Bismillah
Selepas bermalam di rumah Azri, kami pulang kembali ke coventry pukul 11.30 pagi. Oleh kerana york ade latihan berenang di University, maka aku mengambil keputusan untuk berjalan2 sendiri di kawasan perumahan diorg. Setelah satu jam berjalan, tetibe nampak kereta mercedes akmal amri lalu. Entah macam mne, aku boleh ikut naik kereta die ni g jalan2 kat kedai elektrik(COMET) dgn Faiz dan shamsul. Hari tu, sekali lg aku tak buat ape2 sgt. Cume petg tu ikut york pegi bandar Coventry untuk beli bahan nak wat cha kue tiaw.
Malam tu, kami rancg betul2 untuk jalan2 di Coventry keesokan harinye. Aku dibawa berjalan2 sekitar kawasan Coventry yg pernah dibom waktu perang dunia ke berape pun aku tak tahu. Apepun, tempt tu agak cantik walopun banyak gereja je kat situ. Sambil jalan-jalan dengan york ni, maka tangkaplah gambar sikit2..
Dalam pukul 12 tgh ari camtu, kami singgah makan di MYO yg menyediakan makanan buffet India, China dan Thai. Pendek kate, Asia la. 100% halal, jgn risau. Waktu kami makan pn ade org melayu tgh makan. Makanan die memg banyak pilihan berbanding di Leicester. nak cakap mahal xde la mahal mane. 5 pound utk menu sebegitu boleh dikatakan sangat murah. Akak yg layan kami pn baik gile. Huhu.. Selepas makan, kami menuju ke surau untuk menunaikan solat Jumaat. Waktu ni gak la jumpe senior2 KYUEM yg lama. Diorg ni rumah dekat-dekat je.
Kami seterusnya pulang ke rumah untuk berehat sebentar. Dalam pukul 3 ptg, kami ditemani Amir meneruskan pengembaraan mencari taman beserta sungai di kawasan Coventry. Jalan2 punye jalan sekali kami sampai di University of Warwick. Memg aktiviti hari tu berjalan je kejenye. Penat memang lah penat. Tp york ni teruja sangat nak bawak aku melihat kawasan tasik University of Warwick yg ade Swan dan Itik.
Setelah puas berjalan, kami sampai semula di rumah dalam pukul 6 ptg camtu. Rehat kejap n then tolong la si york ni masak daging asam pedas. Sedap tapi pedas. Apepun, budk2 UK memg kebanyakannye terpaksa belajar memasak. Kadang2 budak2 lelaki UK memg boleh menang pertndingan memasak dgn pempuan kt Malaysia kut. Malam tu, kami sepatutnya ke FunFair berdekatan. Tp rase malas nak keluarkan duit menyebabkan rancangan kami terbantut. Apepun, FunFair je kut. Bukan dapat pahala pun pergi.
Sekian.. Esoknye melawat Shakespeare pulak...
Bersambung
No comments:
Post a Comment