Tuesday, 13 April 2010

Stratford, bandar kelahiran Shakespeare

Bismillah.

Keesokan harinya, kami bercadang berjalan2 di bandar kelahiran shakespeare iaitu stratford. Dari rumah, kami mengambil bas menuju ke University. Di situ, kami bertemu afiq amin, Ting Yik boh dan beberapa rakan kolej yg len. Tapi diorang ni nak pegi jalan ke tempat lain. Sementara menunggu bas, kami pun jalan2 kejap kt situ sebab tngok jadual bas memg akan sampai lmbat lg. Tengah jalan2 tu, tetibe datang bas yg sepatutnye kami naiki. Oleh kerana x sempt kejar bas tu, maka terpaksa la tu 40 minit lagi. Aduih..

Sambil tunggu bas, tgkap gambar sikit2..

Setelah beberapa lama menungggu, akhirnya sampai la gak bas yg bernombor 16. Kami cadang nak beli asikrim, tp tetibe bas ni dtg. Tak nak dah terlepas bas kali ni. Tapi yg tak syoknya naik bas ni ialah, sepanjang perjalanan aku berdiri je. Pernah skali dapat tempt duduk, selang beberapa minit, ramai plak org tua naik bas tu. Terpaksa la berdiri balik. Selepas hampir satu jam, sampailah kami ke stratford, sebuah bandar org putih yg agak lawa dan bersih. Tempat ni terkenal sebab shakespeare lahir kt sini. Lagi satu, ade sungai kat sini yg cantik..

Panas2 ni, balun aiskrim pun sedap

Di hadapan pasar kecil2 an. Ade jual sosej babi organik kt sini

Selepas pusing2 di kawasan sungai, kami berjalan2 di pekan tersebut dan jumpa la tempt kelahiran mamat tu. Malas la nak masuk, bukan kami minat shakespeare pun. Tapi yg best nye, kat kawasan tu ade banyak persembahan. Tu yg jadi seronok tu.

Anjing ni wat persembahan dgn tuan die. Agak menghiburkan

Orang ni berlakon jadi patung. Bile ade org nak bergambo, die sergah
malas la tgkap gambar dgn die


Ni tempat kelahiran shakespeare

Lepas lama2 berjalan, kami terasa lapar. Cari kedai halal takde, jadi terpaksa makan fish n chips. Lepas 3 jam berada di stratford, kami pulang kembali ke coventry sebab aku terpaksa pulang semula ke Leicester hari tu jugak. Ade barang perlu dihantar ke Leicester sabtu tu. Jadi dengan beraninye, aku balik petang tu dengan harapan ade la bas. Alhamdulillah ade satu bas tapi bukan ke Leicester, tapi Nuneaton. Aku pun ambik jela bas tu. Sampai di Nuneaton aku mencari2 bas ke Leicester tp xde. Terpaksa la naik bas yg paling kurg pun menuju berhampiran Leicester.


Lepas naik bas tu, aku dgn penuh harapan mintak2 le ade bas malam tu ke Leicester. Tetibe di satu perhentian, nampak bas no 158 menuju ke Leicester. Aku pun turun di perhentian tu dan terus naik bas td. yg tak syoknye, dr harge yg sepatunya 4 pound lebih jadi 8 pound lebih. Apepun, Alhamdulillah selamat sampai.

Sekian untuk kali ini.. tamat

No comments:

Post a Comment