Monday, 30 September 2019

Pindah: September 2019

Bismillah.

Bulan 9 ini, aku disibukkan dengan urusan konvensyen RnD yang diadakan di Hotel Berjaya kat pulau. Macam-macam dramanya. Aku stress, cuma menariknya aku dah tahu apa yang aku akan stress. Persiapannya dah dekat 3 bulan, cuma eksperimen demi eksperimen, macam-macam perkara berlaku. Campurtangan, perubahan dan penolakan. Belum dikira konspirasi. Cukuplah kami je yang tahu.

Jumaat, sebelum majlis perasmian, aku sudah bergerak ke pulau. Oleh kerana tak bawak baju sebab aku tak dapat bilik, aku terpaksa merayau2 sementara menunggu raptai. Habis raptai pertama, pi makan kat area IpG dan solat jumaat di gelugor. Selepas raptai ke dua plak, pi usm dating dengan nik n qasdina. Habis raptai ketiga jam 11.15 malam aku terus bergerak kembali ke rumah. Esoknya jam 5.15 pagi terus bertolak ke pulau dan singgah sarapan di taman tun sardon. Semuanya berjalan lancar kecuali confetti tak meletop.

Baju batik rasmi. Team gimik utama ialah aku, Rodhi dan diketuai ustaz Wan. Menariklah pengalaman ni. Haha. Habis majlis, aku kemas barang dan belah terus. Stress gila. Yang bestnya, esoknya Mak Abah dan nenek datang rumah. Hilang terus stress.


Pindah.

Bulan ni juga, aku sudah isi pindah keluar Quarters dan berhenti bertugas Felo. Selagi tak isi, selagi tu lah duk biar barang-barang, sedangkan dah masuk 3 bulan tak duduk Quarters. Cuma proses pindah ni banyak gak pakai duitnya. Aku bukak dan pasang aircond pun dah kena charge dekat RM300. Menakjubkan. Duk sorang2, tapi rumah 3 biji aircond. Alhamdulillah setakat ni bil belum cecah RM80.

Sebagai ingatan, kita letaklah gambar quarters ni di sini. Biar diingat detik-detik di dalamnya.

Ruang tamu. Langsirnya dicabut

Ruang tamu tempat tengok tv. Tapi aku dah alih meja makan ke sini. 

Aku biarkan sahaja wallpapernya. Cadangnya nak duduk sini 4 tahun je. Tetapi oleh kerana tak jumpa jodoh, maka terbawak jadi 5 tahun lebih.

Dapur. Dapur dia memang cepat gila kotor walaupun tak masak.

Bilik utama.

Bilik solat dan main dgn kucing

Bilik sidai baju.


Mathshopping.

Minggu lepas juga berlansungnya program mathshopping peringkat kolej. Aku yang boring pun design poster biar nampak gempak sikit program. Kalau tak hambar je promosinya. Nah.




Nampak kak kudou belakang tu? Lepak dgn dia, hannan n aminah. Sejam lebih, dapat 4 soalan je. Yang tangkap gambar dengan aku ni budak H1P02. Diyana, Dini dan Asilah namanya.


Big tas tea.

Lepas makan dengan Nik hari tu, aku terus mengidam set talam big tas tea ni. So ajak si Zul dan AbuDzar yang mai kolej. Hari tu makan dengan Nik tak habis, sekali makan dengan diorang tak kenyang plak. Siot. Haha. Malam tu duk sembang plak dengan anak-anak dara. Huhu.

Muka dua2 hensem, baju stylo. Last2 aku yang belanja haha.

Si Qas dan tudungnya

Yang berpurdah tu adalah si Zulfa. Aku rasa aku dah layak buat seminar keluarga bahagia. Kahkahkah.

Dulu zaman belajar, tak pernah makan dengan perempuan sebaya. Dah tua2 ni, rasa lah sikit. Astagfirullah.


Sekian dari Syuib0809.

Thursday, 12 September 2019

QuranHour dan Anak dara.

Bismillah.

Banyak perkara berlaku. Sibuk dengan seribu satu program. Ditambah pula dengan urusan pindah rumah yang masih berlaku. Semua barang besar dah setel. Yang kecil2, aku angkat slow2. Yang kelakarnya lepas pindah barang, aku ada 2 tv, 2 petisejuk, 2 sofa dan 2 dapur masak. Bini sorang pun xde. Haha.

Hampir setiap minggu akan keluar dengan anak-anak dara. Ada sahaja urusannya. Minggu pertama, pi makan kfc sebab perlu bermesyuarat pasal tanzim. Menarik percaturan. Yang tak menariknya, aku yg dah kenyang pun boleh jadi lapar balik bila tengok budak2 ni makan.

Nampak mcm selfie plak gambar ni. Padahal org tangkap. Bersama akak manis sis mashi, driver wanita berjaya.


Quranhour.

Minggu kedua, keluar hantar kain pi dobi sebab nak pakai untuk program Quranhour. Entah macam mana kolej terpilih aku pun tak tahu. Maka buat pertama kalinya sesi ni, ajak anak-anak dara  ANC tolong hias pentas. Karnival sains tak banyak hias pentas. Cuma banyak barang anc sudah tak terurus. Extension rosak, lampu led putus dan tak berfungsi, bunga kena kencing kucing dan macam-macam. Susah gak nak jaga aset yang banyak ni.

Orang lain semua tengah sambut ambang merdeka. ANC plak duk sibuk menghias kat surau. Okeh, aku penasihat je. Pening tengok idea diorang


Oleh kerana kain banyak dah busuk, maka 2 hari sebelum tu pi mendobi. Duk bawak si balqis cantik menggantikan zulfa. Sementara menunggu mesin basuh berpusing, duk pi balun shell out. Gila anak dara ni, dahsyat gak makannya. Haha.



Anak dara.

Minggu lepas, sekali lagi keluar sebab kena ambik baju ANC kat penang sentral. Keluar kolej pukul 5.30 petang, nak dekat pukul 8 barulah bas nya sampai. Sementara tunggu, makan kfc lagi. Tak larat dah nak belanja diorang. Haha. Dan kemudian anak-anak dara ni berlari-lari sebab bus tak masuk pun penang sentral. Punyalah jauh basnya berhenti.

Keesokan malamnya plak, si nik tiba-tiba wassap kata ada kat area kepala batas. Apa lagi, aku pun ajak dating dengan syarat dia belanja. Haha. Kaya anak buah sorang ni. Buat 2-3 kerja. Dahsyat. Terima kasih na.

Hobi aku sekarang suka pau budak2. Done dating dengan kak nik. Makanan tak habis sebab petang tu kami masing-masing dah makan. Haha. Eh, ada 3 pinggan ye kat situ

Esoknya lagi plak, keluar dengan anak-anak dara terkini pi Mydin sebab esoknya ada aktiviti buat kuih ANC. Tapi budak2 ni lagi dahsyat dari akak2 diorang. Pukul 3 petang pi mydin, nak dekat pukul 6 baru balik. Beli barang untuk buat kuih je kot. Fobia.

Cadangnya hari ahad, nak ajar anak-anak dara ni buat kuih. Antara kuih yang dicadangkan ialah popia carbonara, ondeh-ondeh dan juga karipap inti keledek. Dalam tentatif diorang tulis pukul 7 lepas subuh. Lepas makan roti canai kul 6.45 pagi, aku pun singgah. Punyalah takde orang. Anak-anak dara semua tak bangun tido lagi!!!. Apa lagi, mengamuk..

Tengah elok2 makan kuih, tetiba zulfa ajak bergambar. Risau plak buang tebiat anak dara sorang ni. Btw, sedap popia carbonara ni. Karipap keras gila kulit

Cerita hari isnin, cadangnya nak rehat awal2 pagi, dan kemudian ke quarters untuk angkat barang pindah. Dalam perjalanan yang hujan punyalah rintik-rintik, terlanggar lubang jalan yang menyebabkan tayar kereta aku pecah. So, buat pertama kalinya bukaklah tayar tu seorang diri dalam hujan renyai-renyai tersebut.. Tukar tayar sementara untuk pi kedai tayar. Dalam perjalanan, pecah gak tayar sementara tu dan kedai punyalah banyak tutup. Call shamil tak angkat. Call teah, teah kat uni. Call mashi, lambat beno nak sampai. Last2, call kak aini cantik tolong bawak pi kedai tayar.

Lama tak sembang dengan akak cantik ni. Ada banyak sebab aku mengurangkan bertutur dengan dia. Tapi punyalah seronok sembang dalam kereta. Takutlah nak kacau orang cantik2 ni. Hahaha. Sedih plak tak banyak masa luang untuk dia kat kolej. Terima kasih ye. Melayang RM130 tukar tayar.


Anak-anak dara ni entah bila lah aku boleh terus sakat dan kacau. Sebab mereka kelak akan jadi milik orang. Hatta sekarang pun, nak mintak tolong diorang pun segan. Masing-masing sudah punya amanah yang sangat besar di universiti. Selagi aku punya sebab untuk kacau diorang, maka hubungan itu akan sentiasa bersambung. Bila semua sebab untuk kacau mereka hilang, maka ia akan membawa pergi sekali ingatan aku kepada mereka.

Moga membesar menjadi anak dara yang solehah, yang punya adab dan pertuturan yang sangat menenangkan hati manusia.

Anak dara baru bangun tido sebelum kelas. Kan dah kena bahan. Nakal gila cikgunya menyakat anak murid. Hahaha

Pau si Qasdina. Nasi arab + shawarma



Sekian dari Syuib0809


Sunday, 25 August 2019

Kisah bulan Ogos

Bismillah

Sedikit catatan apa yang berlaku sepanjang bulan ini. Banyak gambar yang perlu disimpan supaya dapat dibelek kemudian hari. Penting. Hanya untuk orang yang tahu kepentingannya.

Nuqaba' training Camp.

Minggu pertama, aku disibukkan dengan nuqaba' training camp. Cuma tidak sesibuk seperti MYC, kerana ada junior yang mengelolakan penyediaan modulnya. Minggu itu juga aku di"paksa" oleh JK felo untuk mengiringi pelajar ke kursus kepimpinan ajk blok kediaman. Marah yang teramat sangat, kerana aku sudah beritahu ketidakkosongan pada tarikh tersebut. Dan bertambah baran, apabila surat lantikan diletakkan atas meja tanpa adab. Sehari sebelum kursus tersebut berlansung. Maka aku melarikan diri dari manusia. Pulang ke kampung halaman sepantas kilat sebaik sahaja habis kelas jumaat tersebut.

Menghadiri NTC di kolej lama sebagai fasilitator sedikit sebanyak mengurangkan stress hujung minggu tersebut. Tempat program tersebut kali ini hanya di kolej kerana kekurangan bajet. Tapi seronok, dapat mengimbau kembali kenangan awal-awal mengenali dakwah. Maka, membalas kembali budi tersebut pada generasi berikutnya. Antara yang hadir ialah beberapa junior dan senior alumni yang majoritinya aku kenal. Diberi amanah untuk memimpin ldk mengenai masalah usrah, dan idea2 baru yang lebih dekat dengan mad'u hari ini.

Daus(naqib aku kat uk). Muizz n amir(junior batch 11). Aku. Jepah(senior batch 9)

Susah sungguh nak dapat fasi perempuan. Arghh

Kami dulu geng2 nasyid. Suara dua orang ni memang sedap habis. Aku main percussion.

Yang aku tengah sembang tu adalah pengarah modul. Masih belajar di uk. Batch 18th tak silap.

Peluang yang ada petang itu di kyuem, aku join budak2 ni main volleyball. Sebaik sahaja habis main, terus berangkat kembali ke rumah teluk intan. Dan keesokan paginya, bergerak semula ke penang untuk ziarah satu lagi program. Dah sampai tempat yang dijangka, rupa-rupanya program tersebut di tempat lain. Oleh kerana jauh nak patah balik, maka aku membatalkan sahaja niat tersebut. Namun, kehadiran beberapa orang anak buah yang di"rindui", maka aku meluangkan masa dengan mereka di sebelah malamnya.

Tak semua orang menghargai nilai sekeping gambar. Akan datang satu hari nanti, gadis cantik ini mendukung anak kecil bertemu gurunya yang kekal sendiri, dengan janggut memutih bawah dagu.



Ribut Raya AidilAdha.

Sebagai bukan penggemar hari raya, aku tidak berhajat untuk beraya di kampung. Malas nak hadap jem. Apatah lagi baru je minggu sebelumnya balik kampung. Ditakdirkan Allah, jumaat malam sebaik sahaja student pulang ke kampung halaman, kolej dilanda ribut lekima. Dahsyat. Pertama kali dalam sejarah yang menhancurkan bumbung bangunan tutorial dengan begitu rakus sekali. Pagi sabtu, aku ziarah kolej dan menyaksikan segala kerosakan yang berlaku.

Bangunan tutorial yang paling teruk terjejas. Terpaksa ditutup sementara waktu.


Pagi raya, aku solat subuh di masjid seperti biasa. Pagi itu cadangnya mahu solat raya di surau taman rupawan sahaja. En zamri kata ada solat hari raya kat situ. Tunggu punya tunggu, satu takbir pun tak berkumandang. Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 8.20 pagi, aku terus memecut ke masjid sri serdang. Alhamdulillah sempat. Dalam pukul 12 tengah hari, terus bertolak pulang ke kampung halaman dengan kfc sebagai alas perutnya. Haha.

Gubah rumah.

Empat hari di kampung halaman goyang kaki, aku akhirnya pulang kembali ke kepala batas dengan tujuan renovation kali keempat. Sampai-sampai terus mencari jubin. Antara yang mahu aku design kali ini ialah bilik belakang sekali. Bilik yang kurang selesa itu, aku gubah menjadi bilik solat yang tersangat selesa dan agak cantik. Kot.

Keadaan asal. Carpet getah tu cepat berhabuk. Penuh taik cicak dan air akan masuk dr tingkap kuning kalau hujan lebat.

Solutionnya, tutup habis tingkap tersebut. Biar satu je.

Dan ini hasilnya. Tile bawah tu aku beli sekeping rm15(2x2 kaki). Yang di dinding rm5(1x2 kaki). Untuk barang sahaja aku habiskan RM800. Manakala upah untuk cabut tingkap/simen RM200. Upah pasang jubin RM600. So total untuk bilik ni RM1600. Anda rasa mahal? Pi lah tanya kontraktor lain. Aku boleh jamin mesti diorang minta RM3000 ke atas.

Survey pula almari baju sebab dah mula pindah hampir 90%. Tak tahu nak gantung mana baju banyak-banyak. Duit seterusnya tertumpu pada atap depan kawasan luar rumah, sebab cadang nak letak motor. Terpaksa buat apa yang penting dahulu sahaja. Alang-alang dah panggil orang rohingya tu untuk pasang jubin, aku akhirnya memutuskan untuk pasang sekali jubin di bahagian ruang tamu yang sudah lama tergendala. Jubinnya masih aku yang beli dan pilih. Kos untuk pemasangan jubin kali ini hanya RM700, iaitu rm350 untuk barang, dan RM350 untuk upah. Seronok urus dan kenal orang yang dipercayai dan beri harga murah sebegini.

Hasil terkini. Punyalah banyak sofa. Haha. 

Tak jumpa gambar sebelum renovate. Ni gambar lama. Aku tutup lantai dengan carpet sebab mozek lama sgt teruk. Tapi masalah carpet ni ialah dia punya habuk memang tak boleh bawak bincang.

Ziarah batch pertama.

Luahan rawak yang aku tulis bulan lepas, berjaya memanggil semula batch pertama untuk kembali. Setelah 5 tahun, akhirnya datang juga. Cuma tak syoknya, perangai lambat tak berubah-rubah. Target ahad tu nak mandi-manda kat sedim. Last-last semua mai lambat sampailah hujan lebat. Akibatnya tak dapat mandi dan terus menuju ke bandar kulim. Ingatkan nak main bowling, tapi last2 makan je. Haha.

Ikhwan, aiman, hazli, haris, nabil n mat kerom. Majoriti dah grad. Banyak cerita. Nak tengok hidup tak projek aku bagi.


Terima kasih sudi datang.
Yang anak dara bila nak ziarah plak..

Sekian dari Syuib0809


Sunday, 11 August 2019

ALC2019: Hujan Daun

Bismillah.

Sempurna juga. Muzik latar pilihan



Hujan Daun

Banyak sudah aku tulis
Tiada satu yang aku suka
Aku buang
Lalu aku kutip semula
Banyak nak aku cerita
Belum jumpa bahasa

Lebat hujan petang ini
Entah apa ditangiskan
Jelas semalam dia menahan
Akhirnya jatuh juga
Sikitpun tiada malu
Ceritalah
Aku sudi mendengar

Kata daun
Awan melihat semua
Perihal dusun si teruna
Yang isinya sedang berduka
Namun mengukir ceria di muka
Seronok berjumpa
Sedang esok berpisah semua

Hujan daun membuka cerita
Rahsia gerimis yang baru tiba
Katanya ada teruna bersendiri
Rintik dia sebagai peneman
Murni hajat melihat senyuman
Walhal asbab lebatnya tangisan

Bisik hujan, aku mengerti
Semua yang sama, sudah tak sama
Hanya aku yang kekal sama
Bertahanlah delapan purnama
Menghilang hanya menambah rindu
Khuatir sesat lupa kembali

Kasih teruna itu
Tidak nampak pada wajahnya
Walau punya wajah dewasa
Hatinya halus seperti bayi
Jendela tersingkap disebalik amarah
Menambah rencah fitnah puaka
Hanya daun mengerti cerita
Sayang diri tak punya suara

Hujan daun menutup cerita
Akan tetamu yang mula pergi
Kuning wajahnya penanda tua
Jatuh ke bumi dipijak manusia
Memang resam rakyat berpisah
Tiada raja yang ambil kisah
Hanya hamba menanti hari
Camar pulang mencuri hati

Cukuplah daun
Tidak ku sangka kau sanggup tua
Sedangkan engkau mencipta rama
Hairan kau pilih menunggu lama
Jangan kau risau
Kini aku pengikutmu
Dari kau hijau
Hinggalah kau luruh

Kirim salam pada teruna itu
Katakan padanya
Aku juga sama

Hujan daun

Gambar takde kena mengena. Bubuh sini supaya senang nak cari.

Sekian dari Syuib0809

Wednesday, 31 July 2019

Catatan Karnival Sains 2019

Bismillah.

Hujung minggu lepas, telah berlansungnya karnival sains matrikulasi peringkat kebangsaan. Program yang besar, kerana itu aku dipanggil untuk mengetuai Jawatankuasa persiapan tempat walau aku bukan pensyarah sains. Cuma kerjanya sedikit mudah, kerana urusan perhiasan pentas utama banyak diputuskan oleh induk. Maka urusan aku lebih banyak dibahagian kawasan-kawasan seperti BSG dan bangunan tutorial. Dan orang kanan aku iaitu miss Wong sangat-sangat komited orangnya. So, senang kerja.

Banner utama photobooth


Sebenarnya aku dah cukup-cukup sibuk. Sebaik sahaja tamat wecare4u, aku menguruskan ALC, merancang gimik RnD, dan terus memikirkan mengenai persiapan tempat karnival ini. Entah kenapa, aku terus diberikan amanah sebagai AJK persembahan sempena sambutan merdeka. Rasanya dah tiba masa untuk belajar menolak. Aku perlukan masa yang banyak untuk menyemak helaian2 tugasan pelajar. Takut terbiar lama.

Sempena karnival sains ini juga, ANC buka gerai. Oleh kerana kewangan ANC tahun ni agak kurang stabil, aku terpaksa masuk campur walaupun kononnya sedang berada dalam fasa boikot. Seperti dijangka, mereka menyenaraikan kerabu meggi dan ayam gunting sebagai menu utama. Menu "kurang bijak" yang memenatkan. Aku ubah, bawa mereka ke kedai-kedai dan beri idea baru. Alhamdulillah, untung dua hari tu beroleh seribu ringgit lebih. Aku rasa ia pencapaian yang baik.

Menu utama bombolini. Yang ni plak menu dari aku. Dapat idea waktu singgah kedai eco.

Ni menu diorang. Kentang panjang2. Sedap sebab sebelum goreng akan hancurkan macam smash potato. Tapi kerjanya punyalah banyak. Goreng non stop.

Hari pertama aku dah buat orang menangis. Tu yang malas mengamuk tu. Tapi cover balik dengan lawak2 merapu.


Sempena karnival sains ini juga, aku mendapat kunjungan dari rakan karib yang tak berapa baik iaitu si lili. Haha. Seronok plak dia datang. Dia dah berpindah ke area simpang empat, pulau pinang. Anak dia punyalah sihat walafiat. Manakala maknya punyalah kuruih berbanding sebelum kahwin. Banyak disembangkan. Seronok jumpa kawan lama yang tak disegani. Jumpa gak si dong, kawab SEMESTI yang hadir mewakili USM, tapi kami awkward, so kejap je sembang.

Memperkenalkan makcik lili dan anaknya ferhad. Ni lili paling kecik pernah aku jumpa sepanjang 10 tahun kenal. Dia dah keluar dr sistem matrik

Yang baju merah, seluar baru tu suami lili. Ni semua orang kuat nottingham dan leicester. Bahasa mudahnya orang-orang usrah aku. Dr fakhizan, dr mahyuddin, dan dr firdaus rahim. Sebenarnya nak dtg jumpa abang din dn abg fakhizan. Lama tak jumpa. Tapi segan nak pi sorang-sorang sebab semua yg datang semua dah kawen. N lili tak bagitau dia datang, padahal pagi tu aku free je. Nak pi petang, aku dah kena kemas dewan utnuk majlis penutup, lari kejap pi rumah daus tapi pintu dah tertutup rapat. Sedih


Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku suka melibatkan ANC untuk urus/tolong setiap event yang aku terlibat. Aku mahu mereka melihat, belajar selok-belok, dan mengembangkan kenalan mereka. Selain itu, ia juga medan untuk aku menilai siapa yang rajin, suka mengelat dan susah bangun pagi. Alhamdulillah, majoriti dari Majlis Tertinggi sangat-sangat komited. Hatta si Irfan yang nakal pun menunjukkan komitmen yang sangat baik sepanjang proses mengemas.

Hari pertama bekerja. Anak-anak dara urus bilik tutorial


Dan, ini juga medan terbaik untuk mereka bekerjasama merapatkan hubungan dan bergurau senda sesama mereka. Walaupun ramai sahaja yang tak turun, aku kira bilangan yang ada sudah cukup menjadi asas untuk kesatuan sesama ahli ANC.

Makan-makan sebaik sahja kerja selesai. Best berusrah sebegini.

Berkelah tepi tasik dengan kfc. Waktu ni barulah nampak betapa masuk airnya budak2 ni.

Aku sebenarnya mula tertekan dengan beberapa perkara terutamanya yang melibatkan felo. Weekend ni ada 3 program menanti. Tak tahu mahu memilih yang mana. Hati bercampur kesian, geram dan marah pada orang masih tidak memahami. Jujur, aku mahu membuang sifat keras kepala dan "kuat mengamuk". Tapi bila dah mula orang ingat aku innocent, rasanya kena tunjuk sikit panas baran tu.

Oleh kerana stress, bawak anak-anak dara ni jalan-jalan cati makan. Diorang punya nafsu dan duit jauh lagi banyak dari aku. Haha

Kmpp, 4fingers(penang sentral), kemudian kenny rogers, diorang bungkus plak hokkaido punya tart. Malam bawak diorg pi McD. Dahsyat punya anak dara. Haha. Mereka akan diuji. Kerana itu, aku mencipta sebanyak2 kenangan untuk mereka sebagai benteng sebelum itu semua berlaku. Doakan.

Sekian dari Syuib0808

Sunday, 21 July 2019

ALC2019: Luahan rawak

Bismillah.

Sebenarnya, sedang menulis sebuah "puisi" bertajuk Hujan Daun. Tetapi untuk proses mengeditnya, aku perlukan berminggu2, menanti idea, dan feel yang tak kunjung tiba. Poyo.

Malam ni, ramai plak yang tengok blog ni. Entah siapa hebohkan aku pun tak tau. Untuk yang lama tak dengar cerita, dan mungkin membaca hari ni. Ini nasihat saya untuk semua. Jangan jauh sangat ye.


Mereka bukan orang agama. Masing2 punya kisah yang aku simpan dengan baik.


Aku beri mereka tujuan, ikat mereka dengan kasihnya orang bukan agama. Hingga mereka saling menerima walau punya latar belakang sangat berbeza

Sayangnya apabila mereka keluar, tak ramai yang menerima mereka seperti mana mereka diterima di sini. Ada yang lari, ada yang memilih bersembunyi


Jika kalian lari, usah pergi jauh sangat. Jika sembunyi, biarlah di dasar saja. Usah khuatir, kembalilah ke sini



Jika tiada yang sudi, aku akan simpan dengan kasih yang sama seperti dulu. Beri tujuan, dan menghidupkan kembali hati yang rindukan beragama. Kembalilah, ada yang menanti di sini

Sekian dari Syuib0809