contoh pramugari yang disediakan. menarik lagi, lelaki akan cuba dielakkan duduk sebelah pempuan.

 Contoh snek dan air oren.

Sekarang, meh plak aku cerita mengenai pengangkutan bandar ke bandar. Bagi sapa2 yang mahu ke Cappadocia, perjalanan mengambil masa sekitar 10 jam dari Istanbul. Destinasi yang perlu dicari ialah Nevsehir, dan dari situ akan ade minibus percuma menuju ke Cappadocia. Harga 65Tl kalau tak silap aku.

Dari Cappadocia, akan ade direct bus menuju ke PAMUKKALE, tapi destinasi yang perlu dicari ialah Denizli. Sekali lagi, akan ade minibus menuju ke pamukkale. Cuma, direct bus ni hanya ada dua dalam sehari. Sama ade bertolak pagi dan smpai petang. Atau bertolak malam dan smpai pagi. Jadi, aku syorkan untuk pergi ke konya dulu barulah ke Denizli sebab bus dari Nevsehir-Konya(25TL) dan Konya-Denizli(35TL) sangat banyak.

Syarikat utama bus di sini bernama METRO. Macam Transnasional di Malaysia dan National Express di UK.
 Ni die syarikatnya.
 Contoh busnya.

 Ada gak company lain macam Suha ni. Bagus gak perkhidmatan die.

Mengenai pengangkutan dalam pekan Cappadocia, kami hanya naik minivan tour guide je. Dari hostel ke pekan hanya jalan kaki sebab pekan die memang kecik. Begitu juga di Pamukkale, kami hanya jalan kaki ke semua tempat sebab pekan die sangat kecik. Kalau nak ke tempat menarik di pamukkale juga hanya perlu berjalan kaki sebab ianya bersifat tertumpu.

Tapi kalau di Konya, kena naik minivan die yang bewarna hijau dan nak carik die agak senang, cuma nak tau destinasi die memang gak susah. Dan kurang selesa gak sebenarnya. Banyak sangat orang tua naik, jadi kenelah bagi orang tua duduk. Hehe..

 Contoh keadaan dalam minivan yang dimaksudkan.
 Ni die minivan Hijau putih

Jadi, kesimpulannya, sape2 nak pergi turkey eloklah naik pengangkutan awam sebab murah dan selesa. Satu lagi, tak penat nak drive sebab jarak dari satu bandar ke bandar memakan masa sekitar 10 jam. Tu tak masuk lagi sesat semua. Selamatlah ke turkey ye semua.







Sekian dar Syuib0809