Thursday, 22 April 2010

Masjid Umar Leicester


Bismillah
Baru-baru ni aku sangat bercita-cita nak pergi sebuah masjid di Leicester ni. Bagi aku, ni adelah masjid tercantik yg pernah aku jumpe di UK. Pertemuan kali pertama dgn masjid ni aku gagal bawak kamera. Jadi, kali ni aku berniat sembhyg maghrib dan isyak di situ sambil tgkap gambar sikit-sikit. Nak pergi hari-hari memang susah sebab masjid ni agak jauh dan kene naik bukit sikit. 2 hari lepas, aku pun bertolak dari rumah pukul 7.30 petang..

Masjid umar

Maghrib sekarang ni pukul 8.10 malam manakala isyak pukul 10 malam. Nak masuk summer la katakan. Selepas naik basikal dalam 25 minit, akhirnya nampak gak kelibat masjid ni. Kalo la rumah aku kat situ, mesti best kan. Malas nak cite banyak2, tengok sendiri la masjid ni. Lupe plak, aku g sorang2, jadi xde gambo aku dgn masjid ni

Pemandangan tatkala senja

Pintu masuk bahagian bawah

Tempat wuduk, yg menariknya, ade kain dibekalkan utk setiap org lap tangan masing2.
Lepas gune, campak terus dalam bakul seterusnya


Tangga menuju ke ruang solat utama

Selepas selesai solat maghrib, aku jalan2 di situ yang kelihatan seperti pekan orang Islam. Memang banyak makanan halal. Aku pergi sebuah kedai bernama La Mama, makan setengah ekor ayam, fries dan air tin. Setengah ekor tu kire biasa la kt sini sebab x makan dengan nasi. Selepas makan kembali semula ke masjid tersebut

Dewan utama untuk solat jemaah
bahagian bawah kebanyakannye ade bilik untuk kelas2 agama

Sebenarnya, mengambil gambar di masjid adelah fenomena pelik di sini. kat perancis, aku pernah kena tegur dengan orang tempatan sebab ambil gambar. Xpela, mgkin ade sebab2 tertentu kut. Apepun, yang bestnya kat sini ialah kalo time sembhyg jemaah, mesti ramai sungguh orang. memang ramai. Walaupun masjidnya tidak sebesar masjid Malaysia, namun jemaahnya lebih ramai berbanding di Malaysia.

Sekian untuk kali ni.

No comments:

Post a Comment