Thursday, 29 April 2010

Bilik bawah, 6 hazel street, leicester

Bismillah.
Tengah-tengah bosan ni update blog best gak.

Mengikut pengalaman2 sebelum ni, aku tiada lansung gambar dorm aku, bilik aku di matriks malah gambar penuh bilik di KYUEM pun takde. Rase macam takde plak kenangan, macamne la keadaan bilik aku dulu2. Oleh kerana semester depan aku akan pindah ke rumah lain, maka elok gak aku tangkap gambar bilik aku ni. Huhu

Rumah ni kalau nak ikutkan memang lah besar, tapi keadaan rumah ni sangat menyedihkan. Ingat waktu first time masuk rumah ni, kami sanggup gelar rumah ni rumah hantu sebab keadaannye yg sangat tak syok, penuh dgn baju dan tape lame2. Oleh kerana waktu tu kami nak cepat, maka ambiklah gak rumah ni. Rumah ni tiga tingkat. Kat bawah bilik aku, tingkat atas, syahir dgn syammil, dan paling atas ade azizan dgn ferd.

Sebagai kenang-kenangan, aku letakkn gambo bilik aku di blog ini.

Katil untuk tidur la kan? biru dgn ungu tu duvet aku. Bantal putih tu aku ade 5, saje utk tetamu datang.

Ni sofa angin yg aku beli, boleh ubah jadi katil, ade lampu dekat dgn katil utk study sambil baring(tidur).. Projector atas kain kuning tu aku pancar kt dinding katil. tengok cerita sambil baring atas sofa angin.. Perghh.. sungguh duniawi.


Kawasan belajar dan wat bende2 merepek. Tempat yang paling banyak masa aku diluangkan dalam satu hari. Keadaan dinding tu sangat teruk dan menyedihkan, macam menggelupas disebabkan beruap aku rase. Jadi terpakse la tampal macam2. Frame bunge biru tu beli kat car boot dgn harge 1 pound.

Kawasan paling bergune, tp tak wat ape2 kt sini selain urusan menggantung baju. Aku takde almari baju, maka gantung baju kt situ je..Bawah tu ade dua heater. Untuk mengeringkan baju, maka aku gantung baju kt palang tu dengan heater di bawahnya. Selepas beberapa jam, maka keringlah. Hebat betul teknologi sekarg ni.


Inilah empat bahagian di bilik aku. boleh dikatekan byk sungguh duit abis sebab bilik ni dulu teruk sungguh. Karpet die sgt berpasir, dan dah tak jd carpet. Maka aku beli alas utk cover carpet yg teruk tu. Rumah sini wajip ade carpet, kalo tak sejuk gile kot.

Alas merah ni baru beli sebulan lepas. Sebelum tu aku alas dgn kain kelabu dan putih. Gambar2 tadi korg jantumkan jadi la bilik aku. Eh, kerusi hitam?

Kerusi hitam ni adelah antare harta kesayangan aku. Aku beli kat pasar waktu awal2 dulu sebab murah, tapi rasenye aku takkan bawak Malaysia bende alah ni

Kerusi hitam bersama tuannya, kerusi yg sgt banyak berbakti..
Hari-hari lepak dan tidur di atasnya..

Kadang2 gambar-gambar sebegini mengimbas seribu nostalgia. Bile tengok balik gambar2 kt sekolah dulu, hatta padangnya sahaja sudah cukup memberikan seribu makna.
Hebatnya Allah.

Sekian

No comments:

Post a Comment