Bismillah arrahman arrahim
Hari ni aku tak berjaya pergi ke coventry.. Lepas bangun tido, rase macam malas sangat dengan cuace yg sgt sejuk tu. Lagipun aidid akan ke Birmingham pkul 2 petg, jadi aku batalkan hasrat aku. Jadi ape aku wat ari ni?
Dah lama rasenye tak bersiar2 di Leicester dan merasai makanan di sini.. Maka post kali ni adelah mengenai makanan Leicester dan jalan2 di Leicester. Khamis lepas aku terjumpa satu catalog kedai Al-Masyriq yg jual makanan buffet. Maka, peluang hujung minggu berada di leicester aku gunakan untuk menziarahi kedai ni. Buffet tgh hari akan bermula pkul 12 tgh ari sampai pukul 3 petg. Jadi aku bertolak dari rumah pkul 11.30pg utk mencari kedai ni
Aku pun tak pernah dengar pasal kedai ni..
Dalam pukul 11.55 dah jumpe kedai ni. Waktu aku masuk, ramai orang india dalam kedai tu, macam nak buat parti. Macam biasa la dengan sari dan gaya bollywoodnye. Tp hairannya, ade sorg janggut die maacam org Islam dan ade wanite yg pakai tudung jenis india. Maka tak tahu la Hindu ke Muslim diorg ni. Tak kisah la.
Selepas beberapa ketika, aku mula mengambil makanan. Boleh dikatakan ini adelah kedai buffet termurah aku pernah jumpe iaitu 5 pound utk tgh ari. Hiasan yang lawa dan menghidangkan masakan india. Namun begitu, menu die tak banyak sangat.. Jadi memg tak kisahla kalo murah pun tp dapat makan banyak2..
Pengembaraan bermula
Sebelum pergi ke peringkat tiga, aku berehat sebentar utk bagi ruang kt perut. Air tin aku bawak dari rumah sebab kalo beli kt kedai tu mahal. Makanan die memg biase2 je, takdela sedap mane. Sewaktu aku habis makan, parti org india tu pn bermula. Ramai juga org datang, rupe2nye parti hari jadi.
Lepas makan, aku bercdg nak jalan2 di Leicester. Oleh kerana aku habis makan dlm pkul 1.15tgh ari, maka aku berhajat utk ke centre mosque di leicester bagi menunaikan solat zuhur. Jarang pergi masjid ni sebab ade org kate masjid ni pelik sikit. Stakat ni baru pergi 2 kali. Waktu aku sampai, tgh ade ceramah dlm bahasa urdu aku rase. Tak paham pun maka malas nak dengar.
Selepas menunaikan solat zuhur terus ke city centre. Sekadar berniat nak tengok ape yg ade kt sane hari ni. Biasenye akan ade org wat street performances kt city centre. Alhamdulillah dpt la gak tengok persembahan ni..
Aku bercdg nak jalan2 lagi, tp kelihatan hujan turun membasahi bandar leicester. Maka aku berjalan balik menuju ke rumah kesayangan. Lepas solat asar aku berehat sebentar(2 jam). Perut kenyang sangat. Sampai mlm pn tak lapar lg.
Sekian utk hari ini..
salam
No comments:
Post a Comment