Thursday, 1 April 2010

Bukan sekadar di mulut

Bismillah..

Sepanjang berada di UK, antare budaya yg berlainan bg umat islam di sini ialah ketika habisnya solat berjemaah. Di Malaysia, bukan sesuatu yg pelik untuk berzikir, bertasbih dan berdoa bersama-sama. Namun di sini, sebaik sahaja habis solat jemaah, semua orang akan wat hal masing2. Dan selalunya mereka akan bangun dan terus menunaikan solat sunat rawatib. Teringat lagi sewaktu hari aidiladha, takbir raya sini juga tidak begitu berlagu seperti di Malaysia.

Boleh dikatakan, banyak perkara yg masih kita tidak mengerti. Kebanyakannya hanyalah budaya. jikalau dilihat sewaktu majlis2 kenduri, tatkala melafazkan laa ilahaillallah, semua org hayun kepala bagai nak rak, adekah kita benar2 mengerti? Zikir2 munajat bukan sekadar untuk seronok2, nyanyi2, menjadi gile2 tetapi untuk dihayati oleh smua orang yg beriman.

Sekiranya kalimah yg berlagu itu menyentuh perasaan kita, maka amalkanlah. Tetapi jikalau saja seronok2, maka elok kita janganlah memperolok-olakkannya. Contoh2 nasyid yg sangat menyentuh hati aku kira ialah nasyid2 sebegini. Daripada dok sebuk2 dengor lagu rock, R&B, dan sebagainya baik kite dgr selawat2 seperti ini.



Lihatlah bagaimana manusia menyebarkan Islam melalui nasyid, raihan terbaik!!




Sangat bagus sebagai alternatif kpd industri hiburan kita



Tapi yang ni aku konfius, lirik dah bagus, tapi....

Entahlah, adekah kita benar2 faham ape yg kita ucapkan atau sekadar di bibir sahaja. Manusia ini hidup untuk seketika, kutiplah semua tiket yg ade di dunia ini untuk kita masuk ke syurga Allah. Belajar la untuk memahami dan berusahalah untuk kita amalkan. Selamat mendengar nasyid2 di atas. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment