Bismillah..
Antara perkara yang paling kita suka main tidak kisah lah dari kecik sampai besar ialah main teka teki.. Kadang2 teka-teki itu hanyalah teka-teki bodoh, tetapi cukup menghiburkan hati kita. Dan bagi teka-teki yang 'intelektual', kita selalu saja mendapat pembayangnya dan barangkali dekat sekali dengan jawapannya.
Minggu lepas, aku sepatutnya pergi ke Turkey. Halangan salji sewaktu melancong di Paris banyak mengajar aku supaya tidak melancong di eropah ketika musim sejuk. Antara waktu yang paling bagus ialah ketika cuti easter dan bg negara2 sejuk, eloklah pergi waktu summer juga. Panas sikit tapi tak panas sangat. Atas sebab ini, maka kami menyangka segalanya akan berjalan lancar.
namun begitu, sangkaan kami sangat merosot. Sewaktu ke Perancis, keadaan cuaca hanya menyebabkan percutian kami tertangguh. Tapi kali ini, cuaca UK sungguh baik, namun kami tidak lansung dapat melihat kapal terbang untuk ke turkey. Semuanya hanya kerana kuasa Allah yang mengeluarkan asap dari perut bumi. Siapa sangka, kesan drpd kepulauan kecil seperti iceland mampu menyebakan negara kuat seperti Britain lumpuh buat seketika.. Hebatkan?
Volcano eruption di Iceland.. Hanya asap
Kita tidak pernah terfikir inilah pembayang drpd Allah S.W.T,
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslim)
Sampai sekarang, kita sebenarnya masih bermain teka-teki dengan Allah bilalah agaknya kita akan kembali kepadaNya semula. Kebanyakan manusia tidak pernah meletakkan tekaan mereka bahawa esok adelah harinya. Ataupun 3 jam daripada sekarang adalah waktunya. Maka, tidak hairanlah kita sombong. Video di bawah di ambil drpd blog UZAR.. Untuk manusia yang tidak pernah suka dgn teka-teki ini akibat cinta kepada dunia, lihatlah..
Kekaguman kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya.
Tengah jalan pun, boleh mati dihempap tiang..
Hebatnya Allah
Sekian.. tekalah teka-teki itu walaupun kita tidak mendapat jawapannya..
No comments:
Post a Comment