Dengan nama Allah..
Hari ni, barangkali ramai manusia yang sedang menyambut maulidur rasul. Ade yang seronok barangkali kerana dapat cuti.. Walopun tidak pernah ade sambutan ni di zaman rasulullah S.A.W, kite selaku umat islam, perlu mengingati pesanan2 yg telah di tinggalkan Rasulullah..
Sekiranye baginda ada bersama kita hari ini, apekah yang kita akan katakan pada baginda. Terlampau sedikit peninggalan beliau(Quran dan sunnah) yang kita amalkan. Terlampau banyak amalan jahiliyah yang kita pegang. Terlampau banyak sifat-sifat kafir yang kita ikuti.. Terlampau banyak perkara yang kita buat untuk menjauhkan kita dengan Baginda apabila kita dibangkitkan di padang mahsyar nnt..
Sejarah telahpun banyak meninggalkan kita.. Sejarah kewafatan Rasulullah hanya diadaptasikan di dalam hati kita sebagai sejarah. Pemergian Rasulullah penuh dengan kasih sayangnya kepada kita semua.. Alangkah bahagianya berada di sisi Rasulullah..
Manusia Agung yang dicintai Allah..
Manusia Mulia yang dicintai para Malaikat..
Namun, adakah kita sebagai manusia mencintai Rasulullah?
Membaca kembali kisah Muaz bin Jabar sewaktu kewafatan Rasulullah adelah suatu yang sangat menyahat hati.. Sayangnya Muaz kepada Rasulullah. MasyaAllah
Walaupun hari ini adalah hari memperingati keputeraan Rasulullah, ade sebahagian rakan-rakan aku yang meninggalkan solat Jumaat kerana tertidur.. Sedih sangat macamne diorg sanggup wat macam tu.. Ya Rasulullah, kami mohon syafaat daripadamu..
Moga kita bertemu.
Assalamualaikum buat manusia yang sangat kucintai..
Maafkan aku wahai Al Amin..
No comments:
Post a Comment