Friday, 30 April 2010

Mari bercakap mengenai YAHUDI..

Bismillah
Baru-baru ni, aku dapat emel yang best-best mengenai yahudi.
Memang benar kebencian kita selaku muslim perlu sangat tinggi kepada zionis. Baru-baru ni pemakaian tudung dihina oleh kaum ini.

Wanita bertudung dijadikan simbolik tempat membuang najis di Israel.
Sebelum anda marah2, anda tahu tak kenapa kena pakai tudung?

Oklah, org yahudi sering dikatekan bijak.. Sebagai huraian, aku ambik sikit artikel drpd Dr Stephen Carr Leon. Artikel nye pjg, jd ambk yg penting je.

Kenapa YAHUDI bijak?

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano serta membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak"

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta
payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah tabiat terpencil, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah syarikat YAHUDI……)

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!


Sebenarnya, kalo nak lihat semua itu sudah ade dalam Islam. Cuma kita sahaja yang tak mahu mengamalkannye. Macamne dengan muzik kita plak?

Hadith Rasulullullah S.A.W
"Perindahkanlah al-quran dgn suaramu yang merdu”,

Rasullullah dalam hadisnya yang lain pernah bersabda:
Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan al-Quran. (Riwayat Bukhari)

Ape tunggu lagi? Jom!!

Thursday, 29 April 2010

Bilik bawah, 6 hazel street, leicester

Bismillah.
Tengah-tengah bosan ni update blog best gak.

Mengikut pengalaman2 sebelum ni, aku tiada lansung gambar dorm aku, bilik aku di matriks malah gambar penuh bilik di KYUEM pun takde. Rase macam takde plak kenangan, macamne la keadaan bilik aku dulu2. Oleh kerana semester depan aku akan pindah ke rumah lain, maka elok gak aku tangkap gambar bilik aku ni. Huhu

Rumah ni kalau nak ikutkan memang lah besar, tapi keadaan rumah ni sangat menyedihkan. Ingat waktu first time masuk rumah ni, kami sanggup gelar rumah ni rumah hantu sebab keadaannye yg sangat tak syok, penuh dgn baju dan tape lame2. Oleh kerana waktu tu kami nak cepat, maka ambiklah gak rumah ni. Rumah ni tiga tingkat. Kat bawah bilik aku, tingkat atas, syahir dgn syammil, dan paling atas ade azizan dgn ferd.

Sebagai kenang-kenangan, aku letakkn gambo bilik aku di blog ini.

Katil untuk tidur la kan? biru dgn ungu tu duvet aku. Bantal putih tu aku ade 5, saje utk tetamu datang.

Ni sofa angin yg aku beli, boleh ubah jadi katil, ade lampu dekat dgn katil utk study sambil baring(tidur).. Projector atas kain kuning tu aku pancar kt dinding katil. tengok cerita sambil baring atas sofa angin.. Perghh.. sungguh duniawi.


Kawasan belajar dan wat bende2 merepek. Tempat yang paling banyak masa aku diluangkan dalam satu hari. Keadaan dinding tu sangat teruk dan menyedihkan, macam menggelupas disebabkan beruap aku rase. Jadi terpakse la tampal macam2. Frame bunge biru tu beli kat car boot dgn harge 1 pound.

Kawasan paling bergune, tp tak wat ape2 kt sini selain urusan menggantung baju. Aku takde almari baju, maka gantung baju kt situ je..Bawah tu ade dua heater. Untuk mengeringkan baju, maka aku gantung baju kt palang tu dengan heater di bawahnya. Selepas beberapa jam, maka keringlah. Hebat betul teknologi sekarg ni.


Inilah empat bahagian di bilik aku. boleh dikatekan byk sungguh duit abis sebab bilik ni dulu teruk sungguh. Karpet die sgt berpasir, dan dah tak jd carpet. Maka aku beli alas utk cover carpet yg teruk tu. Rumah sini wajip ade carpet, kalo tak sejuk gile kot.

Alas merah ni baru beli sebulan lepas. Sebelum tu aku alas dgn kain kelabu dan putih. Gambar2 tadi korg jantumkan jadi la bilik aku. Eh, kerusi hitam?

Kerusi hitam ni adelah antare harta kesayangan aku. Aku beli kat pasar waktu awal2 dulu sebab murah, tapi rasenye aku takkan bawak Malaysia bende alah ni

Kerusi hitam bersama tuannya, kerusi yg sgt banyak berbakti..
Hari-hari lepak dan tidur di atasnya..

Kadang2 gambar-gambar sebegini mengimbas seribu nostalgia. Bile tengok balik gambar2 kt sekolah dulu, hatta padangnya sahaja sudah cukup memberikan seribu makna.
Hebatnya Allah.

Sekian

Wednesday, 28 April 2010

Hidayah itu milik siape? meh tengok ni

Bismillah
Baru-baru ni aq terjumpe banyak video.
Kalo sebelum ni mengenai mati, kali ni Allah nak tunjukkan betapa cahaya kebenaran itu milik Allah. Bagi siapa yang sudah berada di jalan Allah, selalulah berdoa semoga ianya dikekalkan. Mana kita tahu, Allah boleh tarik bila2 sahaja Allah nak.

Siapa sangka,




Kini menjadi sebegini.. Tidak perlu ke luar negara, dalam Malaysia sudah cukup..


Jgn tengok pempuan gemuk tu.. Tengok yg lelaki lepas tu


Hebatkan Allah? Dan janganlah kita sesekali menghina orang lain. Kerana hidayah itu tetap milik Allah. Bayangkan orang-orang sebegini:



Kini menyebarkan islam di muka bumi.. MasyaAllah


Ni ustaz radzi melissa

X percaya?



Sekian untuk hari ni. Nak exam ni mane boleh sibuk2 update blog.

Sunday, 25 April 2010

Teka-teki yang tak dapat diteka dan dijangka



Bismillah..
Antara perkara yang paling kita suka main tidak kisah lah dari kecik sampai besar ialah main teka teki.. Kadang2 teka-teki itu hanyalah teka-teki bodoh, tetapi cukup menghiburkan hati kita. Dan bagi teka-teki yang 'intelektual', kita selalu saja mendapat pembayangnya dan barangkali dekat sekali dengan jawapannya.

Minggu lepas, aku sepatutnya pergi ke Turkey. Halangan salji sewaktu melancong di Paris banyak mengajar aku supaya tidak melancong di eropah ketika musim sejuk. Antara waktu yang paling bagus ialah ketika cuti easter dan bg negara2 sejuk, eloklah pergi waktu summer juga. Panas sikit tapi tak panas sangat. Atas sebab ini, maka kami menyangka segalanya akan berjalan lancar.

namun begitu, sangkaan kami sangat merosot. Sewaktu ke Perancis, keadaan cuaca hanya menyebabkan percutian kami tertangguh. Tapi kali ini, cuaca UK sungguh baik, namun kami tidak lansung dapat melihat kapal terbang untuk ke turkey. Semuanya hanya kerana kuasa Allah yang mengeluarkan asap dari perut bumi. Siapa sangka, kesan drpd kepulauan kecil seperti iceland mampu menyebakan negara kuat seperti Britain lumpuh buat seketika.. Hebatkan?

Volcano eruption di Iceland.. Hanya asap





Kita tidak pernah terfikir inilah pembayang drpd Allah S.W.T,

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslim)

Sampai sekarang, kita sebenarnya masih bermain teka-teki dengan Allah bilalah agaknya kita akan kembali kepadaNya semula. Kebanyakan manusia tidak pernah meletakkan tekaan mereka bahawa esok adelah harinya. Ataupun 3 jam daripada sekarang adalah waktunya. Maka, tidak hairanlah kita sombong. Video di bawah di ambil drpd blog UZAR.. Untuk manusia yang tidak pernah suka dgn teka-teki ini akibat cinta kepada dunia, lihatlah..




Kekaguman kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya.



Tengah jalan pun, boleh mati dihempap tiang..
Hebatnya Allah


Sekian.. tekalah teka-teki itu walaupun kita tidak mendapat jawapannya..

Saturday, 24 April 2010

Kadang kala kita perlu sangat-sangat malu...

Bismillah
Sekarang ni kami perlu fokus pada exam.. Xde jalan-jalan dah. Oleh keran aku takde idea, cukuplah dengan sebuah video yang cukup menarik ini

Tugas kita bukan mengumpat atau menyindir orang



Tugas kita menyeru, dan serulah kepada kebaikan..
InshaAllah.. Best video ni.

Thursday, 22 April 2010

Masjid Umar Leicester


Bismillah
Baru-baru ni aku sangat bercita-cita nak pergi sebuah masjid di Leicester ni. Bagi aku, ni adelah masjid tercantik yg pernah aku jumpe di UK. Pertemuan kali pertama dgn masjid ni aku gagal bawak kamera. Jadi, kali ni aku berniat sembhyg maghrib dan isyak di situ sambil tgkap gambar sikit-sikit. Nak pergi hari-hari memang susah sebab masjid ni agak jauh dan kene naik bukit sikit. 2 hari lepas, aku pun bertolak dari rumah pukul 7.30 petang..

Masjid umar

Maghrib sekarang ni pukul 8.10 malam manakala isyak pukul 10 malam. Nak masuk summer la katakan. Selepas naik basikal dalam 25 minit, akhirnya nampak gak kelibat masjid ni. Kalo la rumah aku kat situ, mesti best kan. Malas nak cite banyak2, tengok sendiri la masjid ni. Lupe plak, aku g sorang2, jadi xde gambo aku dgn masjid ni

Pemandangan tatkala senja

Pintu masuk bahagian bawah

Tempat wuduk, yg menariknya, ade kain dibekalkan utk setiap org lap tangan masing2.
Lepas gune, campak terus dalam bakul seterusnya


Tangga menuju ke ruang solat utama

Selepas selesai solat maghrib, aku jalan2 di situ yang kelihatan seperti pekan orang Islam. Memang banyak makanan halal. Aku pergi sebuah kedai bernama La Mama, makan setengah ekor ayam, fries dan air tin. Setengah ekor tu kire biasa la kt sini sebab x makan dengan nasi. Selepas makan kembali semula ke masjid tersebut

Dewan utama untuk solat jemaah
bahagian bawah kebanyakannye ade bilik untuk kelas2 agama

Sebenarnya, mengambil gambar di masjid adelah fenomena pelik di sini. kat perancis, aku pernah kena tegur dengan orang tempatan sebab ambil gambar. Xpela, mgkin ade sebab2 tertentu kut. Apepun, yang bestnya kat sini ialah kalo time sembhyg jemaah, mesti ramai sungguh orang. memang ramai. Walaupun masjidnya tidak sebesar masjid Malaysia, namun jemaahnya lebih ramai berbanding di Malaysia.

Sekian untuk kali ni.

Wednesday, 21 April 2010

Tak sangka Allah nak bg pelangi.. Maaf Turkey


Bismillah
Hampir seminggu jugak aku tak update blog ni. Asyik tak melekat kat rumah je cuti2 ni.
Oklah, minggu lepas, leicester dikunjungi jejaka hensem yg bernama syafiq dr Heriot watt. Die ni bercdg untuk ke turkey bersama syahir, budak rumah aku. Sehari sebelum bertolak, kami pun bawaklah die ni jalan2 sekitar leicester. Memg seronok jumpe kawan2 lama ni, lagi-lagi sekiranye pertemuan itu di bawah asbab kecintaan kepada Allah S.W.T

Syafiq di menara jam leicester


Alhambra Leicester

Tapi kalo nak diikutkan, kami takde lah pergi jalan mane2 sangat. Banyak masa dihabiskan untuk makan di Sara. Lepas tu adela pusing2 kejap leicester dan terus balik. Esoknya, diorang akan bertolak dr leicester jam 7 malam. Aku yg bosan x kemana2, tibe2 decide nak ikut diorg. Aku gantikan balik safwan(cancel pegi) tp dengan harge tiket yg lebih mahal. Hari tu jugak aku kemas barang dan tukar duit. memg kamikaze habis.

Pukul 7 malam, kami bertolak menuju ke stesyen keretapi. Dalam 7.30, kami menuju ke Gatwick Airport dgn menaiki keretapi. Sampai di st pancrass, kami terpaksa naik tube dn keretapi len untuk menuju ke Airport tersebut. Dalam pkul 11 malam kami dah sampai kt situ sedangkan flight hanya akan bertolak tepat jam 6.30 pagi. Memg kami bercdg tido di situ. Tp sebelum tu sembhyg maghrib dan isyak dulu ye..

Lepas kami sembhyg, syafiq smbhyg sorg2. mane ade surau sini yop

Malam tu, kami tido ayam2 je. Aku dan konfiden bersembg-sembg sampai pukul 3.15 pagi n then beli susu untuk kami breakfast pagi tu. Lepas solat subuh(4 pagi), kami pegi check in bag di kaunter easyjet. Tengah cari2 tempat nak letak bag, tetibe, banyak kaunter dibukak untuk penerbangan ke Turkey. Rupe2 semua penerbangan terpaksa dibatalkan dek kerana volcano eruption di Iceland. Memg betul, kite merancang tapi Allah menentukan. Kami diberi pilihan untuk tukar tiket keesokan harinya pada waktu yg sama. lepas tukar, kami menuju ke Finsbury Park, rumah senior aku untuk tumpg rehat kejap sementara menunggu penerbangan esok.

Bersama rakan2 yg duduk di london.

Sampai di Finsbury, tak sangka ramai sungguh budak2 london yg lepak di situ. Rumah tu memg best sebab terasa Ukhuwwah yg sgt kuat bile duduk di situ. Bleh dikatakan, hampir 20 org berada di rumah tu, sedgkn penghuninya hanya ade 8 org. Lebih hebat, terasa rumah tu jadi besar mungkin kerana berkat dr Allah. Bygkan 20 org dlm satu rumah sebegitu. Paling best, petg tu, Hafis masak untuk kami semua. Style rumah ni adelah mkn talam.

Ni lah suasane sewaktu makan talam.
Alhamdulillah, kenyang


Malam menjelang, kami dikejutkan berite bahawa semua flight dibatalkan juga untuk keesokan harinya. Waktu tu mule2 sedih gak, tapi nak salahkan sape, memg kuasa Allah. Tak sangka, rupe2nya Allah nak beri aku sesuatu yg jauh lebih baik. Syahir terus balik esoknye menuju ke Leicester. Syafiq pergi ke soton, manakala aku pergi ke tempt len.

Waktu panas, kite selalu mengharapkn teduh, tapi Allah beri kita hujan. Kita hampa, namun rupe2 nya Allah nak bg pelangi. MashaAllah.

Tuesday, 13 April 2010

Stratford, bandar kelahiran Shakespeare

Bismillah.

Keesokan harinya, kami bercadang berjalan2 di bandar kelahiran shakespeare iaitu stratford. Dari rumah, kami mengambil bas menuju ke University. Di situ, kami bertemu afiq amin, Ting Yik boh dan beberapa rakan kolej yg len. Tapi diorang ni nak pegi jalan ke tempat lain. Sementara menunggu bas, kami pun jalan2 kejap kt situ sebab tngok jadual bas memg akan sampai lmbat lg. Tengah jalan2 tu, tetibe datang bas yg sepatutnye kami naiki. Oleh kerana x sempt kejar bas tu, maka terpaksa la tu 40 minit lagi. Aduih..

Sambil tunggu bas, tgkap gambar sikit2..

Setelah beberapa lama menungggu, akhirnya sampai la gak bas yg bernombor 16. Kami cadang nak beli asikrim, tp tetibe bas ni dtg. Tak nak dah terlepas bas kali ni. Tapi yg tak syoknya naik bas ni ialah, sepanjang perjalanan aku berdiri je. Pernah skali dapat tempt duduk, selang beberapa minit, ramai plak org tua naik bas tu. Terpaksa la berdiri balik. Selepas hampir satu jam, sampailah kami ke stratford, sebuah bandar org putih yg agak lawa dan bersih. Tempat ni terkenal sebab shakespeare lahir kt sini. Lagi satu, ade sungai kat sini yg cantik..

Panas2 ni, balun aiskrim pun sedap

Di hadapan pasar kecil2 an. Ade jual sosej babi organik kt sini

Selepas pusing2 di kawasan sungai, kami berjalan2 di pekan tersebut dan jumpa la tempt kelahiran mamat tu. Malas la nak masuk, bukan kami minat shakespeare pun. Tapi yg best nye, kat kawasan tu ade banyak persembahan. Tu yg jadi seronok tu.

Anjing ni wat persembahan dgn tuan die. Agak menghiburkan

Orang ni berlakon jadi patung. Bile ade org nak bergambo, die sergah
malas la tgkap gambar dgn die


Ni tempat kelahiran shakespeare

Lepas lama2 berjalan, kami terasa lapar. Cari kedai halal takde, jadi terpaksa makan fish n chips. Lepas 3 jam berada di stratford, kami pulang kembali ke coventry sebab aku terpaksa pulang semula ke Leicester hari tu jugak. Ade barang perlu dihantar ke Leicester sabtu tu. Jadi dengan beraninye, aku balik petang tu dengan harapan ade la bas. Alhamdulillah ade satu bas tapi bukan ke Leicester, tapi Nuneaton. Aku pun ambik jela bas tu. Sampai di Nuneaton aku mencari2 bas ke Leicester tp xde. Terpaksa la naik bas yg paling kurg pun menuju berhampiran Leicester.


Lepas naik bas tu, aku dgn penuh harapan mintak2 le ade bas malam tu ke Leicester. Tetibe di satu perhentian, nampak bas no 158 menuju ke Leicester. Aku pun turun di perhentian tu dan terus naik bas td. yg tak syoknye, dr harge yg sepatunya 4 pound lebih jadi 8 pound lebih. Apepun, Alhamdulillah selamat sampai.

Sekian untuk kali ini.. tamat

Monday, 12 April 2010

Jalan-jalan Coventry..

Bismillah

Selepas bermalam di rumah Azri, kami pulang kembali ke coventry pukul 11.30 pagi. Oleh kerana york ade latihan berenang di University, maka aku mengambil keputusan untuk berjalan2 sendiri di kawasan perumahan diorg. Setelah satu jam berjalan, tetibe nampak kereta mercedes akmal amri lalu. Entah macam mne, aku boleh ikut naik kereta die ni g jalan2 kat kedai elektrik(COMET) dgn Faiz dan shamsul. Hari tu, sekali lg aku tak buat ape2 sgt. Cume petg tu ikut york pegi bandar Coventry untuk beli bahan nak wat cha kue tiaw.

Malam tu, kami rancg betul2 untuk jalan2 di Coventry keesokan harinye. Aku dibawa berjalan2 sekitar kawasan Coventry yg pernah dibom waktu perang dunia ke berape pun aku tak tahu. Apepun, tempt tu agak cantik walopun banyak gereja je kat situ. Sambil jalan-jalan dengan york ni, maka tangkaplah gambar sikit2..

Bekas tinggalan perang

Abang botak lagi

Dalam pukul 12 tgh ari camtu, kami singgah makan di MYO yg menyediakan makanan buffet India, China dan Thai. Pendek kate, Asia la. 100% halal, jgn risau. Waktu kami makan pn ade org melayu tgh makan. Makanan die memg banyak pilihan berbanding di Leicester. nak cakap mahal xde la mahal mane. 5 pound utk menu sebegitu boleh dikatakan sangat murah. Akak yg layan kami pn baik gile. Huhu.. Selepas makan, kami menuju ke surau untuk menunaikan solat Jumaat. Waktu ni gak la jumpe senior2 KYUEM yg lama. Diorg ni rumah dekat-dekat je.

MYO, banyak pilihan makanan die

Kami seterusnya pulang ke rumah untuk berehat sebentar. Dalam pukul 3 ptg, kami ditemani Amir meneruskan pengembaraan mencari taman beserta sungai di kawasan Coventry. Jalan2 punye jalan sekali kami sampai di University of Warwick. Memg aktiviti hari tu berjalan je kejenye. Penat memang lah penat. Tp york ni teruja sangat nak bawak aku melihat kawasan tasik University of Warwick yg ade Swan dan Itik.

Yang belakang York, yg depan Amir

Musim bunga masih tak lebat lagi, tp adela gak bunge

Setelah puas berjalan, kami sampai semula di rumah dalam pukul 6 ptg camtu. Rehat kejap n then tolong la si york ni masak daging asam pedas. Sedap tapi pedas. Apepun, budk2 UK memg kebanyakannye terpaksa belajar memasak. Kadang2 budak2 lelaki UK memg boleh menang pertndingan memasak dgn pempuan kt Malaysia kut. Malam tu, kami sepatutnya ke FunFair berdekatan. Tp rase malas nak keluarkan duit menyebabkan rancangan kami terbantut. Apepun, FunFair je kut. Bukan dapat pahala pun pergi.

Sekian.. Esoknye melawat Shakespeare pulak...
Bersambung

Sunday, 11 April 2010

From Coventry to Birmingham

Bismillah.

Cuti easter ni aku tidak merancang untuk melancong di luar daripada UK. Sebaik pulang dari sebuah program, aku bercdg nak ikut kawan2 aku pergi ke Scotland untuk beberapa hari. Tapi rancangan tu aku batalkan sebab keletihan dan aku sendiri sudah pernah sampai ke sana sebelum ni. Hari itu juga, aku dikunjungi mursyid dan aiman fikri yg sudah pn bermalam di situ beberapa hari.

Oleh kerana aq rase perlu jga untk pergi ke satu tempt, maka aku bercdg menziarahi warwick yg takde la jauh benor dr leicester ni. Dah selalu janji nak dtg sane, tp tak sampai2 jugak. Pagi rabu lepas, aku menaiki bas terus ke Coventry melalui Nuneaton. Dalam pkul 12.30 camtu dah sampai betul2 di depan Coventry Transport Museum. Sementara menunggu si York ni sampai, maka tengokla kejap museum ni.

Muzium masuk percume!!

Aku seterusnya di bawa ke rumah akmal amri sebab ade sedikit perkongsian di situ. Ingatkan ceramah ape, rupenye bro ibrahim a.k.a Momat dtg untuk kongsi pengalaman di Gaza. Baguslah die manfaatkn ape yg die dapat, tidak sia2 je pemergian die ke sane. Makan tengah hari juga disediakan oleh budah rumah akmal. Dalam pukul 4.30ptg, akmal amri nak hantar Momat ni ke Birmingham sebab bas Momat ni dari sane. yg bestnya ialah naik kereta Mercedes yg amat2 la best. Akmal punye ayah yg punye.. sebelum ke Birmingham, kami singgah sebentar di University of Warwick. Smbhyg asar dan kmudian ke birmingham.


Ni die Momat n akmal amri
(akmal amri yg hitam tu merupakan senior aq final year)

Abang botak

Dah sampai di Birmingham, kami bercdg nak melawat Azri di sane. Untuk maklumat, Birmingham 30minit dr coventry. Aku ingatkn singgah kejap, sekali akmal ni ckp ade meetg online. Pkul 11 mlm camtu baru balik. Tengok2 time berONLINE pun die boleh tido. Hangin sungguh aku. Tido punye tido, tgh malam tu tak nak bangun2 lagi die ni. Akibatnya, mlm yg sepatutnye dirancg berjalan2 ke coventry digantikan dgn bermalam di Birmingham.

Malam tu juga aku kelaparan. Alhamdulillah, Hafis(budak rumah Azri) belanja makan Pizza. Pengajaran untuk hari itu ialah, singgah akmal bermaksud bermalam, jangan sesekali terpedaya dgn kate2 beliau. malam tu tidorlah aku di birmingham

Bersambung..


Mesej utk HARI ini, couple tu Haram..

Tuesday, 6 April 2010

Hebatnya dia ni, tak dengki ke?

Bismillah,
Mari dengar sebuah kisah sahabat

Saad bin Muaz, beliau ada seorg sahabat yg berkulit amat hitam. kisahnya beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah berkata jgnlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. Lalu Rasullullah bertanya kepada sahabat yg lain samada ada diantara mereka yg tahu tempat tinggal seorang gadis yg amat terkenal kecantikannya di madinah pada waktu itu, lalu jawablah seorang sahabat. sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yg menjamin Saad.

Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, saad pon menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. lalu terperanjatlah bapa wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau saad keluar dr rumahnya. lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah. wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan saad yg hodoh orgnya itu? maka kata anaknya mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana saad itu adalah pilihan Allah dan Rasulnya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. Pulang Saad menemui Rasulullah, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. kemudian dtg bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Di tanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk berkahwin? maka jawab saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan saidina Ali berjumlah 10 dinar. lalu pergilah saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar. lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. lalu Rasulullah berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga. jadi pergilah saad membeli barang keperluan rumahtangganya.

Semasa memilih barang keperluannya, terdengar saad jeritan mengatakann Rasulullah memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah tiba, lalu saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. Ketika sampai di perkumpulan mereka yang bersedia untuk berjihad, Saad pergi ke depan sekali dan tidak dikenali kerana menutup seluruh muka dan tubuhnya. Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yaman yang turut serta berjuang bersama-sama mereka.

Dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah di panah lalu tumbang, saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah sahabat yg lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan kehitamannya. Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang syahid tanpa sempat menyentuh pun isteri beliau. Berkata Rasulullah, di saat syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.

Bukan rupa yg menaikkan darjat seseorg di sisi Allah.
Bukan harta yg melimpah ruah menjadi perhitungan Allah di akhirat nnt.
Hanya, keimanan dan ketakwaan yg meninggikan nilai seseorg untuk hampir kepada Allah.

Thursday, 1 April 2010

Bukan sekadar di mulut

Bismillah..

Sepanjang berada di UK, antare budaya yg berlainan bg umat islam di sini ialah ketika habisnya solat berjemaah. Di Malaysia, bukan sesuatu yg pelik untuk berzikir, bertasbih dan berdoa bersama-sama. Namun di sini, sebaik sahaja habis solat jemaah, semua orang akan wat hal masing2. Dan selalunya mereka akan bangun dan terus menunaikan solat sunat rawatib. Teringat lagi sewaktu hari aidiladha, takbir raya sini juga tidak begitu berlagu seperti di Malaysia.

Boleh dikatakan, banyak perkara yg masih kita tidak mengerti. Kebanyakannya hanyalah budaya. jikalau dilihat sewaktu majlis2 kenduri, tatkala melafazkan laa ilahaillallah, semua org hayun kepala bagai nak rak, adekah kita benar2 mengerti? Zikir2 munajat bukan sekadar untuk seronok2, nyanyi2, menjadi gile2 tetapi untuk dihayati oleh smua orang yg beriman.

Sekiranya kalimah yg berlagu itu menyentuh perasaan kita, maka amalkanlah. Tetapi jikalau saja seronok2, maka elok kita janganlah memperolok-olakkannya. Contoh2 nasyid yg sangat menyentuh hati aku kira ialah nasyid2 sebegini. Daripada dok sebuk2 dengor lagu rock, R&B, dan sebagainya baik kite dgr selawat2 seperti ini.



Lihatlah bagaimana manusia menyebarkan Islam melalui nasyid, raihan terbaik!!




Sangat bagus sebagai alternatif kpd industri hiburan kita



Tapi yang ni aku konfius, lirik dah bagus, tapi....

Entahlah, adekah kita benar2 faham ape yg kita ucapkan atau sekadar di bibir sahaja. Manusia ini hidup untuk seketika, kutiplah semua tiket yg ade di dunia ini untuk kita masuk ke syurga Allah. Belajar la untuk memahami dan berusahalah untuk kita amalkan. Selamat mendengar nasyid2 di atas. Semoga bermanfaat.